|
Reply #19 indah1285's post
Jadi sebenarnya anak itu adalah amanat dan ujian sebenarnya...dia bukan rezeki kalau kita tidak tahu menjaganya. Allah akan memberikan rezeki kepada anak itu...cuma rezeki itu juga sampai kepada kita apabila kita mampu mendidik anak itu dengan baiknya. Saya setuju dengan hujah mengenai amanah dan ujian itu..Anak adalah ujian, bukan rezeki..semakin ramai anak, akan semakin besarlah amanah yang kita pikul..Kalau berjaya didik semua anak dengan baik, maka ia akan menjadi sesuatu yang sangat baik dan juga dapat membuka pintu rezeki yang lebih banyak.InsyaAllah.
Saya bersetuju dengan Gunblade yang mengatakan anak umpama harta...dimana bila salah guna, maka hasilnya teruk, dan sudah tentu pulangannya buruk..Maka ia bukan lagi jadi rezeki sebaliknya bala.
Memberi bukan sahaja Kurnia...Kurnia ialah apabila sesuatu yang Tuhan beri dalam bentuk kebaikan..itu yang dinamakan kurnia.. Sebagai contoh, Nabi Zakaria tak ada anak, lalu dia berdoa, dan Allah KURNIAKAN kepadanya seorang anak bernama Yahya yang soleh lagi terpilih..Lihat tu..ia adalah kerana Yahya datang dengan kebaikan... Atau seorang bapa atau pasangan kekasih DIKURNIAKAN cahaya mata. DIKURNIAKAN kerana anak itu adalah zuriat, bagi kita ia adalah sesuatu yang baik.
Tuhan juga memberi keburukan kepada manusia sebagai ujian..sebab tu Tuhan ada kata, akan Kami uji kamu dengan kesusahan dan keburukan..maka kedua-dua tersebut adalah pemberian Tuhan, cuma penggunaan ayat untuk yang buruk tu, bukan KURNIA, sebaliknya TIMPA. Allah selalu kata dalam Quran bahawa DIA timpakan Azab, bukan kurniakan azab...maka, anak2 pada awalnya ialah kurniaan...putih bersih, tapi kemudian menjadi dugaan dan amanah, dan akan menjadi rezeki bila anak itu menjadi. Maka anak yang ramai bukan menjamin kita murah rezeki, sebaliknya besar amanah..dan sebagai satu tanda untuk mendapatkan akaun akhirat yang lebih baik..Itupun kalau anak itu terdidik dengan baik
Memang saya tak nafikan ramai ibubapa menderita sebab anak dia tak nak berkongsi rezeki yang Allah kurniakan kepada anak mereka. Tapi cuba fikir, kenapa anak tu jadi lupa daratan???. Adakah sebab didikan?. Atau adakah bapanya pilih kasih dalam pemberian perhatian?. Itulah sebabnya saya kata, anak itu amanah tapi menjadi rezeki bila kita sukses dalam mendidiknya..
Berapa banyak orang alim yang anaknya juga bukan terdiri dari orang2 yang alim...mungkin tak ramai tapi ada...Semuanya akan berbalik kepada takdir yang Satu juga..usaha macammana pun, DITAKDIRKAN anak tu memang tak boleh nak dijadikan baik, maka akan tetap macam tu...sgt complicated, sebab yang ni dah masuk dalam ilmu Allah pula..maka susah nak dibincangkan lagi... Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 eastrun's post
east... kenapa duk pandang konteks sekarang ek... cuba pandang ke belakang di zaman sirah...
In ulang balik... Rasul saw hanya punya 1 putri, Fatimah ra. Rezeki apa yg Rasul dpt dr Fatimah? kerja apa yg Fatimah lakukankan utk menampung perbelanjaan keluarga? Beliau ra hanya mampu menyapu luka2 Bapanya saw sewaktu kecil dan memberi cucu kpd Baginda saw... itulah rezeki yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 indah1285's post
silapnya ramai yg melihat 'rezeki' itu sebagai sesuatu yg nyata, fizikal .. contohnya macam wang ringgit ..
padahal sebenarnya rezeki tu amat luas pengertiannya .. dan juga amat luas penggunaan (istilah) nya ..
salah satu contoh 'rezeki' yg boleh diberikan oleh anak2 ni adalah doa ..
yg menjadi bekalan kita setelah mati adalah doa daripada anak yg soleh/solehah .. takkan terputus
dan sama juga - rezeki takkan ada (hasil) tanpa usaha .. takkan datang bergolek camtu saja
terpulang aa pada ibubapa, camne nak bentuk anak2 supaya dapat berbakti dikemudian hari
bukan saja dalam bentuk bantuan kewangan .. tapi termasuk jugak perhatian, kasih sayang & ingatan
kerana itu anak2 dikatakan sebagai AMANAH .. amanah harus dipikul dgn tanggungjawab .. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 indah1285's post
mestilah saya pandang pada masa sekarang..sebab tu saya buka topik tu. Saya tidak nafikan anak-anak Rasulullah SAW adalah baik-baik. Rezeki yang datang kepada anak baginda Fatimah, pada pandangan saya ialah iman anak tersebut....imankan juga satu kurniaan...memang Tuhan telah takdirkan Fatimah adalah seorang anak yang soleh maka ia menjadi satu rezeki kepada Baginda.
Pandangan naen tu saya setuju. Dimana anak hanya akan menjadi rezeki apabila ia telah berjaya dibentuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #24 eastrun\ catat
jadi boleh ke dikatakan...
bahawa anak itu adalah amanah, bila dijalankan amanah itu dengan jayanya (berpandukan landasan Islam), maka anak itu menjadi rezeki...
tetapi jika kita tak jalankan amanah itu dengan jaya, maka anak itu menjadi dugaan...
bolehker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 gunblade712's post
pada awalnya lagi, bagi saya,anak itu adalah dugaan / ujian Tuhan.Kemudian melalui anak itulah, kalau caranya betul barulah anak tu menjadi rezeki. Saya ada baca majalah CERMIN yang tajuknya...Lebih Banyak Anak, Tambah Besar Amanah Allah..saya tertarik dengan ucapan pengarang:
"Anak2 adalah amanah Allah SWT. Semakin ramai anak yang dikurniakan kepada kita, maka semakin besarlah amanah yang akan kita tanggung. Jika amanah itu tidak diperlihara dengan sebaik-baiknya, ia akan merosakkan masyarakat seluruhnya" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 eastrun's post
OK east... tred yang baik utk beribincang, teruskan... :flower: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 indah1285's post
Petikan dari sebuah blog:
anak2 itu pemberian dari ALLAH.
tp btl jugak kan, bilangan anak haruslah kena dgn sumber ekonomi keluarga tersebut. kalau gaji cecah RM4000 ok je anak 5-6.
kdg2 kene fikir jugak hal2 camni. ye la memang anak itu amanah dari ALLAH pada kita, dan kita kene jaga amanah ni dgn btl. ramai yg berada di bawah paras kemiskinan ada anak yg ramai...plg ramai yg aku penah jumpa sepasang suami isteri yg ada 15 org anak...hebat2.
tapi sebabkan kemiskinan, anak2 terabai, tidak mampu disekolahkan dan terabai...amanah2 ALLAH ini tidak dapat dijaga dengan baik sebabkan faktor ekonomi keluarga itu sendiri.
tentu ramai yg akan berkata dgn sini, anak2 tu je la harta yg ada, harta lain takde. ada lak yg berkata, senang apa anak ramai, sakit demam ada yg jaga bila tua nanti.
tapi cuba tgk keadaan hari ni. anak2 yg dibesarkan dlm keadaan mcm ni bila dewasa akan bawak diri jauh dari keluarga, ada yg sampai tak balik dah tgk mak ayah. last2 tinggalah kat kg sendiri bila dh tua.
pada pendapat peribadi sy, rancanglah bilangan anak sesuai dgn kemampuan. yg penting bukan kuantiti, tapi kualiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 eastrun's post
In pernah jumpa seorang kaya yang ada 2 anak yg cacat... seorang sindrom down n seorang lagi sawan...
In pun pernah jumpa sepasang suami isteri yg kedua2nya lect ipt suami dia dah prof tp tak ada anak..
kita selalu saja jumpa keluarga miskin yang punyai berbelas2 anak... sedang org kaya raya yg kita jumpa hanyalah seorang dua jek anak... KENAPA?
jgn kita fikir anak membawa rezeki lantaran blajar tinggi... yg belajar tinnggi tp tdk senonoh dan berakhlak teruk ramai saje di kalangan kita... xde nilainya di sisi Tuhan..
anak yg pmrnya ntah ke mana... keje driver lori saja, tp solat n punyai akhlak dan amalan yg baik serta berbudi kpd ibu bapa dgn doa2 mereka... itulah anak sejati... Allah tdk mmandang pangkat, harta atau pelajaran... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm....
rezeki Allah ni banyak harta benda , anak , segalanya yang pada persepsi manusia boleh dikra sebagai rezeki yg :baik" -lah - tapi rezeki ni mmg ujian....ujian kesenangan ....dan juga kalau tak ditangani diuruskan dengan cara yg betul boleh juga mendatangkan fitnah etc etc
so ujian lah lah tu Allah bagi rezeki then sebagai ujian sama ada hamba itu bersyukur atau kufur nikmat
so it's pretty logical actually ....kan anak tu adalah rezeki
becoz another thing ni munakaht sikit yer yg ni for those married ones lah kan doa mubassyarah ( betul ker term i guna ni ?)_ tu pun ada perkataan rezeki , kan? so
anak = rezeki jugaklah
learning process is a rezeki tu ...tapi Ilmu lah ... |
|
|
|
|
|
|
|
"Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan. " Surah Ibrahim : ayat 39 ....
Nabi Ibrahim melafazkan syukur kepada Allah kerana akhirnya beliau mendapat anak walaupun isteri beliau sudah tua. |
|
|
|
|
|
|
|
eastrun sebenarnya hal ni takde masalah pun........
apa2 tafsiran pun tentang anak adalah suatu rezeki adalah tak mengapa.....
tetapi sy ingin memberikan pendapat tentang anak suatu rezeki di kalangan orang melayu kerana kita dapati istilah anak tu suatu rezeki adalah popular di kalangan orang melayu sahaja....
sebenarnya apa yg saya nampak ia adalah lebih kepada reverse psikology...atau cubaan orang2 sekeliling untuk memberikan dorongan kepada pasangan yg baru berkahwin tentang anak.....
supaya mereka memandang baik terhadap kehadiran anak.....
kerana mendapat anak adalah kebahagian bagi setengah orang, dan cabaran bagi setengah orang......
jadi ia adalah satu bentuk dorongan dengan cara reverse psikology....
keduanya, kalau kita lihat manusia yg baik, apabila dapat anak, mereka hendak tak nak akan berusaha bersungguh2 utk menyara anak tersebut......demi kebahagian anak tersebut , seorang ayah akan terdorong utk bekerja keras....
jadi seorag yg mencari rezeki dalam keluarga akan cuba tingkatkan keupayaan mencari rezekinya selari dgn bilangan ahli keluarganya.....
jika direnung kembali seorang ayah/ibu yg baik, keupayaannya mencari rezeki semasa tiada anak dengan ada anak lima tentulah berbeza, jadi secara tidak langsung kedatangan anak tiu memaksa ayahnya membuka pintu rezeki.....
jadi sebab tulah org akan kata anak itu rezeki sebab org tau dah bapanya akan terdorong utk bekerja lebih setelah melihat kedatangan anak nya tu...
so anak adalah pendorong rezeki....di mana ia akan meningkatkan keupayaan seorang pencari rezeki dlm family samada cara memaksa atau tidak....
apa yg kau faham eastrun sudah betui dah.....
namun saya saja ingin beri pandangan tentang pandangan org melayu khususnya.....kerana ia adalah seolah reverse psikology utk membina keluarga....
pandangan2 yg lain2 juga langsung tidak mempunyai nilai bercanggah, maknanya makna anak itu rezeki sgt luas boleh jadi apa2 saja.....
kalau ia positif, biarlah.....lagi bagus....
dan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 indah1285's post
Apa yang In cuba katakan ialah selepas anak itu meningkat dewasa bukan?. Seorang anak yang berakhlak buruk dan seorang lagi anak yang soleh. Jadi di sini, anak yang soleh adalah rezeki dan anak yang berakhlak buruk adalah????. Tapi bagaimana pula dengan proses kepada menjadikan anak tersebut sebagai seorang yang soleh atau berakhlak buruk?. Adakah itu satu rezeki / ujian??.
Saya rasa (pendapat peribadi), mungkin pada saat kita membesarkan anak itu, kita akan dapat rezeki lain kot..maksud saya bukan kesenangan hidup, sebaliknya ilmu...maybe ilmu untuk handle anak, atau ilmu mengasuh anak ke jalan yang baik yang untuk akaun akhirat??.
Ya, saya berstuju dengan In, mmg saya lihat ramai orang yang susah anak dia ramai dan ramai orang yang kaya raya tetapi anak sikit...atau masih belum lagi dikurniakan anak (cth: Dato' Siti)..kalau kita lihat pada beliau, beliau seakan mempunyai segalanya...harta yang melimpah ruah, kecantikan, kedudukan, karisma yang hebat yang menjadi impian insan..namun masih tidak ada zuriat. Namun, bagi saya dia mendapat ujian juga iaitu ujian kesenangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
Pada pendapat saya, bila persoalan adakah anak ini rezeki ataupun tidak timbul, kita kena kaji dan faham dulu apakah itu yang dinamakan rezeki.
Rezeki yang saya faham, pemberian ataupun perkara-perkara yang baik yang ALLAH Taala kurniakan kepada kita, dan tidak semestinya ia berbentuk material.
Biasanya rezeki dikaitkan dengan wang atau harta benda. Tapi maksud rezeki mengikut fahaman saya adalah lebih luas. Sihat tubuh badan pun dipanggil rezeki, hidup rukun damai pun dipanggil rezeki, Hatta ilmu yang kita dapat pun dipanggil rezeki.
So, kalau ikut pendapat saya, anak itu adalah rezeki bagi kita. Pertama-tamaa pabila seorang anak lahir, ia memberi kegembiraan kepada ibu-bapanya. Itupun sudah dinamakan rezeki.
Cuma tidak dinafikan juga anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kita, bagaimana kita mendidik dan membesar supaya menjadi manusia yang berguna
Wassalamualaik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (berarti bahwa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar" (Surah Al-Mukminun 23:55-56) |
|
|
|
|
|
|
|
Anak pembawa rezeki?
SOALAN
DI sini saya ada beberapa kemusykilan. Benarkah anak membawa rezeki? Jika benar, mengapa mereka yang mempunyai anak yang ramai hidup susah, tidak mampu membeli makanan apatah lagi barang keperluan?
Di akhbar, kebanyakan yang meminta bantuan adalah mereka yang ada ramai anak.
Jika mereka tidak mampu menyara hidup, mengapa mereka memiliki ramai anak? Adakah adil untuk anak-anak lahir dalam kemiskinan.
Sekiranya benar anak membawa rezeki, bukankah lagi ramai anak lagi senang hidupnya tapi mengapa jadi sebaliknya.
Saya bersimpati terhadap anak-anak yang dilahirkan dalam kemiskinan.
Sekiranya mereka boleh memilih, sudah tentu mereka tidak mahu dilahirkan dalam keluarga miskin.
PUTERI RAHMAN
Ampang
JAWAPAN
Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak.
Setiap manusia yang dilahirkan sudah ditentukan rezekinya dan dia tidak akan mati sehingga dia mendapat semua bahagian rezekinya dulu. Ini dinyatakan dalam hadis Rasululah SAW.
Rezeki Tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan Allah berkuasa pula melapangkan atau mengkayakan seseorang dikehendakinya dan begitu juga sebaliknya.
Inipun ada hikmahnya, iaitu sebagai ujian kepadanya, mahukah kelak ia bersyukur atau tidak, sesudah ia mendapat kelapangan dan kekayaannya itu?
Semua orang akan kembali kepada Allah dan masing-masing akan diberi balasannya. Mereka yang mendapat rezeki anak mestilah berusaha pula menyara anak-anak yang dilahirkan.
Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa secara kebetulan...Rezeki ni akan datang bila kira rajin usaha...takkan dtg bergolek..ada anak sekepoh pun kalau malas usaha,mana nak dtgnya rezeki??Sebab tu ada yg anak ramai hidup melarat,Ada yg tak punya anak tapi kaya raya..duit taktau nak buat apa...See!
So selagi kita berusaha walaupun tiada zuriat dgn izin tuhan kita akan mendapat rezeki yg melimpah ruah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa asben aku sambung belajar kat Kanada, dengan elaun JPA 700, dan sewa rumah 500, kira miskin sangat kan. Masa tu baru 1 anak umur setahun. Tak lama tu, lepas urusan tax return semua, dapat surat dari kerajaan, anak kami tu layak dapat elaun 350 sebulan dari kerajaan sebab mak bapak dia miskin. DAri 1, anak kami jadi 3, tiap bulan kami dapat 1000+ sebab rezeki anak-anak. Kerajaan Kanada apply betul2 konsep anak itu rezeki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|