|
8TV lancarkan Shout! Awards
(Darikiri) Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar; Pengurus Besar8TV, Lam Swee Kim dan Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri MuzikMalaysia (PAIMM), Jennifer Thompson. - foto THE STAR/Shaari Che Mat
STESEN 8TV melancarkan Shout! Awards (SA) bagi mengiktirafmereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impakyang besar dalam dunia hiburan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Izham Omar berkata, SA merangkumianugerah khas untuk empat kategori iaitu TV, Filem, Radio dan Muzikdengan 16 anugerah.
Menurutnya, penyertaan dibuka kepada semua stesen TV, syarikatrakaman, rangkaian radio dan syarikat penerbitan atau produksi dramadan filem.
"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita dapat melihatledakan kreativiti dalam arena hiburan. Sudah sampai masanya kitamengiktiraf bakat-bakat ini," katanya pada sidang akhbar sempenapelancaran Shout! Awards di Coco Banana, Sunway Pyramid di sini,semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim dan Pengurus BesarPersatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson.
Kategori Muzik mempunyai anugerah Rockstar, Popstar, Power Vocal, Flava (Hip Hop/R&B) dan Break Out (Best New Act).
Bagi kategori TV and Filem, ia mengenengahkan anugerah Best OnScreen Chemistry (sepasang), Fresh TV Series (Siri TV baru termasukDrama dan/ atau Sitcoms), Breakthrough Film, Favourite TV Program(Bukan Drama) dan Favourite TV Host.
Terdapat dua anugerah untuk kategori Radio iaitu Coolest Radio Announcer dan Favourite Radio Show.
Selain itu, kategori The Works membariskan anugerah Stylo (AnugerahPaling Bergaya), Hot Chick, Hot Guy dan The Ultimate Shout! Award.
Ahmad Izham berkata, orang ramai khususnya penonton 8TV boleh mulaimenghantar undian pencalonan secara online (dalam talian) ke laman webrasmi SA di www.shoutawards.com.my .
Katanya, semua penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh juri-juriprofesional yang dilantik oleh PAIMM dan tarikh akhir undian ialah 30April ini, 4 petang.
"Para peminat boleh mengundi calon-calon pilihan mereka dan melihat hala tuju industri hiburan tempatan.
"Juri profesional kemudiannya akan memilih seorang pemenang daripadapara peserta Top 5 dalam setiap kategori bagi anugerah utama TheUltimate Shout! Award," jelasnya.
Ahmad Izham memberitahu, senarai calon-calon Top 5 akan diumumkan kelak melalui sidang akhbar kedua.
Shout! Awards akan berlangsung pada 18 Julai 2009 bertempat diStadium Putra, Bukit Jalil. Ia akan disiarkan secara langsung disaluran hip 8TV pada 9 malam.
Selebriti, artis dan mereka yang terlibat dalam industri hiburantempatan berjalan dgn penuh gaya atas permaidani merah pada malam itu.
Para hadirin turut bakal disajikan persembahan bertenaga dari artis dan band tempatan. |
|