|
[R-TV] Sehati Berdansa 3 [ Tahniah! Sean & Nana ]
[Copy link]
|
|
asheed dah bercerai jugakan.
juga radhi oag yang tunggu masa je nak bercerai.
kalo tgok dr sudut yang baik:
lpas shati berdnsa pregnant lagi pon ada juga.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu kat trek selebriti rasanya dira masuk utk season 3 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
diana rafar ngan zamarul ke..![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya... Fahrin dapat pasangan baru dalam Sehati Berdansa?
Oleh Normah Becok
SEHARI sebelum menyambut ketibaan puasa, Cik Normah sempat menghabiskan masa di sebuah restoran bersama dua kawan, Lara Kirana Manja dan Donna Marcella. Mereka ini boleh Cik Normah katakan antara penyumbang cerita bagi ruangan ini.
Dalam rancak kami bersembang mengenai persiapan menyambut Ramadan, terkeluar cerita yang Cik Normah boleh coretkan dalam ruangan ini. Ceritanya mengenai program Sehati Berdansa musim ketiga yang khabarnya bakal menyusul selepas raya nanti.
Tetapi pembayang yang Cik Normah dapat tahu, Linda Onn tidak lagi akan disatukan dengan Fahrin Ahmad sebagai pengacara. Tak sangka kisah mereka dalam program ini macam sebuah drama pula. Pada musim pertama, Fahrin dan Linda asyik bercinta. Masuk musim kedua, hubungan mereka berantakan. Hah! untuk musim terbaru ini, hubungan mereka putus terus.
Jadi siapa pula yang akan digandingkan dengan Fahrin? Cik Normah tak boleh dedahkan siapa sebenarnya yang akan bergabung mengacarakan program itu. Tetapi Cik Normah dapat tahu, besar kemungkinan seorang artis yang pernah bersatu dengan Fahrin dalam sebuah telefilem menjadi pilihan.
Cik Normah sengaja memberi pembayang yang agak umum. Tetapi kalau Cik Normah beritahu secara jelas siapa gerangannya, nescaya semua boleh teka. Biarlah Cik Normah buat semua orang tertunggu-tunggu, sebab usaha untuk mendapatkan artis yang dimaksudkan itu masih berjalan. Tambah pula artis terbabit semakin murah rezeki.
Terlanjur menyebut mengenai Fahrin, seronok Cik Normah tengok iklan syarikat telekomunikasi menggandingkan Fahrin dengan buah hatinya, Scha. Seronoknya, dalam iklan itu, siap ada adegan Fahrin menghantar SMS kepada Scha ajak kahwin. Tapi itu hanya lakonan, Cik Normah tunggu cerita Fahrin dan Scha kahwin betul-betul. Mana tahu boleh buat gimik undangan jemputan kahwin, macam dalam iklan itu.
Eh! kenapa tidak digandingkan Scha saja dengan Fahrin sebagai pengacara Sehati Berdansa. Scha pun bukan tak pernah jadi pengacara. Mesti ‘gempak’, kalau pasangan ini jadi pengacara Sehati Berdansa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi dah cakap hari tu, tak akan masuk sehati berdansa sebab menghormati imej Ekin yang bertudung. |
|
|
|
|
|
|
|
Salih Yaacob Masuk Sehati Berdansa 3?
![](http://media.mit.net.my/photo/59/8252009_sallehsb(a).jpg)
KL, 26 OGOS 2009: Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru Murai Batu dengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal.
Risik-risik, tanya-tanya, Murai Batu dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..
Kenapa Murai Batu cakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!
Cakap lagi pasal Salih dan 3 isterinya itu, kawan rapat mereka berkata hubungan mereka sekeluarga sungguh harmoni, siap ada jadual lagi rumah mana Salih pulang setiap hari. Lucunya, kadangg-kadang, Salih boleh terlupa pula rumah bini mana yang dia kena balik! Tapi mereka tetap happy macam lagu Amy Mastura.
"Murai Batu tahu tak, masa bini No 3 nak bersalin dulu, bini No 2 tu siap tolong hantarkan dia ke hospital lagi dan kemudian tolong tanamkan uri bayi tu. Sejuknya hati aku mendengarnya. Hai... bertuah sungguh Abang Salih. Aku tabik spring kat Abang Salih dan semua wife dia," kata sumber itu.
Jadi sesuai sangatlah kalau abang Salih dipanggil suami mithali kan? Kalau boleh program Sehati Berdansa ini akan merapatkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri walaupun ada pasangan yang lepas bertanding terus naik turun mahkamah. Tapi itu bukan sebab tarian atau lantai tari tapi silap atur gerak langkah dalam rumah tangga.
Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu.
MURAI BATU: Cikgu Linda Jasmine pun khabarnya dijangka akan bersalin ketika musim baru berlangsung nanti dan siapa akan ganti tempatnya sebagai juri tetap? |
|
|
|
|
|
|
|
CAK dengar beberapa pasangan artis giat menjalani latihan untuk program itu yang akan ke udara tidak lama lagi.
Antara artis dan pasangan masing-masing yang dikhabarkan terbabit kali ini adalah Didie Alias, Enot, Nabila Huda, Ifa Raziah dan Isma AF7.
Melihat senarai kali ini, boleh tahan juga persaingan. Pasti meriah pentas Sehati Berdansa kerana artis disenaraikan rata-ratanya cukup‘sporting’, lucu dan kecoh kalau sudah berkumpul. Tak sabar-sabar pulanak melihat aksi mereka memenuhi kehendak tema setiap minggu apabila acara ini ditayangkan kelak.
Tak tahulah pula kalau sumber yang sampai ke pengetahuan CAK tidak tepat, tapi rasa-rasanya betul sebab ketika menghadiri sebuah majlis, ada seorang teman yang bekerja di Astro terlepas cakap mengenai penyertaan musim baru Sehati Berdansa.
Siapa agaknya yang akan mengikut jejak langkah Vanidah Imran dan Lisdawati? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Scha jadi Host kan best .. barulah berbaloi baloi... |
|
|
|
|
|
|
|
29# tsumawee
Harap2nya bukan scha..sori |
|
|
|
|
|
|
|
aku pung harap bukan scha |
|
|
|
|
|
|
|
Dira ..masuk kan
ada mention dalam trek selebriti hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..isma AF7 masuk???? tak suka laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
33# anasue
takut dia nari ala2 romen atas pentas tu yek?
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
not bad yg masuk kali nie erk... x sabor2 dah nk menengok nie. sure mak aku x bergerak duk dpn tv jerla nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..isma AF7 masuk???? tak suka laaaa
anasue Post at 28-8-2009 10:58 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif) Haku pun tak suker juga ngan c Isma. Tido awal2 malam minggu lagi bagus. Kalau ada One Piece keesokan paginya haku akan tgk jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm haku malas tgk kecuali sebahagian kecil saja ok. Tgk bebudak shuffle atau skate lagi seronok.... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..isma AF7 masuk???? tak suka laaaa
anasue Post at 28-8-2009 10:58 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
yeeeeekkkkk tak suka laa... mesti dia buat adegan ganas mcm kata adibah nor.... kat AF aritu
but looking forward DIRA and husband dia je .... yg lain hentam saja lah labu..... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Fahrin - Scha - Awal
hos sehati berdansa |
|
|
|
|
|
|
| |
|