CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AadiGoth

Nostradamus 2012 (2009)

[Copy link]
Post time 31-10-2009 11:28 PM | Show all posts
kpd pkr agama, sila bg komen di tread ini, takut ramai terpesong nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2009 11:36 PM | Show all posts
Dengarnya kiamat diramalkan terjadi pada 21 Disember 2012 (atau 21122012) bukan saja menurut kalendar Maya ttp Nostradamus


tak2..Nostradamus takpnh ramal tarikh kiamat 2012..tapi tarikh yg jauh lagi lmbt dr ni..seigt sy 2030 rasanya..n Nwton juga gune Kemahiran Matematiknya tuk kira trikh kiamat..die kire 2090 kiamat..ape2pon..sbgai Muslim..kire hnya bleh ckp..Waallahualam...

ha..selingan jap...takderpon benang pasal Newton kn..Nwton tu agak msteri jgk orgnya..kalu korg nk tau..die bukn pnganut Anglican atau Khatolik tau..tp fahaman percaya kepada Tuhan itu Tunggal..dengan kata lain..die tolak bulat2 idea Triniti dan percaya sungguh2 kepercyaan Jesus adalah Pesuruh tuhan..(kalu yg tau pasal ni..mesti tau pasal Fahaman Arian..FYP,Newton adalah penganut Arianian..iaitu percya kepada Nabi Isa Pesuruh Allah)..adalah Newton Islam?tidakk..tp die adalah penganut Fahaman yg sama dengan Waraqah bin Naufal...Masuk Syurga ke tak?WaAllahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 12:33 AM | Show all posts
5# cronicle86

begitula kalau dah mengenal...syurga neraka bukan matlamat lagi...tak hairanlah kalau dia mampu menemukan teori2 sains yang hebat
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 12:41 AM | Show all posts
saya pernah terbaca nostradarmus memperolehi pengetahuan tentang hal2 akan datang kerana dia mencuri manuskrip lama zaman sebelum Nabi Isa tak silap saya..tulisan ini ditulis oleh seseorang yang sememangnya mempunyai ilmu laduni wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 02:23 AM | Show all posts
Nostradumus..mungkin betul mcm ckp korg, dia dapat bisikan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 12:59 PM | Show all posts
1# ikmal_hakimi

aku xpercaya ngan Nostradamos ni.....ahli sihir ke ape dier ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2009 04:54 PM | Show all posts
hem...
bagi saya 2012...bukan kiamat
tetapi permulaan sesuatu yg baru..2013....2000, 1000 selepas Isa al-Masih....selepas 1Masehi...kini 200, kali kedua dia turun ke dunia....tapi 13?siapakah itu?itulah al-Mahdi...
2013 adalah eranya...caranya.....maka ketika itu..bersedialah wahai orang2 muslim...sebab Dajjal pun keluar sama...mencuri nama Isa dan al-mahdi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:04 AM | Show all posts
Jangan Lupa Tontoni Nostradamus: 2012 di Channel History Saluran 555 Astro malam esok 10.00-12.00 (1 Nov) Lepas tengok, mai kita ramai-ramai ulas kat cney okey. Bagi siapa yg belum tahu Nostradamus ad ...
ikmal_hakimi Post at 31-10-2009 21:54


Ini adalah berdasarkan kesimpulan, atau beberapa perkara yg aku boleh ingat dari dokumentari Nostradamus 2012 di Channel History Saluran 555 Astro semalam.  (  1 Nov, 10 p.m)

Pada 21 12 2012, berlakunya penjajaran pusat bima sakti dengan matahari Bumi, menurut ahli sains pemanasan global (akibat ribut solar atau peningkatan aktiviti solar) mencapai kemuncaknya pada tahun 2012...musim kemarau paling teruk melanda dunia..pertanian tergugat dan manusia kekurangan makanan.kebuluran berlaku di banyak kawasan.

ia tidak menerangkan kejadian kiamat (saya tersilap sebelum ini)

menurut dokumentari ini, kejadian matahari sejajar dengan bima sakti kali terakhir berlaku 26,000 tahun dahulu. bagaimana kaum Maya yang primitif  boleh menetapkan tarikh 21 12 2012 sebagai penamatan kepada kalendar mereka (juga menerangkan penjajaran matahari dengan Bima Sakti berlaku secara tidak langsungnya) tidak dapat dihuraikan oleh ahli sains sendiri.

pada tahun 2012 dikatakan tiga gerhana akan berlaku (dan Nostradamus mendakwa gerhana tersebut adalah yg paling gelap jika dibandingkan dengan gerhana yg pernah berlaku sebelum ini)

antara perkara lain yg diramalkan berlaku adalah gangguan kepada medan magnet di kutub utara dan kutub selatan Bumi yang turut membawa gangguan kepada peralatan elektromagnet di bumi seperti sistem telekomunikasi seperti satelit dan barangan  elektronik--sistem perbankan juga akan berakhir pada tahun ini...juga berlaku letupan gunung berapi atau supervolacano diramalkan berlaku akibat peningkatan aktiviti solar akibat penjajaran matahari dengan pusat bima sakti (galaksi)

huru hara akan berlaku tapi secara perlahan-lahan atau dengan kata lain akibat kesan domino,seperti kekurangan makanan+gangguan iklim yg membawa kepada kepupusan manusia serta wabak penyakit tetapi bukan kepada kemusnahan menyeluruh.

Ahli sains / peminat Nostradamus mengaitkan tafsiran Kaum Maya, Nostradamus, kaum Mesir juga Freemason (gerakan bawah tanah yg menyimpan rahsia) serta Newton (perintis ide graviti) tentang satu persamaan iaitu tentang "sesuatu yg dipanggil zaman baru" yg berlaku pada Disember 2012, ia bukanlah pengakhiran atau kiamat tetapi permulaan, ia juga boleh dikatakan satu era gelap yg menerangkan tentang kepupusan kali ke 5 dalam sejarah kewujudan manusia/bumi dan bagaimana manusia selepas tempoh yg dahsyat itu akan membina ketamadunan yg seterusnya. (selepas tamadun dahulu musnah pada detik bermulanya 21 12 2012)

Turut diceritakan dalam dokumentari tersebut adalah percubaan Newton menyahkod tarikh kiamat dari kitab Bible dimana dia menemui "2012" bersilang dengan perkataan "Bumi dimusnahkan"--bagaimana ia  dilakukan tidak dijelaskan dengan terperinci dalam dokumentari tersebut.

Saya cuma menerangkan apa yg saya tonton pada dokumentari tersebut dan bukan cuma hendak menakutkan kalian..harap ini menggalakkan perbincangan dalam forumner ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 09:04 AM | Show all posts
Mula2 depa kata Nostradamus punya prediction menjadik tahun 2000.....sebab tak jadik, depa ejas pulak 2012 (sebab nak selaras dgn Mayan punya kalender)...Aku rasa patut depa buat strategic planning tahun bila pulak nak ejas kalau 2012 'tak jadik'
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 09:42 AM | Show all posts
29# alphawolf
adehhh lah!!! Ada org kata 2012 akan berlaku perubahan iklim dunia. Kira mcm terbalik gitu. M'sia akan ada salji. Ku tunggu saat itu. Ye lah nak pergi main ski den tak do duit nak pi jauh2 sana tu. Plus dah x larat nengok pompuan2 melayu sker nau tayang bontot n ketet. Harap2 bila iklim m'sia bertukar jadik sejuk, pompuan2 ni pakai tutup aurat. Silap2 nampak mata jah bila musim salji!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:09 AM | Show all posts
dan jgn lupa dikatakan juga pada 2012 akan muncul bintang berekor mendekati bumi dengan jarak yg cukup dekat
bukankah itu petanda jelas dan terang tentang kemunculan imam Mahadi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 12:04 PM | Show all posts
nostradamus buat prediction dari kata-kata rasulullah melalui scrip yang dicuri dari ilmuan islam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 01:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_tongkatali at 2-11-2009 13:46

Kadang-kadang aku bingungggg dengan perangai sesetengah dari kita (orang Islam)...yang mudah menolak mentah-mentah apa sahaja termasuklah NOSTRADOMUS...apa ke halnya...nama lagi RAMALAN...PROPHECY...jadi ke tak itu RAMALAN. Seperti kata salah seorang saintis dalam rencana tu..."...harapannya supaya TAK JADI"...walau apa pun sebagai orang Islam satu yang kena percaya KIAMAT itu PASTI...BILA ? Itu bukan kerja kita...tapi itu tidak semestinya kita perlu buat derkkk jer...kita kenalah KAJI...Rasulullah SAW sendiri telah bagi CLUE. Yang pasti AKHIR ZAMAN sudah bermula sejak terutusnya RASULULLAH SAW...jadi kita sekarang ni kiranya dah dalam edah AKHIR akhir zaman lah...kalu dalam kiraan ABAD kiranya dah SUKU TERAKHIRlah...satu yang aku KAGUM dengan puak-puak demo tu (orang-orang KAFIR)...mereka lebih "BERIMAN" dengan HADIS-HADIS dan ayat-ayat al-Quran tentang KIAMAT berbanding dengan kita yang mengaku ISLAM...sehinggakan mereka sedaya-upaya cuba nak melawan TAKDIR ALLAH SWT ke atas mereka...tindakan mereka ni samalah dengan FIRAUN yang mengarahkah semua BAYI dibunuh setelah mendapat "petunjuk" akan lahir seorang RASUL yang akan memusnahkan kesombongan FIRAUN. Jadi BAGUS juga dokumentari-dokumentari seperti tu...sepatutnya ia akan menambahkan lagi KEIMANAN kita dan seterusnya MEMPERSIAPKAN diri dan keluarga kita bagi menghadapi detik yang pasti iaitu KIAMAT KECIL dan KIAMAT QUBRO.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 02:54 PM | Show all posts
kiamat itu berlaku dengan tidak disangka-sangka....ada tulis dlm al-Quran...nanti aku cari dalilnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 04:15 PM | Show all posts
tapi secara keseluruhannya pada pandangan peribadi aku dokumentari tersebut sungguh mengecewakan kerana ahli sains yg ditemubual gagal membuktikan secara teori bagaimana penjajaran matahari dengan bima sakti boleh menyebabkan peningkatan aktiviti solar, dan sejauh mana ia akan mendatangkan kesan tidak baik kepada planet Bumi.

ia tidak diterangkan langsung "bagaimana penjajaran matahari dan bima sakti memberi kesan" tetapi yg lebih banyak diceritakan dalam dokumentari tersebut " peristiwa yg akan berlaku akibat penjajaran" seperti letupan supervolcano, perubahan iklim cuaca, dan momokon momokan lain. bukan bertujuan merendahkan kandungan dokumentari tersebut, tetapi menyatakan dokumentari tersebut gagal meyakinkan aku sebagai seorang penonton yg agak kritikal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 08:28 PM | Show all posts
hanya Allah yg Maha Mengetahui rahsia alamNya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 12:55 AM | Show all posts
em..ada yang kata nonstradamus ni sebenarnye mengkaji Al-Quran. dia meramalkan hitler yg akan muncul tapi ejaan hitler yang ia tulis tu tak tepat. W'allahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 03:37 AM | Show all posts
Ada sesiapa tak kat sini yg pernah tengok isi kandungan buku ramalan Nostradamus ni.Atau barat menisbahkan apa saja kajian atau ramalan diorang dengan Nostradamus supaya lebih gempak.Kalau ikut ramalan 2012 tu terjadinya kiamat,maka lepas tu sepatutnya tiada lagi kisah Nostradamus.Kalau timbul ramalan lain pula yg dikait dgn Nostradamus ini,maka nyatalah barat cuba mengklentong dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 11:49 AM | Show all posts
yang aku dgr dari sebuah dokumentari.....

pada 2012 tu berlaku ribut solar di matahari ...effect nye akn berlakulah penyerapan semua kuasa elektrik di bumi...jadi aktiviti manusia terhenti dan bumi jadi back to primitive....masa ni org akn kembali ke zaman purba iaitu dah xder senjata2 or technologi zaman skrg....
kalo kita kaji benda ni cuba kita perhatikan teknologi purba seperti piramid, babylon, stonehenge etc...manusia dah mencapai satu tahap kemajuan yg cukup menakjubkan...tapi kenapa setelah beberapa kurun manusia jadi back to primitive???

fikir2 kan la....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 12:24 PM | Show all posts
ramalan nostradamus ni dalam bentuk2 mcm puisi/sajak la...jd susah nak tafsir. mcm kejadian 11/9 tu, pas dah berlaku, baru nmpk dalam ayatnye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.187331 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list