|
Benarkah Allah SWT maha samseng dan bengis serta maha panas baran?
[Copy link]
|
|
Ingat lah Allah di hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah Pemaksa...kalau tidak mana ada hukum wajib tak wajib |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
mcm pendapat bebrapa forumer, saya brpendapat elak-elak guna perkataan/ayat cam nih. Dengan boss yang baik kita nak cakap bebaik dan bersopan, dengan raja yang tak sombong pun kita menunduk kepala skit sebagai tunjuk hormat, apalagi dengan Dia yang menciptakan segala-galanya, yang memberi peluang kita merasa nikmat kasihnya Ibu dan macam-macam lagi. Cukuplah kita faham Hakikatnya, Allah itu Maha berkuasa dan mencipta SEGALA-GALANYA, tapi kita elak-elak mentafsirkan dengan sendiri-sendiri, tak terjangkau dek akal manusia awam. Kita hambaNya, dengan mak ayah pun kita wajib beradab, apalagi dengan Tuhan seru sekalian alam. Wallahu a'lam. afwan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 7-4-2009 11:35
Allah Pemaksa...kalau tidak mana ada hukum wajib tak wajib
Bila kene marah dengan boss, macam2 andaian kita buat.
tapi untuk kebaikkan kita juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 SatuKosong's post
apa ni???. Sapa boss aku???.Hehehehe..lawak la ko neh...apa andaian yang aku buat...aku rasa aku ada hak buat andaian sebab tiada penjelasan..kalau tak nak aku buat andaian, the best thing is confront me and explain, bukan lari...pastu konon2 innocent..Full stop!! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 altimi\ catat
sebenarnya tuan2 anda harus belajar dan faham sifat2 Allah itu sendiri, barulah anda takut dan bertaqwa kpdnya............segala sifat2 yg sempurna itu ada pada Allah termasuklah samseng ttp sifat pengasih dan penyayang Allah itulah yg menutupi @ menghalang sifat amarahNya.......
......renungkanlah tuan2 ketika Allah menurunkan hujan dengan begitu menakutkan sekali dengan disambar petir dan guruh yg berdentum menjadikan kita begitu takut skali.........ini baru rahmat Allah hendak turun tuan2................bagaimana pula jika bala Allah turun...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 shone's post
zaman sekarang perasaan khauf atau takut itu sudah macam dah tak ada, seperti dah ditarik dari hati-hati orang Islam.
Maksiat seperti zina, minum arak, rasuah, buka aurat dsbgnya umat Islam sendiri main redah sahaja, MAIN REDAH SAJA, tak kira tua dan muda, kerana mereka dah tak ada rasa takut lagi, walaupun depa percaya bahawa Allah itu ada.
Mungkin depa lebih pegang kepada perasaan "thomaan" mereka iaitu mengharap Allah akan ampun depa juga satu hari nanti lepas di'basuh' dalam neraka.
Tak ada takut langsung dengan proses 'pembasuhan' dalam neraka tu yang penuh siksa yang tak tergambar dan terbayang.
Inilah yang terjadi jika terlalu banyak emphasis diberi kepada menyubur perasaan 'mengharap rahmat Allah', sehingga tak balance dengan perasaan 'takut dengan murka Allah', padahal kedua ini perlu seiring.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 always_typo's post
yup.. benar sangat. selalu sangat dan dah jadi kebiasaan skrg dgr org2 di luar sana ckp... Allah kan maha pengampun dan penyayang kepada hamba2Nya dan belas ihsan Allah itu sgt tinggi maka org yg bercakap2 itu merasakan xpelah depa wat dosa pun, kelak ckp 'aku bertaubat ya ALLAH' atau 'ampunkan dosaku ya ALLAH'... maka katanya ALLAH akan ampunkan, lalu bersuka rialah depa dgn maksiat.
tak pun depa duk anggap selagi depa duk muslim ngaku wujudnya Allah dan Rasul, esok2 depa leh jek masuk syurga balik selepas selesai duk berenang dlm neraka. depa duk fikir duk neraka cam duk dlm jel gamaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat itu sahaja.
Nikmat2 dalam syurga pun ramai orang Islam tak mahu sebut dah, malah ustaz2 dan ustazah sendiri tak mahu cerita banyak2 dalam ceramah dan kuliah mereka, segan kata mereka, takut orang salah anggap, ejek dan sebagainya.
Contoh seperti bidadari syurga, seks dalam syurga, sungai arak, dsbgnya.
Padahal perkara itu disebut dalam al quran dan hadith, dan adalah salah satu benteng2 umat Islam untuk melawan dari melakukan maksiat.
Seperti contoh anak muda Islam (atau orang dewasa sekalipun) dihidangkan dengan peluang untuk berzina. Jika dia sedar akan nikmat seks yang menantinya di syurga yang jauh lebih nikmat dan hebat, bidadari yang jauh lebih cantik dan membahagiakan dari model2 di Internet atau secara live di dunia, mungkin ada sedikit sebanyak benteng baginya untuk menghalang dari berzina di dunia yang nikmatnya hanya sementara.
Tapi kerana dia tak diajar, tak sedar dan tidak merenung panjang , tengok pasangan yang cantik, handsome, sexy, macho, hidung mancung, putih gebu, available, kena pula disogok dengan contoh2 perlakuan artis barat dan timur, slogan-slogan seperti
"hidup hanya sekali",
"jangan lepas peluang",
"peluang takkan berulang",
"susah nak dapat ni..",
pengaruh peer pressure rakan-rakanlagi dan lain-lain... maka mulalah mereka main BELASAH aja, maka terjadilah perzinaan dan berterusan sehingga jadi epidemik yang menular di kalangan anak muda dan dewasa Islam, lelaki dan wanita...
Menakutkan.
Marilah kita ingat.
Pedih hukuman Allah yang Maha Bengis di neraka itu
dan lazat nikmat yang disediakan Allah di syurga itu
tak terbanding dengan apa-apa pun
siksa atau kepuasan di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
ada ulama berkata, perkara pertama yang setiap org islam mesti buat sebagai langkah nak hindari perkara-perkara negatif ini adalah SOLAT.
Wallahu a'lam.
[ Last edited by mom2003 at 9-4-2009 12:27 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by altimi at 2-4-2009 14:15
Originally posted by abangbikerz at 1-4-2009 16:39
gedebe memang maksud samseng atau bengis, dan Allah SWT memang maha samseng dan bengis serta maha panas baran.
Ada baiknya, jangan mengeluarkan pendapat atau kenyataan kalau belum pasti dan tidak ada Dalil dari Al-Quran dan hadist serta kupasan ulamak2 muktabar. Jika main logik akal sahaja inilah jadinya.
Sifat Allah swt adalah semuanya terpuji, tidak ada sifatnya yang tercela. Sifat-sifat yang ada pada Allah swt adalah layak untuk dirinya, manusia tidak boleh pertikaikan sifat Allah swt atau melebelkan dengan label yang membayangkan kelakuan yang buruk seperti gedebe, samseng dan bengis. Di eropah perkataan Rice adalah beras, tapi di malaysia ialah nasi. Semua bahasa didunia ini bersifat lemah dan banyak kekurangan dan cacat-cela. Kecuali bahasa Arab. Bahasa arab adalah bahasa yang paling kaya perbendaharaannya. Setiap perkataan dan bunyi hanya membawa satu maksud sahaja. Jika disebut " Ana" bermaksud "saya". Ia tidak membawa dua maksud seperti RICE yang perlu kepada sokongan ayat di belakang dan hadapan supaya dapat menjelaskan maksudnya.
Gedebe, samseng dan bengis adalah kelakuan orang yang tidak mempunyai nilai tamadun atau peradaban. Sebagai contoh, Gedebe boleh juga membawa maksud berkelakuan kurang ajar, tidak hormat dan tidak kena tempat. Samseng pula merujuk kepada kelakuan Tunjuk kuat tapi kurang akal, suka menindas dan membuat huru-hara tapi tidak mahu bertanggungjawab. Dan bengis pula merujuk kepada kekejaman yang dibenci atau kejam tidak kena tempat. Ketiga2 sifat ini ada pada kaum yahudi, tapi tidak ada pada sifat2 para Sahabat Nnabi. Kalau sahabat2 nabipun tidak memakai sifat ini, apatahlagi Nabi dan apatahlagi Allah swt. (Mahasuci dia dari apa yang mereka sifatkan). |
|
|
|
|
|
|
|
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 sisone\ catat
subhanallahi wabihamdih. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hari ini (hari akhirat) adalah hari bagi Allah memperlihatkan kemurkaanNya, belum pernah Allah marah sedahsyat hari ini...."
renung2kanlah....
Selamat Beramal! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by obelisk at 10-4-2009 10:15
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
"Atau berkata semasa ia melihat azab :'Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!.'" (Surah Az Zumar : 58)
tetapi permintaan hamba Allah itu ditolak oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
belajarlah lagi obelisk, banyakkan membaca buku2 agama. Semoga kita tidak menyesal di akhirat kelak dimana, disana tiada lagi amalan baik yang dapat kita buat untuk menjadi benteng dari api neraka...
Target kita semua satu aje : SYURGA... so, apa lagi... banyakkanlah mengenal Allah supaya kita cinta sepenuhnya padaNya.
Bak kata ustaz, kalu kita jatuh cinta dengan marka atau pakwe, sure apa yang dia suruh, kita lakukan dengan rela kerana cinta yang mendalam, begitulah sepatutnya kita dengan perintah Allah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|