|
Originally posted by syikin at 17-10-2008 05:19 PM
hehe.. tq kasi pinat.. yummy.. rangupnye..
tu le ct.. mula-mula dulu jadi blank kepala hotak dgn pesaing main harga nih.. dah tak terlawan rasanya.. lama-lama.. baca tips yg Irfan Khairi b ...
hurmm.. pesaing main harga ni mmg menchancurkan business sungguh..
baru2 ni ada call untuk bersih kan warehouse..
kita ni punya la quote harga berdasarkan margin yang betul..
cos sehari cuci, 3 org pekerja, chemical and peralatan = ribu ++
mmg dah survey harga semuanya rate lebih kurang sama...
si polan ni.. agaknya dia wat business main2 kot... main sebarang je letak harga...
ntah2 dia guna je maid yang mmg ada kat rumah dia..
patut ke dia letak harga rm80 ringgit je!
hishhh terkejut sungguh.. mmg tak patut! ape keuntungan yang dia dapat pun elle tak tau la....
duit minyak pegi balik pun dah rm40. pelik....
[ Last edited by elle_gogo at 17-10-2008 07:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bukan susah utk senang..bukan susah utk susah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Antara tips kegagalan yang dikupas dari buku Razzi AR Mansur
1)Orang yang tidak pernah mengalami kegagalan adalah orang yang tidak pernah berusaha. Bahkan orang yang tidak pernah berusaha tidak kenal gagal dan berjaya. Kegagalan itu penting, bahkan kemestian jika anda mahukan kejayaan. (Maksudnya, kejayaan dan kegagalan sentiasa bersama silih berganti. Hakikatnya, tidak mungkin manusia akan gagal sepanjang masa jika berusaha; dan tidak mungkin manusia akan berjaya sepanjang masa semasa sedang berusaha).
2)Setiap kali mengalami kegagalan sama ada kecil ataupun besar, berhenti sejenak, pandang sekeliling, atas dan bawah bagi mencari kebaikan yang tersembunyi. Dalam kebaikan itu anda selalunya akan menemui maklum balas.
3)Jangan sekali kali mengangap kegagalan sama ada kecil ataupun besar sebagai pengakhir. Anggap ia sebagai permulaan bagi memperoleh kejayaan yang lebih besar, bersembunyi di sebalik kegagalan.
4)Jangan sekali kali mengangap kegagalan bersifat kekal. Ia hanya sementara. Kegagalan akan menjadi maklum balas sekiranya dianggap sementara, sebaliknya ia akan menjadi kekal jika anda menganggapnya sebagai kekal dan SUSAH! |
|
|
|
|
|
|
|
bagus thread ini..menambahkan ilmu saya..tq kak syikin.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...terujer jugak ngan kejayaan & semangat org yg dah berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya bangga dgn semangat syikin dlm bisnes dan kata2 motivasi elle dlm
menaikkan smgt usahawan kita. 5 tahun dahulu sy pun berkecimpung dlm MLM
sampai ke peringkat pertengahan, tetapi sayang merundum, sayang sekali ilmu
yg ada terbiar begitu saja. Tetapi skrg tak tahu apa bisnes yg nak di buat !
Boleh kita bertukar2 buah fikiran bersama, TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elmyNS at 19-10-2008 01:32 PM
saya bangga dgn semangat syikin dlm bisnes dan kata2 motivasi elle dlm
menaikkan smgt usahawan kita. 5 tahun dahulu sy pun berkecimpung dlm MLM
sampai ke peringkat pertengahan, tetapi sayang ...
sama2...
boleh tukar2 fikiran dalam forum ni..
ramai yang otai2 tu boleh mintak pandangan dan pendapat diaorg..
elle baru belajar bertatih.. |
|
|
|
|
|
|
|
selepas 8 tahun berniaga:-
- lihat masalah sebagai cabaran
- mktg penting, rajin jumpa customer, akak main terjahhh aje... kena berani
- jangan tipu customer, kalau tak tau atau tak pandai, terus terang, tapi katakan jua yg kita akan find out utk mereka
- name card - bawak kemana saje
- MODAL - ni penting... rule 1. cari semua kemudahan pembiayaan... MARA byk, walaupun ada duit sendiri, ambik je kemudahan yang available
rule 2. elakkkan berhutang dgn supplier, payment prompt, sebab kalo time kita susah, supplier tak kisah kasi hutang
rule 3. payment dari customer kena rajin mintak...
rule 4. zakat/sedekah jangan lupa, rezeki yg dapat tu kekadang rezeki menduga, dhuha kena rajin, doa elak/senang bayar hutang kena rajin baca Restu/doa mak bapak, suami atau isteri dan anak2 penting
rule 5. fokus dan jangan berangan nak cepat kaya,,, kalau nak masuk skim cepat kaya tu, lupakan nak jadi usahawan.. tu semua aniaya orang
lain2... solat jgn lupa, selalu doa jgn lalaikan kita dgn hak dunia.
sekian. good luck. |
|
|
|
|
|
|
|
Shikin,
Part yg rahsia persaingan oleh IK tu mmg meransang otak dan buat saya berfikir. Saya pulak bila teringin nak biz, selalu dok cakap, alah org ni dah buat, tak nak buatlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tambah
niat kena betul.. jadikan berniaga - "lillah hi taala" kerana ALLAH semata2 - Insyaallah akan dipermudahkan utk kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazel23 at 20-10-2008 02:03 PM
nak tambah
niat kena betul.. jadikan berniaga - "lillah hi taala" kerana ALLAH semata2 - Insyaallah akan dipermudahkan utk kita.
wajib setuju..... |
|
|
|
|
|
|
|
terbaru dari Irfan Khairi..
========================================
TIP PILIHAN: Biar kecil asalkan berhasil
========================================
Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan
kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving".
Take note, saya guankan perkataan "membesar" bukan maksudnya
"mengembang". Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang
membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau
belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar... ofis mahal. Belum
jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus
dapatkan ramai pekerja... untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi
Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk
menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar-
pejabat, kereta, pekerja (ramai... bukan besar. kalau pekerja besar,
lain cerita ). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim,
semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan
hebat.
Tidak semestinya!
Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta,
pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan
terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk
dilakukan.
Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead
perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan
atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang
besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran
"surviving". Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan.
Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.
Itu baru cost... nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan,
bagaimana pula?
Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap
dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan
lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya
bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya
bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri
sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!
Bak kata mentor saya jutawan senyap, Chef Li: Biar kecil, asalkan
berhasil! |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah biz org melayu sumenya nak besar.. untung kecil x ape.. Sendiri mau filkirlah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 elle_gogo's post
betui tu.. saya suka perhalusi tulisan mentor-mentor usahawan nih.. dan ikut segala tips yg diberikan..
elle,
buat masa ni kita tak pernah lagi pergi seminar atau kursus dari nama besar cam Chef Li atau Irfan Khairi.. takat baca je.. tapi selalu gi Seminar DCL, sebab dalam DCL pun ada team Motivator.. dari situ dapat tips bisnes & Motivasi dari dorang..
26 Oktober ni ada seminar.. dan hujung bulan 11 pun ada seminar nak attend.. best bila dapat bercampur dgn team beraura positif dan bermotivasi tinggi nih.. sedikit sebanyak meresap jugak kat diri kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok tgk org mermotivasi & bercita tinggi..tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #29 hazel23\ catat
Terima kasih banyak2 kepada hazel23 kerana memberikan langkah2 dan
semangat yg tinggi kepada usahawan2 yg ingin maju ke depan dan semoga dgn
langkah tersebut melahirkan lebih ramai usahawan bumiputra yg berdaya saing.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
sentiasa bersedekah n menyumbang kpd mereka yg memerlukan..even belanja kwn2 mkn sekalipon..dgn niat sedekah..Insyallah rezeki kita x mahal... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|