CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jiman

London 2012 Olympic Games - Persediaan Malaysia

[Copy link]
 Author| Post time 8-9-2008 01:24 AM | Show all posts
'Semua jurulatih perlu dipantau'
BERITA HARIAN

SEMUA jurulatih - sama ada tempatan atau luar negara - wajib dipantau dan dinilai prestasi bagi memastikan mereka melaksanakan tugas mengikut sasaran yang sudah ditetapkan.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, sering kali jurulatih memberikan kenyataan bahawa atlit mereka boleh mencapai sasaran tinggi yang ditetapkan terutama dalam kejohanan penting tetapi bertukar menjadi satu kepalsuan apabila gagal menepati ramalan itu.

"Jika kita menilai dan memantau prestasi atlit, kita juga perlu melakukan perkara yang sama terhadap jurulatih... tidak kira sama ada jurulatih tempatan ataupun luar negara, asalkan mereka berkhidmat dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan persatuan sukan kebangsaan.

"Kita sering mempersoalkan dan mengkritik atlit setiap kali mereka gagal mencapai kemuncak prestasi, tetapi kita juga perlu mendapat penjelasan daripada jurulatih mereka.

"Mungkin pemantauan dijalankan tetapi saya rasa ia belum mencukupi. Kita tidak mahu lagi ada jurulatih yang menyogokkan kita dengan maklumat ataupun harapan menggunung tetapi akhirnya kita yang kecewa apabila prestasi atlit tidak seperti yang diramalkan oleh jurulatih masing-masing," kata Kok Chi.

Ketika ini beberapa jurulatih sudah tiba ke penghujung kontrak masing-masing dan MSN di jangka akan menilai prestasi mereka sebelum membuat tindakan susulan.

---

part yg bold tu macam kurang setuju..
sebabnya.. rasanya macam biasanya 'orang2 atas' yg beriya benar setkan target
& cakap atlit tu mampu la, prestasi meningkat la.. blablabla.. kan?
rasa macam jarang sekali baca coach yg beriya2 bagi komen/tetapkan target itu ini

so dalam hal ni, aku rasa 'orang2 atas' tu yg patut dipantau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 11:36 PM | Show all posts

Reply #21 Jiman's post

bukan aje 'org atasan' tapi aku rasa reporter pun main peranan gak ...

contohnye .... olimpik basikal acara keirin ....
reporter dok sibuk crite leh bagi pingat la ..almost every paper cite bende sama ...
n kerap lak tu ...
tengok2 ..... final pun tak lepas ....
kalau reporter tak sibuk2, aku pun tak tahu n mengharap ...

errrr ...sat ... pak jiman ..ko bukan reporter kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 04:35 PM | Show all posts
logo dia ya ampunnn buruks gila
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #23 flying_cow's post

X silap aku logo dier nih penoh kontroversi....
Masa memula di'reveal'kan kata ada budak kena sawan sebab tgk logo die....
Huhuhuhu
Entah mcmner aku pon x tau...
Derang kata sebab warna kot....
Ya Ampun...
Sangat burok sampai ada kene sawan.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 9-9-2008 11:36 PM

errrr ...sat ... pak jiman ..ko bukan reporter kan


bukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 05:26 PM | Show all posts

Reply #23 flying_cow's & #24 nameloo's post

memang buruk gilaaaaaa

tak tau la sapa yg design ni, tapi seriously - memang la tergeliat bijik mata nengoknye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2008 05:27 PM | Show all posts
Hasli Mulakan Buruan Kelayakan Ke Olimpik London
BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kecewa atas kegagalannya menyumbang sebarang pingat di Sukan Olimpik Beijing, Ogos lepas membakar semangat penembak kebangsaan Hasli Izwan Amir Hasan untuk menghadapi siri kelayakan bagi memburu tempat ke temasya London 2012.

"Bagi memperbaiki kesilapan itu, saya perlu memberi lebih tumpuan kepada latihan bagi menguatkan mental agar tidak lagi gugup apabila beraksi di hadapan penonton yang ramai," kata Hasli kepada Bernama di sini Rabu.

Pada temasya di Beijing, China itu Hasli sekadar menduduki tempat ke-16 dengan kutipan 279 mata dalam acara 25 meter rapid fire pistol seterusnya melenyapkan impiannya yang sebelum ini menyasarkan untuk berada di kedudukan keenam terbaik dunia.

Hasli mendapat kelayakan secara merit ke Olimpik Beijing setelah menduduki tempat kedua pada Kejohanan Asia di Kuwait pada Disember tahun lepas.

Penembak yang berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pengalaman kali pertama beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu banyak mengajarnya tentang strategi perlawanan.

"Untuk memastikan tiket ke London, saya perlu memperoleh sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam empat siri kejuaraan dunia dalam tempoh empat tahun ini.

"Jadi saya kini di bawah bimbingan jurulatih Mohd Hashim Md Desa telah memulakan persiapan untuk menghadapi kejohanan dunia yang dijangka bermula pada pertengahan April tahun hadapan.

"Sekiranya layak ke London untuk Olimpik kedua saya nanti, saya bertekad untuk memperbaiki kelemahan strategi dan persiapan mental," katanya.

Dalam perkembangan lain, penembak berumur 30 tahun itu turut melahirkan kesediaannya untuk terus mewakili negara pada Sukan Komanwel 2010 di New Dehli, India.

Pada temasya sama pada 2006 di Melbourne, Australia, Hasli meraih gangsa apabila berjaya mengutip 770.4 mata setelah ditinggalkan dua penembak India - Vijay Kumar dan Pemba Tamang.

"Kini saya ingin meletakkan sasaran bagi membaiki percapaian itu dengan sekurang-kurangnya meraih pingat perak pula," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 05:28 PM | Show all posts

menyahut seruan pak lah - bapa 'jawatankuasa'

KBS Wujud Jawatankuasa Kerja Pastikan Hoki Layak Ke Olimpik 2012
BERNAMA - 18 September, 2008 17:34 PM

PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mewujudkan satu jawatankuasa kerja dalam usaha memastikan impian sukan hoki untuk layak ke Sukan Olimpik London 2012 tercapai.

Malaysia sebelum ini yang merupakan antara kuasa hoki dunia gagal layak pada dua temasya Olimpik iaitu Athens 2004 dan Beijing bulan lepas, malah kini menduduki ranking ke-15 dunia.

"Kewujudan jawatankuasa ini akan memastikan idea-idea baru akan dapat dilahir dan dilaksanakan bagi memastikan kita dapat beraksi di London kelak," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP) Datuk Wira Mazlan Ahmad dan dianggotai oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan wakil 102 bekas pemain hoki kebangsaan yang menghantar memorandum pada Julai lepas.

Beliau sebelum itu mengadakan perbincangan mengenai masa depan skuad hoki negara dengan Presiden PHM Laksamana (B) Tan Sri Datuk Sri Mohamad Anwar Mohamad Nor di kementeriannya.

Ismail Sabri berkata setelah berbincang dengan Anwar terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera seperti soal kejurulatihan, sains sukan, permakanan dan pembentukan atlet hoki itu sendiri.

"Oleh itu PHM telah memulakan langkahnya dengan cadangan untuk mengambil jurulatih asing dalam masa terdekat bagi membimbing skuad hoki lelaki kebangsaan," katanya.

Kedudukan jurulatih kebangsaan Sarjit Singh masih belum diputuskan kerana beliau difahamkan PHM akan menyusun semula struktur kejurulatihannya namun jurulatih tempatan tetap diberi keutamaan dalam program pembangunan, katanya.

"Kemerosotan hoki negara juga berkaitan dengan infrustruktur kerana semua kejohanan antarabangsa sekarang menggunakan padang tiruan, "astrotuff", sedangkan hoki di negara ini terutamanya di peringkat negeri masih menggunakan jenis lama (rumput)," katanya.

Ismail Sabri berkata Malaysia hanya mempunyai 22 padang "astrotuff" manakala Belanda yang kini merupakan pasukan keempat dunia mempunyai 1,000 padang.

"Ingin saya ingatkan bahawa skuad kebangsaan yang ada sekarang kebanyakan baru mewakili negara dua tahun dan mereka masih muda lagi," katanya.

Ismail Sabri berkata mulai sekarang sukan hoki akan lebih menekankan aspek sains sukan, pemakanan dan kepantasan pemain bagi memastikan mereka mempunyai kecergasan yang cukup sepanjang perlawanan.

Sementara itu, Anwar berkata dengan adanya jawatankuasa itu beban tidak akan terletak kepada PHM sahaja.

"Malah usaha kita untuk mendapatkan jurulatih asing adalah bagi memastikan hoki kembali di tahap terbaik di samping itu jurulatih tempatan juga akan mendapat manfaat daripada program kejurulatihan itu nanti," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 11:41 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 18-9-2008 05:27 PM
Hasli Mulakan Buruan Kelayakan Ke Olimpik London
BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kecewa atas kegagalannya menyumbang sebarang pingat di Sukan Olimpik Beijing, Ogos lepas membakar s ...


ni ke mamat yg kata dia gabra sbb kena tembak sorang2 sbb semua biji mata tengok dia sorang tu?
lawak sungguh ....
kalau la dia ni masuk acara memanah atau main badminton MS ....habislah ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2008 08:06 PM | Show all posts

Reply #29 kayla's post



mamat gabra?

cuba kalau dia masuk diving ke, swimming ke.. yg pakai seluar kecik tu..
confirm lebih gabraaa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2008 08:08 PM | Show all posts
Trio Memanah Negara "Berehat Panjang"
BERNAMA - 27 September, 2008 17:39 PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Selepas berakhirnya Sukan Olimpik Beijing, China pada Ogos lepas, trio memanah recurve kebangsaan 'berehat panjang' apabila hanya akan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa pada Februari tahun depan.

Jurulatih memanah kebangsaan Lee Jae-hyung berkata Cheng Chu Sian, Mohd Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd Khalmizan Wan Abd Aziz hanya akan kembali beraksi pada sirkit Grand Prix Asia di Bangkok, Thailand.

"Tapi saya tetap meneruskan latihan seperti biasa bagi memastikan mereka terus mempamerkan peningkatan dalam membuat setiap panahan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata ketiga-tiga pemanah itu sememangnya memerlukan rehat yang panjang kerana latihan dan kejohanan yang banyak sejak awal tahun ini termasuklah bertanding pada temasya Olimpik.

Pada temasya di Beijing, trio itu tewas di suku akhir kepada Itali dalam recurve berpasukan namun berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan 1,993 mata manakala Wan Mohd Khalmizan turut memperbaharui rekod recurve individu negara dengan 674 mata.

Pada saingan recurve individu, Chu Sian paling menyinar apabila mara hingga peringkat suku akhir sebelum tumpas 104-109 kepada pemanah Rusia, Bair Badenov.

"Ada beberapa kejohanan tempatan pada November ini namun saya masih belum membuat keputusan sama ada mereka akan menyertainya atau sebaliknya bagi memastikan mereka mendapat rehat yang cukup," katanya.

Sementara itu, Mohd Marbawi berkata bermula awal tahun depan mereka akan menyertai banyak kejohanan seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Dunia dan sirkit Piala Dunia.

"Jadi dalam tempoh sekarang, jurulatih memberikan perhatian yang lebih dalam membina fizikal dari segi daya tahan dan kekuatan tenaga," katanya.

Skuad memanah 'recurve' kebangsaan kini diberikan perhatian yang khusus oleh Kementerian Belia dan Sukan kerana ia merupakan antara prospek pingat negara pada Sukan Olimpik London 2012 selain badminton dan pasukan berbasikal trek kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 01:22 PM | Show all posts

Reply #30 Jiman's post

ya ...nilah dia mamat gabra tu ....

aku tengok interview dia kat astro/rtm dulu ....
dia nye pistol masa beijing tu ada masalah sikit ...
so dia terpaksa tembak sorang2 ...org lain semua dah tembak dha masa tu ...
tu penonton dok belakang dia tu ...kalau penonton dok tepi cam memanah ...haruuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2008 05:16 PM | Show all posts
Atlet Angkat Berat Wanita Sasar Layak Ke Olimpik London
BERNAMA - 29 September, 2008 12:23 PM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ketika beberapa jaguh angkat berat lelaki negara sudahpun mencapai tahap Olimpik, atlet wanita pula menyasarkan untuk layak ke temasya serupa bermula dari edisi 2012 di London.

"Wanita kita memerlukan lebih banyak latihan dan pendedahan sebelum dapat bersaing di peringkat tertinggi dunia," kata jurulatih angkat berat wanita Zakaria Yusof kepada Bernama di sini, Isnin.

Menurutnya berdasarkan prestasi semasa, dua atlet yang boleh menggalas tugas ke Olimpik ialah Zairah Zakaria (53kg) dan Raihan Yusof (58g).

Zairah dan Raihan menyertai Kejohanan Angkat Berat Asia di Jepun pada April lepas yang merupakan ujian kelayakan ke Sukan Olimpik namun mereka gagal untuk mendapat tempat ke Beijing.

Zairah merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi kategori 53 kg dengan angkatan keseluruhan 154kg dengan 68kg (snatch) dan 86kg (clean and jerk) ketika beraksi di Sukan Komanwel 2006 di Melbourne.

Raihan berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi ketegori 58kg apabila berjaya membuat angkatan keseluruhan 176kg pada Sukan SEA di Korat, thailand, pada 2007.

Raihan meraih tiga pingat emas dalam kategori 58kg di Sukan Malaysia (Sukma) 2006 di Kedah.

Zakaria berkata bahawa tempoh empat tahun dari sekarang sebelum 2012 memadai untuk menyediakan atlet wanita negara untuk bersaing di peringakt lebih tinggi.

"Walaupun kita menyasarkan Olimpik, persediaan juga terarah ke Sukan SEA di Laos pada tahun depan dan Sukan Komenwel di New Delhi pada 2010," katanya.

:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 08:35 PM | Show all posts
Program Jangka Panjang Sukan Negara Bermula Januari Depan
BERNAMA - 15 Oktober, 2008 17:38 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Program jangka panjang sukan negara terutama untuk menghadapi Sukan Olimpik di London pada 2012 akan bermula Januari depan selepas selesainya Konvensyen Sukan Kebangsaan dan kajian semula Dasar Sukan Negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya sedang mengkaji semua input terutama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) serta semua persatuan sukan bagi merangka 'road-map' sukan negara.

"Tunggu hingga selesai konvensyen tersebut serta kajian semula Dasar Sukan Negara.

Januari ini, semua program yang dirangka akan terus diimplimentasikan," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau berkata Konvensyen Sukan Kebangsaan yang akan diadakan pada 29 dan 30 Okt ini di sebuah hotel di Seri Kembangan, dekat sini bertujuan mengumpul aktivis sukan negara untuk membincang pendekatan baru serta program dalam menentukan jenis sukan yang dipilih menyertai Sukan Olimpik, Sukan Komawel, Sukan Asia dan Sukan SEA.

Pelbagai pihak termasuk pihak media yang terlibat dalam penulisan sukan dijemput untuk memberikan pandangan berhubung senario sukan negara, katanya.

"Segala resolusi daripada konvensyen tersebut akan diteliti ke arah penyediaan pelan tindakan jangka panjang termasuk program pembangunan yang berkaitan sesuatu temasya itu," katanya.

Ismail Sabri berkata Dasar Sukan Negara, dasar yang menentukan halatuju sukan negara ini, kini dalam proses kemaskini dan dijangka siap untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan pada awal bulan depan.

Sementara itu Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong berkata beberapa persatuan dan jurulatih telah menghantar laporan penuh mengenai prestasi atlet mereka semasa Sukan Olimpik di Beijing pada Ogos lepas.

:pompom: :pompom: :pompom: baekkkkk punyaaa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:24 AM | Show all posts
Olimpik 2012: Sukan tertentu diberi tumpuan
KOSMO

HANYA sukan tertentu bakal diberi tumpuan bagi menghadapi Sukan Olimpik 2010 di London.

Begitupun ia hanya akan dilaksanakan apabila perancangan itu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Sukan (JKPS).

Ia merupakan perancangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu menetapkan jenis sukan dan sasaran pingat yang harus diberi tumpuan oleh atlet negara pada Sukan Olimpik London 2012.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada mesyuarat dengan JKPS yang akan diadakan 1 Disember ini, semua cadangan hasil daripada Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 yang diadakan awal bulan ini akan turut dibentangkan untuk kelulusan.

"Selepas pembentangan itu barulah kita mendapat gambaran jelas mengenai Road Map To London yang kita cadangkan sebelum ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Selain badminton, antara sukan yang menampakkan prospek meraih pingat pada temasya London kelak ialah acara lumba basikal trek dan memanah.

Turut dibincangkan pada mesyuarat semalam ialah mengenai penganjuran Mini Olimpik sebelum berlangsung Sukan SEA di Laos tahun depan dan penganjurannya telah mendapat persetujuan.

Menurut Ismail Sabri, tarikhnya akan ditentukan kemudian walaupun kementerian sedar bahawa tahun 2009 merupakan tahun yang agak sibuk termasuk dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka.

"Mini Olimpik ini akan melibatkan tujuh hingga lapan acara sahaja yang sememangnya dipertandingkan pada temasya itu dan terbuka kepada semua atlet tempatan," katanya.

Mesyuarat turut memutuskan sejumlah peruntukan bagi persediaan atlet-atlet negara menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China, dan Sukan Komenwel di New Delhi, India, kedua-duanya pada 2010.

" Peruntukan itu termasuklah bagi program pendedahan dan latihan di luar negara selain mendapatkan khidmat jurulatih berkelayakan," katanya.

-------

harapnya.. dalam pada sibuk nak capai target tu, jangan lupa jaga & support atlet2 kita
bagi lebih moral+mental+emosi support.. jangan dok kerah2 buat latihan sangat
atlet pun manusia biasa gak, bukannya robot..

contohnya.. lee chong wei.. ntah nape, aku rasa sian sangat tengok LCW
sejak habis olimpik beijing & sejak dia dapat datukship tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:35 PM | Show all posts

update: Sukan Olimpik

-will update-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2009 06:38 AM | Show all posts
Ismail Sabri cadang tiga pendekatan

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggariskan tiga pendekatan sebagai usaha memenangi pingat emas dalam setiap Sukan Olimpik akan datang.

Tiga pendekatan itu ialah meneroka bakat yang belum diteroka atau dieksploitasikan, menilai semula kekuatan atau kelemahan organisasi dan kaedah pelaksanaannya serta memberi fokus kepada sukan-sukan yang Malaysia mempunyai kekuatan.

Ini adalah intipati cadangan beliau ketika memberikan ucapan dasar pada Konvensyen Sukan Negara di sini, semalam.

Katanya, tiga pendekatan sama juga boleh digunakan untuk memenangi pingat emas yang lebih banyak dari Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Kita perlu mencari dan menggunakan pendekatan yang terkini ke arah kecemerlangan sukan negara supaya atlet-atlet kita berjaya memenangi pingat seboleh-bolehnya emas dari setiap Sukan Olimpik yang akan datang," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap konvensyen dua hari tersebut dapat mengenal pasti sembilan perkara untuk membantu kerajaan mencapai cita-cita tersebut.

Antaranya mengenal pasti jenis sukan yang perlu dimajukan dan mampu menang pingat pada Sukan Olimpik 2012, program sesuai untuk penuntut 5 hingga 18 tahun, bentuk struktur organisasi sukan yang berkesan dan cara lebih cepat melaksanakan sains sukan.

Di samping itu, turut perlu diberi perhatian adalah idea penubuhan universiti sukan, penyelesaian segera masalah dalaman persatuan, sistem rating persatuan dan mewujudkan temasya sukan yang mempertandingkan acara Sukan Olimpik sahaja.

Ismail Sabri berkata, satu mekanisme baru perlu digubal bagi membolehkan atlet negara meningkatkan daya saing mereka di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, satu persoalan turut ditimbulkan Ismail Sabri dalam ucapan dasarnya yang berjaya menarik perhatian peserta konvensyen seramai 200 orang itu.

Persoalan tersebut ialah tentang konsep sekolah sukan yang bagaimana sepatutnya dilaksanakan sama ada memberi lebih penekanan kepada pelajaran atau pun sukan.

"Konsep sukan mendahului akademik saya fikir patut diamalkan di sekolah sukan dan ini antara cadangan yang boleh difikirkan pada konvensyen ini," ujarnya.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


+ plan dah ada .. nak tengok perlaksanaan plak .. camner
+ tapi plan "sukan mendahului akademik" tuh .. aku rasa .. camner pon, kena seiring aa at least ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 06:39 AM | Show all posts
Tumpu 3 acara lebih realistik

KUALA LUMPUR - Keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan (JKPS) untuk memberi tumpuan kepada tiga jenis sukan bagi Sukan Olimpik 2012 di London adalah realistik berdasarkan statistik dan rekod negara pada Sukan Olimpik, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, berdasarkan rekod penyertaan pada Olimpik, acara badminton, berbasikal dan memanah mampu memberikan pingat emas pertama kepada Malaysia sejak menyertai temasya tersebut buat pertama kali pada 1956.

"Tiga jenis sukan itu memang mempunyai pencapaian dan statistik terbaik berbanding jenis sukan yang lain di peringkat Olimpik," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan JKPS semalam untuk memberi lebih tumpuan kepada badminton, berbasikal dan memanah sebagai acara yang mampu memberikan Malaysia emas pertamanya daripada Olimpik. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi JKPS berkata, Malaysia akan memberi fokus kepada acara sukan yang mampu menjana pingat emas Olimpik berbanding pendekatan sebelum ini yang memberi penekanan menyeluruh kepada semua jenis sukan.

Pada temasya Olimpik Beijing Ogos lepas, badminton menyumbangkan satu pingat perak manakala memanah dan berbasikal melakukan pencapaian terbaik dengan mara ke peringkat suku akhir.

Kok Chi bagaimanapun berkata, untuk atlet melayakkan diri ke Sukan Olimpik adalah satu perkara, manakala untuk memberikan pingat dan persembahan terbaik adalah sesuatu yang berbeza.

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata, persatuan itu berharap dapat membalas kepercayaan JKPS dengan menghadiahkan emas pertama Malaysia daripada Olimpik.

"Jika mengikut perancangan PKBM sejak 2001, pelumba-pelumba trek negara yang berpengkalan di Melbourne, Australia dijangka meraih pingat emas pada temasya Olimpik London 2012," kata Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad.

Beliau berkata, apa yang penting ialah memastikan program itu dikawal dan dipantau dengan rapi.

Malaysia sehingga kini masih gagal mencapai pingat emas Olimpik sepanjang penyertaannya dan hanya meraih dua pingat perak dan dua pingat gangsa yang kesemuanya melalui badminton.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:45 PM | Show all posts
Jurulatih luar minta gaji RM24,500: Jasni
+ berita harian

Perancangan NSAM untuk penembak remaja terjejas kerana tak mampu penuhi tuntutan

KETIKA menembak kini disebut-sebut sebagai berpotensi untuk menyumbang emas pada Sukan Olimpik 2012, kesukaran untuk memenuhi permintaan gaji tinggi jurulatih luar negara dilihat bakal menjejaskan segala kerja keras yang membuahkan hasil sehingga kini.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Mejar (B) Jasni Shaari mendedahkan pihaknya sedang berusaha mendapatkan khidmat jurulatih import bagi skuad remaja mereka tetapi masih gagal berbuat demikian berikutan permintaan gaji tinggi AS$7,000 (RM24,500).

"Kami sedang mencari jurulatih import tetapi menghadapi kesukaran berbuat demikian memandangkan mereka hanya akan datang ke sini dengan tawaran AS$7,000 sedangkan kami hanya mampu menawarkan AS$3,000 (RM10,500) sahaja.

"Jumlah itu (AS$7,000) bukan masalah untuk negara Timur Tengah. Mereka bersedia membayar jumlah itu untuk mendapatkan jurulatih terbaik dunia manakala kami hanya mampu mendapatkan khidmat jurulatih Russia dengan AS$3,000," katanya.

Negara-negara Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak seperti Qatar memiliki cita-cita tinggi untuk memajukan diri dalam sukan menerusi penubuhan akademi sukan, Aspire dan tidak teragak-agak untuk membayar sebarang jumlah yang diminta jurulatih dari bekas kesatuan republik Soviet.

Secara perbandingan, jurulatih yang mendapat bayaran gaji tertinggi di Malaysia hadir daripada badminton dan hoki dengan jurulatih yang diiktiraf mampu membawa pulang sekitar AS$10,000 (RM35,000).

Buat masa sekarang, Jasni berkata pihaknya akan terus meletakkan kepercayaan kepada jurulatih tempatan iaitu Hashim Desa dalam acara pistol dan Sabkhi Md Din bagi raifal.

Skuad menembak remaja pulang dari Sydney semalam dengan kejayaan membidik empat emas, satu perak dan satu gangsa pada Festival Olimpik Remaja Australia yang memberikan petanda skuad penembak remaja mampu mencipta gegaran lebih besar di Olimpik Remaja Singapura 2010 dan London 2012.

Di Sydney, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim mengutip dua emas menerusi acara raifal 50m tiga posisi dan 10m raifal, Wahida Ismail menjuarai acara 10 meter air pistol manakala Muhamad Zubair Mohammad tidak dicabar dalam saingan 50 meter raifal tiga posisi.

Satu perak dan tiga gangsa lagi disumbangkan acara terjun dengan satu lagi perak hadir menerusi memanah berpasukan wanita bagi kutipan keseluruhan 4-3-4 bagi mengatasi pungutan 1-3-6 pada AYOF 2007.


+ gilerrr mahal .. tapi berbaloi ker kalau ndak amek jugek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 09:37 PM | Show all posts
KBS Belum Berani Sasar Emas Pada Sukan Olimpik 2012 Di London
+ bernama

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum berani meletakkan sasaran satu emas pada sukan Olimpik 2012 di London, dan sebaliknya hanya mensasarkan "pencapaian yang lebih baik daripada temasya Olimpik 2008 Beijing".

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak maksud pencapaian tersebut bermakna lebih dari satu pingat perak yang dimenangi oleh pemain badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei di Beijing.

"Satu emas, mungkin. Tetapi kita kena realistik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Sukan Olimpik 2012 di kementeriannya, di sini, Khamis.

Ismail Sabri berkata tugas untuk mencapai pencapaian yang lebih baik dari Beijing itu akan digalas oleh 19 atlet melalui acara badminton (10 atlet), berbasikal (lima) dan memanah (empat).

Kesemua atlet tersebut, katanya, adalah atlet yang menyerlah semasa di temasya Beijing dan berpotensi untuk menyumbang pingat dalam acara masing-masing, kecuali Mohd Edrus Yunus (berbasikal) dan atlet memanah Nazrin Aizat Mohd Nasir.

Beliau berkata bagi acara badminton, penekanan akan diberi kepada semua kategori dan bukan tertumpu kepada acara perseorangan lelaki sahaja.

"Sama ada perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran, kesemua acara ini akan diberi penekanan yang sama," katanya.

Katanya dalam acara berbasikal, tumpuan akan diberikan kepada acara trek dan pecut dan memanah bagi acara individu dan berpasukan.

Ketiga-tiga jenis sukan ini katanya akan mendapat lebih peruntukan dari KBS berbanding sukan lain kerana berpotensi untuk menyerlah di London, katanya.

"Tetapi ini bukan bermakna sukan lain terbiar. Jenis sukan lain tetap mendapat perhatian tetapi penekanan dan kelebihan kepada tiga sukan tersebut," katanya.

Antara kelebihan yang bakal dinikmati ketiga-tiga persatuan sukan tersebut ialah peruntukan yang lebih besar berbanding sukan lain sementara atlet mereka berpeluang menyertai kejohanan dan latihan di luar negara dengan lebih kerap, katanya.

Beliau berkata jika ketiga-tiga persatuan tersebut berpendapat bilangan jurulatih yang ada sekarang tidak mencukupi maka persatuan boleh memohon jurulatih baru.

Ismail Sabri berkata sebagai persediaan awal ke London, KBS akan menandatangai memorandum persefahaman pada Mac ini dengan dua buah universiti di London, Bath University dan Loughborough University, untuk menempatkan atlet Malaysia di sana dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca.

Mengenai mengenai pertemuan rasmi antara KBS dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 4 Feb depan, Ismail Sabri berharap ianya mampu mencari punca kemerosotan sukan itu.

Pertemuan tersebut juga akan membuktikan KBS tidak membiarkan sukan bola sepak terus ketinggalan berbanding sukan lain, katanya.

"Walaupun bola sepak ketika ini tidak menjanjikan sebarang kejayaan, sukan tersebut sebenarnya merupakan sukan yang paling popular di negara ini dan sebarang pencapaian diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk anggota kabinet," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai skuad senior negara di bawah bimbingan B.Sathianathan yang dibelasah 0-5 oleh Emeriyah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083938 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list