|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08)
[Copy link]
|
|
Kejutan dalam senarai Top 5 ABPBH 2008
PADARabu ini (18 Februari) bakal diadakan majlis pengumuman rasmi senaraifinalis bagi 16 kategori yang bertanding dalam Anugerah Bintang PopularBerita Harian (ABPBH) 2008. Sehingga kelmarin, pengiraan undi bagiborang pencalonan awal dihentikan dan kini penganjur sudah memperolehsenarai penuh nama finalis dalam semua kategori berkenaan.
Sesuatu yang menarik kali ini banyak nama baru mendominasibeberapa kategori tertentu selain masih banyak lagi finalis musimterdahulu dapat mengekalkan pencapaian mereka untuk bersaing lagi dalampusingan akhir musim ini, terutama bagi kategori tumpuan sepertiPenyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular, selain kategoriyang mendapat perhatian seperti Artis Komedi Lelaki Popular, PenyampaiRadio Lelaki Popular, Pengacara TV Wanita Popular, Pelakon Filem LelakiPopular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Artis Berkumpulan Popular.
Lebih menarik menerusi senarai finalis ABPBH 2008 juga bakalmenyaksikan kejutan kerana nama baru yang disenaraikan dan bakaldiumumkan kali ini nyata akan memberi saingan sengit kepada namapopular sedia ada pada pusingan akhir nanti kerana populariti merekayang jelas dan ketara sepanjang 2008 dan awal tahun ini. Nama baru yangtersenarai itu ada yang tidak disangka dan ada juga yang mungkinmeningkat popularitinya disebabkan terlalu banyak publisiti dankemunculan mereka yang menyerlah di kaca televisyen.
Ada juga beberapa nama lama yang disenaraikansebagai finalis kali ini adalah muka lama yang kembali tersenarai.Namun, kita tidak boleh perkecilkan nama baru kerana mereka mampumencipta kejutan menarik pada undian pusingan akhir kelak sebelumpemenang akan diumumkan pada malam kemuncak ABPBH 2008 pada 12 Aprilnanti.
Kejutan juga boleh dilihat menerusi beberapa nama lain termasuk artisyang pernah menang dalam kategori pada musim lalu tetapi kali ininampaknya tersasar hingga tidak lagi dipilih oleh peminat untukdisenaraikan dalam finalis. Secara umumnya juga boleh diberitahu bahawabanyak juga finalis musim terdahulu gagal melayakkan diri untukpusingan akhir pada kempen ABPBH kali ini - mungkin disebabkanpublisiti, promosi dan produk seni mereka atau imej personaliti itutidak begitu menyerlah sepanjang tahun lalu atau wujudnya kontroversipada diri mereka seterusnya menyebabkan peminat yang juga pembacaBerita Harian tidak lagi berminat mengundi mereka.
Mungkin angin perubahan akan melanda ABPBH kali ini dan siapatahu pada malam penentuan kelak, banyak nama baru akan menonjol danmencipta sejarah termasuk bagi kategori utama - Bintang Paling Popular.Apapun spekulasi, andaian atau ramalan, semuanya harus bergantung padakecenderungan dan cita rasa peminat kali ini. Kemungkinan besar peminatsudah mahu mengubah cita rasa mereka dan artis pilihan mereka, makaperubahan besar mungkin berlaku pada keputusan ABPBH 2008. Undianpeminat dan pembaca akhbar ini akan menentukan jatuh bangun artis untuktahun ini.
Bagi pengundi, mereka harus bersedia untuk menyokong artisdan selebriti kesayangan mereka dan undilah secara jujur keranapemenang untuk hadiah kategori pembaca bukannya berdasarkan undiantepat mengikut pemenang yang diumumkan pada malam kemuncak sebaliknya,ia dipilih berdasarkan slogan terbaik yang disertakan dalam borangpencalonan akhir bersama undian untuk 16 kategori.
Penganjur memang berharap pengundian dibuat secara jujur danmengikut kehendak peminat sendiri berdasarkan karya dan hasil produksesuatu artis itu, bukannya kerana terpengaruh dengan kecenderunganorang lain memilih artis A, maka dia pun meniru untuk mengundi si Asedangkan peminat itu sukakan lagu oleh artis B. Jadi, ABPBH kali inimemang mahukan undian secara jujur dan telus daripada peminat supayakita dapat melihat dan membuat kayu ukur, pemenang yang dipilihharuslah berdasarkan kehendak dan cita rasa masyarakat berdasarkan mutuartis itu sendiri - bukan sekadar bergantung pada publisiti ataupromosi yang berlebihan. Ini kelak akan memberikan satu dimensi barupada wadah hiburan di negara kita kerana populariti yang diukur akanseiring dengan mutu persembahan dan karya daripada seseorang artis ituyang disajikan kepada masyarakat.
Kempen ABPBH 2008 bukan saja menerusi borang undianpencalonan akhir yang akan bermula minggu depan sebaliknya sesi jelajahpromosi atau road tour juga kini sedang rancang dirancang rapi dengandestinasi pertamanya bermula hujung bulan ini. Ayoh, kita meriahkanABPBH musim ini!
Band Indie2 Malaysia.... conform masuk top 5!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah ade list |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan artikel di atas, mungkin FS tak tercalon kali ni? |
|
|
|
|
|
|
|
penyanyi wanita .... mila, siti antara yang tercalon top5
penyanyi lelaki ..... mawi, aizat
band ... MUH, estraged
cukuplah ekkk |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong indie rajin ke mengundi? |
|
|
|
|
|
|
|
lerrr ingatkan dah ada list |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tak_Syg_Mulut at 15-2-2009 03:41 PM
PADARabu ini (18 Februari) bakal diadakan majlis pengumuman rasmi senaraifinalis bagi 16 kategori yang bertanding dalam Anugerah Bintang PopularBerita Harian (ABPBH) 2008............ Secara umumnya juga boleh diberitahu bahawa banyak juga finalis musim terdahulu gagal melayakkan diri untuk pusingan akhir pada kempen ABPBH kali ini - mungkin disebabkan publisiti, promosi dan produk seni mereka atau imej personaliti itutidak begitu menyerlah sepanjang tahun lalu atau wujudnya kontroversi pada diri mereka seterusnya menyebabkan peminat yang juga pembacaBerita Harian tidak lagi berminat mengundi mereka.
...
Pasah Sandah ker yg tak tercalon? |
|
|
|
|
|
|
|
Hero Tua tercalon lagi tak ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti ade artis baru yg tersenarai bersaing dgn artis senior.. |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ada sidang akhbar kan tentang finalist ABPBH ....kalau lupa update..siapa yang tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tao jac tak tercalon... jac |
|
|
|
|
|
|
| |
|