CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Anugerah Industri Muzik [AIM 16]

[Copy link]
Post time 11-12-2008 11:14 PM | Show all posts
wah vokal dinilai menerusi lagu...pertandingan lebih terbuka nampaknya!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2008 11:21 PM | Show all posts
yang ako tau buat album tahun ni, alyah, misha omar, indah ruhaila

semua ni kot calon best vocal.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 11:28 PM | Show all posts

Balas #20 beta_carotene\ catat

siti kuar album 26 december nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 11:31 PM | Show all posts
x smestinya..aim kali n kan based on lagu..so x kisah r kalau keluar single je..cm grammy..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 11:49 PM | Show all posts
so aka ZZ leh calon la nieee
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 11:59 PM | Show all posts

Reply #24 flyzpiz's post

kekdahnya elyana leh calon gak la ek

sker
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 10:31 AM | Show all posts
yahoo kategori vokal di nilai berdasarkan lagu.. arap2 lagu dambaran cinta di calonkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:31 AM | Show all posts

Balas #26 beta_carotene\ catat

elyana ade single terbaru ke uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 10:32 AM | Show all posts
klu da kategori vokal berdasarkan lagu.. ade kemungkinan tak siti conquer 5 pencalonan tu dlm satu kategori hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 12-12-2008 10:32 AM
klu da kategori vokal berdasarkan lagu.. ade kemungkinan tak siti conquer 5 pencalonan tu dlm satu kategori hehe


ala kaka jedi nih...sudah gaharu, cendana pula...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:23 AM | Show all posts

Balas #30 burung_pungguk\ catat

seriyesly tatao
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 01:03 PM | Show all posts
7 kategori baru dalam AIM16
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]

SANDY dan Freddie mengumumkan perubahan baru AIM edisi ke-16, kelmarin.

Beri lebih peluang untuk lagu single, digital bertanding mengikut senario industri muzik semasa

ANUGERAH Industri Muzik (AIM 16) yang bakal berlangsung tahun depan melonggarkan beberapa syarat penyertaan dan turut menambah tujuh kategori baru bagi menggalakkan lebih banyak karya terbaik dihasilkan.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media khas yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 16, Freddie Fernandez dan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, Sandy Monteiro, Rabu lalu.

Syarat baru yang diperkenalkan itu ialah memberi peluang kepada lagu single dan digital untuk bertanding serta mengecilkan jumlah lagu untuk diambil kira sebagai album daripada lapan kepada lima buah saja dalam sesebuah album. Selain itu, wang penyertaan turut dikurangkan daripada RM100 untuk satu penyertaan kepada RM50.

Bagaimanapun beberapa perubahan dibuat iaitu Persembahan Vokal Lelaki, Wanita dan Berkumpulan Terbaik yang sebelum ini dinilai berdasarkan keseluruhan album kini dinilai berdasarkan lagu saja. Manakala anugerah baru yang diperkenalkan ialah Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik dan Lagu India Tempatan Terbaik.

Penambahan itu sekali gus menjadikan bilangan anugerah bertambah daripada 22 kepada 27 kategori. Sementara itu, anugerah Album Indonesia Terbaik dibubarkan dan digantikan kepada Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara.

Kategori itu secara tidak langsung memberi peluang kepada artis daripada pelbagai negara untuk menyertai kategori berkenaan.

Manakala bagi kategori Susunan Muzik Terbaik tidak lagi mengiktiraf lagu Melayu saja tetapi memberi peluang kepada lagu daripada bahasa lain. Kategori Artis Harapan yang sebelum ini memberi pengiktirafan kepada artis yang tidak memiliki album turut dimansuhkan setelah syarat penyertaan dilonggarkan.

Sandy Monteiro berkata, perubahan di dalam AIM sudah dibuat sejak tahun lalu lagi berdasarkan pandangan diberikan juri yang terbabit dalam penjurian AIM. Perubahan itu bagaimanapun diteruskan lagi untuk AIM akan datang bagi memantapkan lagi acara anugerah itu yang mula diperkenalkan sejak 1994 sesuai dengan keadaan semasa.

“Perubahan yang dibawa masuk tahun lalu lebih kurang sama untuk AIM 16, cuma ini adalah satu langkah tambahan untuk kita mengemas kini industri muzik kita. Dua, tiga tahun kebelakangan ini, industri muzik menyaksikan satu perubahan besar terutama dari segi perkembangan muzik digital dan mobil.

“Kita tidak mahu mengecualikan mana-mana pengkarya untuk sertai AIM, tetapi kita mahu semua berpeluang untuk menyertai anugerah ini. Disebabkan itu AIM melonggarkan syarat supaya semua dapat masuk. Tidak kira mereka yang ada album mahupun tidak.

“AIM mahu memberi peluang kepada mereka yang mempunyai lagu yang baik walaupun cuma satu untuk sama menyertai. Kita tidak mahu menyempitkan undang-undang sebaliknya kita mahu memberi semua orang peluang. Perubahan yang dilakukan dalam AIM bukan bermakna hala tuju kita berubah tetapi kami mahu menaikkan lagi nama industri,” katanya.

Jelas Sandy lagi, muzik digital juga wajar menerima pengiktirafan kerana arus muzik kini lebih cenderung ke arah digital. Malah, lagu yang dihasilkan juga berkualiti serta mendapat sambutan menggalakkan.

“Apa yang kita lihat sekarang, lagu digital mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun album tidak siap lagi, lagu mereka sudah dijual sehingga puluhan ribu seperti kumpulan Hujan dan juga Aizat. Kita melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk industri. Justeru, usaha mereka yang sanggup mengeluarkan duit untuk menghasilkan lagu yang bagus sewajarnya diberikan perhatian,” katanya.

Bagi lagu digital yang ingin menyertai kategori album terbaik kata Sandy, mereka boleh menghantar lima buah lagu secara ikatan untuk dikira sebagai album.

Bagaimanapun Sandy menasihatkan syarikat rakaman yang hendak menghantar penyertaan yang dibuka bermula semalam hingga hujung bulan ini supaya jangan membazir wang dengan menghantar semua lagu untuk dipertandingkan. Sebaliknya, mereka harus memikirkan lagu yang dirasakan terbaik untuk menghantarkan penyertaan.

Corak penjurian kali ini juga berbeza apabila kaedah penghakiman melalui internet (online voting) akan digunakan bagi menggantikan pemilihan melalui pos (postal voting) yang sudah dihentikan sejak AIM14 iaitu pada 2007.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 01:05 PM | Show all posts
FAKTA:

    * PENYANYI yang hanya memiliki single juga boleh menghantar penyertaan untuk AIM16.

    * LIMA buah lagu di dalam album juga kini boleh menyertai AIM 16 berbanding lapan buah tahun lalu.

    * PENYANYI yang mempunyai lagu dalam bentuk digital juga boleh menyertai. Manakala lima buah lagu digital yang diikat juga dikira sebagai album.

    * YURAN penyertaan dikurangkan daripada RM100 untuk satu penyertaan kepada RM50.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:25 PM | Show all posts

Reply #28 jac_diehard_fan's post

yang single berlambak dalam album Jadi Diriku tu

Molek kew, Kujadi Teman kew, Syukur Ku Sedar kew
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:35 PM | Show all posts

Balas #34 beta_carotene\ catat

sah2 la lagu tu da calon kat aim baru2 neh kak bita oi
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 06:44 PM | Show all posts

Reply #35 jac_diehard_fan's post

kena suroh bang aidit wat satu single baru la neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 12-12-2008 01:05 PM
FAKTA:

    * PENYANYI yang hanya memiliki single juga boleh menghantar penyertaan untuk AIM16.

    * LIMA buah lagu di dalam album juga kini boleh menyertai AIM 16 berbanding lapan buah tah ...


Ye ke...

Boleh la lagu Dingin dipertandingkan yea ... Alhamdulillah ...


*Menang atau tak... tak kisah... janji kita meriahkannya kann
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:40 PM | Show all posts
tak tau siti nak hantar bape byk lagu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:28 PM | Show all posts
bagus ni kalau dinilai dari single. *Applauds*
zz, ct, jac, misha, elyana sumer ade single kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 01:50 AM | Show all posts
mcm ni br best,ala2 grammy sikit..meh aku list kan single2 drp penyanyi wanita kesukaan korang..

ziana zain - dingin & melara jiwa
siti nurhaliza - pada cintanya - ni je single terbaru yg aku tau
ramlah ram - ketentuan
misha omar - jawapanmu & cinta adam dan hawa
jac - dambaran cinta
elyana - molek - single br so takde mslh utk dicalonkan walaupn album ni dh tercalon utk aim ke15
dayang - luka
alyah - tak mungkin kerna sayang
azharina - rawan
ayu - hanya di mercu
stacy - aku stacy
mila - ilham dimatamu & aku lebih tahu
farawahida - hilangkan segalanya
idayu - tak ku lupa
farah asyikin - hello
nikki - selamat tinggal
shila - memori tercipta

***keseluruhannya,feveret aku zz- dingin, dayang - luka & azharina - rawan..ketiga2 lagu feel nya ada ummphh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055580 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list