|
Siti 12 Jun di IB.. terbuka percuma katanya
[Copy link]
|
|
Balas #19 eddysheddy\ catat
konfirm ke ni?... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rotibusuk at 7-6-2009 15:38
menyanyi atau berpuisi?
janji ada perform |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #23 eddysheddy\ catat
kadang2 artikel pun tak betul... |
|
|
|
|
|
|
|
betul betul betul betul! |
|
|
|
|
|
|
|
hope ct wat psembahan la ek... |
|
|
|
|
|
|
|
tak taula siti wat persembahan ke tak...tpi tau die terlibat lam acara ni..tau dri org yg dekat ngan siti |
|
|
|
|
|
|
|
yela..tp pesembahan ape??? |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza meriahkan Malam Puisi Utusan
KUALA LUMPUR 11 Jun - Sebagai tanda penghargaan buat penggiat lagu puisi tersohor, Allahyarham Zubir Ali, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bakal menyampaikan lagu Penantian ciptaan dan nyanyian komposer itu pada acara Malam Puisi Utusan malam esok.
Menurut Siti Nurhaliza, persembahannya itu ditujukan khas buat Allahyarham yang merupakan salah seorang seniman tempatan yang sangat dihormatinya.
"Allahyarham Zubir turut terlibat dalam penerbitan album terbaru saya, Lentera Timur dan kerana itu saya mahu mengambil peluang menyatakan rasa kasih dan hormat pada Allahyarham dengan menyampaikan lagu Penantian yang pernah memasyhurkan beliau," kata Siti Nurhaliza kepada Utusan Malaysia.
Zubir yang merupakan seorang penggiat lagu-lagu puisi terkenal menghembuskan nafas terakhir pada 6 Mac lalu akibat serangan jantung.
Allahyarham Zubir yang meninggal dunia pada usia 59 tahun terlibat dalam penghasilan dua buah lirik lagu dalam album terbaru Siti Nurhaliza iaitu Rasa Antara Kita dan Bulan Yang Mesra.
Keputusan Siti Nurhaliza memilih untuk menyampaikan lagu Penantian versi akustik itu juga dibuat sebagai mengenang kembali kemunculan terakhir Allahyarham Zubir pada acara Malam Puisi Demimu Palestin juga anjuran Kumpulan Utusan pada 24 Januari lalu.
Pada Malam Puisi Demimu Palestin, Zubir yang ditemani rakan-rakan kumpulan Trio Harmoni turut menyampaikan lagu Penantian.
"Sepatutnya saya juga menyertai acara Malam Puisi Demimu Palestin bersama-sama Allahyarham tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan saya tidak berpeluang.
"Oleh yang demikian, pada malam esok saya mahu mengajak seluruh warga kota hadir untuk sama-sama memberikan penghormatan kita buat Allahyarham Zubir yang tiada tolok tandingnya," jelas penyanyi itu lagi.
Pada majlis yang akan berlangsung di Laman Santai, pekarangan Istana Budaya, Jalan Tun Razak di sini malam esok, Siti Nurhaliza akan diiringi oleh dua pemuzik muda, Akir dan Freddy yang merupakan artis baru di bawah syarikat produksinya, Siti Nurhaliza Productions.
Selain Siti Nurhaliza, selebriti yang juga bakal memeriahkan pembacaan puisi itu ialah kumpulan Kopratasa, kumpulan Hujan serta juara Akademi Fantasia musim ke-5 dan ke-7, Mila dan Hafiz.
Turut mendeklamasikan puisi esok ialah Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khalid serta penggiat-penggiat sastera terkenal seperti Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob, Prof. Rahman Saari, Zaen Kasturi dan Khalid Salleh.
Malam Puisi Utusan merupakan salah satu daripada pengisian sempena acara Minggu Sastera anjuran Kumpulan Utusan.
Selain acara berkenaan, turut menghiasi kalendar ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dan Wacana Sastera.
Kesemua acara berkenaan turut mendapat kerjasama daripada tiga organisasi terkemuka iaitu Astro sebagai penyiar rasmi, Istana Budaya sebagai penaja lokasi dan juga ExxonMobil sebagai penaja utama.
[ Last edited by hyie at 12-6-2009 09:30 ] |
|
|
|
|
|
|
|
how to go to IB dengan menggunakan public transport e.g. lrt etc ?? |
|
|
|
|
|
|
|
LRT
Sistem Pengangkutan Rel Ringan (LRT)
Stesen LRT yang berhampiran dengan Istana Budaya ialah Stesen Kampung Baru (PUTRA Line) dan Stesen Titiwangsa (STAR Line). Jarak untuk ke Istana Budaya dari kedua-dua stesen ini tidak jauh, dan anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm kalu xde ct mls la nk dtg |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by badai at 12-6-2009 09:38 AM
how to go to IB dengan menggunakan public transport e.g. lrt etc ??
Take the STAR LRT and stop at Titiwangsa Station. Take a taxi from here. You can also reach here by taking a 20 to 25 minutes walk from the station.
Take the PUTRA LRT and stop at KLCC Station. Take a taxi from here. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nasihatkan baik le ko amik teksi kalau dah turun kat lrt tu. kalau jalan kaki, agak bahaya. sebab dengan kes ragutnya, eksiden dan sebagainya. tambang dalam 3/4 ringgit je.
kalau nak balik tu, ko telefon le cab. public cab ke, sunlight ke. yang tu memang sah2 pakai meter. lagi 1, ko jangan le buat style orang ulu. konfiden mesti ada walaupun dalam hati ko tu nebes sangat2. kalau tak pakai meter, tak payah naik.
kalo dari puduraya tambang LRT dalam RM1.40 gitu laa sampai ker titiwangsa...
teksi plak kalo siang yg guna meter dorang starting dri rm2.00...maybe dalam rm5 smpai laa IB...kalo malam sah2 teksi caj rm10....nak beza tgk pada teksi yg nyalakan lampu pada menatang atas bumbung dia tue...Istana Budaya nie belakang dia taman tasik titiwangsa...
aku rasa dari titwangsa ke Istana Budaya ada bas kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #31 hyie\ catat
mesti best ni.. tp satu lagu je ke?... |
|
|
|
|
|
|
| |
|