|
About Sifu M Nasir - Update : Konsert Di Stadium Negara 25/7 (P4)
[Copy link]
|
|
aku dh beli...tiket 150 hinggit...1 mac...
c u there.... |
|
|
|
|
|
|
|
tiket 27 februari aku dah beli, seat depan skali, row kelima...saja nak tengok m.nasir dekat2...
pc m.nasir semalam dia kata utk ketiga2 malam, dia akan nyanyi lagu yg berbeza2..so utk malam2 seterusnya aku akan beli tiketnya kemudianlah...lagipun lambat lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 iscol_klang's post
lagu asing2 ke?
kalu tiket ko bli tu 1 mac ko akan duk satu row ngn aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 saudagar_mimpi's post
taklah semua kot, ada yg berbeza...
lagu dia pun terlalu banyak...dia tukar2la ikut sesuka hati dia nanti
apa yg aku tau, setiap show m.nasir, dia & band dia akan standby banyak lagu2 extra & selalunya kalo plan nak nyanyi 10 lagu, mesti terlajak nyanyi 12, 13 lagu
http://www1.mstar.com.my/cerita. ... p;sec=mstar_hiburan
M. Nasir 'pinggir' artis lain untuk Konsert Alam Muzik
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
USIA 30 tahun semestinya menjadi suatu jangka masa yang lama bagi penyanyi dan komposer M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad, 52, membuat keputusan untuk mengadakan konsert solo tanpa memerlukan sokongan atau bantuan artis jemputan.
Selepas melewati usia 30 tahun merentas dunia seni muzik tanah air, penyanyi yang dikenali dengan gelaran Sifu ini semakin yakin untuk menyanyi di pentas seorang diri dengan ditemani oleh 10 orang pemuzik profesional.
Memandangkan konsert ini dibuat juga sempena meraikan 30 tahun penglibatannya di dalam industri, maka termeterailah konsert yang diberi nama Alam Muzik menggambarkan perjalanan seni M. Nasir yang berwarna-warni.
Sifu M. Nasir bakal menjayakan Konsert Alam Muzik di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 27 Februari hingga 1 Mac depan sejajar untuk meraikan karier seninya yang ke-30. foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Namun, bagi M. Nasir, sebab beliau membuat konsert secara solo dengan 'meminggirkan' artis jemputan bukanlah isunya.
"Kalau saya nak menyanyi, saya inginkan seseorang artis yang menepati apa yang saya inginkan. Apabila ada 'chemistry' barulah saya dan artis itu boleh adakan konsert bersama-sama.
"Lagipun, dalam konsert ini kita sudah mempunyai konsep tersendiri, jadi jika kita jemput artis lain mungkin ia akan mengganggu sedikit perjalanan konsert pula nanti. Saya juga lebih selesa menyanyi seorang diri di pentas," jelas M. Nasir dalam sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.
Melakukan persembahan secara solo tanpa artis jemputan merupakan salah satu kelainan yang bakal ditonjolkan M. Nasir dalam konsert selama tiga malam berturut-turut itu.
Menurut pengasas kumpulan Kembara pada tahun 80-an ini, idea untuk tampil solo banyak dipengaruhi oleh dunia lukisan kerana ia mempunyai seni yang halus.
"Kita tidak perlu menggunakan orang lain untuk melukis wajah kita. Jadi, kita perlu sampaikan lagu kita dengan sendiri. Apa yang kita fikirkan tidak sama dengan orang lain fikirkan.
"Itu yang saya percaya sebagai seorang seniman. Oleh itu, saya boleh menyanyikan lagu yang orang lain inginkan dan menyampaikan lagu yang saya ingin nyanyikan," kata M. Nasir yang juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn. Bhd dan bekas pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3).
M. Nasir di samping Ketua Pengarah Istana Budaya, Juhari Shaarani (kiri) dan penganjur dari Boxoffice Malaysia Sdn. Bhd., Ali Bakar ketika sidang media di Istana Budaya semalam.
M. Nasir bercerita, khazanah yang berjaya dikumpul oleh beliau sepanjang 30 tahun ini adalah sebanyak 1,500 buah lagu.
Melalui FaceBook, M. Nasir berkata beliau cuba mendapatkan pandangan peminat tentang lagu apa yang mereka ingin beliau nyanyikan di dalam konsert ini.
"Ramai yang meminta saya menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh saya iaitu kira-kira 70 buah lagu. Tetapi, saya merancang untuk mengadakan persembahan mengenai suatu perjalanan seni yang telah saya hasilkan sejak tahun 1978 hingga ke hari ini.
"Saya harap, semua penonton akan dapat melihat perkembangan muzik yang berubah-ubah bermula daripada zaman sentimentalisma, selepas itu lagu-lagu kerakyatan, seterusnya lagu-lagu rock, 'Malaysia world beat' dan terakhirnya 'hip hop'.
"Saya rasa mungkin ada yang tak sempat mengikut kerana saya ni minat apa sahaja yang kontemporari. Mungkin juga ada orang akan terperanjat apabila saya mengatakan lagu itu dibuat oleh saya.
"Mungkin itulah yang akan rasa di dalam konsert ini iaitu apa yang telah saya lalui sebelum ini di mana saya akan mempersembahkan muzik 'fusion', 'world beat' dan muzik popular," tambah M. Nasir yang sudah lebih sebulan membuat persediaan untuk konsert mega ini.
Konsert Alam Muzik M. Nasir akan berlangsung selama dua jam di mana beliau menjangkakan akan menyanyikan dalam anggaran tidak lebih daripada 30 buah lagu bagi tiga malam berturut-turut dan pemilihan lagu adalah berbeza-beza bagi setiap malam.
M. Nasir akan mendendangkan hampir 30 buah lagu bermula daripada zaman sentimentalisma, lagu-lagu kerakyatan, lagu-lagu rock, 'Malaysia world beat' dan 'hip hop' yang dinyanyikan dan diciptakan olehnya mahupun diciptakan oleh komposer lain dalam konsert tersebut.
"Lagu yang saya hasilkan mempunyai sesuatu yang peribadi untuk disampaikan kepada masyarakat. Berapa banyak lagu yang saya hasilkan kepada penyanyi lain berunsur popular.
"Jadi, saya akan menyanyikan lagu-lagu yang saya ciptakan di mana konsepnya mempunyai graf-graf tersendiri dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh orang lain mengikut kesesuaian suara saya termasuk lagu yang orang lain ciptakan untuk saya," ujar pelantun lagu duet Mantera Beradu bersama-sama Malique Too Phat ini.
Antara puluhan lagu ciptaan M. Nasir yang dinyanyikan oleh penyanyi lain adalah Hati Emas nyanyian Kembara, Hingga Akhir Nanti (Alleycats), Sekuntum Mawar Merah (Alleycats), Fantasia Bulan Madu (Search), Istana Menanti (Rahim Maarof), Sejati (Wings), Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan), Kekasih Awal dan Akhir (Jamal Abdillah) dan Aduh Saliha (Mawi).
Selain pertama kali membuat persembahan secara solo di Istana Budaya, apa yang mengujakan M. Nasir untuk membuat persembahan kali ini kerana suasana persembahan yang berbeza dan lebih dekat dengan penonton.
"Apabila 'intimasi'nya agak kecil, ia lebih dekat dengan penonton. Akustik dan rekaan pentas di sini akan menimbulkan suatu perasaan yang berlainan. Jika kita membuat di luar, mungkin kita tidak berpeluang untuk merasai kelainan ibarat orang yang berlakon di televisyen dan di pentas.
"Jika saya menyanyi di luar, saya perlu sesuaikan dengan lagu yang lebih kuat. 'Intimasi' ini seperti kita menyanyi di hadapan penonton secara dekat di mana ia membuatkan penyampaian artistik lebih daripada biasa," tutur penyanyi kelahiran Kota Singa ini.
Sebelum ini, M. Nasir telah banyak menjayakan puluhan konsert mega seperti Malam Bonda M. Nasir di UKM pada tahun 1994, Konsert Canggung M. Nasir di Johor Bahru, 1995, Konsert Akar Manifestasi Akustika M. Nasir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 1995, Konsert M. Nasir Crossing Uk |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir wants fans to sing and dance
The New Straits Times 22 January 2009
KUALA LUMPUR: A mystical musical journey into the realm of M. Nasir. Exquisite world beats infused with modern rhythms, coupled with his strong stage persona, are pretty much what's in store for the audience as singer/producer/composer/actor M. Nasir takes centre stage at Konsert Alam Muzik M. Nasir at Istana Budaya next month.
Produced by Boxoffice (M) Sdn Bhd, the three-day concert will kick off on Feb 27.
The multiple award-winner says he envisions a "song-and-dance" showcase.
"Why not? I'd love my fans to sing and dance with me during the show," he said at his management office, Beyond DBB Sdn Bhd, yesterday.
Accompanied by a 14-member team of musicians and backup singers, the 51-year-old is expected to perform about 30 songs during the 21/2-hour musical extravaganza.
"This concert is my personal musical journey and it reflects my experience."
Known to be a man of few words, Nasir only smiled when asked for details of the show.
"Rehearsals started about a week ago. I've more than 70 songs from my solo albums, and over 1,000 songs in my collection. The audience can expect to hear two new compositions." ------ ahaaaa....ni yang best ni
He is also working on a new album.
The last concert Nasir staged was Andalusia at Stadium Merdeka in 2000.
"I've plans to stage a bigger concert after my show at Istana Budaya," said the former principal of Akademi Fantasia 3.
The New Straits Times Press is the official media of Konsert Alam Muzik M. Nasir.
Tickets are priced at RM45, RM85, RM150 and RM200.
They are available at www.ticket2u.biz and Istana Budaya. For details, call 03-41498600.
ada harapan dia jemput peminat naik stage ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 iscol_klang's post
sebenarnye band die aku rasa tk de masalah nk main lagu ape pn....
kebanyakannya dh lama main ngn m nasir..muke2 tu jgk...jay jay,nan,zul mahat,ujang,mohram.... |
|
|
|
|
|
|
|
"I've plans to stage a bigger concert after my show at Istana Budaya," said the former principal of Akademi Fantasia 3.
ini mau dlm 3-4 tahun lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
M Nasir janji kejutan
Oleh Elrafaei Sapi
IMPIAN peminat penghibur, M Nasir untuk menyaksikan konsert solonya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila persembahannya kali ini diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Acara selama tiga malam berturut-turut bermula 27 Februari depan dianggap istimewa kerana jangka masa lapan tahun tanpa konsert membuatkan ramai peminatnya rindu untuk berhibur bersamanya.
Kali terakhir, M Nasir mengadakan konsert adalah pada 2000 menerusi Konsert Andalusia yang berlangsung di Stadium Merdeka.
Bagi M Nasir, konsert ini adalah manifestasi perjalanan seninya yang bermula sejak 30 tahun lalu hingga bertahan kini.
Biarpun kehadiran penyanyi generasi baru menyaingi penyanyi terdahulu, sebaliknya peminat merasakan aura M Nasir masih belum digugat.
Sebagaimana kepercayaan peminat terhadap karya M Nasir, penganjur konsert ini, Boxoffice (M) Sdn Bhd yang diketuai Pengurus Besar, Ali Bakar juga berkeyakinan dengan kelebihan M Nasir.
Antara Ali dan M Nasir, mereka adalah rakan yang pernah sama berjuang ketika persada muzik tempatan berkembang pada 80-an.
Menariknya, konsert kali ini adalah kelima buat Ali yang memikul tanggungjawab sebagai penganjur.
Sejak kali pertama mereka bekerjasama menerusi Konsert Canggung M Nasir yang diadakan di Stadium Negara pada 1994, Ali dan M Nasir tidak putus asa untuk terus menghiburkan peminat dengan konsert seterusnya.
Kata Ali, sejak awal konsert M Nasir mencipta kelainan kerana persembahannya dilakukan secara solo tanpa membabitkan penyanyi jemputan.
Malah, M Nasir sendiri gemar menggunakan khidmat pemuzik yang faham dengan karya seninya berbanding kehadiran orkestra yang sering ditampilkan dalam konsert penyanyi lain.
揝ecara peribadi, saya berbangga dengan M Nasir yang masih berjuang dalam muzik dan mahu mengadakan konsert ketika ini.
揝aya faham dia mempunyai idea baru dan kelainan yang ingin ditampilkan dalam konsert kali ini. Seperti yang diketahui, konsertnya kali ini istimewa kerana ia diadakan di Istana Budaya.
揂pa yang saya tahu, hanya artis yang mempunyai prestij tinggi dan kelebihan berpeluang untuk mengadakan konsert di situ. Sebenarnya, perancangan konsert ini bermula sejak dua tahun lalu, |
|
|
|
|
|
|
|
M. NASIR bersama kumpulan teater Bingkas Kebayan
menyanyikan lagu Masirah sebelum mengakhiri Malam
Puisi Demimu Palestin anjuran Kumpulan Utusan bersama
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan serta Kementerian Luar di Istana Budaya,
Kuala Lumpur, malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullillah...dpt gak 2 tiket td...sib baik kwn aku booking...dpt row atas yg tiket rm88 tu...td pun ade orang dok tanye lg...yg tgl yg rm150 keatas je..
tp betol ke dia nyanyi lagu2 yg berbeza utk ketiga2 malam tu?...aduyai....kopak la pegi 3-3 malam... |
|
|
|
|
|
|
|
dah beli tiket...on the 28th...
RM85.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 mendonan's post
Betul ke tiket yg RM85 dah habis?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 gwenstefani's post
taktau... aku beli masa first day jual tiket... |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu konsert M. Nasir di Istana Budaya
PENANTIAN sembilan tahun saya akhirnya terbalas selepas sifu M. Nasir kembali mengadakan konsert berskala besar pada 27, 28 dan 1 Mac nanti di Istana Budaya.
Sebagai peminat setia komposer, penulis lirik dan penyanyi bertaraf seniman itu, pengumuman konsert selama tiga hari yang dinamakan Konsert Alam M. Nasir, memang mengubat kerinduan saya selepas menonton aksi beliau dalam Andalusia M. Nasir di Stadium Merdeka pada tahun 2000.
Saya juga bangga, dalam pada banyak syarikat sibuk membawa penyanyi antarabangsa membuat konsert di sini (dan terbaru konsert Rihanna yang akhirnya ditangguhkan), masih ada penaja yang menyokong artis kita untuk memberi hiburan dan melunaskan impian mereka mengadakan konsert.
***************************************************************************************
ishhh about 2 weeks aje lagi... tak sabar nak pergi dah.. --
semua kawan pun dah excited nak tengok concert m nasir ni -- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gwenstefani at 28-1-2009 05:59 PM
Betul ke tiket yg RM85 dah habis??
salam,
kalau nak saya ada satu tiket yg RM88.00 (RM85.00+RM3.00 utk online booking)...
no. seat C-07. dah beli tapi tak jadi pegi.
please p.m. sapa2 yg interested. saya jarang jenguk kat thread ni...
[ Last edited by boocik04 at 18-2-2009 01:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tiket RM45, RM85, RM150 dah sold out, yg tinggal RM200 & RM250 je
tu pun tiket utk sabtu malam dah hampir sold out, termasuk RM200 & RM250 |
|
|
|
|
|
|
|
kosmo
HIBURAN
Sifu, pembawa momen dan memori
"Tidak hairan jika saya bakal keluar dengan album berbentuk nasyid. Siapa tahu? Segalanya tercipta secara tidak sengaja, di bawah sedar." ?M. NASIR
PERJALANAN karier Mohd. Nasir Mohamed ibarat sebuah buku yang terisi sebuah coretan realiti. Maka hadirnya sebuah konsert yang berlangsung selama hampir tiga jam berserta lagu-lagu dahulu dan kini umpama sebuah mesin waktu yang membawa anda ke masa lampau.
Bagi penggemar muzik yang sama usia dengan perjalanan 30 tahun cerita seni M. Nasir, inilah waktu yang ditunggu-tunggu.
Sembilan tahun menanti, Konsert Alam Muzik M. Nasir pada 27 dan 28 Februari serta 1 Mac ini pasti tidak akan dilepaskan.
Sama ada berjenaka atau mungkin berasa dia sudah tidak sesuai beraksi sebagai penghias wajah besar VAZZ, banyak kali pertanyaan 'boleh jualkah?' dilontarkan oleh komposer bergelar sifu itu.
Jawapan saya kepada M. Nasir tetap sama iaitu seperti larisnya jualan tiket konsertnya di Istana Budaya.
Sebelum ini M. Nasir telah menjayakan Konsert Akar Manifestasi Akustika, Konsert Gembala dan Andalusia.
Tidak mendedahkan perincian tentang konsert tersebut, para peminatnya pasti menunggu dengan sabar.
Namun, dalam temu bual dengan VAZZ, M. Nasir memberikan sedikit petunjuk: "Konsep pentas itu bersifat surrealistik serta banyak skim warna mengikut lagu."
Keluar dengan album nasyid?
Pengikut setia muzik Kembara dan solo M. Nasir sentiasa mahukan hasil karyanya yang baru.
Penggemar muziknya seakan-akan sudah terpengaruh dengan zat-zat halusinasi dan kreativiti yang disalurkan.
Soalan tentang rutin penghasilan karya dilontarkan sewaktu temu ramah diselang seli dengan pertanyaan mengenai konsert yang bakal berlangsung nanti.
"Satu hal yang saya mesti buat adalah merakam. Bukan setiap hari tetapi sudah menjadi rutin saya untuk berbuat demikian.
"Idea sentiasa berjalan dan kalau bukan untuk penghasilan sebuah rekod, saya tetap akan rakamkan idea tersebut.
"Ada lagi yang mahu saya buat. Selagi tidak boleh habis selagi itu kita hendak buat perubahan," ujar suami Marlia Musa dan bapa kepada enam orang cahaya mata itu.
KONSERT Alam Muzik bakal mengakhiri rindu sembilan tahun peminat M. Nasir.
Menjelang usia 52 tahun pada Julai ini, sifu itu memberitahu bahawa pernah sekali dia berasa mahu berhenti menulis lagu tetapi ia berlaku cuma seketika.
Waktu itu dia berada dalam studio pada tahun 1980-an.
"Saya ingatkan sudah tidak ada (karya) tetapi rupanya masih ada. Saya percaya bila sampai waktu untuk berhenti, ia akan terjadi sendiri."
Perjalanan perasaan dan idea seorang sifu nampaknya tidak akan berhenti berentak. Bayangan yang diberikan berkenaan album baru yang masih dalam perancangan menandakan bahawa ideanya belum kering atau bakal terhenti.
Menganggap lagu-lagu dan karyanya sebagai sebuah pengembaraan, perjalanan itu akan bermula serentak dengan perancangan dan penghasilan material.
"Jika ada yang menyukai album Phoenix Bangkit dan sebelumnya, dan kurang gemar dengan Sang Pencinta, maka orang itu sudah 'tersangkut'," guraunya dalam pernyataan yang serius sebenarnya.
Sambung M. Nasir: "Tidak hairan jika saya bakal keluar dengan album berbentuk nasyid. Siapa tahu? Segalanya tercipta secara tidak sengaja, di bawah sedar."
Secara semula jadi juga apabila menyebut tentang karya sifu, satu nama yang pasti muncul ialah Allahyarham Loloq iaitu 'cermin' sifu yang hilang dan akan dikenang sampai bila-bila.
Bukan mahu beralih kepada topik yang bersifat emosi tetapi ia berlaku secara natural. Ujar M. Nasir, karya seorang Loloq juga terhasil tanpa sedar.
"Dia banyak topeng yang mencerminkan pelbagai karakter. Kadangkala topeng itu meresap ke dalam badannya.
"Seingat saya lirik peribadi yang mencerminkan diri dan fahamannya tentang hidup ialah Insan dan Manikam. Lirik itu tentang orang yang ditentukan menjadi sesuatu dan takdirnya begitu.
"Jiwa patriotismenya pula terserlah melalui lirik Mentera Semerah Padi," imbas M. Nasir seketika tentang individu yang paling dekat jiwanya tetapi kini jauh meninggalkan dunia yang fana.
Perasaan dalam alam
Selain individu bernama Rosli Khamis (Loloq), satu lagi nama yang sukar berenggang dalam hidup M. Nasir ialah Aznan Alias, gitaris karismatik yang memenuhi kriteria profesional sifu.
Aznan yang pernah dipanggil Nan Saturnine dan kini dipanggil Nan sahaja bertugas sebagai pengarah muzik serta pemain gitar utama untuk Konsert Alam Muzik M. Nasir.
"Konsert ini diiringi oleh 10 orang pemuzik. Tidak perlu orkestra. Cukup hanya pemuzik handalan ini," merujuk kepada tanggungjawab Jay Jay (bass), Zul Mahat (piano), Ahmad Firdaus Mahmod (keyboard pertama), Eddie Slam (keyboard kedua), Ujang Exists (drum), Pa'ang (perkusi pertama), Hamzah Hashim (perkusi kedua), Mohar Diman (seruling) dan Hanafi Spider (gitar kedua).
Kumpulan pemuzik profesional itu sudah berlatih secara serius di studio Luncai Emas. Menurut sifu, ia bermula dengan latihan biasa diikuti dengan latihan penuh sejak sebulan lalu.
Mengapa sampai sembilan tahun tanpa konsert solo, M. Nasir mempunyai persepsi tersendiri tentang soalan umum tersebut. "Kalau di Malaysia, konsert merupakan sebuah acara yang besar dan perkara yang bukan senang untuk dilaksanakan.
"Di samping itu, saya juga terbabit dalam hal-hal lain termasuk penghasilan lagu-lagu untuk artis lain dan album saya."
M. Nasir kemudian menyambung semula keterujaan apabila saya bertanyakan Konsert Alamnya yang akan berlangsung beberapa hari lagi.
"Semua bersangkutan dengan perasaan. Ia kesinambungan kepada konsert yang sudah-sudah.
"Perjalanan muzik saya jauh. Ia berkaitan dengan perubahan dalam pemikiran, stail dan jenis muzik yang pernah saya lalui.
"Daripada kerakyatan kepada rock kemudian irama Malaysia, rentak world serta kerohanian. Juga termasuk muzik pop.
"Senang cerita daripada alam Kembara hingga kini," ujar M. Nasir meringkaskan serta melambangkan konsertnya di Istana Budaya.
Semuanya bakal diraih dengan kesetiaan sifu itu pada pilihannya iaitu bernafas dengan muzik.
Ia kembara yang pastinya tidak dapat tidak harus ditonton oleh mereka yang setia dengannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|