CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sis_yus

Tuntutan Fasakh

[Copy link]
Post time 14-4-2009 06:31 PM | Show all posts

kes Aida Melly Tan Mutalib

TERGANTUNG DI AWANG-AWANGAN :
Dari Perspektif Pengamal Undang-undang

     Kisah sedih yang berlaku pada kes Aida Melly, wanita malang yang terpaksa menunggu sehingga hampir 7 tahun untuk mendapatkan suatu dokumen perceraian yang sah sememangnya menarik perhatian banyak pihak terutama sekali aktivis-aktivis pertubuhan wanita.  Kita sebagai pembaca akhbar hanya mendapat bahan dan cerita setakat mana yang dihebahkan kepada kita. Selebihnya, hanya diketahui oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam kes ini, iaitu suami dan isteri.

     Walau bagaimanapun, kes ini bukanlah suatu kes terpencil. Aida Melly bukan sekadar wanita malang tetapi dalam masa yang sama turut bertuah kerana mendapat bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan wanita yang menyokong beliau dalam membuat tuntutan fasakh daripada suaminya. Aida Melly juga mengambil inisiatif mempersiapkan diri dan mendalami undang-undang keluarga Islam terlebih dahulu sebelum melangkah ke medan perjuangan. Beliau bukanlah wanita pertama yang terpaksa melalui proses yang amat menggetirkan ini. Ada ramai lagi wanita di luar sana yang kurang bernasib baik dan kes mereka tidak mendapat liputan media yang meluas dan harus berjuang seorang diri demi mempertahankan haknya.

     Ramai yang mengambil peluang untuk menuding jari pada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas kekeruhan suasana. Justeru, harus diingat bahawa sempadan yang dibawa dalam kes Aida Melly ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi iktibar yang harus diambil adalah mengenalpasti masalah dan mencari cara penyelesaiannya.

     Sebagai peguam syarie penulis, merasa terpanggil untuk memperjelaskan isu ini daripada perspektif pengamal undang-undang. Menyalahkan mahkamah, peguam atau mana-mana pihak lain selain daripada diri sendiri bukanlah satu tindakan yang bijak dan tidak mampu menjernihkan keadaan. Rata-rata wanita dengan mudah mempertikaikan insititusi kehakiman Islam di negara ini. Laungan yang mengatakan mereka dianaktirikan oleh mahkamah seperti kedengaran di mana-mana. Tetapi sejauh manakah tindakan wajar yang diambil oleh kelompok wanita ini di dalam mendapatkan sesuatu yang dipohon kepada mahkamah, harus juga diteliti satu persatu.

     Apabila sesebuah perkahwinan itu sudah dirasakan tidak ada lagi sebarang kesesuaian antara suami dan isteri, pihak-pihak akan mencari jalan untuk membubarkan perkahwinan tersebut. Bagi lelaki, mereka boleh menceraikan isteri dengan lafaz talaq. Talaq telah disyariatkan dengan turunnya ayat dari Surah Al-Baqarah ayat 236 yang bermaksud :

     "Tidak ada sesuatu dosa pun atas kamu jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu."

     Namun begitu, talaq adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah SWT seperti di dalam maksud hadith :

     "Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talaq."

     Terdapat dua perkara penting yang cuba disampaikan oleh kedua-dua maksud ayat dan hadis di atas. Pertama, apabila telah berlaku perselisihan faham yang tidak boleh diselesaikan lagi, maka jalan yang terbaik bagi lelaki adalah dengan menceraikan isterinya. Bukannya dengan menggantung si isteri tanpa status. Kedua, walaupun talaq itu dibenarkan dalam Islam tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya. Malah, ia haruslah dijauhi.  

     Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) adalah dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, talaq dan ruju'."   

     Peruntukan undang-undang yang ada pula menghalang lelaki daripada melafazkan talaq di luar mahkamah. Ini kerana semua pembubaran perkahwinan hendaklah dibuat di dalam mahkamah dan mestilah sabit di sisi seorang hakim syarie.

     Islam menganjurkan kehidupan yang harmoni. Walau bagaimanapun, manusia sendiri yang menjungkarbalikkan kehidupan mereka sendiri. Lelaki yang menggunakan kuasa mutlak atau vetonya untuk menceraikan isteri ini telah diberi sembilan akal dan satu nafsu bagi mempertimbangkan keputusannya. Malang sekali, seringkali berlaku wanita teraniaya akibat kuasa talaq yang diberikan ini.

     Sungguhpun begitu, ramai wanita yang tidak menyedari kewujudan hak mereka yang timbul akibat daripada perceraian. Ada di antara golongan ini pula yang tidak menuntut hak masing-masing. Hak-hak wanita yang timbul akibat daripada perceraian adalah antara lain, nafkah eddah, nafkah tempat tinggal, hak penjagaan anak, nafkah anak, harta sepencarian dan muta'ah.

     Bagi isteri pula, mereka juga boleh memohon kepada mahkamah untuk membubarkan perkahwinan mereka melalui cara-cara berikut : fasakh, khulu' dan ta'liq. Pihak isteri hendaklah membuktikan tuntutan mereka di mahkamah. Alasan bagi menuntut fasakh, khulu' ataupun ta'liq ini mesti jelas dan disokong pula oleh keterangan-keterangan bertulis, keterangan sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki yang adil serta bukti-bukti lain yang boleh menguatkan alasan tuntutan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 06:36 PM | Show all posts
Kelewatan Dalam Pengendalian Kes-kes Penceraian Di Mahkamah-Mahkamah Syari'ah Di Negeri Selangor Darul Ehsan (1997-2002)

Pengenalan

Terdapat persepsi negatif daripada masyarakat terutamanya kaum wanita yang menganggap Mahkamah Syari'ah tidak cekap dalam mengendalikan kes-kes kekeluargaan. Perseps ini diperkuatkan lagi oleh media yang mengenengahkan kes-kes tertentu seperti kes Aida Melly. Sebagai institusi yang melaksanakan hukum Islam, persepsi yang negatif akan mencemar imej Islam secara tidak langsung. DYMM Sultan Selangor telah menitahkan supaya suatu kajian dibuat bagi mengatasi isu kelewatan perceraian di negeri Selangor. Sebuah jawatankuasa telah dilantik yang dipengerusikan oleh Y.B Dato' Haji Zawawi bin Haji Salleh bertanggungjawab untuk mengenalpasti tahap dan sebab-sebab kelewatan kes-kes perceraian dan mencadangkan langkah-langkah mengatasi kelewatan tersebut di Selangor.

Beberapa metodologi telah diambil dalam kajian ini untuk memastikan data dan analisa yang dikemukakan adalah sahih. Antara metod yang digunakan adalah mengumpul data perceraian yang lebih komprehensif bagi seluruh negeri Selangor bagi tempoh 1997 - 2002 oleh Mahkamah Syari' ah dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syari'ah Malaysia. Analisa kuantitatif oleh pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia diperkuatkan dengan analisa kualitatif berdasarkan laporan daripada pihak Mahkamah Syari'ah, Biro Bantuan Guaman dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan kelewatan pengendalian kes-kes perceraian diadakan untuk membincang cadangan selepas mengenalpasti tahap kelewatan dan punca masalah.

Penemuan Kajian

Secara amnya, kajian menunjukkan bahawa tidak ada kelewatan bagi jenis perceraian yang dituntut oleh pihak lelaki iaitu permohonan talaq dan pengesahan talaq. Kelewatan hanya berlaku dalam jenis perceraian yang dituntut oleh pihak wanita iaitu fasakh dan ta' lig. Berikut adalah rumusan-rumusan yang lebih terperinci setelah mengguna pakai takrifan kes lambat sebagai kes lambat sebagai kes yang gagal diselesaikan dalam tempoh 365 hari setelah kes itu didaftarkan dan takrifan kes cepat , iaitu kes yang dapat diselesaikan kurang dari 365 hari.

i. Tahap kelewatan Kes-Kes Perceraian

a. Kajian tersebut menunjukkan 81.8% dari semua kes perceraian Negeri Selangor dari tahun 1997 hingga 2002 dapat diselesaikan dalam tempoh 365 hari dan 18.4% daripada kes-kes perceraian tersebut merupakan kes-kes yang lewat dibicarakan. Nisbah bagi kes perceraian yang dapat diselesaikan dalam tempoh 365 hari per kes lambat ialah 4.4 kes setahun. Sebanyak 61.2% kes perceraian dapat diselesaikan dalam jangkamasa enam bulan manakala 20.4% pula dapat diselesaikan di dalam jangka waktu enam bulan hingga setahun.

b. Kes pengesahan cerai adalah jensi yang terbanyak diselesaikan iaitu 42.5% diikuti dengan permohonan cerai, 38.2%. Kes ta'liq pula hanya 13.3% manakala fasakh yang paling sedikit (6%). Namun bagi kes permohonan dan pengesahan cerai, kes-kes ini dapat diselesaikan dalam jangka waktu 225 hari, sedangkan kes fasakh hanya 6% daripada keseluruhan kes mengambil masa lebih dari setahun untuk diselesaikan. Begitu juga dengan kes ta'lig. Kes perceraian jenis ini memerlukan masa hampir satu tahun untuk diselesaikan (purata 340 hari). Peratus kes yang mengambil masa lebih daripada satu tahun untuk diselesaikan adalah lebih tinggi daripada peratus kes yang dapat diselesaikan kurang daripada satu tahun hanya tertumpu bagi kes fasakh dan ta'liq sahaja. Untuk kes fasakh berdasarkan kepada daerah, semua mahkamah kecuali Kuala Langat, Hulu Selangor dan Sabak Bernam perlu dibantu. Secara perbandingan kes-kes ta'liq lebih memerlukan perhatian dan sokongan bagi semua daerah.

c. Secara perbandingan pengendalian kes perceraian jenis fasakh dan ta' liq adalah dikira kurang cekap dan kes mohon cerai melalui talaq dan pengesahan talaq adalah dikira cekap. Walau bagaimanapun, pengendalian jenis-jenis perceraian adalah berbeza kerana di dalam kes fasakh dan ta' liq, pelbagai proses termasuk pembuktian menyukarkan pengendalian kes tersebut yang mengakibatkan kelewatan. Untuk kes fasakh kesemua mahkamah memerlukan sokongan dan bantuan kerana peratus kes yang mengambil masa lebih daripada satu tahun adalah lebih banyak dari peratus kes yang mengambil masa kurang daripada satu tahun. Oleh kerana fasakh dan ta' liq adalah jenis perceraian yang dimohon oleh wanita, kelewatan mahkamah dalam pengendalian kes-kes ini menyebabkan kebanyakan wanita yang berurusan dengan mahkamah merasakan mahkamah tidak cekap.

d. Dari segi pecahan kes perceraian negeri Selangor mengikut daerah dari tahun 1997 - 2002, Mahkamah Syari'ah Rendah Kelang (17.6%), Shah Alam (16.0%), Petaling Jaya(13.6%), Gombak Barat (10%) dan Hulu Langat (15.9%) merupakan mahkamah yang dapat menyelesaikan kes perceraian yang terbanyak dalam tahun-tahun tersebut. Jangkawaktu penyelesaian kes cerai ini bergantung kepada bebanan kes yang perlu ditangani oleh mahkamah daerah tersebut. Mahkamah yang dipertanggungjawab untuk menangani kes lebih daripada 10% atau lebih mengambil masa sekurang-kurangnya 121 hari untuk diselesaikan. Terdapat mahkamah-mahkamah yang perlu disokong dan dibantu untuk mempercepatkan kes-kes perceraian. Antara mahkamah-mahkamah tersebut adalah Kelang, Hulu Langat, Shah Alam dan Petaling.

e. Kelewatan adalah satu masalah yang sangat runcing dalam tahun 1997 di mana ia mencatatkan nisbah kecekapan yang paling rendah iaitu 0.065. Nisbah kecekapan meningkat sedikit pada tahun-tahun berikutnya. Malangnya pada tahun 2000 nisbah tersebut turun kepada 1.3 dan seterusnya menjunam kepada 1.2. Tahun 2002 mencatatkan sejarah apabila nisbah kecekapan melonjak kepada 28.8. Jelas bahawa tindakan mahkamah menambah bilangan hakim dan pegawai sulh adalah satu tindakan yang betul. Ini disokong oleh nisbah bagi kes ta'liq pada tahun 2002 adalah jauh lebih tinggi berbanding peratus kes yang mengambil masa lebih daripada setahun. Walau bagaimanapun, kita perlu mengawal nisbah kecekapan dengan jumlah kakitangan dengan jumlah kes yang dikendalikan. Memadangkan kajian ini tidak mengambil kira jumlah kakitangan untuk memastikan kecekapan, kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengenalpasti kecekapan mahkamah dalam pengendalian kes-kes perceraian pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 06:38 PM | Show all posts
ii. Punca Kelewatan Kes Perceraian

a. Kajian ini menunjukkan mereka yang bekerja di Mahkamah Syari'ah didapat kurang berpengalaman di mana 68% responden bertugas kurang dari tiga tahun dan 15% lagi telah bertugas selama 4-6 tahun di mahkamah tersebut. Hanya 17% sahaja tergolong daripada pegawai yang berpengalaman.

b. Antara punca utama kelewatan adalah berkaitan dengan anakguam yang tidak hadir semasa perbicaraan dijalankan (41%). Manakala punca-punca lain pula adalah dari pihak responden, pihak mahkamah sendiri dan ketiadaan pegawai Biro Bantuan Guaman (BBG). Peguam responden yang sering memohon kes ditangguhkan atas sebab terpaksa mengendalikan kes lain dan untuk berbincang dengan responden juga mengakibatkan kelewatan proses perceraian .

c. Punca-punca lain dalam menyebabkan kelewatan kes perceraian ini, antaranya ialah kurangnya atau tiada kerjasama daripada pihak-pihak yang terbabit dalam kes tersebut seperti suami, isteri, saksi dan peguam, saman tidak sempurna atau tidak sampai kepada responden kerana alamat yang diberikan tidak lengkap, terlalu banyak kes di mahkamah, prosedur untuk perbicaraan mengambil masa yang panjang, dan sikap kakitangan mahkamah sendiri.

iii. Punca Kes Perceraian Selasai Kurang Dari 365 Hari

a. Faktor utama perceraian di mahkamah syari'ah dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat adalah kerana tuntutan tersebut diselesaikan melalui Majlis Sulh. Majlis ini berfungsi sebagai tapisan pertama kepada kes-kes tersebut tidak perlu dibicarakan di mahkamah sekiranya ia telah selesai di majlis ini.

b. Kehadiran kedua-dua pihak (suami dan isteri ) amat penting untuk menyelesaikan kes perceraian. Kehadiran mereka akan memudahkan segala urusan yang melibatkan kedua-dua pihak.

c. Faktor tuntutan perceraian yang ditukar kepada persetujuan bersama untuk bercerai didapati mempercepatkan proses perceraian.

d. Faktor lain menyumbang kepada kecepatan kes perceraian selesai ialah kerjasama daripada kedua-dua pihak, kedua-dua pihak tahu dan faham apa yang mereka hendak pohon, dan saman dapat disempurnakan dengan segera.

Kesimpulan

Antara cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi masalah kelewatan adalah seperti berikut:

i. Peruntukan Undang-Undang.

a. Satu kertas kerja berkenaan Cadangan Pindaan kepada Enakmen Keluarga Islam Selangor no.4 Tahun 1984 Pindaan 1989 dan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor no.2 1989 telah diusulkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara pindaan yang dicadangkan ialah berkenaan dengan pemindahan kuasa daripada Hakim Syarie kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam bagi mempercepatkan proses permohonan perceraian secara talak, fasakh, khulu' dan ta'liq. Cadangan ini, antara lain akan membantu meringan bebanan Mahkamah Syari'ah dalam mengendalikan kes-kes yang semakin bertambah serta mengurangkan kes kes-kes yang tertangguh. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut berpendapat cadangan itu mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menerima pakai Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang telah digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja. Cadangan ini bagaimanapun, boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut untuk dipertimbangkan sewajarnya.

ii. Prosedur

a. Berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam Enakmen Keluarga Islam Selangor no. 4 tahun 1989, terdapat beberapa prosedur seperti kehadiran untuk sesi kaunseling, rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai dan juga Hakam yang perlu dilalui oleh pihak yang menuntut perceraian. Prosedur-prosedur ini dilihat sebagai punca-punca yang menimbulkan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Tempoh yang terlalu lama dan tidak seragam bagi setiap peringkat dalam prosedur yang terlibat adalah menjadi sebab utama kelewatan yang berlaku. Di dalam sesetengah kes, walaupun Mahkamah telah mengesahkan sesuatu perceraian , kelewatan pula timbul dalam isu pengeluaran Sijil Cerai yang turut mengambil masa yang lama. Ahli Jawatankuasa berpendapat kajian semula perlu dibuat berhubung dengan prosedur kaunseling dan Jawatankuasa Pendamai/ Hakam. Jika perlu, suatu tempoh hendaklah ditetapkan bagi setiap peringkat dan pengendaliannya diberi kepada satu pihak sahaja.

b. Pihak Jabatan Kehakiman Syari'ah Malaysia dicadangkan mengeluarkan Arahan Amalan berhubung dengan jenis-jenis kes yang perlu dirujuk untuk sesi kaunseling, tempoh masa yang ditetapkan dan bentuk laporan yang diperlukan.

c. Peranan Pegawai Sulh dan Jawatankuasa Pendamai/ Hakam perlu dijelaskan kepada orang ramai. Mahkamah Sulh perlu diperbanyakkan supaya kes-kes dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Selain dari itu, Arahan Amalan mengenai kes-kes yang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai / Hakam perlu dikeluarkan bagi memastikan kes-kes yang mempunyai potensi untuk didamaikan sahaja yang dirujuk kepada Jawatankuasa tersebut.

d. Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk pengendalian kes-kes fasakh dan ta'liq terutamanya bagi aspek pembuktian termasuk prosedur pembuktian. Kajian tersebut amat penting kerana seperti yang dibuktikan dalam kajian ini kebanyakan kes-kes perceraian yang mengalami masalah kelewatan adalah dalam kategori ini.

iii. Amalan-amalan Yang Terpakai Dalam Tuntutan Perceraian

a. Amalan-amalan yang terpakai di dalam tuntutan perceraian di Mahkamah Syari'ah turut menimbulkan kerumitan dan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Sebagai contoh mahkamah memerlukan laporan sesi kaunseling dalam permohonan untuk perceraian. Sekiranya pasangan tersebut tidak menghadiri sesi kaunseling kerana merasakan perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi akan mengalami kerumitan. Ini adalah kerana pihak mahkamah tetap mengarahkan supaya sesi kaunseling dijalankan terlebih dahulu. Ini terbukti apabila laporan dari Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan terdapat kes-kes yang terpaksan ditangguh kerana pemohon tidak hadir untuk sesi rundingcara setelah dipanggil melalui surat sebanyak tiga kali atau pihak yang diadu terlibat dengan jenayah dan di tahan di dalam lokap dan pelbagai kes yang tidak dapat diselesaikan kerana kedua belah pihak tidak memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga kepada pegawai rundingcara. Kes-kes yang melibatkan tuntutan perceraian secara persetujuan jua perlu mematuhi prosedur yang sama. Persepsi dan corak pemikiran pihak Mahkamah yang lebih cenderung untuk membawa pihak-pihak yang terlibat dalam kes tuntutan perceraian kea rah perdamaian (sulh) walaupun perkahwinan itu tiada harapan lagi untuk diselamatkan, menyumbang kepada penangguhan kes-kes tersebut. Mesyuarat berpendapat bahawa prosedur ini perlu dikaji semula dan suatu garis panduan yang jelas dikeluarkan bagi mempercepatkan lagi prosedur tuntutan perceraian.

iv. Pengendalian Perbicaraan di Mahkamah Syari'ah

a. Antara punca-punca kelewatan pengendalian perbicaraan kes-kes perceraian di Mahkamah Syari'ah ialah masalah kekurangan kakitangan mahkamah termasuk hakim-hakim dan pendaftar-pendaftar yang kecil bilangannya berbanding dengan jumlah kes yang dirujuk dan dibawa ke Mahkamah. Dengan penambahan hakim dan pegawai sulh pada tahun 2002, tahap pengendalian kes perceraian mengalami peningkatan yang sangat positif. Tahap pengendalian kes boleh ditingkatkan sekiranya kakitangan mahkamah mempunyai pengalaman.

b. Walau bagaimanapun, penambahan hakim sahaja tidak mencukupi untuk mempercepatkan penyelesaian kes-kes perceraian. Jawatankuasa turut mencadangkan supaya urusan penyediaan surat-surat. Tauliah bagi hakim-hakim dan pendaftar-pendaftar yang akan dilantik dipercepatkan bagi membolehkan pegawai-pegawai terbabit mengendalikan kes-kes mahkamah khususnya yang masih lagi tertangguh.

c. Antara punca lain kelewatan adalah ketidakhadiran pihak yang dituntut. Waran-waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap pihak yang tidak hadir, menambah lagi kekusutan yang sedia ada apabila tidak dapat dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama dan pihak polis. Suatu persepakatan perlu dibuat antara pihak Mahkamah dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam bagi membolehkan waran / perintah / arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah data dilaksanakan dengan segera terutamanya bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat hadir semasa tarikh perbicaraan ditetapkan.

d. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syari'ah berkenaan kes-kes tuntutan penceraian perlu diperjelaskan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kes-kes yang boleh dirayu. Prosedur rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi perlu juga dikaji semula bagi mengelakkan pihak-pihak menyalahgunakannya bagi tujuan melewat-lewatkan penyelesaian kes atau atas tujuan membalas dendam terhadap pihak yang satu lagi.


Oleh :
Prof. Madya Dr. Zaleha Kamaruddin
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara ' (FATWA) Negeri Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by sis_yus at 13-4-2009 15:54
Salam semua...

Camni tadi masa baca metro online adalah muka depan tu citer pasal seorang perempuan tu yang tuntut fasakh sampai 7 tahun... jadi nak tanya sampai lama camtu ker?

Critenya gi ...


mana satu dulunya ni? Jumpa hamba Allah tu dulu or fasakh dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by sis_yus at 13-4-2009 15:54
Salam semua...

Camni tadi masa baca metro online adalah muka depan tu citer pasal seorang perempuan tu yang tuntut fasakh sampai 7 tahun... jadi nak tanya sampai lama camtu ker?

Critenya gi ...


Kawan I.. hampir 2 tahun.. baru hari ni kes dia selesai.. Alhamdulillah, at last suami yang tah apa2 tu bersetuju melafazkan cerai.. itu pun setelah si lelaki tu kawin lagi satu.. hmmm biar rasa bini barunya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 08:29 PM | Show all posts
Originally posted by nighunter71 at 14-4-2009 19:04


mana satu dulunya ni? Jumpa hamba Allah tu dulu or fasakh dulu?


Betul juga tu... jangan sampai disebabkan hamba Allah tu maka terjadinya tuntutan fasakh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2009 08:39 PM | Show all posts
Somi akak ni penagih.

Jadi rasanya dia tuntut sebab tu.

Kalu laki penagih & kita boleh buktikan, proses lebih cepat kot, daripada tuntut sebab laki kawen lain. Sepupu aku dulu lakinya penagih, dia mintak fasakh, tak de lah sampai bertahun-tahun kes tertunggak. Kes dia kat JB.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 14-4-2009 20:39
Somi akak ni penagih.

Jadi rasanya dia tuntut sebab tu.

Kalu laki penagih & kita boleh buktikan, proses lebih cepat kot, daripada tuntut sebab laki kawen lain. Sepupu aku dulu lakinya pena ...


Yup.. sama dgn my cousin.. cepat juga. Tapi sebelum minta fasakh tu.. dia cuba juga ubatkan suaminya.. macam2 cara dia cuba... at last mak cousin I desak.. tuntut fasakh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 01:12 AM | Show all posts
Originally posted by maizana at 14-4-2009 20:24


Kawan I.. hampir 2 tahun.. baru hari ni kes dia selesai.. Alhamdulillah, at last suami yang tah apa2 tu bersetuju melafazkan cerai.. itu pun setelah si lelaki tu kawin lagi satu.. hmmm biar r ...


Naper mai ..teruk sangat ke lelaki tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 04:14 PM | Show all posts
I fail kes fasakh i Jan 08 mahkamah WP sabitkn cerai fasakh Feb 09..sampai ke saat ni..my ex masih tidak blh terima yg dia diceraikn mahkamah..

Kira cepat la kn...setahun dh settle...

ni dlm process hadhanah and nafkah ank2...yg ni tk tau la berapa lama
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 03:57 PM | Show all posts
hm....susah gak nak bercerai ni ye...masa nak  kahwin semua indah belaka..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045628 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list