|
Reply #20 anakmacho's post
In sebenarnya ada buku yang memperkatakan tentang hal ini selain dari pengajian2 In...
tapi kat In tinggal neh buku tu xde kat sini....
[ Last edited by indah1285 at 23-1-2009 11:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #21 indah1285\ catat
Salaam,
Dulu masa buat pengajian agama pun, ada ustaz dah bagitau bahwa ibubapa baginda nabi sepanjang hayatnya tidak pernah sembah berhala dan masih lagi mengamalkan saki baki ajaran baginda nabi Ibrahim...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 anakmacho's post
tu la... sedih lak dengar cmni...
tp In pun berpegang Abu Talib tidak mati kafir gak.
~ karang ada ar yg marah In... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn details sangat bincang pasal benda ni boleh?????
sebab bagi wa betul ke tak betul ke hadith tu.........
yg berhak menentukan ialah Allah..........
nak masuk syurga ke neraka ke, bukan kita nyer kerja...........
semua nya dari RAHMAT ALLAH................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 juwaini's post
Kan sejarah yang Abu Talib mati kafir tu adalah dakyah yang diturunkan oleh proksi Muawiyyah untuk menunjukkan bapanya iaitu Abu Suffian lebih mulia dari bapa Ali.. Semua itu adalah politik..
Statement yang ini juga mungkin asal dari pandangan ahli syiah yang hendak menjatuhkan para sahabat.
Ok.. kita open sikit.
hadith dari said bin musaiiyab berkenaan sewaktu Abu Talib meninggal dunia. Hadith ini diriwayatkan dalam Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0700, Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0022, Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 2. Hadis Nombor 2004. Kisah tu juga jadi asbab kepada turunnya ayat attaubah 113 dan al-qashah 56. Hadith berkenaan juga diriwayat dalam sunan tarmizi dan musnad ahmad.
Riwayat Sahih Muslim dari Ibnu Abbas juga perlu dirujuk
Raulullah SAW bersabda:
"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib.Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
mak ooi lajunya ye
dah tertinggal belakang leeee
apa leh buat, itu yg saya baca dan faham
dan saya sendiri pun TAK BERANI nak ulas atau BINCANGKANNYA
hanya sekadar menulis dan menyebarkan
tentang riwayat dan perilaku NABI
mungkin ramai yg BERPANDANGAN NEGATIF
silakan....... dan mungkin ramai yg DAPAT AMBIL PELAJARAN DARINYA
terpulanglah kepada diri masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by indah1285 at 23-1-2009 10:23 PM
salam kak nori....
In dulu belajar gak dan ustaz yg ajar In berkata ayah/ibu Nabi tidak mati kafir dan memang ada hujah2 yg disampaikan beliau.... sehingga kepada Allah menjaga keturunan Nabi2 ...
Setuju benar...malah dari Nabi Adam lagi Allah telah pelihara bukan saja kesucian Nabi malah wasinya juga iaitu Imam Ali AS yang hanya dipisahkan dari sulbi Abdul Mutallib dan mereka berdua ditemukan untuk membimbing ummah ke jalan yang haq.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juwaini at 24-1-2009 01:54 PM
Kan sejarah yang Abu Talib mati kafir tu adalah dakyah yang diturunkan oleh proksi Muawiyyah untuk menunjukkan bapanya iaitu Abu Suffian lebih mulia dari bapa Ali.. Semua itu adalah politik..
Memang benar bahawa hadis ini lebih bersifat politik dan ada banyak hadis lain lagi yang bertujuan politik untuk menjatuhkan kewibawaan bukan saja Imam Ali malah ahlul-bait nabi yang lain juga. Jika ada hadis2 yang menyanjung ahlul-bait nabi maka akan dibuat juga hadis2 lain semata-mata untuk counter hadis tersebut.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Hassan dan Hussein adalah akan menjadi penghulu pemuda di syurga maka di ciptalah pulak hadis mengatakan bahawa Abu Bakar pula akan menjadi penghulu orang-orang tua di syurga. Heheh..sedang di syurga mana ada orang tua.
Jika ada hadis yang mengatakan bahawa Ali ada pintu ilmu pengetahuan maka di ciptalah hadis yang mengatakan bahawa Umar itu adalah tiangnya dan Abu Bakar pula adalah bumbungnya..heheh.
Tak cukup dengan penciptaan hadis saja malah cuba nak dikaitkan dengan al-quran sedang pengertian yang sebenarnya diselewengkan. Contohnya tentang kekafiran Abu Talib inilah yang dikaitkan dengan surah at-taubah. Abu Talib wafat di Mekah sebelum Hijrah sedangkan ayat tersebut diturunkan tahun kesembilan Hijrah dan tentunya dengan jarak masa yang panjang menjadikan ayat tersebut tiada kaitan. Lagipun ayat tersebut diturunkan semasa pembukaan atas satu peristiwa yang lain (panjang lah pulak kalau nak citer kat sini).
Anyway ada juga hadis yang datangnya dari Abu Hurairah yang kononnya beliau berada di saat-saat kewafatan Abu Talib sedangkan kalau ikut sejarah waktu itu beliau belum lagi masuk Islam. Ishk..ishk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anyway ada juga hadis yang datangnya dari Abu Hurairah yang kononnya beliau berada di saat-saat kewafatan Abu Talib sedangkan kalau ikut sejarah waktu itu beliau belum lagi masuk Islam. Ishk..ishk.
mana dia hadith nya? nak suruh orang cari la tu. ish ish ish. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 Gravedigger's post
Contohnya tentang kekafiran Abu Talib inilah yang dikaitkan dengan surah at-taubah. Abu Talib wafat di Mekah sebelum Hijrah sedangkan ayat tersebut diturunkan tahun kesembilan Hijrah dan tentunya dengan jarak masa yang panjang menjadikan ayat tersebut tiada kaitan.
dalam hadith tersebuyt...
"....lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yangmaksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam....."
ada tak mana-mana dlm hadith berkenaan menyatakan ayat berkenaan turun pada hari meninggalnya Abu Talib?
atau adakah asbab ayat itu turun kerana Nabi s.a.w. mendoakan untuk bapa saudaranya itu sejak meninggalnya abu talib sehingga selepas hijrah? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 orangbesi\ catat
kamu tak berani membincangkan atau mengulas..
tapi kamu berani untuk menyebarkan perkara itu?
macam mana kalau orang yang membaca itu makin keliru? sudah pasti dia akan meminta penjelasan daripada kamu, memandangkan kamu yang membentangkan statement tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa thread nih rasa macam dah tersasar? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 27-1-2009 10:24 AM
ada tak mana-mana dlm hadith berkenaan menyatakan ayat berkenaan turun pada hari meninggalnya Abu Talib?
atau adakah asbab ayat itu turun kerana Nabi s.a.w. mendoakan untuk bapa saudaranya itu sejak meninggalnya abu talib sehingga selepas hijrah?
Ada beb.....
Abu Hurairah berkata, "Nabi saww bersabda pada pamannya Abu Thalib, "Katakanlah tidak ada Tuhan kecuali Allah, dan aku akan bersaksi untuk mu di hari akhir". Pamannya berkata,"Aku akan menyatakan untuk menyenangkan mu, tetapi aku takut orang2 Quraisy akan menyalahkan ku serta berkata ia melakukan itu kerana ketidaksabaran." Oleh kerana itu,Allah menurunkan pada nabi ayat ini....
'sesungguhnya Engkau tidak dapat membimbing siapa pun yang engkau cintai,akan tetapi Allah membimbing siapa pun yang dia inginkan' (QS al-Qashash: 56)
Abu Hurairah mengatkan ditempat yang lain, "Nabi saww bersabda kepada pamannya ketika sedang sakarat.'Katkanlah bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan aku akan bersaksi pada mu di hari akhir'. Pamannya menolak untuk mengucapkannya. Oleh kerana itu Allah menurunkan wahyu pada nabi saww
'sesungguhnya Engkau tidak dapat membimbing siapa pun yang engkau cintai,akan tetapi Allah membimbing siapa pun yang dia inginkan'
(SAHIH MUSLIM JILID 1, HAL 31.)
Abu Thalib meninggal dunia pada tahun ke 10 kenabian Muhammad saww yaitu 3 tahun sebelum Hijrah. Juga dikatakan ia meninggal pada tahun ke 9 atau ke 8 Hijrah. So....ia meninggal 10 tahun sebelum Abu Hurairah datang ke Hijaz. The point is........gimana mungkin si Abu Hurairah ini bertemu dengan nabi serta unclenya sewaktu mereka sedang berbicara tentang apa yang ia riwayatkan seolah-olah ia telah melihat dengan matanya dan mendengar dengan telinganya????
Berkenaan surah at-Attaubah itu pula ia surah Makkiyah atau surah Maddaniyah dan Abu Thalib pula wafat di waktu bila pula??? Sudah berapa tawun Abu Thalib wafat baru turunya surah itu?
Lu pikir la sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #34 Gravedigger\ catat
pasal surah attaubah tu dah di sebutkan bahawa ikut pendapat ulamak yg menyatakan asbab ayat berkenaan adalah Nabi s.a.w. berdoa utk pamannya di post 31.
berkenaan hadith abu hurairah tu, kalau nak pertikai, ada banyak lagi hadith lain yang kena pertikai pulak. bukan sahaja dari abu hurairah.
Imam Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab Shahihnya dari Abbas r.a., ia berkata kepada Nabi s.a.w., 揂pa yang biasa Anda lakukan untuk pamanmu Abu Thalib, sesungguhnya dahulu ia membelamu dan marah untukmu? Maka baginda s.a.w. 揑a berada di dalam api neraka yang agak dangkal, Seandainya bukan karena aku pastilah ia berada di dalam dasar paling rendah api neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 30-1-2009 05:06 PM
Memang benar ada ulamak mempertikaikan status iman Abu Thalib, tetapi mereka hanya berselisih pendapat tentang hadith. Tidak sampai membuat fitnah para sahabat bersikap begitu atau begini. Lain dengan kaum Rafidhi yang hanya mahu memunafiqkan para sahabat.
Laaaaaaaaa.....putaq sembilan puluh darjah pulak dah!
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 24-1-2009 11:02 PM
Riwayat Sahih Muslim dari Ibnu Abbas juga perlu dirujuk
Raulullah SAW bersabda:
"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib.Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.?br />
Ibnu Abbas juga proxy muawiyah?
Penciptaan hadis untuk memburuk-burukkan keluarga Imam Ali tidak terkecuali dilakukan dengan menggunakan Ibnu Abbas. Banyak faktor yang boleh diragukan atas hadis-hadis tersebut. Hadis ini disampaikan oleh Ibnu Mardawaih dan lain-lain melalui jalur Abu as-Suri bin Sahl dari Abdul Quddus dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas. Di dalam rangkaian isnadnya terdapat orang2 seperti Abu Sahl As-Suri yang terkenal sebagai pembohong,pencipta hadis palsu dan pencuri hadis dan Abdul Quddus Abu Said ad-Damasyqi yang merupakan mata rantai yang lain juga, dituduh sebagai pembohong besar.
Lalu mengapa pula mau terima para pembohong ini spt Abu Sahl as-Suri yang meriwayatkan juga dari pembohong Abdul Quddus di atas dari Nafi' dari Ibnu Umar ?? Orang yang tak teliti hadis mungkin mudah aja kena kelentong dan cuba pula mahu kelentong orang lain.
Ada juga hadis lain dikatakan berasal dari Qatadah yang dimuat dalam tafsir Thabari, juga hadis yang dikatakan berasal dari Ibnu Abbas melalui jalur 'Athiyah al-'Aufi dari Ibnu Abbas. Hadis2 ini juga ditolak kerana juga memuat Surah at-Taubah yang secara jumhur diakui sebagai Surah yang turun pada akhir kurun Madinah. Bukhari sendiri misalnya meriwayatkan bahawa ayat ini turun sesudah pembukaan Mekah sedang sebahagian lain lagi sesudah Perang Tabuk.
Kalau nak tipu guna nama sesiapa saja pun bisa aja dehhh!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang mari pula kita lihat bukti dari hadis2 yang menyatakan keimanan Abu Thalib yang wafat dalam keadaan Islam.
Ibnu Abil Hadid meriwayatkan dari banyak jalur, dari Abbas bin Abdul Muthalib dan sebahagian lagi dari Abu Bakar bin Abi Quhafah: 'Sesungguhnya Abu Thalib sebelum meninggal berkata: La ilahaillalllah, Muhammad Rasul Allah'.
Dan yang termasyhur adalah bahawa Abu Thalib tatkala sedang sekarat kelihatan berbicara pelan. Dan melihat bibirnya bergerak, Abbas saudaranya mendekatkan telinganya dan mendengar Abu Thalib membaca syahadat.
(rujukan: Sirah Ibnu Hisham,Tarikh Ibnu Katsir,Uyun al-Atsar,al-ishabah,al-Mawahib Diniyah,As-Sirah al-Halabiyah,As-Sirah ad-Dahlaniyyah Hamisy al-Halabiyah dan Asna al-Muthalib.)
Sesungguhnya tatkala penyakit Abu THalib bertambah parah, Rasul Allah bersabda kepadanya: 'Wahai paman! Ucaplah syahadat agar melapangkan aku memohon syafaat untuk mu pada hari kiamat'. Dan Abu Thalib menjawab: 'Wahai anak paman! Andaikata aku tidak takut akan orang Quraisy mencelaku kerana mengira aku takut akan mati,maka aku akan melakukannya'. Dan tatkala maut semakin mendekat, bibirnya bergerak-gerak. Abbas lalu mendekatkan telinganya dan Abbas berkata kepada Rasulullah saaw: 'Demi Allah, wahai anak saudara ku, ia telah mengucapkan kalimat yang engkau perintahkan kepadanya untuk diucapkan!'. Dan Rasulullah saaw bersabda : segala syukur bagi Dia yang memberi hidayat kepadamu, wahai paman!
Ada yang mengatakan bahawa Rasulullah menangis semasa kewafatan Abu Thalib ini dan dikatakan pula sebab beliau menangis kononnya Abu Thalib masih tidak dapat hidayat sehingga akhir hayatnya. Kesitu pulak dikaitkankannya...tentulah Rasulullah saaw menangis sebab Abu Thalib adalah orang yang sangat dikasihi beliau dan tentu saja beliau amat bersedih sebagaimana beliau juga menangis kesedihan di atas kematian puteranya sendiri semasa kecil. Rasulullah tak boleh nangis ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 Gravedigger's post
Laaaaaaaaa.....putaq sembilan puluh darjah pulak dah!
bukan putaq. memang terbukti... baca saja post 38 & 39.
hujah cakap tapi fakta... ??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|