CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Haiwan pupus kerana.....

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2009 10:53 AM | Show all posts
Angkara manusia
Oleh Rohaniza Idris
[email protected]





Habitat laut kian terancam

Persepsi tidak tepat terhadap laut menyebabkan ia menjadi tempat semua longgokan sampah dan sisa lain termasuk pembuangan minyak

MASALAH pembuangan sampah ke dalam laut sama ada akibat aktiviti yang dijalankan di kawasan marin atau di darat jika tidak ditangani segera boleh menjadi semakin serius dan berkemungkinan membawa kerosakan kepada sistem ekosistem batu karang dan laut di negara ini.

Jabatan Taman Laut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjangkakan lebih banyak spesies akan mati jika isu pencemaran dan pembuangan sisa pepejal dalam laut tidak diatasi dengan segera.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 42 peratus daripada 2,300 terumbu karang yang sihat dan 56 peratus lagi dalam kategori sederhana sihat.

Namun, kini, 20 peratus daripada 42 peratus terumbu karang yang sihat itu dicemari oleh pelbagai pencemaran seperti minyak dan sisa pepejal (pukat hanyut dan puntung rokok) yang dibuang di darat dan laut.


Aktivis alam sekitar melihat terumbu karang yang musnah akibat tumpahan minyak.

Jabatan itu menegaskan apabila terumbu karang mati maka ekosistem di sekelilingnya juga terancam dan berkemungkinan akan menghasilkan hasil laut yang tidak bermutu atau wujud kepupusan bagi sesetengah spesies.

Pensyarah Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim, berkata kesedaran awam mengenai pembuangan sisa pepejal di laut masih rendah walaupun kebanyakan faham kepentingan menjaga alam sekitar.

Ini berlaku kerana ramai yang tidak nampak kepentingan laut kepada manusia, lebih-lebih lagi laut itu dilihat luas dan jauh daripada pandangan mereka.

揔ebanyakan masyarakat menganggap laut luas dan jauh daripada kehidupan harian, maka laut itu boleh menjadi tempat pembuangan sampah yang paling sesuai. Tanggapan ini perlu diubah, jika tidak, dikhuatiri pada masa depan kawasan tadahan air akan tercemar,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 11:17 AM | Show all posts
How Bad Could Pollusion Be??








Note : Gambar gambar di atas diterima melalui email, betul atau tidak bukanlah menjadi soalnya.
Jika ini adalah gambar tipu semata mata ia memang sangat lucu.... tapi dengan sikap manuasia pada hari ini,
apa yang ditujukan diatas tidak akan menjadi lucu lagi di masa akan datang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 10:53 AM | Show all posts
Haiwan jadi mangsa pemburu haram

Oleh Siti Mariam Md. Zain


`NICKY' anak harimau betina yang hampir menjadi mangsa kerakusan manusia, sehingga kini masih terus bernafas kerana bantuan dan pertolongan manusia juga.

Moral ceritanya mudah - manusia bertanggungjawab memusnahkan dan manusia juga yang mampu menyelamatkan keadaan.

Kisah Nicky yang berusia tiga bulan bermula apabila `dia' hilang dari pusat jagaannya di Zoo Melaka baru-baru ini.

Anak harimau daripada spesies Himalaya Tiger itu berjaya dijumpai semula selepas tiga hari operasi mencarinya dilancarkan.

Ketika ditemui, Nicky berada tidak jauh dari sangkar yang menjadi tempat kuarantinnya, selama `dia' di zoo berkenaan.

Yang menyedihkan, anak harimau comel itu kelihatan lapar dan dahaga.

Itu hanya secebis kisah hidup yang terpaksa dilalui Nicky. Sebenarnya `dia' mempunyai kisah duka lebih daripada itu.

Nicky adalah mangsa penyeludupan haiwan liar yang tidak berperikemanusiaan.

Sebelum ditempatkan di Zoo Melaka, anak harimau itu telah diseludup dari Pahang untuk dijadikan santapan di sebuah restoran Cina terkemuka di Kuala Lumpur.

Namun, `berpantang ajal sebelum maut,' Nicky bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia ke Papua New Guinea, Datuk S.H Foo.

Atas dasar kemanusiaan, beliau kemudian telah mengambil keputusan membeli anak harimau itu dan menyerahkannya ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) negeri sebelum diberi kepada pengurusan Zoo Melaka pada 11 Ogos lalu.

Apa yang berlaku terhadap Nicky bukan perkara baru. Isu pemburu haram dan penyeludupan telah menjadi cerita yang semakin biasa kita lihat dan dengar.

Cuma kali ini, Nicky bernasib baik kerana ada pihak yang bersimpati dengannya.

Mengapa manusia sanggup bertindak di luar batas-batas kemanusiaan dengan membunuh haiwan-haiwan yang sepatutnya mendapat hak untuk hidup bebas di hutan?

Pegawai Program Rekod Perdagangan Flora dan Fauna (Traffic) Malaysia, Noorainie Awang Anak berkata, selagi ada permintaan, selagi itu perbuatan tidak bertanggungjawab ini akan berlarutan.

``Ada tiga sebab mengapa manusia sanggup berbelanja sehingga puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan haiwan-haiwan ini.

``Status, nilai-nilai perubatan dan kepercayaan tertentu yang ia membawa tuah mendorong mereka berusaha mendapatkannya dengan apa cara sekalipun,'' katanya.

Antara kepercayaan yang masih diamalkan ialah mengandaikan daging harimau mampu menguatkan tenaga batin bagi lelaki manakala darah beruang pula boleh melancarkan perjalanan darah manusia.

``Tanduk badak sumbu dikatakan boleh menyejukkan badan seseorang. Hakikatnya kejadian tanduk itu atau kandungan yang ada macam kuku kita,'' kata Noorainie.

Sementara itu di China, peningkatan permintaan terhadap ular dan kura-kura pada musim sejuk kerana mereka percaya memakannya dapat memanaskan badan.

Tahun lalu sahaja, sebanyak 52,800 ekor kura-kura telah dieksport ke negara itu.

Kepercayaan karut yang hanya bersandarkan kepada mitos semata-mata, mendorong golongan berada sanggup menghabiskan sehingga RM3,000 hanya untuk menikmati hidangan seperti otak beruk, daging harimau, tenggiling dan ular sawa.

Kepada pemburu, dengan harga seekor harimau dewasa yang boleh mencecah nilai puluhan ribu ringgit, menyebabkan mereka lupa kepada kesalahan yang dilakukan.

Misai

Malah dikatakan setiap bahagian harimau mempunyai khasiat yang tersendiri.

Maka tidak hairanlah jika misai harimau boleh dijual pada harga RM40 sehelai, sebatang gigi taring bernilai RM3,000 dan dahi harimau yang dianggap membawa tuah di kalangan masyarakat Cina, RM10,000.

Namun agak malang bagi mereka kerana kepercayaan bahagian-bahagian tertentu haiwan yang dimakan mampu meningkatkan tahap kesihatan, sehingga kini masih gagal dibuktikan menerusi kaedah saintifik.

Statistik menunjukkan kini hanya terdapat kira-kira 650 ekor harimau di Malaysia.

Maklumat yang dikeluarkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mengatakan, binatang-binatang yang teruk dilanda kepupusan selain harimau ialah badak sumbu, beruang, penyu dan gajah.

Haiwan yang juga sering dieksploitasi sehingga populasi mereka mengalami penurunan meliputi kura-kura darat, tenggiling, orang utan dan beberapa spesies ular.

Sebenarnya ada beberapa peranan yang boleh kita lakukan bersama dalam soal ini.

Jika melapor atau membantu pihak-pihak tertentu melakukan usaha perlindungan menjadi beban kepada kita, tugas paling mudah ialah tidak membeli atau menggunakan produk yang dihasilkan daripada bahagian dan anggota spesies-spesies terancam.

Malaysia sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan yang tiada pada negara-negara lain. Selain rakyatnya yang berbilang kaum, kepelbagaian biodiversiti yang wujud secara semula jadi, melayakkan negara ini sentiasa mendapat perhatian dunia.

Keistimewaan ini jika dirosakkan, yang menanggung ruginya adalah kita sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 11:50 AM | Show all posts

WWF

Sape kat sini ada wat derma kat WWF?
Aku ada buat, rm30 sebulan potong gaji..
Walaupun sikit, blh la jugak menyumbang untuk haiwan terancam..
Korang nak join pun blh..:handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 12:37 PM | Show all posts

Reply #23 Rangeboy's post

tepek sekali laa

no akaun dan bank tuk WWF




kasik link WWF pung ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 02:33 PM | Show all posts
orang byk makan...tu yg pupus tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2009 02:39 PM | Show all posts

Salam..

Sian sangat tengok binatang yg terpaksa lari dari pembangunan nak mengejar hutan.

Contohnya, nak cerita la sikit ni,  macam area umah saya ni, hutan di area klang gate dah banyak di terokai sebab nak buat rumah la kot. So,one weekend, masa saya nak pegi breakfast, tengah drive, sekali nampak la tepi jalan, atas pokok, monyet2 nih dok main2 atas pokok. Sebelum nih, memang tak penah la nampak monyet2 nih, apatah lagi diaorg main2 dekat2 tepi jalan la jugak, dah dekat dengan rumah orang.
Saya pun berenti keta tepi jalan, nak check them out. Species lain monyet2 nih, ada jambul. Bukan species yg monyet biasa or beruk biasa tu. Sedih and sayu bila tengok yg seekor nih bawak anak dia and seekor lagi dok turun naik pokok main plastik.
Saya boleh agak la kenapa diaorg carik makan jauh dari hutan, dah nak sampai rumah orang, sebab nya, rumah diaorg dah ditebang oleh orang2 yg nak buat pembangunan.
Kesimpulan nya, saya kesian bangat kat binatang nih. Rasa nak angkut semua and suruh duduk umah saya. Dan, kalau ada kontraktor2 umah yg baca tulisan saya nih, tolong la hentikan tebang2 pokok and gondol2 bukit nih. Kesian la kat diaorg, diaorg pun makhluk tuhan jugak. Sekali klang gate dam pecah baru tau.

Sekian la cerita saya. Sorry la kalau panjang and membosankan.. first timer la katakan.. hehhehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 03:23 PM | Show all posts

Reply #26 kemesraanku's post

mana ada bosan.

citer pasal binatang nih

mcm kita terbuai2 dibuat nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2009 05:23 PM | Show all posts
1,202 Biawak Dirampas Dekat Kuantan

KUANTAN, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 1,202 biawak yang dimuatkan dalam sebuah lori dirampas di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang malam tadi.

Tiga penyeludup biawak itu turut ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak itu yang dipercayai dibeli dari Orang Asli di sekitar Pahang, mahu diseludup ke luar negara melalui perairan pantai timur.

Biawak-biawak itu dianggarkan bernilai lebih RM60,000.

"Kes berkenaan dikesan kira-kira 8 malam apabila pihak kami terserempak dengan sebuah lori yang tiba-tiba dipecut laju apabila melihat kenderaan peronda kami di kawasan kebun getah berdekatan Gambang.

"Mengesyaki sesuatu, pihak kami mengejar lori berkenaan sejauh tiga kilometer sebelum lori itu berjaya ditahan di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang.

"Kami kemudiannya mendapati tiga lelaki berada di dalam lori itu. Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui 1,202 ekor biawak yang dianggarkan bernilai lebih RM60,000 terdapat di bahagian belakang lori berkenaan," katanya.

Khairiah berkata tiga lelaki yang ditahan itu berusia antara 37 hingga 50 tahun.

Pada hari yang sama sebelum itu, seorang Orang Asli turut ditahan kerana memiliki 34 ekor biawak di rumahnya di Kampung Orang Asli Menchupu, dekat Pekan, katanya.

Khairiah berkata, serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Perhilitan Pahang pada tengah hari berjaya menemui biawak berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1,800 di simpan di belakang rumah suspek yang berusia 55 tahun.

Beliau berkata biawak berkenaan dipercayai untuk dijual kepada orang tengah sebelum diseludup keluar.

Katanya kesemua mereka yang ditahan kerana memiliki binatang liar yang dilindungi itu, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Biawak merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 06:27 PM | Show all posts
Penyu Jantan Kurang, Akibatnya Telur Penyu Tidak Dapat Ditetas

KERTIH, 18 April (Bernama) -- Kekurangan penyu-penyu jantan dilaporkan telah menyebabkan telur-telur penyu belimbing yang dieram tidak dapat ditetaskan di Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Munir Mohd Nawi berkata, walaupun pendaratan penyu belimbing dicatat sebanyak dua kali ganda di Pantai Rantau Abang, Dungun pada 12 dan 23 Jun tahun lepas, namun kesemua telur yang dieramkan di Pusat Santuari Penyu Rantau Abang tidak dapat ditetaskan kerana tidak disenyawakan oleh penyu jantan.

"Kesemua 200 biji telur penyu belimbing itu tidak dapat ditetaskan kerana tidak disenyawakan terlebih dahulu dan ini berpunca daripada masalah ketiadaan spesis jantan. Kita sifatkan perkara ini sebagai kritikal," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Cakna Penyu di Pusat Santuari Ma'Daerah, di sini Sabtu.

Majlis gotong royong itu yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Negeri dengan kerjasama BP Petronas Acetyls dan Tabung Hidupan Liar (WWF) disertai oleh 800 penduduk dan pelajar sekolah.

Munir menjelaskan bahawa sebelum penyu-penyu betina bertelur di daratan, mereka perlu melakukan persenyawaan terlebih dahulu dengan penyu jantan, bagi membolehkan telur-telur yang mereka hasilkan dapat menetas.

"Contohnya di Pulau Tioman, Pahang pada tahun lepas yang turut berlaku pendaratan penyu belimbing. Bagaimanpun jumlah penetasan telurnya amat terhad. Walaupun ada kehadiran penyu jantan, namun ia lemah kerana hanya beberapa biji telur sahaja yang menetas," katanya.

Beliau berkata walaupun pada masa ini terdapat kaedah saintifik untuk menghasil spesis jantan dari telur yang dieramkan, namun usaha ini tidak akan bermakna jika tiada persenyawaan berlaku.

Mengenai jumlah pendaratan penyu pada tiga bulan pertama tahun ini, Munir berkata, ia mencatatkan peningkatan sebanyak lima hingga 10 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Katanya pada tahun lepas sahaja sebanyak 36,000 hingga 40,000 telur penyu telah didaratkan di Terengganu dengan sebahagian besarnya merupakan penyu karah dan belimbing.

Ketua Program Penyu Terengganu Tabung Hidupan Liar Duina (WWF), Rahayu Zulkifli berkata WWF akan melancarkan Kempen Jangan Makan Telur Penyu tidak lama lagi dalam usaha menyelamatkan penyu daripada pupus.

"Kebanyakan pelancong yang datang ke negeri ini akan mencari telur penyu. Jadi kita ingin mengubah perkara ini dan berharap pemandu pelancong tidak lagi menggunakan telur penyu sebagai daya tarikan pelancong ke Terengganu," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2009 08:00 AM | Show all posts
Pucung jadi makanan

Oleh MEGAT RAMLI
MEGAT RAOF




SHAH ALAM – Gara-gara tidak cukup gaji untuk menyara kehidupan, tiga lelaki Vietnam sanggup menjadikan anak dan telur burung Pucung Kuak sebagai makanan harian mereka.

Kegiatan memungut dan mengumpul spesies dilindungi itu sering dilakukan pada hujung minggu di kawasan bekas lombong di Kuala Garing, Rawang dekat sini iaitu lokasi utama pembiakan burung itu.

Mereka hanya mengambil anak burung yang didakwa lazat dimakan manakala telurnya digoreng atau direbus.

Namun, kegiatan sejak sebulan lalu itu terbongkar setelah sepasukan penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menyerbu lokasi tersebut pagi semalam setelah melakukan intipan selama hampir sebulan.

Pengarah Jabatan Perhilitan Selangor, Rahmat Topani pada sidang akhbarnya semalam berkata, ketika serbuan pukul 10.50 pagi, kesemua suspek berusia 20-an tersebut sedang asyik memungut dan mengumpul anak dan telur burung itu.

“Kami berjaya menahan mereka dan merampas sembilan ekor anak serta 395 biji telur burung Pucung Kuak yang sudah dipungut untuk dijadikan sumber makanan,’’ katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 06:59 PM | Show all posts
Perhilitan Selamatkan Biawak Tikus Daripada Diseludup



KUANTAN, 20 April (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang merampas 210 ekor biawak tikus dalam serbuan di sebuah ladang di Kampung Orang Asli Mencupu, Pekan, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu, jabatan itu menemui kesemua haiwan yang dilindungi bernilai RM10,500 dengan setiap seekor diikat dalam guni kecil.

Pengarah Perhilitan Negeri Khairiah Mohd Shariff berkata ladang itu dipercayai dijadikan tempat simpanan sementara haiwan yang dilindungi itu sebelum diseludup oleh sindiket penyeludupan haiwan eksotik ke luar negara.

Bagaimanapun, dalam serbuan tersebut, anggota Perhilitan tidak menjumpai pemilik haiwan itu, katanya pada sidang media di sini Isnin.

Beliau berkata biawak kini semakin terancam apabila menjadi buruan untuk diseludup sebagai hidangan eksotik di luar negara.

Khairiah berkata serbuan tersebut adalah susulan daripada penahahan seorang lelaki Asli di kampung berkenaan pada 15 April lepas yang menyimpan 34 ekor biawak tikus bernilai RM1,800 di belakang rumahnya.

Katanya pada hari yang sama, tiga lelaki yang menaiki sebuah lori turut ditahan di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang di sini bersama 1,202 ekor biawak tikus dan biawak air dipercayai diperolehi dari kampung tersebut untuk dipasarkan di luar negara.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 12:48 AM | Show all posts
Gunung Panti: Syurga Peminat Burung Semakin Terancam

JOHOR BAHARU, 23 April (Bernama) -- Status Gunung Panti di Kota Tinggi sebagai pusat pemerhatian burung yang terkenal semakin terancam berikutan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan tanah pertanian di kawasan hutan berhampiran gunung itu, menurut seorang aktivis alam sekitar tempatan.

Penasihat teknikal Malaysia Nature Society Johor (MSNJ) Vincent Chow mendakwa tindakan itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan habitat burung-burung terbabit tetapi juga menyebabkannya kehilangan sumber makanan utamanya.

"Akibat daripada tindakan itu, kini kita dapati terdapat spesis burung-burung yang telah berpindah daripada 'rumah asal' mereka di Gunung Panti ke kawasan-kawasan hutan yang lain," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Menurut Chow ada di antara ladang kelapa sawit milik anak syarikat kerajaan negeri yang dibuka berhampiran Gunung Panti sehingga menjejaskan habitat hidupan liar berkeluasan kira-kira 4,000 hektar.

Gunung Panti, yang terletak di pesisir jalan raya Kota Tinggi-Mersing, menjadi lokasi kegemaran peminat-peminat burung dari dalam dan luar negara terutamanya Singapura untuk mengkaji pelbagai spesis burung termasuk yang berada di dalam kategori terancam.

Chow berkata satu spesis burung yang terjejas akibat kemusnahan habitat semula jadi di Gunung Panti adalah burung enggang daripada jenis "Pied Oriental Hornbill" yang semakin sukar ditemui.

Katanya burung enggang daripada spesis terbabit dikesan berpindah daripada Gunung Panti kerana habitatnya iaitu pokok-pokok tinggi seperti pokok ara serta buah-buahan hutan yang menjadi sumber makanan dimusnahkan.

Burung enggang jenis "Pied Oriental Hornbill" hanya boleh didapati di kawasan hutan di selatan Semenanjung Malaysia, katanya.

Akibat daripada perpindahan burung enggang terbabit daripada habitat semula jadi di Gunung Panti yang disifatkan sebagai "perubahan kelakuan normal", spesis burung itu kini berhadapan dengan ancaman kepupusan, kata Chow.

"Hasil daripada pemerhatian teliti yang dilakukan oleh pasukan kami mendapati burung enggang itu kini menjadikan kawasan perkampungan dan tanah pertanian terutamanya buah-buahan sebagai kawasan utama mencari makanan," katanya.

Aktivis alam sekitar itu berkata perubahan kelakuan normal burung enggang Gunung Panti itu dengan menjadikan kawasan penempatan manusia sebagai lokasi sumber makanannya menimbulkan persoalan penting tentang kewujudan spesis itu di dalam tempoh jangka panjang.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 10:02 AM | Show all posts
Melihatnya sebelum lenyap

Situasi sekarang menyaksikan ribuan pelancong dari seluruh dunia mengadakan lawatan ke destinasi yang dianggap mereka akan pupus dan musnah akibat pemanasan global dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


SETIAP tahun, hampir beribu-ribu pelawat dari seluruh dunia menjadikan gunung Kilimanjaro di sempadan utara Tanzania, air terjun Victoria dan Safari di Zimbabwe sebagai destinasi percutian paling unggul untuk dilawati.

Kehadiran pencinta alam dan pendaki yang mahu menyaksikan keajaiban glasier dan hidupan liar, sambil menikmati pemandangan alam yang penuh dramatik itu tidak pernah putus sepanjang tahun.

Bagi mereka, melihat sendiri panorama kehidupan alam semesta, umpama memberi suatu petunjuk dan kebenaran telus bahawa dunia mampu memiliki segala-galanya.

Namun, pada hari ini, peluang melihat keunikan alam itu hanyalah sementara. Akibat kekangan politik, hidupan liar menjadi kian terancam.


KEHIDUPAN liar di Safari Afrika juga akan terancam akibat pengecilan saiz hutan hujan tropika.

Zimbabwe kini bukan lagi sebuah destinasi percutian terunggul. Negara itu kini berdepan dengan pelbagai kritikan dari seluruh dunia ekoran sektor pelancongannya yang dikatakan lebih banyak membawa kemusnahan.

Kritikan itu dikeluarkan oleh pakar-pakar alam sekitar yang bimbang melihat jumlah pelancong asing yang semakin meningkat untuk melihat sendiri keajaiban yang ditawarkan oleh Zimbabwe. Limpahan pelancong yang tidak terkawal itu dipercayai akan memusnahkan alam semula jadi di negara tersebut.

Pengarang majalah TravelAge West, Ken Shapiro berkata, kerosakan beberapa destinasi pelancongan di Zimbabwe boleh mengecilkan saiz hutan hujan tropika.

Disebabkan fenomena itu, para pelancong mempercayai bahawa tarikan itu akan musnah dalam beberapa tahun akan datang sekali gus membuatkan generasi masa hadapan tidak dapat melihatnya lagi.

"Ia berlaku akibat perubahan iklim yang mengancam hidupan dan alam semula jadi dunia," ujarnya.

Beliau mengakui destinasi tertentu di beberapa bahagian di dunia kini menjadi tumpuan pelancong yang yakin bahawa satu perubahan besar akan berlaku di destinasi-destinasi tersebut dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Sebelum terlambat dan sebelum perubahan itu berlaku, lebih baik mereka berkunjung ke sana untuk melihat sendiri keajaiban alam semula jadi yang mempesona.

"Setakat hari ini, mereka berpeluang melihat banyak perkara menarik termasuk yang ekstrem," tambahnya.

Shapiro dalam laporan agensi pelancongannya menjelaskan bahawa, permintaan perjalanan ke destinasi tersebut semakin bertambah dan kajian mendapati peningkatan itu berlaku kerana pelancong mahu melihat sendiri proses yang menyebabkan glasier di Antartika mencair, ancaman karang di Australia Great Barrier Reef atau saiz glasier yang semakin mengecil di Gunung Kilimanjaro, Tanzania.

"Mereka mahu melihatnya sekarang sementara ia masih ada. Jika telah tiada nanti akibat pemanasan global, destinasi-destinasi itu akan menjadi lipatan sejarah,'' ujarnya.


KEHIDUPAN beruang polar di bandar Churchill, Kanada kian terancam disebabkan pencairan glasier.

Presiden Pelancongan Afrika Albida, Ross Kennedy memberitahu, beliau telah menyertai pesta pelancongan selama lima hari di Madrid, Sepanyol. Katanya, trend pelancongan kini mempunyai kaitan dengan kesedaran persekitaran dalam sektor pelancongan.

"Perubahan persekitaran memperlihatkan bahawa dunia kini sedang berhadapan dengan suatu kenyataan dan membuatkan sesetengah orang berfikir, kita perlu mendapatkannya," katanya.

Kesahihannya terbukti apabila berlakunya peningkatan jumlah pelancong asing ke rumah persinggahan safari di Zimbabwe. Firma pelancongan itu beroperasi berhampiran air terjun terbesar di Afrika, Victoria Falls.

Tapak tersebut sesuai sebagai satu titik permulaan untuk melakukan perjalanan safari di sepanjang sungai Zambezi di sempadan utara Zimbabwe. Dalam perjalanan itu, pelancong boleh melihat hidupan liar yang semakin terancam.

Walaupun bimbang dengan isu pergolakan politik, masalah inflasi, penyebaran wabak taun di Zimbabwe, Kennedy berkata, perolehan syarikat itu akan terus meningkat sebanyak 1/4 peratus sepanjang tahun 2008.

Manakala di pasaran Amerika Syarikat, tumpuan pelancong ke Afrika menyaksikan sebanyak 4,035 bilik telah ditempah pada tahun lalu. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun 2004.


KEINDAHAN gunung Kilimanjaro begitu memukau mata pengunjungnya.

Shapiro menambah, populariti lawatan bagi melihat sendiri glasier yang cair di Antartika turut melonjak naik secara mendadak.

Menurut salah seorang kakitangan Persatuan Pelancongan Antarabangsa Antartika, lebih daripada 46,000 pelancong telah melawat benua itu sepanjang tahun 2007 hingga 2008.

"Pengasingan dan hidupan penguin liar yang unik, anjing-anjing laut, burung-burung dan ikan paus begitu menarik perhatian," katanya.

PARA pengunjung berpeluang melihat banyak perkara yang berlaku di gunung Kilimanjaro termasuk sesuatu yang ekstrem.

Seorang pelancong memberitahu, kehadirannya ke situ bukanlah semata-mata untuk mencari ketenangan, malah mahu melihat sendiri apa yang sedang berlaku.

"Kedatangan kami ke sini adalah untuk menyaksikan sendiri fenomena pencairan glasier, walaupun dari jauh.

"Pengalaman terbaik kami adalah peluang melihat sendiri proses glasier mencair dan mengecil. Melihatnya seakan-akan memberi keinsafan kepada kita tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan manusia pada masa hadapan. Dan kami adalah insan paling bertuah kerana dapat melihatnya sebelum ia lenyap," jelasnya panjang lebar.

Selain Zimbabwe, industri pelancongan yang dikesan membawa kemusnahan turut direkodkan di bandar Churchill, utara Kanada.

RAMAI pengunjung mengambil kesempatan melihat sendiri keajaiban air terjun Victoria Fall di sempadan Zambia dan Zimbabwe sebelum terlambat.

Pelawat mengambil kesempatan melihat beruang kutub yang datang dari pedalaman kampung dan kini dianggap kian terancam disebabkan pencairan ais laut.

"Salah satu sebab mengapa Churchill akan diteruskan dalam peta pelancong adalah disebabkan oleh beruang kutub," ujar Shapiro lagi.

Populasi spesies beruang polar menjadikan negara itu dikenali sebagai Polar Bear Capital of the World.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 01:01 PM | Show all posts
UALA LUMPUR: It was only a matter of time.

The gentle pangolin (Manis javanica), found in Malaysia and Thailand, is officially listed as "endangered", under threat of extinction.

So, too, the Malayan tapir (Tapirus indicus).

Both animals are officially cited on the 2008 Red List of Threatened Species, by the International Union for Conservation of Nature (IUCN).

All species of gibbon monkeys are now also "endangered", from "near threatened" last year.
The list assesses the conservation status of wildlife to highlight those threatened with extinction and therefore promote their conservation.

However, the news of the pangolin's status would probably come as no surprise to Malaysians.

Last month, the New Straits Times reported on the increasing illegal trade in pangolins; between 1998 and last year, the media reported 34 cases of pangolin smuggling and the confiscation of 6,000 specimens.

During the same period, it was estimated that more than 30,000 specimens were seized in Southeast Asia and East Asia.

It is little wonder that the species moved from the "low risk/near-threatened" category in 1996 to "endangered" on the Red List this year.

The other gentle forest creature that shares the dubious honour with the pangolin this year -- the tapir -- has experienced population declines estimated to be greater than 50 per cent in the past three generations (36 years).

Found in Malaysia, Indonesia, Thailand and Myanmar, the tapir is not usually hunted for its meat, nor does it suffer retaliatory attacks by villagers who compete with it for space or resources, which suggests that its decline may be attributed to habitat loss and fragmentation.

World Wide Fund For Nature Malaysia executive director/chief executive officer Datuk Dr Dionysius Sharma said that the situation warrants all stakeholders -- civil society, the government, non-governmental agencies and individuals -- to "go into overdrive in terms of conservation".

He said that although the IUCN Red List was based on a global population situation and was not limited to any particular country, trends such as this indicated that "we are failing in protecting these animals".

The Sambar deer (Cervus unicolor), went from "least concern" to "vulnerable" on the Red List.

"Sambar deer populations appear to have plummeted in recent years," said Sharma.

He added that the WWF-Malaysia field teams did not photograph any Sambar deer during their camera-trapping activities in Gunung Basor Forest Reserve, Kelantan, which went on for nine months; and Terengganu's Jerangau Forest Reserve, which was carried out between 2001 and 2003.

The second-largest cat in Malaysia, the leopard (Panthera pardus), has also been reclassified from "least concern" to "near threatened".

The status of the Sumatran rhinoceros (Dicerorhinus sumatrensis) and Malayan tiger (Panthera tigris) remain unchanged, "critically endangered" and "endangered" respectively.

The Red List ranks species according to their population status and threat levels, which have increased for many species as a result of habitat loss and degradation, over-exploitation, pollutants and climate change.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:28 PM | Show all posts
Haiwan pupus kerana.....

sikap tamak manusia dan penting kan diri sendiri, tak pernah cukup dengan ape yang ada....

Haiwan pupus kerana.....

kebanyakkan haiwan endangered mempunyai kitaran bunting yang lama dan jumlah kelahiran anak yang sikit serta peluang anak2 untuk hidup hingga dewasa adalah kecil...


bagi aku HUMAN R D BIGEST PREDATOR !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2009 10:14 AM | Show all posts
Protecting 慉mazon of the Oceans
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 10:30 AM | Show all posts
x pkir binatnag kt hutan pon nak hidup....sedap je tebang pokok buat kawasan perumahan, industri.....at least pindahkan lah kt habitat yang sesuai...x je mati begitu sshaja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2009 01:16 PM | Show all posts

Reply #18 Syd's post

Selatan: Syor Kampung Linau Kecil jadi santuari burung botak
Oleh Mohd Roji Abdullah
[email protected]


BATU PAHAT: Nama Kampung Linau Kecil, di Bukit Pasir di sini, mungkin agak asing bagi penduduk di luar daerah ini, tetapi tidak mustahil satu hari nanti kampung itu akan menjadi sebutan ramai terutama kalangan pencinta burung seluruh dunia.

Kampung itu unik kerana ia dikenal pasti menjadi satu-satunya lokasi di negara ini yang menjadi persinggahan burung botak atau nama saintifiknya `Leptotilos Javanicus' untuk bersarang dan membiak.

Justeru, ramai pihak termasuk penduduk kampung itu sendiri merayu supaya tanah seluas kira-kira 25 hektar di kampung itu diwartakan sebagai santuari burung botak, kerana selagi kerajaan tidak mewartakannya sebagai kawasan yang dilindungi, penduduk sukar untuk menghalang orang luar yang menceroboh kawasan pembiakan burung unik itu.

Penduduk sedar, tanah yang ditumbuhi pokok pulai yang menjadi kegemaran burung botak untuk bersarang itu milik individu tetapi mereka merayu supaya kerajaan negeri mencari kaedah untuk mewartakannya sebagai kawasan perlindungan burung itu.

Ketua Kampung Linau Kecil, Samsuri Ahmad, 68, berkata Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat untuk merayu kerajaan negeri supaya mewartakan tanah berkenaan.

Beliau bimbang, kemungkinan ada pihak akan menebang pokok pulai yang menjadi tempat burung bersarang, sekiranya tanah itu tidak diwartakan sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.


BURUNG Botak bersarang di pokok pulai di Kampung Linau Kecil, Batu Pahat.

"Tanah ini memang milik individu, tetapi ia terbiar sejak sekian lama sehingga ditumbuhi pokok pulai yang memang menjadi pilihan burung botak untuk bersarang dan kami merayu supaya kerajaan dapat mengambil tanah itu untuk diwartakan.

"Burung botak ini juga adalah warisan yang amat berharga dan kawasan itu pula menjadi tempat pembiakannya. Kami bimbang, jika tempat pembiakan tidak dijaga, burung itu akan pupus satu hari nanti," katanya.

Samsuri berkata, seorang penduduk yang tinggal berhampiran lokasi tanah yang menjadi persinggahan burung itu, Abdul Manan Bahran, pernah beberapa kali terserempak orang luar yang cuba menebang pokok pulai tempat burung itu bersarang.

"Jika Abdul Manan tidak melarang mereka, mungkin pokok bernilai tinggi itu semuanya sudah tumbang," katanya.

Ketua Umno Cawangan Linau, Md Shah Nawawi, 47, pula berkata kehadiran burung botak membuat sarang di kampung itu adalah aset berharga untuk membantu industri pelancongan negeri ini.

Beliau berkata, ia boleh mengamit kehadiran pelancong luar terutama penggemar burung sekali gus membantu menjana ekonomi penduduk kampung.

"Apabila kawasan ini diwartakan sebagai kawasan perlindungan burung botak, ia boleh dimasukkan dalam senarai destinasi pelancongan negeri dan penduduk pula boleh terbabit dalam sektor itu dengan membuka `homestay'.

"Ini bermakna kehadiran burung botak di sini, bukan saja menambah destinasi pelancongan negeri malah membantu sumber ekonomi penduduk.

"Tetapi ia sukar untuk dilaksanakan selagi tanah yang menjadi persinggahan burung botak ini tidak diwartakan," katanya.

Sementara itu, aktivis hidupan liar, Mansur Po, yang sudah 15 tahun mengkaji burung Botak di Kampung Linau Kecil itu, berkata burung yang berasal dari China itu dikenal pasti antara spesies yang sudah hampir pupus.

"Di negara asalnya (China) burung itu dikatakan sudah tidak ditemui lagi, begitu juga dengan Nepal yang pernah menjadi tempat pembiakannya. Kini Kampung Linau Kecil ini dikenal pasti satu-satunya tempat burung itu membiak di negara ini.

"Saya mengenalpasti terdapat 68 sarang burung itu di sepuluh pokok pulai di kampung ini dan ia bertambah tiga berbanding 65 yang saya kesan tahun lalu. Kita harus mempertahankan sarang-sarang yang ada ini," katanya.

Katanya lagi, pihaknya mengalukan-alukan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, untuk melihat sendiri lokasi yang dicadangkan menjadi santuari burung botak itu dan berharap kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mewartakan kawasan terbabit.

"Kami berharap Menteri Besar melihat sendiri tempat ini yang sejak sekian lama menjadi tempat pembiakan burung Botak.

"Burung itu biasanya mengawan pada Disember dan berada di sarangnya selama enam bulan iaitu sehingga Jun atau Julai kerana selepas bertelur dan mengeram, burung itu akan terus menjaga anaknya sehingga boleh terbang iaitu dalam tempoh enam bulan selepas menetas," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2009 01:25 PM | Show all posts
Selamatkan hidupan marin

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
[email protected]




Peningkatan suhu air, paras air laut dan keasidannya adalah ancaman terbesar kepada hidupan marin Segi Tiga Terumbu Karang. Bagaimanakah kita dapat menanganinya?


KEPUPUSAN spesies marin akibat penangkapan ikan yang keterlaluan dan perubahan cuaca melampau secara berterusan bakal memberi kesan kepada dunia. Dijangka kesemua bekalan ikan komersial dan spesies makanan laut akan habis menjelang tahun 2048.

Analisis sejarah, eksperimen dan data perikanan berhubung spesies ikan di laut dan ekosistem, para penyelidik mendapati, ketika bekalan makanan utama semakin menekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu biodiversiti secara global.

Laporan tersebut didedahkan oleh penulis LiveScience, Sara Goudarzi, yang dipetik daripada jurnal Science isu November 2008.

"Kehilangan spesies ini bermakna kita juga kehilangan produktiviti dan kestabilan keseluruhan ekosistem. Ia sangat mengejutkan bagaimana trend ini berlaku di luar jangkaan kita," kata penulisnya, Boris Worm dari Dalhousie University.

PERSIDANGAN Lautan Sedunia (WOC) 2009 di Manado, Sulawesi mengumpulkan ketua-ketua negara Segi Tiga Terumbu Karang selain wakil negara rakan, Amerika Syarikat dan Australia.

Kumpulan konservasi WWF turut melahirkan kebimbangan kemungkinan pupusnya biologi terumbu karang yang terbesar di Asia Tenggara pada penghujung abad ini sekiranya isu perubahan iklim tidak diketengahkan.

Perubahan iklim boleh memusnahkan kekayaan hidupan laut sekiranya pengeluaran gas rumah hijau tidak terkawal.

Peningkatan suhu air, paras air laut dan keasidannya adalah ancaman terbesar yang mengancam Segi Tiga Terumbu Karang.

Rangkaian terumbu karang yang dikenali sebagai Segi Tiga Terumbu Karang meliputi sempadan beberapa buah negara seperti Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timur Timor.

Rangkaian itu mempunyai lebih 76 peratus spesies terumbu karang dan 35 peratus adalah spesies ikan terumbu karang.

Malah, kepupusan terumbu karang mengakibatkan pengeluaran makanan di rantau itu merudum sebanyak 80 peratus. Ia meletakkan kehidupan 100 juta orang dalam bahaya.


PENINGKATAN suhu sekitar 0.5 darjah Selsius sudah cukup untuk mengancam hidupan marin.

Difahamkan, beberapa beberapa lokasi di Segi Tiga Terumbu Karang adalah kawasan yang penting untuk semua jenis ikan. Migrasi ikan tuna dan penyu menyebabkan mereka mungkin tidak lagi bertelur di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, lebih 70 buah negara berkumpul di Manado, ibu kota Sulawesi, Indonesia baru-baru ini bagi membincangkan isu berhubung antara lautan dan perubahan iklim.

Persidangan Lautan Sedunia (WOC) yang julung kalinya diadakan itu bertujuan memelihara kepentingan laut dan sumber marin yang telah diancam oleh pemanasan global.

Apakah yang diperlukan untuk menyelamatkan Segi Tiga Terumbu Karang? Ia memerlukan komitmen pengurangan pengeluaran gas rumah hijau.

Kepanasan yang terperangkap daripada pembakaran bahan bakar fosil seperti arang, minyak dan gas dipersalahkan akibat atmosfera dan perubahan aliran cuaca, sekali gus meningkatkan keasidan laut yang mengancam hidupan marin.

KUMPULAN pencinta alam mendesak negara-negara dunia kini lebih tegas dengan isu pencemaran alam sekitar termasuklah kehidupan marin.



Dalam pada itu, di Malaysia, 99 peratus daripada penduduknya hidup dalam lingkungan 100 kilometer dari pantai dan hampir 100,000 orang terlibat secara langsung dalam industri perikanan.

Industri perikanan Malaysia merupakan penyumbang besar kepada sumber makanannya. Dengan pengambilan per kapita tahunan sebanyak 45 kilogram, penduduk Malaysia adalah antara yang tertinggi mengambil ikan dalam diet harian di Asia Tenggara.

Hampir 20 peratus daripada sumber protein rakyat Malaysia diperoleh daripada makanan laut.

"Namun, sumber marin Malaysia semakin merosot dan kepelbagaian biologinya diancam oleh aktiviti manusia.

"Laut saling berantaian dengan hidupan daratan. Apabila berlaku sesuatu perkara, contohnya pemanasan global di daratan, kesan juga bakal dirasai oleh kawasan marin.

"Apa yang membezakan adalah masa. Sama ada cepat atau lambat sahaja," terang Pengarah Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr. Mohd. Effendy Abd Wahid kepada Kosmo!.

Peningkatan suhu atmosfera

Ini kerana, apabila berlakunya peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global, maka ia akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartika sekali gus mengakibatkan peningkatan dalam aras laut.

"Apabila suhu laut meningkat, walaupun hanya 0.5 darjah Selsius daripada suhu sebenar lautan iaitu antara 26 hingga 27 darjah Selsius, ia bakal mengancam terumbu karang di lautan.

"Apa yang paling penting di sini adalah diatom (sumber makanan kepada ikan-ikan dan organisme marin) yang terdapat pada terumbu karang.

"Apabila terumbu karang musnah, ini akan menyebabkan ikan-ikan yang bergantung padanya juga akan mati," tegas Effendy mengenai bahayanya kesan pemanasan global ke atas kehidupan marin.

Ini akan memberi kesan terhadap sumber makanan di Malaysia apabila tiada bekalan makanan.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd. Rizal Arshad pula memberitahu, lautan adalah penyerap utama gas karbon dioksida (C02) daripada atmosfera.

"Peningkatan penyerapan gas CO2 ini menyumbangkan secara langsung kepada turunnya nilai pH air laut. Proses pengasidan air laut ini akan memberi kesan kepada hidupan marin.

"Ia akan turut dirasai oleh Malaysia kerana ia merupakan negara pesisir pantai yang akan menerima kesan langsung daripada proses pemanasan global itu.

Selain kesan pemanasan di daratan, hidupan marin di perairan negara akan terkesan kerana lautan adalah satu kejadian alam yang bersifat dinamik.

Ia merupakan sebahagian daripada komponen ekosistem global kerana Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa.

"Peningkatan suhu ini akan benar-benar dirasai. Hidupan batu karang di perairan Malaysia adalah sebahagian daripada sistem ekologi di Laut Cina Selatan dan Laut Sulu Sulawesi.

"Sekiranya tiada gerakan atau inisiatif bersepadu di peringkat setempat atau global tidak diambil, maka kemusnahan hidupan marin ini sukar untuk dihalang.

"Usaha Malaysia secara bersendirian hampir mustahil mengatasi masalah ini," katanya yang menyetujui usaha sama 100 buah negara dalam menangani masalah pemanasan global yang berlaku di Manado itu.

Sementara itu, Ketua Persidangan Lautan Sedunia (WOC), Indroyono Soesilo berkata, keindahan kepulauan Manado dan juga kepulauan sekitarnya juga kini sedang terancam.

Pemanasan global menyebabkan suhu air laut akan naik dan terumbu karang serta spesies ikan akan mati.

Jelasnya, terumbu karang terbesar yang dimiliki oleh kepulauan Manado juga terancam.

Matinya terumbu karang di kawasan segi tiga itu, akan mengancam sumber daya ikan dunia yang lain.

"Perhatian utama terhadap ancaman dan harapan berhubung kedudukan lautan yang meliputi 72 peratus permukaan dunia itu ketika wujud ketidaktentuan ekoran kepanasan global akan difokuskan," katanya.

Ujarnya, WOC turut mengumpulkan lebih 1,000 saintis dan pakar-pakar perubahan iklim yang akan memberi fokus terhadap lautan sebagai subjek teras ketika berdepan dengan perubahan iklim dan keselamatan makanan.

KEMUSNAHAN alam marin akan menyebabkan warga dunia kehabisan spesies makanan laut menjelang tahun 2048.

Manado merupakan sebuah ibu kota yang terletak di Kepulauan Sulawesi, Indonesia kira-kira 2,500 kilometer dari Kuala Lumpur (perjalanan udara) dan wilayah yang berkongsi laut Sulu dengan Sabah.

Ibu kota utara Sulawesi itu menjadi tempat destinasi utama pelancong terutamanya kepada pencinta laut untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menyelam skuba dan snorkeling.

Di kalangan penyelam, Manado dikenali sebagai antara lokasi menyelam yang perlu dikunjungi kerana mempunyai beberapa taman laut termasuk Taman Marin Negara, Bunaken yang menempatkan 2,500 spesies ikan dan 70 jenis terumbu karang.

"Kami dapat melihat penurunan spesies di perairan yang cepat sejak 1,000 tahun yang lalu. Kesannya, kita kehilangan keupayaan penapis, habitat nurseri dan perikanan yang sihat," kata penulis bersama, Heike Lotze dari Dalhousie University, Canada.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Samudera dan Perikanan Indonesia, Freddy Numberi memberitahu, sumber samudera yang tidak ternilai harganya itu kini terancam dan semakin banyak lokasi yang mengalami kemusnahan.

"Ramai orang bimbang bahawa proses yang menyebabkan perubahan iklim kini di luar kawalan," katanya.

Walaubagaimanapun, Freddy memberitahu, dengan terlaksananya WOC 2009 itu, segala kebimbangan mengenai kemusnahan kehidupan marin yang berlaku akan mendapat satu penyelesaian yang lebih baik.

Khabarnya, persidangan itu juga bertujuan untuk mewujudkan perdebatan saintifik berhubung peranan laut dalam mesyuarat perubahan iklim Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen, Denmark, Disember ini.

Persidangan itu juga akan membincangkan untuk meneruskan Protokol Kyoto yang akan tamat pada 2012.

Persoalannya, mampukah persidangan selama lima hari yang berlangsung di Manado itu mencapai kata sepakat untuk kita bersama-sama memulihara kehidupan marin?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.822082 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list