CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: biasa_insan

Usahawan Perlu Beli Rumah @ Kereta??

[Copy link]
Post time 13-7-2009 12:19 AM | Show all posts
Lagi satu .. taktik "tunjuk kereta" untuk dapatkan keyakinan customer tak semestinya menjadi. Otai-otai bisnes yang dah seasoned ni boleh agak, adakah anda betul2 kaya ataupun gaya saja.

Baru-baru ni ada satu group (4 orang) Chinese businessmen dari Kedah datang ofis kawanku nak minta investment berjumlah RM4 juta untuk bina kilang. Very humble. Tido kat KL pon sewa hotel 2 bilik 3 star je (diorang yang ngaku). Datang ke ofis kitorang naik teksi. Tapi bila kita borak dengan dia tentang isu semasa dan bisnes .. fuiyoo memang brilliant.
Jauh beza dengan sesetengah bisnesman yang kalau bercakap mau bergegar2, tapi isinya kurang.

Investment untuk diorg dah approve pon. RM4 juta + RM10 juta dari investor lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 01:10 AM | Show all posts
For my business I tak perlu nak `tayang' kereta.   

But my marketing people have to drive good cars.  Builds confidence in the customers.  Kalau customer tengok my staff datang naik Kancil / Myvi je - tak inspire confidence.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:22 AM | Show all posts
this is about strategy
aku suka idea ini n mmg xsalah kita show good impression


regards
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:42 AM | Show all posts
aku nak reply post no.1 je.

bg aku rumah tak semestinya umah mewah (sebab post no.1 cuma mention umah mewah).
umah flet atau apartment yg low/medium kos pun bleh jadi aset jugak.

mewah tu bila dah kaya la.

bagi aku, kenderaan dan rumah tu dua2 1 kemestian sebab dua2 pun bayar ansuran bulan-bulan. takde bezanya. cuma ramai yg "usahawan" ni ramai yg mau "tunjuk" kereta "best" atau mahal.

dulu usahawan cuma nampak van nissan vanette utk berniaga pasar malam, skrg tak pandang dah vanette tapi pandan 4wd pickup truck (storm/ranger/frontier) atau mpv yg lebih moden.

sedangkan kalo dikira balik, van vanette atau ford econovan tu dah terang2 mmg lasak dari dulu sampai la ni masih gagah org duk guna. seken and pun masih lagi mampu bersaing dgn mpv baru tu.

bagi aku, kalo ada rumah, ada isi perabot dan anak bini terjaga dgn kemas dan rapi adalah lebih baik dari ada kenderaan yg "best" tu.

sebab umah aku duk skrg ni sewa rm900. sedangkan jiran aku baru je beli umah tingkat atas dgn bayaran rm1,150 sebulan. diorg bayar lebih sikit pun atleast umah tu diorg punya. sedangkan aku duk umah sewa, bayar rm900 dah 2 tahun takdapat apa2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 07:18 AM | Show all posts
rata2 aku temui.. kalau mereka mampu.. pasti mereka beli kereta idaman...... kekadang tertakluk pada kemampuan.. dan kehendak... keinginan yg tinggi...

awal2 ni ketika tak mampu semua bleh cakap la... tak nak keta besar la.. nakpakai keta biasa2 je.. tp bila sampai satu ketika... tak lena tido woooooo.. tp yg penting tgk kemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 07:19 AM | Show all posts
bagi aku.. biasa_insan tulis tu dah panjang... dah melambangkan sebab kenapa berkereta besar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2009 09:48 AM | Show all posts
For my business I tak perlu nak `tayang' kereta.   

But my marketing people have to drive good cars.  Builds confidence in the customers.  Kalau customer tengok my staff datang naik Kancil / Myvi j ...
AnitaSabrina Post at 13-7-2009 01:10


Setuju .... apa2 hal pon .. good first impression memang teramat penting.
Orang ramai mmg rata2 rasa yakin bila tgk keta bagus2 ni ... rugi kalau kita tak gunakan "kelemahan "  ini untuk memenangi hati pelanggan ...

Tapi macamana pun kita harus ikut kemampuan ... nanti karang orang baru nak yakin ngan kita .. baru nak buat bisnes .. dah keta kene tarik hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 10:17 AM | Show all posts
betul izzudin... kalau mampu, beli... kalau tak mampu jgn paksa beli.. nanti hancur...
sinar_inspirasi Post at 12-7-2009 22:34

boleh beli jika selepas beli mmg ada niat nk berusaha dgn gigih lagi.
aku penah tgk ada satu kes dh lepas beli keta mahal2, last2 biz xstable..keta pun lintang pukang nk bayar bulan2.

aku xd keta, kalo nk g mana2 naik komuter atau lrt atau monorel.tp alhamdulliah bisnes boleh jalan. rumah ada tp xduduk, hanya sewakan, so dapat duit jugak tu.

mindset org malaysia, jika naik teksi atau pengangkutan awam, maka org tu miskin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 12:33 PM | Show all posts
pada saya tak salah kalau pakai kereta mewah jika berkemampuan..
kalau dulu masa bawak kereta malaysia.. client mmg ingat kita ni budak baru nak belajar buat business. tapi after change the car, mmg memberi good impression
paling utama kepuasan diri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2009 02:40 PM | Show all posts
lega aku bila baca byk usahawan melayu yg berani kt sini.
InsyaAllah kita semua akan berjaya dgn tekad yg telah kita tetapkn.

Kita sll dengar cerita ni, kalau nak berjaya, kena bakar jambatan di blkg kita. tp ramai antara kita tak sedar byk jambatan lain lg di depan. so, kalau nk betul2 berjaya, kita kena melangkah ke depan dan bakar setiap jambatan di blkg smpai la ke destinasi impian kita.

so, dgn beli keta mewah, bermaksud kita dah tak boleh toleh ke blkg utk makan gaji. bukan senang nk dpt keja yg mampu support bulan2 bayaran kereta mewah. that why nak tak nak, kena keja kuat. tp apa2pun, beli ikut kemampuan semasa. jgn smpai bisnes tak jalan sbb asyik support keta tu.

niat aku buka topik ni utk tatapan org muda atau yg baru masuk dunia bisnes. ramai yg masih takut2 dgn kemampuan diri sendiri. aku sll borak2 dgn usahawan2 muda. tp bila aku tanya bila nk tukar kereta. kalau jawapan belum mampu, it's ok. tp kalau jawapan nak jimat tp dh terlebih mampu pun. tu tak kena la. tgk pada nature bisnes, kalau nk jd smpai tahap supplier, mmg tunjukan impression yg baik kt customer.

mcm kata thedude, kita kena gunakan kelemahan org ramai yakni customer kita bila tgk owner bisnes tu nmpk gah di mata mereka, kenyakinan mereka bertmbh. tp jgn pulak bila kenyakinan customer dh ada, tp servis bisnes kita lak hampeh. tak kena tu. kalau boleh biar seiring.

mcm elle_gogo kata, mmg tu adalah kenyataan. pada sesetengah nature bisnes, bila drive keta biasa2 saja, kebanyakkan org akan kata baru nk blajar bisnes then kenyakinan org pun kurang. so, dh rugi kt situ walau kita dh berpuluh tahun bisnes.

isk, aku ingat nk taip skit2 je, tp mesti jd panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 02:56 PM | Show all posts
30# biasa_insan

terbuka minda aku baca post kat sini...
ade baik buruknya beli keta mewah ni..ape2 pun terpulang pada diri masing2..
aku setuju je nak pakai keta mewah..tapi org rumah x rela pulak....hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:20 PM | Show all posts
Thred yang berisi .... saya belum mampu pakai keta gempak lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 12:12 AM | Show all posts
biz saya, perlu ada kereta yang nampak mewah.. buat masa ni pakai Toyota WIsh dulu sebab keperluan nak mengangkut barang & byk travel.. anak kecik lagi, jadi mereka selesa bila jalan jauh..

tapi memang nampak impact dalam bisnes.. dulu pakai wira, org pandang sebelah mata jek.. bila dah pakai Wish, secara tak langsung memotivasikan network saya..

rumah, masih duk kat rumah pusaka, sebab jaga mak yg tak sihat.. tapi saya byk buat renovation utk rumah ni, dari kusam menjadi nampak berseri, semua pakai duit hasil bisnes, dan bayar cash..

camanapun, dalam hati memang usha rumah Semi D atau corner lot.. kita bisnes ni, cari duit dan guna utk kepuasan sendiri.. klu simpan bertimbun pun, kut pendek umur, meninggal cepat.. kesian kat kita kan.. jadi buat le apa yg kita nak dan mampu.. ukur baju badan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 12:36 AM | Show all posts
bernas isu kat sini..seronokk baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 10:47 AM | Show all posts
Aku pun pakai kereta mewah gak...kereta volvo. Setakat hari ni, tak nampak kesan lagi atas bisnis aku.
















Volvo 240.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by amirul_nazri at 14-7-2009 17:31

Tuan Tanah, Sorry aku menyampuk...perbincangan korang buat aku teringat fairy tale story spt di bawah...start biznesss naik motor jer ....

Mahadi berjaya miliki Jaguar, kondo pada usia 22?

USIANYA baru mencecah 22 tahun tapi sudah memiliki kereta Jaguar S-Type,
kondominium berharga RM600,000 dan pendapatan mencecah enam angka sebulan.


Mungkin ada beranggapan ia diperoleh daripada perniagaan keluarga atau memang
dilahirkan daripada keluarga mewah. Tetapi bagi Mahadi Badrul Zaman, anak muda
yang berasal dari Pulau Pinang, beliau membuktikan tidak ada yang mustahil jika
ada kemahuan.

Bertugas sebagai perunding saham amanah di SBB Mutual Berhad, beliau
membuktikan kejayaannya hari ini adalah hasil kerja keras dan berani menceburi
bidang yang kebanyakan orang lain takut mencubanya.

Penampilan dan gaya pertuturan Mahadi yang matang dan seperti eksekutif lain,
pasti tidak menyangka usianya baru saja mencecah 22 tahun kerana beliau bijak
membawa diri dalam pelbagai situasi.

Menceritakan pengalaman awal terbabit sebagai perunding saham amanah, beliau
berkata, minatnya itu timbul selepas diperkenalkan rakannya, Aida Nurlin yang
lebih awal menceburi bidang itu.

揝egala-galanya bermula sejak April tahun lalu ketika bertemu dengan Aida
yang sudah memandu BMW pada usia 24 tahun. Sejak itu saya menyimpan impian
mengikuti jejak langkah beliau.

揂ida banyak mengajar saya selok belok bidang ini dan berkat usaha dan doa
akhirnya impian saya mahu memandu kereta mewah menjadi kenyataan tetapi tidak
menyangka impian itu dapat dicapai dalam tempoh kurang dari setahun.

揂ida datang tepat pada masanya kerana kebetulan pada masa itu saya baru
saja menamatkan latihan praktikal di sebuah syarikat swasta,?kata graduan
Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Mahadi menambah, selepas menamatkan pengajian beliau nekad menyertai bidang
terbabit dan hasil tunjuk ajar serta galakan Aida, beliau mula memahami selok
belok saham amanah yang langsung tidak ada di fikirannya pada masa itu.

Ujarnya, sebagai orang baru dan langsung tiada pengalaman mengendalikan saham
amanah, bukanlah mudah untuk menarik pelanggan membuat pelaburan, malah gagal
mempengaruhi dan ditolak pelanggan adalah perkara biasa.

Tambahan pula, katanya, pada waktu itu beliau hanya menunggang motosikal Honda EX5 yang menyebabkan pelanggan tidak yakin dengan kemampuannya mengendalikan pelaburan membabitkan nilai ribuan ringgit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 06:10 PM | Show all posts


Warren Buffet salah sorang manusia terkaya di dunia pun drive volvo lama je... yang dibeli masa muda dulu.. sampai hampir kena halau dengan guard masa melawat salah sebuah bangunan dia sendiri...

Syed Mokhtar pun dengarnya pakai Perdana saja... kalau nak tau seluruh pengurusan & pekerja bawahan dia dididik untuk berjimat... hatta amik wudhu' pun kena buka paip air kecik saja sebesar pencil... kalau tak siap kena sound dgn management...  i've seen his wife and daughter berwudhu'...  mmg buka paip sekecil2nya...

Terpulang la pada masing2... just don't make youself a laughing stock... orang tau menilai mana yang pure & mana yang plastik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 06:24 PM | Show all posts


Warren Buffet salah sorang manusia terkaya di dunia pun drive volvo lama je... yang dibeli masa muda dulu.. sampai hampir kena halau dengan guard masa melawat salah sebuah bangunan dia  ...
milo_888 Post at 14-7-2009 18:10


walau apa pun, topik nie mmg punya pengisian yg bagus...sedikit sbnyk mengubah persepsi aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 07:38 PM | Show all posts
ramai orng dapat rasa mcm tu......... bila ada komitment.. keyakinan lebih tinggi.. mokhtar bukhari skrg dengar citer dia pakai perdana je.. tp sebelum bertukar kepada perdana dia pakai apa ntah....?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 07:46 PM | Show all posts
nampaknyer pasni ramai lah yg g risik kete mewahh ekekekee.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.167172 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list