|
dah ada wuduk, solat duduk tu dah kira sempurna la tu...apa lak menghormati waktu je. mungkin susah nak diri pasal train mengempar, so duduk tu kira ok la.
saden Post at 7-7-2009 12:24
allright
ter confuse jap dgn satu pamhplet MAS ni ahaks..yep you are right......ambik jer wuduk tu solat duduk jer lah kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Islam itu mudah dan bukan nak menyusahkan umatnya beribadat. |
|
|
|
|
|
|
|
ok..terima kasih semua..tolong bg jwpan..walaupun sy pening baca ape korang ckp..hmmm
salju_mutiara Post at 7-7-2009 11:27
hehehe..kat mana tu
macam nilah
cari ayaq dulu sampai habis kudrat ... alternative. sediakan air mineral yg
khas kalau ada lagi situasi sumpama ini berulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by noriabdullah at 8-7-2009 12:05
hmm, that's over 10 years ago. but selalu la takde air. tak sure la kalau kawasan perumahan berhampiran ade air ke tak. but then takkan nak ketuk umah orang secara beramai-ramai kot. but usually kat masjid kat kawasan perumahan tu ade la air sebab biasala masjid tangki besa gak.
anyway, yang aku nak tau ni, adakah darurat utk ok buat tayammum ni seberat darurat yang membenarkan kita makan babi ke makan mayat orang ke? is it only ok in an extremely desperate situations? aku bukan reti sangat ni.
Nak reti psl tayyamum nih kena tgk balik pada huraian/kupasan hadis dlm soal ni. Dalam Kitab Mastika Hadis [ jilid 2 mukasurat 63 - edisi jawi ] menghuraikan mengenai tayyamum ini :
Syarat2 tayyamum :
i.) Masuk waktu sembahyang.
ii.) Berusaha mencari air terlebih dahulu.
iii.) Ada halangan tidak dapat menggunakan air kerana sakit atau lainnya.
iv) Menggunakan tanah iaitu debu yg suci.
syarat di atas memerlukan sesaorang itu terlebih dahulu dan berusaha mencari air sebelum bertayyamum. Maknanya tayyamum ni cuma pada langkah terakhir apabila air tidak dijumpai.
Bahkan dalam Kitab Mastika Hadis [ jilid 2 mukasurat 334 - edisi jawi ] memperluaskan skop tayyamum itu bagi mayat.
Mayat yg boleh ditayyamumkan :
i.) kerana ketiadaan air
ii.) kerana badan mayat terlalu uzur - Misalnya dlm kes mayat orang yg mati terbakar
dsbnya.
iii.) mayat lelaki yg mati di sebuah tempat terpencil dan tidak ada di kawasan
tersebut melainkan kaum perempuan sahaja ( yg bukan mahram ).
iv.) mayat perempuan yg mati di sebuah tempat terpencil dan tidak ada di kawasan
tersebut melainkan kaum lelaki sahaja ( yg bukan mahram ).
Jelas dari penerangan di atas, walau pada mayat sekalipun langkah utk menggunakan debu tanah utk tayyamum adalah langkah terakhir.
Dari apa yg sdr ceritakan apa yg boleh saya kumpul dan simpulkan :
* we were told to walk for miles just utk amik wudhu.
* kena keluar skola la. berderet-deret kitorang kena gi masjid kat kawasan perumahan berhampiran.
* mase aku kat asrama dulu kalo takde air sometimes it can go on for a couple of days or something
Susah gak nak terima reason sdr ni.
# Kalau tak ada air selama katakan dua hari atau lebih mcm mana sdr pergi sekolah. Adakah dlm keadaan tidak mandi ? Mcm mana pula utk membersihkan diri gosok gigi, buang air, basuh baju dll....kalaulah selama katakkan 3 hari tak ada air apa sdr dan pelajar2 lain buat utk benda2 mcm nih ?
#Mcm mana pula dgn makan minum dlm kawasan dewan makan asrama ? Mcm mana pihak asrama sediakan makan minum pelajar ?
#patut ke bebudak bangun subuh gi jalan lebih sebatu ke masjid utk berwudhu dan sembahyang, pastu balik asrama balik, gi skola. and then lepas skola pon kena buat camtu utk zohor etc..
Kalau sdr dah sanggup jalan berbatu2 ke mesjid utk berwuduk mengapa tidak semasa kat mesjid tu ambik resen air utk wuduk pada waktu2 lain, mengapa perlu tiap2 kali utk berwuduk mesti jalan ke mesjid. Kalau nak ikut lojiknya air tu mmg ada dan boleh pula disimpan dan tidaklah sampai pada peringkat keputusan sehingga nak kena tayyamum.
Cuba pula kita tgk dalam Kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi [ jilid 1 mukasurat 176 ], beliau membawa sebuah hadis yg berikut :
Diriwayatkan oleh Abu Zar Al-Ghifari bahawasanya Raslullah SAW pernah bersabda :
Bahawsanya tanah yg suci itu menyuci utk orang2 Islam dan jika ketiadaan air selama sepuluh tahun lalu tiba2 apabila terdapatnya air maka hendaklah disentuhkan kulit kamu dengannya ( air ) dan sesungguhnya yang demikian itu lebih baik.
( Riwayat Imam Abu Isa At-Termizi - hadis hasan lagi sahih )
Dalam Kitab Bahrul Mazi ini iaitu pada masalah 468, dinyatakan bahawa Imam Nawawi rmt pernah berkata :
Adapun hukum tayyamum pada mazhab kita ( Syafie ) dan mazhab kebanyakan ulamak menegaskan bahawasanya tidaklah perbuatan tayyamum itu mengangkat hadas tetapi cuma utk membolehkan solat sahaja. Maka kerana itu sesorang yg bertayyamum cuma boleh dgn sekali tayyamum itu bersolat utk satu fardhu DAN solat sunat pada satu2 waktu. Dan tidak boleh dihimpunkan dua solat fardhu dan satu tayyamum.
Jika berniat ia semasa tayyamum utk solat fardhu maka wajiblah ia cuma solat utk satu solat fardhu dan solat sunat. Sementara sekiranya berniat ia semasa tayyamum utk solat sunat maka tayyamumnya itu hanya sah utk solat sunat sahaja dan tidak pula boleh digunakan utk solat fardhu.
Bagaimama pula sekali tayyamum sesaorang itu boleh digunakan utk mengerjakan solat jenazah beberapa orang. Dan dibolehlan juga sesaorang yg sekali tayyamum itu utk mendirikan satu solat fardhu dan beberapa solat jenazah. Namun begitu tayyamum sesaorang itu janganlah dibuat sebelum masuk waktu solat.
Kalau kita teliti kupasan Imam Nawawi di atas dgn masalah sdr - mana satukah yg lebih afdhal dan selesa ?
Satu kali tayyamum cuma valid utk satu solat fardhu dan satu solat sunat dan utk solat fardhu yg kemudiannya mewajibkan sdr utk bertayyamum sekali lagi. Manakala dgn sekali berwuduk dgn air yg disimpan dlm botol mineral water 500 ml pula, contohnya pada waktu maghrib boleh melanjutkan diri utk solat pada waktu isyak dan solat2 sunat yg lain.
Ya mmg betul Islam itu mudah, tetapi bukanlah bermaksud kita harus mempermudah2kannya tanpa ilmu dan menggunakan akal fikiran kita sahaja. Semua ini kita kena balik semula pada huraian ulamak utk mendapat kesempurnaan dlm ibadat.
Tayyamum ini bolehlah disamakan penjelasan hukumnya spt melakukan ibadat solat dgn duduk atau berbaring. Saya pernah menghuraikan dn panjang lebar psl soal ini dlm satu thread di sini dahulu.
Bukan semua keadaan membolehkan kita utk solat duduk dan baring walaupun ianya merupakan satu 'kelepasan' utk orang2 yg uzur. Kalaulah sesaorang itu sarat mengandung maka utk melakukan solat 4 rakaat, diwajibkan ke atasnya solat sekurang2nya pada rakaat pertama dlm keadaan berdiri dan selepas sujud bolehlah dirinya menyambung solat 3 rakaat yg baki dlm keadaan duduk. Perbuatan utk bersolat dlm keadaan duduk sedangkan kita pada waktu lainnya mampu serta kuasa untuk berjalan/berdiri akan menyebabkan solat itu jadi tidak sah !
Demikian juga dlm keadaan tayyamum spt huraian di atas. Dlm keadaan kita di Malaysia ini yg boleh menakung dan menyimpan air, ada hari yg turun hujan, maka seboleh2nya diusahakan terlebih dahulu sebelum nak bertayyamum.
Wallauhu A'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
soklan dia pasal solat hang jawab lah pasal tayamum tang solat, kesian budak tu nak dok baca sampai nak tayamum mayat..alahaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
soklan dia pasal solat hang jawab lah pasal tayamum tang solat, kesian budak tu nak dok baca sampai nak tayamum mayat..alahaiiiii
cmf_tupaihangus Post at 8-7-2009 17:38
tak ada salahnya saudara kita tu nak berkongsi ilmu...sebab ni forum, ramai yg baca..
betul tak?
ambil dan cerna setakat yg termampu..tiada paksaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
tayamum ni bukan kena pakai pasir ke..kalo xde pasir camne???air xde,pasir pon xde..aku pernah beli berbotol2 semata2 nak wudhuk sebb mmg xde air selama beberapa hari..parah betol. |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli pakai debu tanah.. kalau ada tanah kering pakai je terus. tak pun ambik tanah liat n bakar sampai kering. ada org simpan kot2 kena pakai satu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak jenguk kat sini...semalam saya tgk tv ada satu syarikat jual debu taharah ke namanya...sebotol rm6 kut...senang blh di bawa ke mana2 mcm dlm bekas bedak...ditunjukkan juga cara ambil tayamum...life is so easy.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu xde camne?????xde tanah xde air,tanah kat taman saya ni ade melekat taik anjing..bole guna ke? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn citer pasal anjing,nanti moderator potong kredit |
|
|
|
|
|
|
|
huhu...anyway,thanks a lot.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu xde camne?????xde tanah xde air,tanah kat taman saya ni ade melekat taik anjing..bole guna ke?
sunshine66 Post at 8-7-2009 23:42
pi lah carik tanah yg suci..takkan seluas luas tanah semuanya penuh dgn taik anjing? |
|
|
|
|
|
|
|
Sahih Bukhari
Vol 1, Book 7. Rubbing Hands And Feet With Dust (Tayammum). Hadith 343.
Narrated By Al-A'mash : Shaqiq said, "While I was sitting with 'Abdullah and Abu Musa Al-Ash-'ari, the latter asked the former, 'If a person becomes Junub and does not find water for one month, can he perform Tayammum and offer his prayer?' (He applied in the negative). Abu Musa said, 'What do you say about this verse from Surat "Al-Ma'ida": When you do not find water then perform Tayammum with clean earth? 'Abdullah replied, 'If we allowed it then they would probably perform Tayammum with clean earth even if water were available but cold.' I said to Shaqiq, 'You then disliked to perform Tayammum because of this?' Shaqiq said,'Yes.' (Shaqiq added), "Abu Musa said, 'Haven't you heard the statement of 'Ammar to 'Umar? He said: I was sent out by Allah's Apostle for some job and I became Junub and could not find water so I rolled myself over the dust (clean earth) like an animal does, and when I told the Prophet of that he said, 'Like this would have been sufficient.' The Prophet (saying so) lightly stroked the earth with his hand once and blew it off, then passed his (left) hand over the back of his right hand or his (right) hand over the back of his left hand and then passed them over his face.' So 'Abdullah said to Abu- Musa, 'Don't you know that 'Umar was not satisfied with 'Ammar's statement?'"
Narrated Shaqiq: While I was with 'Abdullah and Abu Musa, the latter said to the former, "Haven't you heard the statement of 'Ammar to 'Umar? He said, "Allah's Apostle sent you and me out and I became Junub and rolled myself in the dust (clean earth) (for Tayammum). When we came to Allah's Apostle I told him about it and he said, 'This would have been sufficient,' passing his hands over his face and the backs of his hands once only.'" |
|
|
|
|
|
|
|
Surah Al-Ma'idah ayat ke 6 |
|
|
|
|
|
|
|
so kesimpulannya disini kalau takde air , tayammum is the last resort to use utk wudhu kan!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana nak beli bekas debu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya kenapa kawasan tu tak der air..
tapi tahniah utk tuan rumah utk tidak dijadikan alasan utk tidak menunaikan solat...
sesungguhnya setiap kesusahan itu ader tersembunyi keindahannya |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana nak beli bekas debu tu?
Gemukkkkkkk Post at 11-7-2009 18:50
kenapa nak kena beli bekas debu pulak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|