CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: calmille

[TV Show] Lentera Raya bersama Siti Nurhaliza

[Copy link]
Post time 14-8-2009 02:32 PM | Show all posts
cunnya Siti...baju pun cantek2..

tak sbr nk tgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 04:54 PM | Show all posts
baju cantik..

pentas gempak..

mic siti sorg jek lain kaler.


haha..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 04:56 PM | Show all posts
jom tgk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 11:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizz_fzi at 15-8-2009 23:32

INFO MENARIK:

- Berlangsung di Studio 1, Astro @ 13.08.09
- Akan ditayangkan pada 21.09.09 (Isnin) jam 4.00 ptg di Astro Ria
- Pemilihan artis jemputan adalah permintaan dari DCT sendiri iaitu Saiful Apek & Faizal Tahir
- Penonton di meja utama terdiri dari family DCT, kenalan rapat, penaja2 dan VIP/VVIP yang dijemput khas
- Hanya 30 SZoner yg dijemput untuk menyaksikan rakaman ini... itu pun duduk tepi jer (patutla x perlu pakai baju raya... huhu)... anywy, enjoy!
- Antara lagu solo yang dinyanyikan oleh DCT adalah Ku Mahu, Pastikan, Cintamu, Di Taman Teman, Apa Guna Berjanji & Bosanova (suka segmen ni)
- Lagu duet bersama FT : Lucky, Medley Mahakarya Cinta & Dialah DiHati - Superb!!
- Trio DCT+Apek+FT : Suratan atau Kebetulan
- Walaupun rakaman untuk program hari raya, hanya 1 lagu raya evegreen yg di nyanyikan secara trio iaitu Menjelang Hari Raya (Ku mengharap DCT nyanyi lagu wajib hari raya DCT - Sesuci Lebaran tp xde plak dalam senarai lagu...huhu)
- Kesemua lagu yang dinyanyikan secara duet & trio bersama artis jemputan dirakamkan sebanyak 2 kali... jeng jeng jeng...
- DCT menggayakan 2 persalinan... baju pertama di reka oleh Rizman Ruzaini (suka tgk baju ni especially bila DCT menari)... baju kedua rekaan Lord's Tailor
- Selepas je habis rakaman & sesi fotografi, DCT diserbu... Anywy, as usual DCT sgt mesra melayan setiap peminat yang hadir... Thanx Kak CT... muaahhh!!


Enjoyla tgk gambar2 yg telah di snap..... ( ditulis oleh :: SEINDAH BIASA :: |DIAMOND|)

















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 11:41 PM | Show all posts
24# fizz_fzi

asl lawa sgt DCT ni yek?

anyway credit to fizz yg dpt pi Lentera Raya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 12:00 AM | Show all posts
cantik2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2009 12:45 AM | Show all posts
dah memang DCT lawa anugerah dari allah s.w.t...

dapat credit tq dauawq....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 09:55 AM | Show all posts
salam semua...hai...ada kah mesih nak tengok pic rakam raya lentera aidilfitri

di bawah ni ada link

http://interaktif.mstar.com.my/P ... iti-Nurhaliza-.aspx

harap suka la tengok ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2009 01:58 PM | Show all posts
salam...nape DCT tak jemput artis ppuan eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 02:47 PM | Show all posts
matilah ct kene kutuks masa aku bertandang beraya rumah org nanti

btw.. siti cantik.. aku suke..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 02:50 PM | Show all posts
WAH,SITI AND FT MESTI GEMPAKZ!!!!!!......penyanyi wanita n lelaki no 1 malaysia...wah gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 07:01 PM | Show all posts
mawi tidak lagi...........haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2009 11:04 AM | Show all posts
Siti, Faizal saling mengagumi         
                      Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
        'LenteraAidilfitri Dato' Siti' akan disiarkan pada Hari Raya kedua, pukul 4petang di Astro Ria. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG
VOKAL mantap penyanyi Faizal Tahir, 31 bukan sahaja dikagumioleh ramai pendengar malah turut menarik perhatian penyanyi nombor satuMalaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.
Atas kekaguman itu, wanita yang selesa disapa Siti ini menjemputFaizal untuk menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Dato’ Siti’sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.
Selain Faizal, Siti turut mengundang pelawak, pelakon, pengarah dan penyanyi Saiful Apek.
Bagi Siti, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan lelaki yangpopular dengan panggilan Apek itu memandangkan mereka telah bekerjasamasejak lima tahun lalu.
Malahan Siti juga mengakui yang dia juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Faizal pada masa akan datang.
Siti dan Faizal juga dilihat mempunyai ‘chemistry’ yang baik ketikamempersembahkan lagu ‘Lucky’, medley ‘Mahakarya Cinta’ dan ‘DialahDihati’ secara duet serta ‘Suratan Atau Kebetulan’ dan ‘Menjelang HariRaya’ yang dinyanyikan secara trio bersama Apek.
Sehinggakan dalam sidang media yang berlangsung itu, Siti dan Faizal bagaikan saling memuji dan mengagumi antara satu sama lain.
“Alhamdulillah,  saya terkejut masa diberitahu saya dijemput untuk menyanyikan beberapa buah lagu untuk program dia (Siti).
        Siti ketika berduet lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Dialah Di Hati' dengan Faizal Tahir.
“Tetapi selepas saya dapat tahu dapat berduet dengan dia, lagi saya terkejut.
“Menjadi Faizal Tahir mesti ada rasa ‘nervous’ dan gementar kerana tak percaya dapat berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza.
“Saya harap Siti tak serik untuk mengambil saya berduet lagi. Syukur alhamdulillah, hati saya lebih kecil.
“Saya rasa tak terfikir untuk berduet dengan Siti kerana saya rasa diri saya ‘rendah’ daripadanya,” jawab Faizal.
Faizal tanpa berselindung terlebih dahulu mengakui dia memangmeminati vokal dan nyanyian Siti sejak penyanyi ini popular dengan lagu‘Jerat Percintaan’ lagi.
“Sebelum ini, saya kagumi karier Siti dan saya masih ingat lagiwaktu itu tahun 1995 saya meminatinya masa dia popular dengan lagu‘Jerat Percintaan’. Saya memang suka..,” luah penyanyi yang terkenaldengan gelaran ‘Superman’ ini.
Selepas itu, Siti menyambut kenyataan Faizal dengan ucapan ‘terima kasih’.
“Memang tinggi sangat pujian dia tu tapi saya hanya buat semampunya.‘Feel’ datang ikut kemampuan,” jawab Siti mengenai pujian bapa kepadatiga orang anak ini.
Siti pula membalas pujian itu dengan pujian jua dengan melabelkanFaizal seorang penyanyi yang mampu bertahan lama lebih-lebih lagimendapat lagu yang hebat.
        Siti, Faizal dan Apek turut berpadu suara ketika menyanyikan lagu 'Suratan Atau Kebetulan'.
“Saya memang menyukai lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Sampai Syurga'.Tak semua orang boleh menyanyikan lagu yang hebat dengan bakat yang ada.
“Itu yang membuatkan seseorang itu boleh bertahan,” kata Siti.
Kemudian, Faizal yang turut mempersembahkan lagu ‘Bencinta’ secara solo kembali mengucapkan terima kasih kepada Siti.
Dalam pada itu, Apek pula menganggap penglibatannya dalampersembahan itu sebagai suatu langkah untuk lebih serius dalam bidangnyanyian.
“Saya tak pernah tolak pelawaan Siti untuk bekerjasama dengannya,”ujarnya yang turut mendendangkan lagu ‘Engkau Laksana Bulan’ secarasolo.
Setuju konsep glamor
Selain mendendangkan lagu duet dan trio dengan penyanyi jemputan,Siti turut menyanyikan lagu ‘Ku Mahu’, ‘Pastikan’, medley ‘Apa GunaBerjanji & Bosanova’, ‘Cintamu’ dan ‘Di Taman Teman’ secara solo.
Dengan konsep glamor dari segi hiasan pentas dan penampilan Siti,isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini berkata dia hanya menurutperintah pihak Astro selaku penerbit program itu.
“Konsep glamor ini memang ditentukan oleh pihak Astro di mana mereka memang inginkan saya mengenakan sut dan tali leher.
        Selain menyanyi, mereka turut berbual sesama sendiri.
“Kami hanya menurut perintah dan mengikut lagu yang dipilih. Sayatak rasa ia menjadi halangan untuk penonton kerana sebelum ini sayasudah tonjolkan konsep kemelayuan.
“Jadi, kali ini Astro inginkan suatu yang berbeza untuk dipertontonkan,” jelas Siti mengenai pemilihan konsep itu.
Selain program ini, Siti juga berkata dia telah menjayakan rakaman program ‘Jangan Lupa Lirik’ khas untuk Raya.
Majlis doa selamat rai ulang tahun perkahwinan ke-3
Mengulas mengenai ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 pada 21 Ogosini, Siti berkata dia dan suami akan membuat majlis doa selamat keranapada esoknya sudah bulan puasa.
Siti juga menganggap usia perkahwinannya selama tiga tahun ini berjalan begitu pantas.
“Alhamdulillah, masa terlalu sekejap. Kami semakin memahami karektormasing-masing dan rumah tangga berjalan dengan baik,” katanya sambiltersenyum namun dalam masa yang sama berasa sedih kerana akan menyambutRamadhan tanpa ayahanda tersayang, Tarudin Ismail.
Siti turut memberitahu yang dia dan suami akan menjalani ibadahpuasa selama seminggu di Melbourne, Australia kerana menghantar anakke-3 belajar di sana dan sekali-sekala akan pulang berbuka puasabersama ibunda tercinta, Siti Salmah Bachik di Kuala Lipis, Pahang.

mStar
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 11:27 AM | Show all posts
sweetnya couple siti n FT ni...saling memuji.....siti mana ada pernah nak jemput mawi kat persembahan dia....nampak sangat mawi tu x de kelas....dahlah sombong n belagak....sekarang ni FT penyanyi lelaki no 1...mawi dah balik felda berkebun agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 03:48 PM | Show all posts
kalo ada mawi kompom aku x tgk even tokti ada.....xyah ajak xlayak pun ajak mawi tu...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.622453 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list