CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darkcat

Mimpi Putih Saya sebelum menjadi saudara baru

[Copy link]
Post time 15-10-2008 09:49 PM | Show all posts

Balas #20 Nazrulism\ catat

nampaknya ada ayat Quran kata boleh.....
so bukanlah tak bleh langsung......

cuma kena hati2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2008 09:57 PM | Show all posts

Reply #19 always_typo's post & Reply #18 migdal_bavel's post

JazakAllah khair Tuan AlwaysTypo kerana sudi kongsikan ayat Al Quran tersebut. Memang sudah terbukti bahawa manusia akan diuji.

Saya pernah dengar/terbaca bahawa para Nabi adalah manusia yang paling banyak diuji, diikuti dengan orang2 yang beriman mengikut darjat Iman dan Taqwa masing2.

Ini tidak bermakna, semakin hampir kepada Allah, hidup semakin susah. Kadang2 ujian yang datang tu dari segi kemiskinan, atau boleh jadi juga harta benda. Orang yang beriman bila diuji mereka akan sabar dan pohon pertolongan Allah, jadi Iman akan bertambah. Dan dalam setiap kesukaran, ada kemudahan...



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Surah Ash-Syar-h, Ayat 5)


(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Surah Ash-Syar-h, Ayat 6)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 12:02 AM | Show all posts
sampai hari ini saya masih tidak pasti mimpi tu ialah hidayah atau syaitan... sbb sekarang saya boleh tido lena tiap2 malam, kalao dulu saya akan selalu bangkit pada tengah malam dan mimpi mcm2 benda pelik.

bagaimanapun, saya memeluk islam bukan sbb mimpi tu je, saya dah buat keputusan untuk memeluk islam sebelum mimpi tu muncul, cuma sebelum saya tido dan jumpa mimpi tu, saya punya niat dah jadi sangat kuat kerana percaya kepada Allah.

saya bukan orang yang lahir2 jadi muslim, jadi saya boleh rasa perbezaan besar sangat dengan kehidupan dan emosi saya antara muslim dan non-muslim. kadang2 rasa orang melayu lebih bahagia sbb saya kena menghadapi banyak cabaran dalam masyarakat saya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 02:02 AM | Show all posts

Balas #23 darkcat\ catat

sabar, tunjukkan contoh yang baik yaa.....

nabi Muhammad dulu2 banyak menarik minat masyarakat arab  ialah kerana akhlak/perangai dia yg luar biasa baik sehingga orang arab naik hairan.....apabila seseorang tu buat jahat kepada seseorang, dia mesti expect orang tu balas dgn kejahatan balik.....atau orang tu mengamuk  ke bengang ke....

tapi nabi Muhammad tak macam tu, beliau buat terbalik pulak, iaitu beliau balas dgn kebaikan dan bersabar....
jadi orang pun hairan dan ini banyak meningggalkan kesan pada orang lain untuk peluk Islam....

jadi anda contohilah baginda.....

semoga ramai lagi dapat hidayah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 05:49 AM | Show all posts

Balas #21 ussopp\ catat

ayat tu khas untuk para Nabi penerima wahyu atau manusia semua sekali?  Cuba kaji lagi ayat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 04:03 PM | Show all posts

Balas #25 ibnur\ catat

ok dah kaji dah.....

tapi nak tanya, ada kah ada hadis atau ayat Quran yg menyatakan bahawa manusia biasa benar2 tidak boleh berjumpa Tuhan seperti nabi2....?

adakah perkara  ni restriction untuk nabi2 saja.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-10-2008 08:36 PM | Show all posts
saya juga nak tumpang tanya ckit benda lagi dalam post ni..

mase hari pertama saya memeluk islam, orang kata muka saya nampak berseri.. kenapa muka saya boleh berseri plak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 16-10-2008 04:03 PM
Balas #25 ibnur\ catat

ok dah kaji dah.....

tapi nak tanya, ada kah ada hadis atau ayat Quran yg menyatakan bahawa manusia biasa benar2 tidak boleh berjumpa Tuhan seperti nabi2....?

adakah perkara  ni restriction ...


Hakupun nak tahu tentang ini... kerana Wahyu kepada Nabi s.a.w meliputi Ilham, melalui Malaikat dan dialog dengan Tuhan.
Walaupun haku condong kepada manusia biasa tidak mungkin dapat berdialog dengan Tuhan atau melalui Malaikat... tapi adakah tidak mungkin Manusia biasa mendapat Ilham dari Tuhan ?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 10:39 PM | Show all posts
Originally posted by darkcat at 16-10-2008 08:36 PM
saya juga nak tumpang tanya ckit benda lagi dalam post ni..

mase hari pertama saya memeluk islam, orang kata muka saya nampak berseri.. kenapa muka saya boleh berseri plak?


sebab nur Islam dah masuk dan saudara gak gembira dgn smua tuh..lg bertambah bseri...

teruskan mununtut ilmu buat menambah kecintaan kpd agama Tauhid ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:45 PM | Show all posts

Balas #29 indah1285\ catat

contoh mimpi putih lain, salah seorang penuntut ilmu tenaga dalam:

Assalamualaikum Wr. Wk. Nama  saya Alex Woo dan merupakan seorang keturunan Cina di Sabah tetapi telah berhijrah ke New Zealand Auckland. Saya amat berminat dengan ilmu-ilmu kebatinan sejak kecil lagi. Di samping itu juga mengamalkan amalan- amalan ilmu kebal dengan di berikan jurusan jurusan sebagai seorang anak murid penchak silat minangkabau. Akan tetapi, walaupun sudah banyak berguru tetapi hati saya tidak tenteram dan sering di timpa kemalangan dan kesakitan.Ini juga kemungkinan saya berasa ilmu yang saya belajar bertahun tahun tidak sebaya dengan tubuh serta rohani saya.  Saya bersyukur dapat melamani laman Dr Mohd. Rizal yang kini bukan sahaja memberikan panduan tetapi juga tunjuk ajar untuk memperolehi tenaga dalam yang kuat. Saya tidak bisa menunjukkan atau tes- test ilmu itu seperti memakan kaca, mejurus tangan di air mendidih tetapi percaya ilmu tenaga dalam ini akan berkerja dalam keadaan yang mendesak atau pun di serang musuh. Setelah penyelerasan tenaga dalam makrifat Dr. Mohd Rizal mensyarankan saya supaya memasuk agama islam.
Saya terperanjat dan pelik kenapa saya di syarankan memasuki agama Islam. Setelah beberapa hari saya mempunyai mimpi-mimpi yang pelik seperti di datangi malaikat  serta wali wali yang soleh dan di berkati olehnya serta di berikan tunjuk ajar untuk mengunakan tenaga dalam ini. Selepas itu saya pun menelepon Dr. Rizal agar meminta izin untuk memasuk agama Islam. Syukur alhamdullilah saya di berikan nama Noorudin Hidayatullah dan berasa sukacita kerana akhirnya saya berasa bukan saja saya mempunyai seorang tok guru yang pengasih serta penyayang tetapi juga sebagai seorang mentor dalam kehidupan dengan keberkatan Allah S.W.T. Walaupun saya baru memasuki sebagai seorang muslim, saya berasa akan keredaan dan kebesaran Allah S.W.T. Sebelum memeluk islam saya banyak membazir masa dan wang untuk memperolehi azimat azimat ataupun ilmu ilmu yang sakti tetapi tidaklah Berjaya. Saya tidak di paksa untuk memasuk agama islam tetapi dengan izin hati saya ini . Kalau ada apa apa kecurigaan sila emailkan saya di [email protected] e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it Segala puji kepada Allah S.W.T .
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 01:25 AM | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 03:20 PM | Show all posts

Reply #23 darkcat's post

ape2 pun,bersyukurlah kepada Allah...........
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 07:23 PM | Show all posts

well...hmm...

Originally posted by mnm77 at 29-9-2008 04:12 PM
Nabi Musa bercakap direct dengan Allah. Itu kelebihan Nabi Musa

Nabi Muhammad SAW mampu berdialog dan hampir  , kan dalam isra' mikraj
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 07:27 PM | Show all posts

and...

Originally posted by always_typo at 15-10-2008 05:02 PM
Biar saya kongsikan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2)
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-ora ...


ayat ayat Quran itu is the most meaningful when the going gets tough...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 08:00 PM | Show all posts
Alhamdulillah...kerana ALLAH telah memberi hidayah dan taufik terhadap saudara..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 10:35 PM | Show all posts

Balas #34 mbhcsf\ catat



lama tak nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2008 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 18-10-2008 07:23 PM

[quote]Nabi Musa bercakap direct dengan Allah. Itu kelebihan Nabi Musa



Nabi Muhammad SAW mampu berdialog dan hampir  , kan dalam isra' mikraj [/quote]

Benar

Setiap Nabi ada kelebihan tersendiri.... Setiap Nabi ada gelaran masing2. Kelebihan Nabi Musa A.S ialah dapat bercakap dengan Allah secara terus walaupun di dunia. Khidir A.S pula dikurniakan ilmu ladunni yang tidak dikurniakan kepada Nabi Musa.

Nabi Muhammad juga bercakap dengan Allah semasa mi'raj. Waktu lain menerima Wahy dan Ilham dari Allah.

Walaupun Nabi Musa dapat bercakap terus dengan Allah, ini tidak bermakna darjat Nabi Musa lebih tinggi dari Nabi Muhammad.

WAllahu a'lam

[ Last edited by  mnm77 at 19-10-2008 03:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 16-10-2008 04:03 PM
ok dah kaji dah.....

tapi nak tanya, ada kah ada hadis atau ayat Quran yg menyatakan bahawa manusia biasa benar2 tidak boleh berjumpa Tuhan seperti nabi2....?

adakah perkara  ni restriction ...


Nabi Musa pernah mohon lihat Allah semasa di dunia, namun Allah beritahu dia tak mampu lihat. Ada kisah ni dalam Al Quran.

Hanya Nabi Muhammad saja yang dapat bertemu Allah semasa Mi'raj. Jibril yang mengiringi Nabi pun tak dapat bertemu Allah.

WAllahu a'lam


[quote]Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: 揥ahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 03:41 PM | Show all posts

Balas #38 mnm77\ catat

terima kasih....

tp maksud sy ialah adakah ada dari pandangan hadis atau Al-Quran yg menyatakan hanya org2 tertentu saja(khas untuk nabi saja) bleh bertukar2 msg dgn Tuhan.......contohnya seperti apa yg dialami tuan rumah.......

di mana restriction itu terus menjadikan apa yg dialami tuan rumah conform tidak benar....

atau tiada restriction......menurut Al- quran dan sunnah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 04:02 PM | Show all posts

Reply #39 ussopp's post

Kes tuan rumah tu kes bermimpi. Walaupun ada riwayat Imam Ahmad bi Hambal bermimpi melihat dan bercakap dengan Allah, namun sukar untuk dipastikan kesahihan dakwaan sesiapa yang bemimpi melihat Allah.

Saya ada terbaca Imam Ibn Sirin kata kalau sesiapa yang kata dia bermimpi melihat Allah dalam bentuk imej dikhuatiri orang itu pembuat bida'ah.

Masuk bab ghaib ni memang susah le.... Allah Maha kuasa untuk memberikan keistimewaan tertentu kepada seseorang, tapi kita tak rasa keistimewaan tu melebihi keistimewaan para Nabi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063125 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list