Ow xteringat lak aku... Korang bleh tengok dalam Youtube pasal tanah naungan Siam dalam kurun2 ke-18 M... Dalam vido propaganda ni, dorang cakap negeri2 kat selatan Thai ni negeri jajahan negara Siam. Sebenarnya negeri2 dalam ni bekerjasama membentuk kerajaan Siam. Tanpa negeri2 utama ni, Siam, takkan jadi Siam yang besar melainkan Siam Khrungthep ja kat Tengah Thailand sana. Negeri2 Selatan Thai ni negeri Melayu ler, takkan negeri Tai kot. Orang Tai serumpon dengan orang Lao di Laos sana. Tak caya? P tanya Puak Lao. Melayu dah ada kat Selatan Siam sejak abad pertama Masihi lagi. Empayar Langkasuka n negeri2 dalamnya.
Klip vid-o ni kata Siam kalah tanah2 dia 14 kali kat bangsa Barat. Mula dari zaman Rattanakosin Siam mula hilang tanah2 dan berikan tanah2 ni demi menjamin kemerdekaan, terharu . Jadah la Siam ni p tulih Siam, aku kena trenslet skit.
1. Hilang tanah, Koh Mahk (Pulau Pinang), dia dengan senang atinya bagi kat Inggeris. Tanah ni Kedah yang punya, Francis Light PenipU tarak teloQ!
2. Mohrid, Tawaai, Tahnausri (Thanintaryi), kalah bagi kat Burma. Ni pon tanah jajahan Kedah, bukan bapak Siam yang punya n bukan Burma punya!
3. Bantaimast, kalah bagi kat Farangset (Perancis). Ni tanah jajahan Kemboja/Khmer.
4. Senwi, Muang Pong, Chiang Tung kalah bagi kat Burma. Ni negeri Tai-Shan.
5. Rath Perak, kalah, bagi kat Inggeris. Ni, Perak punya!
6. Sipsongpanna (Kerajaan 12,000 Sawah), kalah, bagi kat China. Ni negeri suku kaum Dai/Tai/Zhuang.
7. Khmer dan pulau2 berhampiran, 6 buah pulau smuanya, bagi kat Perancis. Ni Kemboja skang nih.
8. Sipsongchuthai, bagi kat Perancis. Ni Utara negara Laos.
9. Tebing Sungai Salween, bagi kat Inggeris. Ni dalam Myanmar skarang.
10. Negara Laos, bagi Perancis. Raja Anuvong pernah memberontak n kena penjara kat Bangkok sampai mati. Ada kisah orang Laos lari ke Kedah pon n kawin dengan orang Patani Kedah macam moyang sebelah mak Syeikh Mahmud al-Qadahi.
11. Tebing Sungai Khong, bagi kat Perancis. Aku xtahu ni negeri apa... Bunyi Khong macam botol minuman keras ja .
12. Phra Tabong (Battambong), Siem Rath (Siem Reap), Sisophan, kalah, bagi kat Perancis. Ni dalam Kemboja skarang. Khuang Aphaiwong, xsilap aku bekas PM Siam, asal dari Battambong, dia suku kaum Khmer/Kemboja bukan bangsa Tai.
13. Rath Kelantan, Trangganu, Saiburi (Kedah), Borist (Perlis), kalah bagi kat Inggeris. Ni smua asal dari negeri2 Langkasuka n Perlis tu hasil daripada Changwat (wilayah) Kedah yang Mulia pecah empat!
14. Khau Phra Viharn (Bukit Phra Vihear), yang terbaru, kalah bagi kat Khmer.
Reman n Yala kira sebagai Perak Utara. Jangan konpius plak, Perak bukan macam Perak skarang, ni zaman2 dlu. Perak yang Utara tu negeri orang asli yang berkaitan dengan Kedah n Patani. Patani negeri sendiri. Kalu ikot kitab2 petitih lama, Langkasuka Pantai Timur ada kat Patani. Langkasuka Pantai Barat ada kat negeri Kedah.
Lepas abad ke-6 baru Kedah muncul jadi negara sendiri, bukan negeri dalam Langkasuka lagi. Negara Empayar Siam xwujud lagi sampai la abad ke-13 M.
Ni region2 dalam negara Thailand atau negara Siam yang masih tinggal selepas berjaya mengekalkan kemerdekaan n tanah jajahan.
Negeri Thai Tengah tu la Siam Betol. Kerajaan asal di sana pada kurun2 awal Masihi adalah Suvarnabhumi (Golden Land). Dia memanjang sampai ke Burma Selatan n Selatan Thai termasuk Malaysia sekarang. Suku kaum di sana sebenarnya bermacam2, seperti suku kaum Mon (dari India Timur), Wa (dari China Selatan), Khmer (dari Delta Mekong), n Melayu Purba. Suku kaum Tai atau Thai masih belom keluar lagi dari China Selatan sehinggalah abad ke-7 M bila depa kena sepak dengan Monggol. Depa keluar dan duduk dalam kawasan empayar Chenla (Kemboja) di Phitsanulok. Waktu tu, negeri Selatan Thai dan Semenanjung Tanah Melayu dah dijajah oleh negara atau empayar Srivijaya. Lepas abad ke-8 M, orang kawasan Selatan dah di-Srivijayakan dengan jayanya. Bagi yang orang Buddha bercakap Thai, tok sah la dok kata kami ni murtad masuk Melayu/Islam. Orang Selatan memang bangsa Melayu pon. Thai masuk ketika abad ke-12 M. P tanya la ngan Pi Nong kat Bangkok sana, depa pon tau.
Panjang ni ceritanya. Semua region2 dalam Siam tu ada cerita tersendiri. Ada kisah purba tersendiri. Len masa ja la. Janji hangpa smua paham skit2.
Lain2 macam surat perjanjian Siam smua, korang bleh cuba lawati Muzium Kota Kayang di Perlis. Sebab makam Sultan Kedah yang jadikan Kayang (Perlis) sebagai Pusat Pemerintahan pada kurun ke16 M sebelum golongan Said tu jadi pentadbir Perlis ada kat sana. Buku Undang2 Kedah yang blog nagara Kedah tu slalu dok main, baginda yang susun. Xda kaitan papa pon ngan Siam apa2, smua tu hak milik Kedah pahal pulak tetiba jadi milik Siam!
Siam Ramathibodi I yang bukak pada kurun ke-13 M, dia mengaku dia anak cucu Tai Chiangsaen. Legenda Siam kata orang Tai-Lao smua asal dari Khun Borom.
Kedah, dah ada dalam Langkasuka lama dah. Raja pertama bagi negara Kedah Tua kami, Maharaja Durbar Raja, bangsa Parsi Aryan yang mulia macam kami gak !
Ada lorong dalam gua di situ...
Makam Marhum Kayang (Perlis) atau Sultan Diauddin Mukarram Syah
tulaaa.aku pun dok heran pasaipa dulu Hang macam marah ja kat Marhum Kayang pasal undang-undang Kedah ni.Laa ni dah jelas tak dak sebut pun macam apa yg blog tu dok canang.
Marhum Kayang xwat salah papa pong... Blog merapu tu xbaik dok cerita bukan2 pasal Marhum Kayang. Al-Marhum ada bagi sumbangan tiba2 jadi sumbangan Siam plak.... Ahahahaha.... Bila masa plak orang Kedah jadi Siam Islam? Kedah, Kedah la. Pasaipa campoq dengan Siam? Kalu cakap Siam tu xleh la nak buat papa, dah sebab pengaroh asing banyak di Kedah kita ni.
Aku geram gak kat blog tu, xpasai2 Thailand dapat nama dengan kegemilangan Kedah. Siam2 Buddha pon nek kepala n dok kutuk habeh kat orang Melayu yang cakap bahasa Siam. Pasai blog tu p ignore fakta Srivijaya-Mala, Langkasuka, n Tambraling. Padahal orang yang buat blog tu kemungkinan ada kaitan dengan negeri Tambraling. Tambraling kena jajah Sukhothai puak kapiaq tiga suku, hahahaa. Siam2 yang mai dr Tambraling tu sama ada Isle ka Buddho ka toksah la berlagak, xhebat mana pon hangpa. Kena jajah ngan Tiga Suku Thai yang kena sepak ngan Monggol. Jadi bahan kutuk ja ngan Khamen (Khmer).
Tapi papa pon, kita kena ucapkan trima kasih kat pembukak blog. Sebab dengan dia buat pendedahan yang merapu sikit sebanyak tu, kita orang Kedah smua mula ambik berat pasal sejarah panjang negeri kita. Bukan smua dia creta dlm blog tu muhong, ada yang betol, tapi dah bercampor aduk. Bendera Manchuria p amik jadi bendera Dinasti T'ang, ahaha...