|
Mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa
Banyak hadith sahih menceritakan perihal Nabi S.A.W berdoa dengan mengangkat kedua tangannya, ini memang sudah betul dan tepat. Bahkan hadith2 tersebut m ...
sunsuria3 Post at 7-10-2009 13:34 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
Terima kasih dan dengan hadis-hadis ini maka tertolaklah pandangan wahabi bahawa Rasulullah saw berdoa tidak pernah mengangkat tangan kecuali waktu berdoa memohon hujan saja. Tu sebab geng-geng wahabi tidak pernah berdoa selepas solat berjemaah sebab deorang kata amalan tersebut perbuatan bidaah sesat yang tidak pernah dilakukan oleh nabi.
Neway berdoa angkat tangan ada juga yang sunnah dan ada juga yang tidak perlu di buat spt. contohnya ketika berdoa nak bersetubuh dengan bini tak perlulah nak mengangkat tangan ketika nak naik atas badan bini...kan? ataupun nak masuk tandas keluar tandas pun tak disunnahkan mengangkat tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BatuApi at 8-10-2009 09:26
Doa menelangkup tangan tu bukanlah tak ada hujah langsung atau mengarut, tetapi pernah dibincang oleh tokoh feqah terkenal Ibnu Hajar. Janganlah cepat sangat menghina orang lain.
ق ...
always_typo Post at 8-10-2009 08:53 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
Terima kasih tuan....saya dah cakap daah pada geng wahabi ni bahawa check dulu dan pastikan betul-betul sebelum nak menjatuhkan hukuman.
Jangan mengharamkan yang halal dan jangan juga menghalalkan yang haram...tu kekdahnya.
Jawapan wahabi nanti.....tu sunnah Ibnu Hajar dan bukannya sunnah nabi.![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
"BerkataIbnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kaliberdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakangtangan mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapatsesuatu hasil maka jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yangdikatakan oleh Imam Al-Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkatadi kalangan kumpulan ulama. Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakangtapak tangan apabila memohon air hujan tanpa selainnya hanyalahoptimistik berubahnya keadaan sebagaimana di peringkat di dalam bertukarposisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini. "
always_typo Post at 8-10-2009 08:53 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
yg mana satu hadisnya? |
|
|
|
|
|
|
|
yg mana satu hadisnya?
tobby Post at 8-10-2009 09:48 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
nak tengok detail, sila lihat kitab Fath ul Bari dalam "Bab Imam mengangkat tangannya dalam Solat
Istisqa" .
Berikut ada sedikit ringkasan yang saya jumpa di Internet:
Terdapat dua hadis dalam bab ini, kedua-duanya dari Anas bin Malik
radiallahu-anhu, yang pertamanya dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab
sahihnya:
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam (bersolat) Istisqa,
kemudian baginda mengisyaratkan (HF: mengangkat tangan utk berdoa) dengan
belakang tapak tangannya ke arah langit (HF: yakni bhg tapak tangan (palm)
ke arah bumi).
http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/muslim/004.smt.html#004.1952
Book 004, Number 1952:Anas b. Malik reported that the Apostle of Allah (may peace be uponhim) prayed for rain pointing the back of his hands to the sky.
Kedua dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Sunannya:
Adalah (Rasulullah bersolat) Istisqa seperti ini, dan dia menghulurkan kedua
tangannya dan menjadikan perut keduanya (HF: Iaitu telapak tangannya) selari
dengan bumi sehingga aku terlihat ketiaknya yang putih.
Seterusnya Ibnu Hajar menukil kata-kata Imam Nawawi:
Berkata an-Nawawi: Berkata para ilmuan (ulama'): Disunatkan pada setiap doa
tolak bala untuk mengangkat kedua tangannya dan menjadikan belakang telapak
tangan ke arah langit, dan apabila berdoa untuk meminta sesuatu, hendaklah
dia menjadikan kedua telapak tangannya ke arah langit.
Seterusnya Ibnu Hajar menambah:
Berkata yang lain-lain, hikmah dalam mengisyaratkan belakang tapak tangan
dalam solat Istisqa sahaja tanpa yang lain-lain, adalah bagi menunjukkan
sikap optimis semoga berubahnya keadaan (maka diubahnya tangan) dengan tapak
ke arah bawah, sebagaimana dikatakan dalam mengalihnya pakaian (HF: iaitu
apabila Nabi mengubah kedudukan selendangnya ketika naik ke mimbar untuk
mendoakan hujan), atau ianya adalah isyarat kepada sifat perkara yang
diminta , iaitu turunnya awan (hujan) ke bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
kdg diaorang ni kalau kita kata..engkau ni tak habis belajar lagi..marah
...'saya doakan anak2 orang islam hari ni dapat menjawab soalan pmr denganbaik, menjadi umat islam yang berilmu tinggi...dan mencapaikecemerlangan dunia akhirat" amin.
sunsuria3 Post at 7-10-2009 07:06 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
PMR takde nak ajar bab2 ni. PMR tu asas je la. banyak lg kena belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
apa hal pulak ni...doakan utk anak2 orang islam yang sedang bertarung dgn ujian pun jadi issue ke...
tu selingan je sebab teringatkan anak2 sedang menghadapi pmr..tiada kaitan dgn tajuk perbincangan... |
|
|
|
|
|
|
|
cakap la awal2...tiba2 masuk cite pmr apehal...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ni dari laman web i luv islam....
Hukum Berdoa Dengan Mengangkat Tangan
Imam Bukhari telah mewujudkan satu bab khusus mengenai mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa. Kemudian beliau telah menyebut tiga hadith menyokong pendapatnya bahawa berdoa mengangkat kedua belah tangan memang suatu amalan yang disyariatkan. Ketiga-tiga hadith tersebut ialah :
1. Hadith pertama ini adalah daripada Abu Musa al 'Asy'ari radiyaLlahu anhu katanya yang bermaksud : "Berkata Abu Musa al 'Asy'ari : "Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Di saat itu aku terlihat warna putih kulit di bawah kedua-dua ketiaknya."
2. Hadith kedua ialah daripada AbduLlah Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu, katanya yang bermaksud : "RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya sambil berdoa: "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan Khalid".
3. Hadith ketiga daripada Abu AbdiLLah, katanya yang bererti :
"Kata Uwaisi: "Muhammad bin Ja'afar telah memberitakan kepadaku daripada Yahya bin Sa'id dan Syarik, bahawa kedua-duanya telah mendengar daripada Anas, daripada Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam, bahawa Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat kedua-dua tangannya (ketika berdoa) sehingga aku nampak kulit berwarna putih di bawah kedua-dua ketiak RasuluLlah sallaLlahu 'alaii wasallam
(sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar jilid 18/ m.s 113)
Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas hadith di atas dengan katanya :
Maksudnya : "Hadith pertama menjadi hujah untuk menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga menampakkan kulit berwarna putih di bawah ketiak tidak boleh dilakukan melainkan berdoa meminta hujan. Bahkan hadith pertama juga dan hadith berikutnya menjadi dalil bagi menolak pendapat orang yang mengatakan bahawa kedua-dua tangan langsung tidak boleh diangkat semasa berdoa melainkan berdoa meminta hujan. Mereka berpegang dengan kepada hadith Anas yang bermaksud : "Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam langsung tidak pernah mengangkat kedua-dua tangannya ketika berdoa melainkan berdoa meminta hujan sahaja."
Hadith ini memang sahih, tetapi para ulama' telah menyatukan maksud Hadith Anas bin Malik ini dengan ketiga-tiga Hadith di atas tadi dan semua Hadith yang mempunyai makna sepertinya, dengan pentafsiran bahawa penafian mengangkat tangan oleh RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang dinyatakan oleh Anas ialah dari segi cara mengangkat tangan sahaja dan bukannya menafikan langsung tidak mengangkat tangan,"
Kesimpulannya, cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk meminta hujan berbeza dengan cara mengangkat tangan ketika berdoa untuk tujuan lainnya.
Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa untuk meminta hujan adalah lebih tinggi iaitu sehingga kedudukan kedua-dua tangan sampai menyamai paras muka dan mengangkat tangan ketika berdoa untuk lainnya ialah hanya setakat menyamai paras kedua-dua bahu sahaja. (Dalam masa yang sama) jangan terkeliru dengan hadith-hadith yang menyebutkan :
"Sehingga dapat dilihat kulit putih kedua-dua ketiaknya" ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk lainnya. Bahkan hendaklah disatukan kedua-dua riwayat ini dengan maksud, kulit putih di bawah kedua-dua ketiak lebih banyak dapat dilihat ketika berdoa meminta hujan berbanding berdoa untuk tujuan lainnya. Boleh jadi juga kerana kedua-dua telapak tangan semasa berdoa meminta hujan ditelungkupkan ke bawah iaitu menghadap ke permukaan bumi, sedangkan berdoa untuk tujuan lainnya, kedua-dua telapak tangan dihalakan ke langit."
Berkata Imam al Munziri :"Kalau diandaikan hadith-hadith tersebut tidak dapat disatukan maksudnya, maka mensabitkan wujudnya perbuatan mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa untuk meminta hujan dan untuk tujuan lainnya oleh Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam mestilah diberikan keutamaan berbanding sebaliknya (berdoa dengan langsung tidak mengangkat kedua-dua tangan untuk tujuan lainnya).
Kata Ibnu Hajar al Asqolani : "Saya ingin tegaskan: "Lebih-lebih lagi kerana banyak hadith-hadith yang diriwayatkan telah memberikan penjelasan mengenainya.
Imam an Nawawi telah mengulas Hadith Anas yang menafikan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa dengan katanya : "Hadith Anas ini dari segi zahirnya telah menimbulkan kekeliruan bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengangkat tangan ketika berdoa melainkan berdoa untuk meminta hujan. Hakikat sebenar dalam permasalahan ini bukannya begitu. Bahkan telah wujud hadith-hadith sahih yang menyatakan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengangkat tangan ketika berdoa di banyak tempat selain daripada berdoa meminta hujan. Ianya terlalu banyak untuk dihitung! Aku telah menghimpunkan lebih kurang 30 hadith yang berkaitan dengan RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, yang dipetik daripada kitab Sahih Bukhari dan Muslim atau salah satu daripada keduanya dan aku telah memuatkannya di dalam kitab Syarhu al Muhazzab pada akhir Bab Sifat Solat.
Hadith Anas tadi hendaklah ditafsirkan bahawa RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat tangannya ketika berdoa sehingga menampakkan kulit putih dibawah kedua-dua ketiaknya melainkan berdoa untuk meminta hujan atau ianya bermaksud Anas RadiyaLLahu anhu tidak pernah melihat Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangan ketika berdoa, tetapi para sahabat lainnya melihatnya mengangkat tangan. Justeru itu, kita perlu memberi keutamaan kepada para Sahabat yang memperakui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya ketika berdoa yang berlaku dalam banyak peristiwa kerana bilangan mereka ramai berbanding dengan Anas seorang sahaja yang menafikankanya disebabkan ketiadaannya.
Kata-kata Anas radiyaLlahu anhu mestilah ditafsirkan semula seperti yang telah kami sebutkan tadi. WaLlahua'lam.
(sumber : Syarh an Nawawi 'ala Muslim Jilid 3/ m.s 299)
Sumber ambilan : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al Hafiz, Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya, Suatu Kajian Terperinci Berdasarkan Hadith Dan Ulama'Muktabar, Cetakan Pertama 2008, D'nonce Sdn Bhd, Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 8-10-2009 23:10
Bukankah hadis ini begitu jelas? Baca pada line yang diboldkan,begitu jelas sekali larangan Nabi!
Malik bin Yasar R.A, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W :
“Apabila kamu meminta (berdo’a) kepada Allah, maka mintalah kepadaNya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang tapak tangan”. (hadith sahih riwayat Abu Dawud No. 1486).
Kata Ibnu Abbas R.A:
“Permintaan (doa) itu, yakni : Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua tapak tanganmu.” (Riwayat Abu Dawud).
sunsuria3 Post at 7-10-2009 13:34
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya semcm ada dua hadith yg conflicting each other. harap mrk yg arif boleh bincangkan dgn lebih lanjut. terimakasih. |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya semcm ada dua hadith yg conflicting each other. harap mrk yg arif boleh bincangkan dgn lebih lanjut. terimakasih.
tobby Post at 9-10-2009 01:11 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Mana ada conflict. Bukankah Ibnu Hajar dah explain? Depa dah sedar lama perkara ni.
Secara default, kalau doa disunatkan tadah tapak tangan ke langit. For exception cases seperti jika minta hindar bala, disunatkan dibalikkan tangan. Ada juga ulamak yang kata sunat dibalikkan tangan tu hanya untuk solat minta hujan.
Itu ajer, kat mana yang susahnya, pilih yang mana satu nak amal.
Inilah yang saya fahamkan dari penjelasan Ibn Hajar tersebut. Nak lebih arif, pi tanya mufti Negeri Sembilan, dia pernah buat pekeliling pasal isu ni satu masa dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang berlaku sini ialah khilaf ...
Saya ikut pendapat yang menyatakan bahawa terbalik tangan tu untuk solat istisqa. (Macam Nabi s.a.w. terbalikan bajunya tapi kita solat hajat lain tak terbalikan baju). Tu sebab ada dua hadith berbeza. Sementara ada ulamak terdahulu dan sekarang kata boleh nak terbalikan tangan untuk doa tolak bala guna hadith solat minta hujan.
Jadi sebelum korang berani nak wahabikan orang dan bida'ah kan orang.... check dulu sumber-sumber korang tu yer. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut tentang fatwa mufti negeri 9 tu pun ada gak forumer tanya kenapa ada 2 hadith yg berlainan ni.sb katanya dia pernah jumpa hadith yg maksudnya lain...tu yg saya cuba tanya gak..
saya mencari fakta tentang isu ni sb saya pernah tonton rancangan agama di tv suatu masa dulu..soalan yg sama di jawab oleh ust abu hassan din al hafiz dan beliau menyangkal tentang perbuatan berdoa telangkup tangan ni...antara katanya dah minta dgn tadah tangan lepas tu nak buang lak doa tu ( yakni dgn telungkup tangan)
anyway sedangkan mazhab pun berlainan pendapat, apa lagi ulama dan ust2 ..saya dah kerap jumpa ni..
tgk contoh sumpah pembantu anwar ibrahim tu...dr asri suggestkan angkat sumpah..mufti perak kata lain..lastly saya tanya pensyarah saya dia kata..ni bidang saya..saya belajar jenayah syariah dan sekarang saya ajar pulak students saya benda yg sama..mana boleh si menuduh yg angkat sumpah..sepatutnya orang yg dituduh yg angkat sumpah tu utk membersihkan dirinya bukan si penuduh...saya tanya habis tu dr asri kata boleh? dia pun qoute kata2 mufti perak..'ada orang tak habis belajar lagi'
baru ni bab solat sunat aidil fitri pun saya jumpa selisih pendapat...antara ust2 di malaysia dan byk lagi...
so kita ni yg ilmu ciput kena yakin dgn sesuatu tu selepas ditimbang tara semua hujah dan dalil yg ada..yakin dan barulah boleh mengamalkannya...wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut tentang fatwa mufti negeri 9 tu pun ada gak forumer tanya kenapa ada 2 hadith yg berlainan ni.sb katanya dia pernah jumpa hadith yg maksudnya lain...tu yg saya cuba tanya gak..
saya mencari f ...
sunsuria3 Post at 9-10-2009 12:50 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tepat sekali rumusan kamu tu Sunsuria.
Yang bertanggungjawab adalah kita, di depan Allah nanti bukannya orang lain. Kita boleh meneliti hujah-hujah yang ada kemudian dari itu kita kenalah buat pertimbangan berlandaskan akal yang waras yang dianugerahkan.
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by always_typo at 9-10-2009 17:28
Alhamdulillah.
Subha nakala 'il malana, illa ma 'allam tana, innaka antal 'ali mul hakim.
Aku tak ada ilmu ya Allah, melainkan yang engkau kurnia padaku. Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Allahuma fakkih na fiddin, wa 'alimna tak wil.
Wala hau la walaa khuw wata illa billahil 'a liyyil 'azim.
Semoga perbincangan kita di sini dirahmati Allah, dosa kita diampunkan, dan nikmat ikhwan dikurniakan kepada kita umat Muhammad saw yang sudah begitu jauh dari Baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
kena selalu doa gak..minta dikurniakan ilmu yang bermanfaat... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bertanggungjawab adalah kita, di depan Allah nanti bukannya orang lain. Kita boleh meneliti hujah-hujah yang ada kemudian dari itu kita kenalah buat pertimbangan berlandaskan akal yang waras yang dianugerahkan.
Amir Post at 9-10-2009 14:55 ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
Yang dari mula thread ini kau kata bidaah tu aper ke hal???
Lenkali kalau nak ikut wahabi jangan cepat sangat menghina orang lain ataupun nak membidaahkan pengikut2 mazhab lain yang tak sama amalan mereka dengan amalan ugama wahabi tu.
Begitu jelas mendoa menelangkupkan tangan ketika doa2 tertentu ada hadis dan sandarannya...cuma orang yang tak habis belajar dan tak jumpa hujjah2 tersebut cepat sangat nak melatah....macam kau laa |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
pagi tadi saya attend kelas 'falsafah islam' dari seorang prof madya dari UM, yg punya back ground yg saya kira canggihlah...BA dari al azhar, Master dari UM dan satu lagi master dari US, then phd dari Brimingham us...
i think he is somebody gak dlm system pentadbiran yg berkait dgn agama di negara kita ni..sbb dia ada mentioned jakim rujuk dgn dia..balai polis bukit aman pun ada rujuk dgn dia..he must be somebody lah tak payah mentioned nama lah ...as he said ada beberpa ulama di malaysia ni jadi buruan fahaman2 tertentu yang nak bunuh mereka hanya kerana mereka lantang menentang fahaman mereka..dia pun salah seorang menentang fahaman wahabi dan syiah
saya tanya betul ke wahabi ni dah menyeleweng? dia kata dah terlalu jauh menyeleweng dari ajaran sebenar...dan mereka nak mengembangkan ajaran mereka di seluruh dunia islam..di malaysia ni aja ada dlm 30% fahaman wahabi..sampaikan ulama2 di negara2 islam termasuk mufti lubnan tu pun gaji nya dibayar oleh arab saudi..supaya mereka tidak anti wahabi..yg menyebabkan ajaran wahabi ni byk menyeleweng katanya kerana terlalu mudah mejatuhkan hukum haram...talqin haram, tahlil haram,....mcm 2 lagi..ada seorang pensyarah di ipta katanya kalau dgr tahlil tu sampai menggigil lah badannya kerana terlalu taksub dgn wahabi...dan ada juga rupanya sebilangan wahabi di negara timur tengah ni yg naik unta pegi haji hanya kerana fahaman wahabi..bab ni nak tergelak pulak saya teringat kata2 one forumer kat sini..taksub sgt dgn wahabi..
begitu juga syiah..di upm sahaja ada lebih dari 800 orang iran dan mereka minta izin utk bina masjid syiah..tapi jakim tak benarkan..sekarang ni katanya bukit aman sedang mengikuti trend terbaru secara closely..sbb katanya ada sejumlah bilangan warga arab saudi yg masuk ke malaysia hilang tak balik..tiada rekod keluar dari negara ni..ni semua agent2 wahabi yg nak mengukuhkan fahaman wahabi di kalangan umat islam di sini..
panjang lebar lah ceritanya dari falsafah islam ke pada islam sejagat..merata dunai islam dia sentuh..ayahnya seorang tok guru hebat di kedah kalau sebut nama pasti ramai kenal ni..
anyway saya tanyakan, bab angkat doa ni..betul ke utk doa tolak bala ditelangkupkan tapak tangan..dia terus baca doa tu sampai part kena telangkup tangan tu dia pun demo kat kami..saya cuma kata ada hadith yg samatapi pemahanam berlainan..he said, benda yg ada nas dan dipraktiskan ulama terdahulu jgn lah di ubah2..so according to him memang adalah bab doa telangkup tangan ni...wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah minta la sangat2..nanti tak dapat kecewa. Serah je pada takdir. Come What May... "Berdoalah kepadaKu, NESCAYA akan Kuperkenankan bagimu..."...Adakah ini satu janji?atau ia sekadar penggalak untuk kita menyembah Dia je...tak confirm pun Dia nak bagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|