|
Jangan Lalai!!! : Siti perlukan UNDIAN ANDA!
[Copy link]
|
|
19# dauswq
sorry la u all...... bahasa mmg kasar , xleh tertahan2 u all....... da la bz sket skrg ni u all....... tp berporum sggp je, mmg giler porum betol.... haha..... nnt jmput la ke board zz yg da x mcm board tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
19# dauswq
sorry la u all...... bahasa mmg kasar , xleh tertahan2 u all....... da la bz sket skrg ni u all....... tp berporum sggp je, mmg giler porum betol.... haha..... nnt jmput la ke board ...
micha Post at 1-7-2009 00:27
daus sudi dtg klu micha ade
thanx micha |
|
|
|
|
|
|
|
nk dtg miscall dulu, micha sediakan kopi o kaw kaw...... |
|
|
|
|
|
|
|
nk dtg miscall dulu, micha sediakan kopi o kaw kaw......
micha Post at 1-7-2009 12:32 AM
haha... ada bahan sampingan ke kopi nih mich? |
|
|
|
|
|
|
|
24# khyree
resipi terbaru...... best tau... lg best dr kopi nujumpak blalang |
|
|
|
|
|
|
|
bintang malam agak bosan sbb lame sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat Julai 3, 2009
APM2009: Mungkinkah Siti tewas dengan band Indonesia ST12?
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Siti Nurhaliza berada ditempat kedua selepas ST12.
AGAK mengejutkan apabila penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sedang bersaing sengit dengan band popular Indonesia, ST12 untuk mengekalkan takhta 'Artis Serantau Paling Popular' yang diraihnya selama lapan tahun berturut-turut dalam Anugerah Planet Muzik (APM).
Bagi tahun ini, keputusan undian tidak rasmi menunjukkan empat artis yang menduduki carta teratas bagi kategori tersebut adalah ST12, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan penyanyi Singapura Taufik Batisah.
Selain Siti dan Faizal, Malaysia turut mempertaruhkan dua artis tempatan lagi untuk bersaing dalam kategori itu iaitu Hujan dan Meet Uncle Hussain.
Sementara itu, artis Indonesia yang turut bertanding bagi kategori Artis Serantau Paling Popular adalah Afgan, Agnes Monica dan Nidji manakala artis Singapura adalah Aliff Aziz, Ahli Fiqir, dan Hady Mirza.
Menurut pihak penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, graf undian peminat di Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menurun setelah undian dibuka sejak 18 Jun lalu.
“Industri muzik Malaysia sentiasa pasarkan muzik antarabangsa tanpa diskriminasi bangsa dan negara dengan misi utama untuk mempromosi dan memartabatkan muzik Melayu serantau.
“Jadi, pada hari ini saya menyarankan agar peminat muzik tempatan membantu artis tempatan supaya mereka lebih bersemangat serta meningkatkan martabat mereka dalam APM 2009.
“Ini kerana kita lihat sekarang sokongan daripada orang Indonesia yang begitu kuat memintas peratusan kategori ini dengan mudah,” kata Amin ketika majlis sidang media ketiga semalam di Hotel One World, Bandar Utama.
Jelas Amin, undian kategori Artis Serantau Paling Popular agak penting untuk ditekankan kerana artis setiap negara diberi peratusan yang sama rata iaitu 33.3 peratus.
Amin (kanan) bersama Aizat, Faizal Tahir, Stacy dan Engku Emran ketika majlis sidang media ketiga APM2009. -foto The Star oleh SAM THAM
“Misalnya, Siti mendapat undian dari Malaysia hanya akan memperolehi setakat 33.3 peratus. Jadi, dia perlu mendapat lebih mata dari Indonesia dan Singapura untuk mengekalkan kedudukannya selama lapan tahun berturut-turut bagi kategori itu,” tambah Amin.
Amin menganggap jumlah undian di Malaysia semakin menurun mungkin disebabkan oleh waktu undian yang dibuka pada 18 Jun lalu terlebih awal berbanding Indonesia yang dibuka undian mulai 28 Jun manakala undian di Singapura akan dibuka bermula 10 Julai ini.
“Saya rasa mungkin juga rakyat Malaysia kurang atau tidak mengetahui tentang cara untuk mengundi.
“Jadi, selepas ini kita akan mengumumkan tentang peratusan undian artis bagi kategori Artis Serantau Paling Popular dan Artis Malaysia Paling Popular dari semasa ke semasa melalui saluran TV Awani termasuk stesen radio seperti Suria FM yang baru menyertai kami agar pengundi sentiasa berlumba-lumba untuk mengundi artis kesukaan mereka,” katanya.
APM2009 turut membuka peluang kepada pengundi di Malaysia untuk mengundi 12 artis tempatan yang bersaing dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular iaitu Aizat, Anuar Zain, Bunkface, Estranged, Faizal Tahir, Hujan, Mawi, Meet Uncle Hussain, Misha Omar, Siti Nurhaliza, Stacy dan Yuna.
Amin turut mengumumkan keputusan terkini bagi kategori itu yang menunjukkan Aizat mendahului Faizal, Siti dan Stacy.
Keputusan pemenang bagi kedua-dua kategori, Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular bergantung kepada sokongan peminat untuk menobatkan artis kegemaran mereka.
Mereka yang ingin mengundi, bolehlah melihat paparan nombor-nombor kod setiap artis di KOSMO! Dan HAI sejak bulan lalu, tidak ketinggalan juga di laman web www.sinarfm.com.my iaitu stesen radio Sinar FM selaku radio rasmi, murai.com, Era TV, Chat @ 15, Astro Ria, Awani Pagi dan Gala TV di Astro Awani.
Cara undian adalah dengan menghantar SMS: APM MY1 hingga MY12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular manakala APM AS1 hingga AS12 dan hantar ke 33660 bagi kategori Artis Serantau Paling Popular.
Aizat, Stacy dan Faizal Tahir bersaing sengit bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular.
Artis Malaysia Paling Popular: Aizat (MY1), Anuar Zain (MY2), Bunkface (MY3), Estranged (MY4), Faizal Tahir (MY5), Hujan (MY6), Mawi (MY7), Meet Uncle Hussain (MY8), Misha Omar (MY9), Siti Nurhaliza (MY10), Stacy (MY11) dan Yuna (MY12).
Artis Serantau Paling Popular: Artis Singapura- Aliff Aziz (AS1), Ahli Fiqir (AS2), Hady Mirza (AS3), Taufik Batisah (AS4); Artis Malaysia- Faizal Tahir (AS5), Hujan (AS6), Meet Uncle Hussain (AS7), Siti Nurhaliza (AS8); Artis Indonesia- Afgan (AS9), Agnes Monica (AS10), Nidji (AS11) dan ST12 (AS12).
Majlis itu juga mengumumkan Suria FM selaku rakan media terbaru yang bakal menganjurkan pertandingan berkaitan APM2009 mulai Isnin hingga Jumaat ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, “Kami akan memilih lima pemenang bertuah yang berjaya menjawab soalan mengenai APM2009.
“Hadiahnya adalah berupa lima tiket untuk menghadiri anugerah itu termasuk penginapan dan penerbangan.
“Pertandingan itu akan dibuka mulai Isnin ini sehingga Jumaat depan bermula pukul 5 hingga 6 petang. Pendengar hanya perlu membuat panggilan apabila mendengar pengumuman tentang pertandingan itu.
“Selain itu, kita akan memberikan laporan secara langsung tentang keputusan terkini undian SMS bagi dua kategori itu,” tutur Emran.
APM2009 yang akan diadakan buat pertama kalinya di Jakarta pada 18 Julai ini sedang hangat menjalankan promosi dan perancangan untuk menjayakan malam anugerah berprestij itu.
Bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta, pukul 9 malam (waktu tempatan), majlis itu akan diserikan dengan persembahan artis seperti Stacy, Reshmonu, Hujan, Aizat, Dafi, Ayu, Faizal Tahir dan Siti.
Sementara artis Indonesia yang turut berkongsi pentas adalah ST12, Kuburan, Yovie N Nuno, Kotak, Bunga Citra Lestari, Nidji, Afgan dan Dewi Sandra tidak lupa artis Singapura iaitu Taufik Batisah, Didicazli, Nana dan Hady Mirza.
Kepada peminat-peminat yang ingin menyaksikan APM2009 secara langsung di Jakarta, tempahan pakej pelancongan disediakan oleh agen Beyond Events dengan menghubungi talian 03-2141 5011.
APM2009 juga akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, pukul 9 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
artikel ni nak tarik peminat ct supaya undi ct bebyk la tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca...baru tau pasal cara pengundian...
Aku rasa sebba Siti jatuh no.2 kerana undian siti bersaing ngan Faizal Tahir
Undian Indon mungkin ramai pada ST12, dan Undian Singapore pada Taufik
Katakan 33.3% undian di Malaysia
20% to Siti,
13.3 to FT
Takde undi untuk ST12
Indon
undi ST12 = 30%
Siti =3.3%
Singapore
Undi Taufik = 25%
Siti= 5%
ST12 - Takde
ST12 still menang dgn 30% undian walaupun takde undian lansung dr Malaysia dan Indonesia
Siti dapat = 20% + 3.3% + 5% = 28.3%.....still kalah walaupun Siti dpt undian dr tiga negara.... |
|
|
|
|
|
|
|
btw..aku nak tanya.. betul ke ada anugerah artis serantau paling popular dalam APM sebelum ni?
siti dah menang lapan kali?
kenapa aku rasa mcm tak penah ada jer |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...aku musykhil tentang keputusan undian tidak rasmi dalam kategori Artis Serantau Paling Popular.. :re:
bukan ke undian sms bagi Singapura hanya dibuka 10 Julai - 18 Julai... macamana Taufik Batisah sudah boleh berada di tempat ke-4? ramai gak peminat2 Taufik di Malaysia dan Indonesia yang vote Taufik ke??
aiii..apepun terus mengundi Siti ya..!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap siti nyanyi untuk tribute apa-apa |
|
|
|
|
|
|
|
33# eddysheddy
main hentam jer wartawan ni...kan kategori Artis Serantau Paling Popular baru saje diwujudkan tahun ini...
yang Siti menang dah 8 kali tu ialah kategori Artis Wanita Paling Popular, kategori untuk penyanyi wanita sahaja...tak bersaing dengan artis lelaki/kumpulan yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
33# eddysheddy
main hentam jer wartawan ni...kan kategori Artis Serantau Paling Popular baru saje diwujudkan tahun ini...
yang Siti menang dah 8 kali tu ialah kategori Artis Wanita Paling Popu ...
just_fighter Post at 3-7-2009 23:17
tulah aku pelik.. rasanya macam tak penah ada dalam APM...
kalau tak.. mesti ct dah lama diiktiraf sebagai paling popular di rantau ni.. takde lah sekadar agak2 jer.. at least ada bukti |
|
|
|
|
|
|
|
yupp memang tak ada dalam APM... ini semua format baru....
tuh pasal aku benci nih... dah lah tak ada undian web!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
APM taun ni mmg nak kaut duit betol la..adoi.. |
|
|
|
|
|
|
|
undi ct wei... |
|
|
|
|
|
|
| |
|