CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: narif

Pendapat korang, agam Islam = no questions can be asked?

[Copy link]
Post time 31-7-2009 03:54 PM | Show all posts
16# narif

ada website nya blh tentukan waktu solat satu dunia just click nama bandar kalau tak tau latitute or longitude tempat kita berada..dulu saya installed kat laptop waktu solat ni bila tiba masa dia akan keluar sendiri azan 5 waktu solat tu...
keep searching memang ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2009 04:06 PM | Show all posts
buat apa nak susah2
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 04:09 PM | Show all posts
walaupon aku takde nk kasik pendapat sbb aku pon tak pandai sgt. tp aku suka forumer2 share2 ilmu kat sini.. selalunyer aku baca ajek laa...utk tambah ilmu.. thanx korang2 seme.. keep on sharing ya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 07:57 PM | Show all posts
Kalau tanya soalan pelik-pelik.....diaorang nak jawap pun taktau,
silap jawap nanti kot terpesong pulak..so mudahnya diorang cakap ''ikut jer la..jangan banyak soal''
Kesimpulannya kalau tanya soalan pelik-pelik..carila orang yang betul-betul ahli dalam bidang tu...
baru rasa puas kalau dapat jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 09:46 PM | Show all posts
semua org Islam perlu usaha tambahkan ilmu Islam...sbb Islam tu cara hidup...tak perlulah nanti bila ada ada sesiapa yg bertanya...kita pulak jawab.."aku tak berapa pasti, kita kena rujuk expert"...sepatutnya setiap umat Islam harus jadi expert
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 12:46 PM | Show all posts
Aku selalu tgk dan dgr, bila kita tanya benda pelik2 sikit, orang2 lagi tua akan bcakap 'jangan tanya byk2 sgt, ikut je'.
narif Post at 30-7-2009 10:21

"Jangan persoalkan apa yang Islam suruh buat"

just my 2 cents...

selepas Allah mencipta Nabi Adam, Allah perintahkan syaitan sujud kepada Nabi Adam...tapi syaitan ingkar dan banyak melawan...padahnya, nanti syaitan akan dimasukkan ke dalam neraka...

Allah telah perintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail...Nabi Ibrahim sikit pun takde mempersoalkan perintah Allah...Nabi Ibrahim laksanakan perintah Allah tanpa ada soal apa2 pun...

harap2 narif nampak apa yang saya cuba sampaikan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2009 12:14 PM | Show all posts
16# narif

Ada perbincangan tentang topic solat kat Alaska dlm bod ni dulu... kalo i jumpa i paste kat sini

insyaAllah

nak gi kenduri kahwin ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 06:31 PM | Show all posts
kalau ikut logik akal, tuhan suka ke hamba yang banyak tanya??? .... banyak bertanya mungkin tak, tapi banyak berfikir, mungkin ye...

p/s - narif, keje apa?? sampai ke alaska sana??best tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2009 11:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 2-8-2009 23:13

tidak akan ditanya apa yg DIA buat tetapi merekalah ( manusia ) yg akan ditanya ( apa yg mereka kerjakan ). AL ANBIYA' :23.


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:34 PM | Show all posts
wahai org2 yg beriman, janganlah kamu bertanya dari sesuatu perkara2 ( yg ) jika diterangkankan bagi kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya dari perkara2 itu ketika ALQURAN di turunkan (nescaya) akan diterangkan bagi kamu. telah memaafkan ALLAH dari perkara2 ( yg kamu tanyakan dll ) itu dan ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

sesungguhnya telah bertanya akan nya ( perkara2 dll ) oleh kaum dari sebelum kamu kemudian jadilah mereka kafir dgn nya (  sebab banyak pertanyaan, banyak perselisihan dll ). AL MA I DAH :101&102.



.... ALLAH berkehendakkan kemudahan dgn kamu dan tidak DIA menghendaki bagi kamu kesukaran ..... !  ALBAQOROH :185.


P/S : alaska? teringat pulak filem 30 days of night!



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:44 PM | Show all posts
Sekarang ni nak belajar ilmu agama semuanya berbayar.
dulu dulu waktu aku kecik kecik semua nya free.
contoh kalo belajar mengaji... kami cuma tolong guru mengaji ambik air kat perigi. sapu ruang rumah . tebas/potong rumput. dan bila naik juz , buat pulut kuning makan ramairamai.

sekarang ni budak budak belajar quran/mengaji pun jarang aku lihat....
Tiadakah insan yang sanggup mengajar ilmu agama ini free, ilmu yang menafaat bukankah amal jariah , selain anak yang soleh mendoakan ibu bapanya dan apa satu lagi aku lupa.

kalo dah dibayar ilmu tu ada tak komisyen untuk akhirat nanti.. soklan bodoh dari aku...
apa yang aku tulis ni ialah apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2009 11:45 PM | Show all posts
ni contoh satu soalan yg tak blh ditanya tapi buat i wonders gak ...mlm lailatul qadar..satu malam seribu rahmat yg hanya take place at one nite...tapi bagai mana kita nak tahu malam di negara mana malaikat turun bawa seribu rahmat tu?

di malaysia malam 27, di US siang 26 hb...dinegara lain siang, negara lain malam..ada negara puasa awal ada yg puasa lewat...???/

tak yah jawablah..ni antara soalan2 yg kalau tanya kena penampar kut he he....

ust wan soho bani leman penah jawab soalan ni akhirnya di radio klfm...soalan yg saya tunggu2 tup tup satu pagi yg indah dia jawab mcm dia tau jer kita tertanya2 soalan ni
an yway katanya...itu semua kuasa allah tidak sampai ke peringkat pemikiran kita utk memikirkannya..malam di negara mana merupakan mlm lailatul qadar ke yg penting kita tingkatkan amalan2 yang digalakan pada malam2 tersebut...

saya selalu gak fikir bila saya stuck with somethingkan ada aja petunjuk dari allah...alhamdulillah...i think berkat rajin mencari ilmu...bukan bragging tau...tapi just peringatan aja...saya rasa sejak saya mula rajin cari ilmu..dan byk kali stuck dgn sesuatu bagai ada kuasa ghaib datang tunjukkan jalan..kadang just terlintas depan kedai mamak tgk ada tajuk benda yg saya cari pada muka depan sebuah majalah...kedai tu pulak saya tak pernah pergi kebetulan ada urusan kat situ hari tu...saya ni bukan jenis suka belek2 majalah tanpa membeli tapi jadi hal pulak hari tu belek2 majalah kat kedai mamak tu...thankyou allah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 12:26 AM | Show all posts
31# Nape?Tak caye?


dan janganlah kamu jual ayat2 KU  dgn harga yg murah dan hanya kpd AKU lah maka kamu patut takut! ALBAQOROH :40


sesungguhnya org2 yg menyembunyikan apa yg diturunkan oleh ALLAH  dari KITAB (ALQURAN) dan mereka menjual dgn nya harga yg sedikit mereka itu tidaklah memakan di dlm perut mereka kecuali api dan ALLAH tidak akan berbicara (dgn) mereka (di) hari kiamat dan DIA tidak akan menyucikan mereka dan bagi mereka azab yg pedih.


mereka itulah org2 yg membeli kesesatan dg petunjuk dan azb dgn keampunan, maka alangkah sabarnya mereka ke atas neraka! ALBAQORAH 174& 175




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 01:28 AM | Show all posts
32# sunsuria3

salam...
pd pendapat anon.. hehhee...
cuba ambik.. sbejik bola... dan suluh bola tue.. dan kemudian dan pda masa yg sama.. bola tu berpusing pd tmpat nyer....
so sy rasa.... puan/cik paham kann.... hehehe....

so bg anon yg jahill... ianyer sama concept cam nie...... xder satu2 tempat/negara... sebab nyer ianyer menyeliputi... hnya insan yg terpilih akan merasai "kewujudannya"..................
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:56 PM | Show all posts
Sekarang ni nak belajar ilmu agama semuanya berbayar.
dulu dulu waktu aku kecik kecik semua nya free.
contoh kalo belajar mengaji... kami cuma tolong guru mengaji ambik airkat perigi. sapu ruang rumah . tebas/potong rumput. dan bila naik juz ,buat pulut kuning makan ramairamai.

sekarang ni budak budak belajar quran/mengaji pun jarang aku lihat....
Tiadakah insan yang sanggup mengajar ilmu agama ini free, ilmu yangmenafaat bukankah amal jariah , selain anak yang soleh mendoakan ibubapanya dan apa satu lagi aku lupa.

kalo dah dibayar ilmu tu ada tak komisyen untuk akhirat nanti.. soklan bodoh dari aku...
apa yang aku tulis ni ialah apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ini.
Nape?Tak caye? Post at 2-8-2009 23:44


Masjid tempat aku, ustaz mengajar pengajian agama masih lagi percuma. Percuma di sini bermaksud, sesiapa sahaja boleh join pengajian tanpa mengeluarkan sesen duit pun. Tu pun berapa kerat je datang. Hari2 jemaah regular. pandan kanan muka itu, toleh kiri pakcik lebai tu jugek...nak jumpa org muda jauh sekali...tu yang percuma. Satu lagi fenomena yg aku temu,, ialah, apabila seseorang ustaz yg aku pernah join, kuliah beliau dikenakan bayaran, aikk..ramailah pulak yg datang.
Tau plak mereka ni menghargai ilmu!
Yerlah katanya, berbaloilah dgn 'ringgit-sen' yg dikeluarkan. Pulakkkkk....

Berbayar di sini, tengok pada yang empunya diri yang nak menurunkan ilmu tu lah.

Kebanyakan ustaz atau mualim yang mengenakan sedikit kos tu tak lain tak bukan, adalah untuk menampung urusan perjalanannya dan makan minum semasa ustaz tu pergi mengajar. Tentang masa pun yer jugak. Memang ilmu Allah tak boleh dijual beli. Tapi, kena fikirkan jugak, ustaz datang tu mengajar naik apa?... Kalau dari utara datang KL nak bagi kuliah pengajian, lalu highway kena bayar tol. Takkan nak bayar dgn air liur atau dgn kain sejadah! Klaau tak nak ikut jalan bertol, nanti komplen plak ustaz lambat sampai. Minyak sape nak support. Adakah kereta ustaz tu pakai air jampi kat tong minyaknya. Wah beruntung kalau cam tu..haha..kereta hybrid gituh....

Cuma sekarang ni dah jadi trend plak mana2 ostad glemer yang mengenakan chrge terlalu tinggi utk sedikit ilmu mereka, dan ilmu agama tersebut plak sama je dgn ustaz tak glemer boleh kasi. So, pilihan di tangan anda! Nak murah, amik ustaz biasa. Atau nak lagi percuma boleh cari surau2 yg hanya buat kuliah sebulan sekali. Lebih malang, setahun sekali pun susah, sbb bajet ciput...hahaha...

Kesimpulannya, ustaz pun manusia. Tak salah kita raikan ilmu mereka dgn sedikit imbuhan untuk mereka gunakan bagi meneruskan lagi kerja2 dakwah di zaman dunia yang semakin mengutamakan 'maddiah' atau kebendaan ini. Ikhlas tak ikhlasnya mereka, serahkan pada Allah SWT sepenuhnya. Ini bukan urusan kita...:-)
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:16 PM | Show all posts
35# sepok

ikutlah kamu akan org2 yg tidak meminta upah kpd kamu dan mereka itulah org2 yg mendapat petunjuk! YAAA SIIIN :21.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 03:18 PM | Show all posts
32# sunsuria3

Kebiasaannya, orang yang belajar tauhid (usuluddin) tak terdetikdgnsoalan sebegini. Allah mempunyai sifat "Al-Qawiy" - MahaBerkuasa/Maha Kuat atastiap2 sesuatu. Sifat ini mengatasi segala logikakal yang bersarang katdalam tempurung kepala manusia. Fikiran-fikiransebegini bolehmendatangkan syirik kepada-Nya. Sebab apa? Sebab, kitaberfikir AllahSWT yang mencipta malam dan siang serta bumi yangterbentang ini, sertaDia yang menguasai timur dan barat, serta Dia yangmempunyai Arasy'yang Agung, adakah tidak mampu bagi-Nya memberi'al-Qadr' mengikut altitud dan longitud (yg juga Diaciptakan) kepada hamba-hambanya yg soleh? Ketahuilah, Maha haibahnya(hebat) Allah SWT tidak perlu kepada sedbarang ikatan tempat dan jugasebarang petunjuk masa! Rujuk: al-Qursiy: 1: 255

Wallahu'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:23 PM | Show all posts
36# sirrikhafi

Ayat al-Quran yang kita hendak gunakan perlu kepada penafsiran daripada para ulama yang mu'tabar.
Nak tahu apa tafsir ibnu Kathir tentang ayat tersebut. Bagaimana pula dgn tafsir Al-Azhar oleh
Prof Hamka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:25 PM | Show all posts
38# sepok

dan tidak ada yg mengetahu ta'wilnya kecuali ALLAH dan org2 yg mendalam ilmunya mereka berkata: kami beriman dgn NYA, semua dari sisi TUHAN kami. dan tidaklah mengambil pelajaran kecuali org2 yg mempunyai akal/minda. AA LI 'IMRON : 7.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 02:50 PM | Show all posts
"Tapi ikut kan akal, lagi elok kita pahamkan apa kita baca waktu semayang kan?"

pembetulan... syariah Islamiyah tidak bersandarkan logik akal. sandaran utamanya ialah keredhaan Allah.

kalau ikut logik akal semata... takde la arahan utk sapu khuf di atas. ikut logik mesti la kat bawah, sebab kat bawah tu kotorkan.

mejik Post at 30-7-2009 17:41


Konsep sebenar mengambil wuduk bukan untuk menyuci kotoran zahir sebaliknya kotoran batin
kan berwuduk itu menghapuskan dosa-dosa kecil
sebab itu tak di suruh membersihkan punggung ketika wuduk .
Kita ambil 4 anggota wuduk yang wajib ,
muka, tangan , kepala dan kaki.....
di muka letak mulut dan telinga ,
dan di kepala letaknya otak
jadi keempat-empat anggota ini saling tolong menolong ketika manusia berbuat dosa kecil
Jadi logiklah untuk di basuh anggota-anggota ini bagi pembersihan dosa-dosa kecil


kalau ikut logik akal, pembahagian faraid mesti la 1:1 antara lelaki dan perempuan sebab lebih 'adil'.

mejik Post at 30-7-2009 17:41


Adil dalam Islam bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya
Lelaki dapat lebih kerana di bahu lelaki terletak tanggungjawab memberi nafkah
seluruh family dia yang terpaksa tanggung
tapi di bahu wanita tiada tangungjawab sebegitu
jadi walaupun wanita tu tak dapat 1
tapi sebenarnya dia mendapat lebih untuk diri dia sendiri sebab tak perlu kongsi
sedangkan yang lelaki walau pun dapat 1
tapi dia kena agihkan yang satu tu pada anak pinak dan isterinya
jadi yang perempuan perlu berkongsi dengan lelaki
manakala yang lelaki pula kena berkongsi dengan family dia
jadi adil lah tu , semua sama-sama kena berkongsi .



kalau ikut logik akal, mana boleh nabi isra' dari mekah ke baitul maqdis naik buraq dan ke sidratul muntaha tanpa pakai baju angkasawan or safety belt. logik ke?

mejik Post at 30-7-2009 17:41


Kalau nabi kena pakai seat belt atau baju angkasawan ,
maka nabi kena naik roket lah ,
maka nabi takkan sampai lebih tinggi dari atmosphere bumi lah jawabnya ,
sedangkan sidratul muntaha tu terletak di langit yang ketujuh.
Jadi tak logiklah untuk nabi ikut cara yang manusia biasa buat sebab dah jelas stranded takat awan je nantinya .



kalau ikut logik akal, kita dok marah org sembah patung berhala yang dibuat dari batu sedangkan kaabah itu sendiri batu.

so lagik ke syariah islam itu? tak masuk akal...
apa yg important ialah inginkan keredhaan Allah dengan patuh dengan apa sahaja perintahNya dan hindari apa sahaja yang ditegah.

mejik Post at 30-7-2009 17:41


Yang penting adalah tujuan
Dari apa unsur benda tu di buat tak penting ,
even though kaabah dan patung sembahan di buat dari batu
tapi tujuan kegunaannya tu lah yang membezakannya
Patung sembahan untuk menyekutukan Allah
Kaabah pulak untuk tunjuk arah
Tanpa kaabah alamatnya manusia semua akan sembahyang arah caca marba
macam mana nak sembahyang berjemaah kalau lagu tu
kang asyik bertekak sapa yang perlu ikut sapa .
Jadi tak logiklah untuk Allah membiarkan manusia tanpa panduan gitu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.225376 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list