CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Album Mawi : Qasidah Allah Habeebi

[Copy link]
Post time 5-12-2008 12:18 PM | Show all posts
Musti best punye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 08:59 PM | Show all posts
wey nyanyi lagu habibi ya allah bukan main. bakal bini tayang tetek layut sana sini dgn suar ketat....nyampah aku.

tak koser aku nak beli dah album dia. haram beli tak haram dengar
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by zamzam at 5-12-2008 08:59 PM
wey nyanyi lagu habibi ya allah bukan main. bakal bini tayang tetek layut sana sini dgn suar ketat....nyampah aku.

tak koser aku nak beli dah album dia. haram beli tak haram dengar


sudah2 la komen tetek lanjut orang..
kang tetek sendiri ilang tak perasan.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 11:50 PM | Show all posts
Mahal ker?
Aku kumpul duit nak beli album ni cukup-cukup makan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by wangi08 at 5-12-2008 10:36 PM


sudah2 la komen tetek lanjut orang..
kang tetek sendiri ilang tak perasan.....


yang hang sibuk apsal? tetek hang pun lanjut cam dia ker? atau hang mmg kikin???
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by wangi08 at 5-12-2008 10:36 PM


sudah2 la komen tetek lanjut orang..
kang tetek sendiri ilang tak perasan.....


Org kurang akhlak tu jangan dilayan sangat. Tak berbaloi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2008 02:30 PM | Show all posts
Aku pun nak belilah Album budak botak ni sebab aku dah pernah jumpa dia face to face memang tak sombong budak ni tapi mak lampir tu aku memang tak berkenan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 05:17 PM | Show all posts

Balas #27 lyddok\ catat

nanti dah beli
komen kat sini ye.. ok ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 05:19 PM | Show all posts

dari harian metro hari ni

Kos album Qasidah Mawi mahal
Oleh Norhayati Nordin

Rap
DI saat menghitung hari untuk menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan, Nora'ashikin Rahmat, 29, pada 20 Disember ini, juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, 27, masih sibuk dengan aktiviti seninya yang padat.

Bahkan, kelmarin, dia turut hadir pada majlis pradengar album terbarunya, Qasidah Allah Habeebi yang akan dipasarkan Januari 2009. Hanya memuatkan lapan lagu, Mawi turut mengetengahkan bakatnya menulis lirik lagu, Hijab.

Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro), Freddie Fernandez berkata album Qasidah terbaru Mawi ini lebih mahal kos pembikinannya berbanding album terdahulu. Namun, hasilnya sangat memuaskan dan berkualiti.

“Album ini (Qasidah Allah Habeebi) menggunakan rakaman muzik 'live' yang perbelanjaannya agak tinggi. Kalau rakaman biasa yang sudah di program, kosnya satu lagu hanya RM5,000. Tetapi, dengan muzik 'live' harganya meningkat RM7,000.

“Memandangkan tidak sampai 10 lagu dirakam, kos produksi rakaman mencecah hingga RM100,000. Itu belum lagi termasuk dengan kos promosi. Bagaimanapun, inilah strategi Maestro untuk beri kelainan dan produk terbaik kepada peminat Mawi.

“Tujuan menggunakan muzik 'live' untuk rakaman ini dianggap tepat demi menjaga kualiti album. Menyedari pasaran album sekarang yang kurang memberangsangkan, diharap langkah diambil Maestro ini membuahkan hasil dan jualan meningkat,” katanya.

Kata Freddie lagi, memang banyak beza boleh dilihat antara muzik yang di program dan 'live' untuk rakaman. Akuinya, peminat akan merasai kelainannya, sekali gus berpuas hati dengan album ini. Mawi pun katanya memberi komitmen terbaik.

Sementara itu, Mawi berkata dia seronok terbabit dengan rakaman album Qasidah Allah Habeebi ini. Menurutnya, lebih-lebih lagi bekerjasama dengan komposer seperti Farihin Abdul Fatah yang sangat tegas terhadap vokal.

“Bekerja dengan Farihin tidak memberi ketakutan kepada saya. Tetapi, sikap tegasnya yang menginginkan mutu vokal saya yang paling terbaik, memang memberi kesukaran. Namun, Alhamdulillah segalanya sudah selesai sekarang dan hasilnya hebat.

“Sepanjang merakamkan lagu Allah Habeebi yang menjadi single terbaru dan judul album, saya diminta Farihin menyanyi dengan pelbagai cara untuk menonjolkan karektor vokal. Sangat payah, namun saya akui amat menyukai lagu Allah Habeebi,” katanya.


Apapun, anak jati dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini mengakui masih mengharapkan sokongan peminat. Katanya, semoga peminat boleh menerima album Qasidah Allah Habeebi ini walaupun, sudah berkahwin.

Selain lagu Allah Habeebi, tujuh lagi lagu lain yang dimuatkan ialah Hijab, Tola'al Badru Alaina (duet bersama Brother's), Serulah Namanya, Sujud (duet dengan KRU), Wal Asri, Teman Hakiki dan Seroja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:12 PM | Show all posts
bile nak kluar album ni....
x sabo nak beli...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 6-12-2008 09:49 AM


Org kurang akhlak tu jangan dilayan sangat. Tak berbaloi.


awat? akhlak hang cam kikin ker? berbaloi arr leh geget geget
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 12:42 AM | Show all posts
Sedih aku nengok hang zam
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 10:29 PM | Show all posts
Originally posted by ramura at 7-12-2008 12:42 AM
Sedih aku nengok hang zam


naper nak sedih???..bukan aku yang nak kawin ngan kikin...

selamat hari raya ram :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 12:58 AM | Show all posts
selamat hari raya zam

aku sedih sebab aku rasa hang rasa tertipu dengan mawi

... i feel for you (chewahh )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 10:05 AM | Show all posts
Mawi mula berjinak tulis lirik
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin



Barangkali perasaannya terhadap Ekin menjadikan Bintang Paling Popular itu lebih kreatif

CINTA sering kali dikatakan mampu menjadikan seseorang itu insan berbeza. Sama ada mereka yang terperangkap dalam kemelut cinta itu menjadi insan yang leka dengan kemanisan cinta atau mungkin mampu memotivasikan seseorang itu menjadi insan lebih baik.

Di ketika ini, insan bernama Mawi sedang asyik dibuai alunan melodi cinta indah yang dimainkan si kekasih hatinya Ekin. Cerita itu bukan baru tetapi dek kerana panahan asmara, mengubah Mawi menjadi insan kreatif. Anak muda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu kini mula berjinak-jinak dalam penulisan lirik.

Kali pertama, anak muda itu meluahkan isi hatinya untuk lagu Ayah yang ditujukan khas buat Allahyarham ayahanda tercinta, Ani Ahmad pada Aidilfitri yang lalu. Dan sempena kehadiran album terbaru iaitu album keempatnya berjudul Qasidah Allah Habebbi, Mawi sekali lagi menulis lirik untuk lagu Hijab.

Tersenyum malu pemuda berusia 27 tahun itu apabila diusik kreativitinya itu datang lantaran kebahagiaan yang sedang dikecapi. Bagaimanapun, Mawi yang ditemui ketika majlis pradengar album terbarunya itu menafikan dakwaan berkenaan.

Tiada kaitan dengan cinta kata Mawi, sebaliknya pengalaman yang dikutip sepanjang pengembaraan ke negara orang banyak mengajarnya dan dirasakan sesuai jika dicoretkan dalam lagu.

Hijab kata Mawi, tiada kaitan dengan soal cinta indahnya bersama Ekin. Sebaliknya lirik lagu itu menyeru dirinya dan seluruh umat Islam kembali kepada-Nya.

“Lirik lagu ini terhasil berdasarkan pengalaman yang saya kutip sepanjang mengembara ke negara orang. Saya hanya ingin berkongsi apa yang saya nampak dan rasa kepada peminat. Bait lirik lagu ini juga tiada kena mengena dengan soal cinta, sebaliknya hanya menyeru orang ramai supaya kembali pada Tuhan.

“Lirik ini terhasil ketika bulan puasa yang lalu. Saya menghasilkan lirik lagu terlebih dulu sebelum mendengar lagunya dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh dua hari,” kata Mawi yang akan berjinak-jinak untuk menulis lagu.

Album keempat penyanyi itu yang akan berada di pasaran pada Januari nanti setakat ini adalah album termahal penyanyi itu. Album berkonsepkan Qasidah itu dihasilkan dengan bajet RM100,000 tidak termasuk promosi.

Ketua Pegawai Operasi, Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez, berkata sudah tiba masanya Maestro menghasilkan album yang berkualiti. Justeru, Maestro bersedia mengeluarkan bajet yang besar untuk penyanyi yang pernah mendapat jolokan Raja SMS itu.

Album terbaru Mawi juga kata Freddie berbeza daripada album terdahulu penyanyi itu. Sesuai dengan bajetnya yang tinggi, penggunaan alat muzik secara live digunakan ketika rakaman yang dimulakan sejak bulan puasa yang lalu.

“Kami tidak merasakan kehadiran album ini sebagai terburu-buru berikutan Mawi bakal berkahwin tidak lama lagi. Sebaliknya kami merasakan album ini hadir tepat pada masanya memandangkan album ini sudah lama tertangguh berikutan kami agak teliti kerana mahu menghasilkan buah tangan yang terbaik,” katanya yang turut hadir pada acara berkenaan.

Qasidah Allah Habeebi memuatkan sebanyak lapan luah lagu di mana dua daripadanya adalah lagu saduran Seroja dan Tola’Al Badrul Alaina. Manakala enam buah lagu lagi adalah kombinasi daripada komposer lama dan baru. Antara komposer dan penulis lirik yang terbabit di dalam album ini ialah Farihin Abdul Fatah, Yasin Sulaiman, M Nasir, Ad Samad, Edry KRU, Pak Long, Ku Sham dan Dr Mohd Asri.

Mawi juga menambah, dia berpuas hati dengan penghasilan album ini yang memulakan pengumpulan material sejak pertengahan tahun baru-baru ini. Di antara ke semua lapan lagu yang terdapat dalam album itu, lagu Wal Asri paling mencabar untuk dinyanyikan kerana nada yang terlalu rendah.

Sementara itu, gabungan duetnya bersama KRU menerusi lagu Sujud yang dihasilkan oleh Edry pula kata Mawi adalah sebuah lagu yang amat berbeza terutama dari segi melodinya yang unik. Manakala lagu ciptaan Farihin dan lirik oleh Yasin berjudul Allah Habeebi pula dipilih sebagai single untuk album berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #35 Syd's post

iyo lah tu
tengah bercinta mmg byk ilham
mcm ct.. biarlah rahisa lahir masa bercinta kan???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 10:41 AM | Show all posts
tak sabar nak dengar Allah habibi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 10:51 AM | Show all posts
Tak sabar nak dapatkan album
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:15 PM | Show all posts
tak sabo dah nunggu ni.....tak kira le apa aral nya aku tetap nak beli album ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 11:43 PM | Show all posts
Aku dengo kat radio udah le.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054939 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list