CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_WonBin

Nah Amik Kau: Petua jadi Jutawan ....

[Copy link]
Post time 14-11-2009 12:28 PM | Show all posts
iutu maknanya allah nak duga@ uji dia la tu.. pandai bersyukur atau tidak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2009 12:38 PM | Show all posts
Tak sembahyang ni sama macam pecah amanah & ingkar, yakni pecah amanah sebagai seorang umat islam .... Duit tak berkat, RM100 tu nilai sama macam RM10. Cepat aja habis.

orang kampung yang jujur dan beramal soleh, income cuma RM500-600 sebulan, tetapi boleh tanggung 3-4 orang anak sekolah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:48 PM | Show all posts
Kita target nak lahirkan jutawan Melayu yang Islamik. Islamik ni bukannya parti PAS, tapi tetapi bertanggungjawab ke atas saudara islam yang lain. Tak kedekut, takda dengki. Kalau dia senang, dia akan berkongsi dengan orang lain yang susah, bukan nak pi bomoh supaya orang jadi bankrupt. Contoh akhlak mulia ni, kalau ada kucing kacau dia makan, dia akan share sedikit ayam atau tulang dengan kucing. Orang macam ini, rezeki dia tak pernah putus walaupon semasa dia sedang kesusahan. Kalau pakai serban hijau sekalipon, tapi bila kucing datang meow mintak makan tapi dia halau dengan kaki, susah laa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 02:19 PM | Show all posts
betul tu, aku sokong...walau apa pun kita buat jangan sesekali tinggal solat 5 waktu tu dan melengahkan solat...

aku kalau balik rumah tok mertua, hubby aku kalau time subuh tu , masa org dah azan subuh tapi hubby masih dok sedap tido lagi..siap ler kena membebel ngan tok dia....
Tok mertua aku selalu dok pesan, kalau nak rezeki murah,banyak, berkat jangan ler dok lengahkan solat....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 02:31 PM | Show all posts
orang kampung yang jujur dan beramal soleh, income cuma RM500-600 sebulan, tetapi boleh tanggung 3-4 orang anak sekolah.
cmf_WonBin Post at 14-11-2009 12:38

itulah betapa pentingnya mencari rezeki yang halal...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 02:40 PM | Show all posts
bersih & suci kn lah hati kite.Tapi ngape ade sesetengah org yg jujur & lurus asyik kena tipu je.sudahnye tak ke mana....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2009 03:05 PM | Show all posts
bersih & suci kn lah hati kite.Tapi ngape ade sesetengah org yg jujur & lurus asyik kena tipu je.sudahnye tak ke mana....
izasec Post at 14-11-2009 14:40

disitulah kepentingan menuntut ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 09:35 PM | Show all posts
Seronok dengar pandangan wonbin.

Setiap makhluk Allah telah ditentukan rezeki. bahkan ikan-ikan dilautan, ulat dalam batu pun Allah dah tentukan rezekinya.

Firman Allah dalam surah Saba ayat 39 maksudnya " Katakanlah (wahai Muhammad) ; Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki."

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 6 maksudnya, " Dan tiadalah satu pun dari mahkluk-mahkluk yang bergerak di bumi ini melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan".


rezeki Allah tidak berbentuk kekayaan harta benda sahaja malah meliputi kesihatan, ketenangan jiwa, anak-anak yang soleh, isteri solehah dan sebagainya.

Rezeki yang Allah limpahkan, kita harus bersyukur melalui berbuat kebaikan dan menghindarkan kejahatan.

Salah satu kunci pintu rezeki kita menjaga silaturrahim, berbuat baik dengan ahli keluarga, bersedekah terutama kepada anak-anak yatim, membaca al quran dan berdoa setelah berusaha.

Tadi saya baru membaca "solat dhuha magnet rezeki". Banyak hadis sahih yang turut membincangkan solat dhuha mampu menarik rezeki jika diamalkan.

Sabda Nabi, "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan." dan "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 11:35 PM | Show all posts
Selepas saya menghilang selama setengah tahun daripada forum ini, sayakembali untuk menulis dengan cara yang agak lain, iaitu unsur keagamaan.............
......Setelah pulang daripada perantauan, sedih untuk saya katakan bahawaorang Melayu di Pantai Barat semenanjung Malaysia adalah Melayu yangpaling lemah ekonominya. Melayu Indonesia dan Melayu Kelantan adalahmelayu yang perkasa dan berdaulat.
cmf_WonBin Post at 13-11-2009 17:38


tulisan berunsur agama apa agaknya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 03:28 AM | Show all posts
mak bapak aku selalu mengingatkan aku tentang sembahyang dan amalan2 yg baik ..

sesetengah tu aku mampu lakukan.. dan sesetengah lagi tengah berusaha melaksanakan sesempurna mungkin..

tapi pesanan yg selalu mak bapak aku pesankan..

setiap hari.. apabila menutup akaun.. biarpun berapa jumlah sales aku hari tu.. mesti ucapkan syukur alhamdulillah.. selalunya aku tadah tangan je tanda syukur kat yg maha kaya.. dan alhamdulllah.. walaupun aku kadangkala melalui detik2 sukar.. aku dpt rasakan Allah sentiasa membantu dan memberi petunjuk kepada aku..

syukur alhamdulilah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 03:50 PM | Show all posts
30# Alt-F4

aku skang ni dah ikut cara ko...

lepas kira akaun, aku ucap syukur alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 07:39 PM | Show all posts
30# Alt-F4

terima kasih atas tunjuk ajar tu.. kadang2 mmg alpa dan lalai dengan kenikmatan yang tuhan kurniakan..
insyallah lepas ni setiap kali tutup buku account / pulang dari mencari rezeki.. elle akan ikuti setiap kata2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 11:05 PM | Show all posts
meniaga ni prinsip plg penting
jgn tamak
thats all


regards
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:11 AM | Show all posts
thanks bg yg bukak topik ni..byk sungguh yg sy dpt dr pembacaan n perbincangan uol's semua...thankss
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:18 AM | Show all posts
aku rasa meniaga ni kena ada sifat tamak.. baru boleh berjaya..

maksud aku tamak yg positif..

mcm situasi aku skang ni.. dlm satu hyper ni.. ada 4 kedai atau kiosk jual barang yg sama mcm aku.. tapi alhamdulillah.. daripada 4 dah kurang 1.. sebab dah kena keluar.. mungkin tak mampu nak bayar sewa.. dan sekarang tinggal 3..

so aku still berfikir dan tiba2 idea aku muncul bagaimana nak attrack kasteme masuk ke dalam kedai..

sebab kalo utk kiosk.. diaorg lebih byk advantage sebab boleh display barang disekeliling kiosk diaorg. so customer just pandang2.. then kalau nampak terus tanya atau beli..

berbanding kedai yg hanya nampak sedikit sahaja barangan drpd luar.. kuasa utk menarik pelanggan masuk agakk sukar pandangan aku.. so aku berfikir2... ntah mcmana ilham tu mai.. aku cedok je idea drpd kompeni2 besar yg menggunakan consultant utk susunatur kedai depa..

so idea aku.. kalo korang nak kasi org masuk kedai korang.. korang cuba tgk apa yg guardian buat.. apa yg watson buat.. apa yg butik besar2 ( yg mmg kompom laju barang dia ).. atau paling senang.. apa yg tesco buat..

aku byk buat penelitian terhadap tesco.. guardian dan watson.. yg mana aku boleh cedok skill susunatur diaorg.. aku cedok je.. dan alhamdulillah.. aku perhatikan ada kesan pada kehadiran kasteme mengenai skill susunatur kedai nih..

sebab tu businessman kena nampak apa yg org lain tak nampak.   susah woo nak mai ilham ni.. aku bagi kat korang secara eksklusif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 10:58 AM | Show all posts
wonbin,

thanks for sharing ur thought.. , dlm quran sumer dah ada... tinggal nak ambik atau tidak..memang kalau dah buntu, back to basis jer - quran dan sunnah - (hadis pun kekadang tak tau sahih atau tidak)...cth - orang kufur nikmat ni selalunya dia nak kebaikan dunia, so tuhan kasi kebaikan dunia, sebab tu dalam doa, kita kena mintak kebaikan dunia dan akhirat.

2. sebab tu dalam al- baiyina - (dan surah-surah lain) seburuk2 mahkluk adalah mereka yang kufur nikmat (rezeki Allah diambil, tapi still tak nak kerjakan apa yang Allah suruh)

3. tuhan juga berfirman - mintalah padaNya dan KERJAKAN SOLAT DENGAN SABAR, so bagi mereka yang define REZEKI tu dari wang ringgit - lihatlah sekeliling - kekadang tuhan kasi rezeki yang lebih bagus dari wang ringgit (cth kesihatan, kebahagian) tapi masih nak wang ringgit - BERSABARLAH...


sebab ni  dah macam think tank punya discussion, kupas isu ni  wonbin

3. TANGGUNGJAWAB USAHAWAN ISLAM DALAM EKONOMI, SOSIAL & POLITIK MASYARAKAT ISLAM SENDIRI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2009 11:09 AM | Show all posts
wonbin,

TANGGUNGJAWAB USAHAWAN ISLAM DALAM EKONOMI, SOSIAL & POLITIK MASYARAKAT ISLAM SENDIRI. ...
hazel23 Post at 16-11-2009 10:58


tajuk yg bagus..............sangat sesuai pada zaman ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 01:32 PM | Show all posts
37# sinar_inspirasi

tak dapat ku bayangkan sinar menaip terrr...ketar...ketar... menahan kesejukkan... heater berapa F?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2009 06:36 PM | Show all posts
Konsep Hirarki Kekayaan & Sumber Pendapatan

- Orang paling di atas adalah paling kaya.
Jika anda berada di bawah tetapi kaya, itu mungkin kerana anda mudah rezeki (peniaga warong tepi jalan yang jualan RM5000 sehari !!) atau seorang pencuri/penipu (tipu orang dengan pelbagai skim yang kununnya cepat kaya tak perlu kerja)


Contoh:

Di atas sekali ialah: Tan Sri 'K' - Dapat jadi main developer projek RM1 Billion. Masuk poket Tan Sri K paling koman pon RM80 juta bersih. Beli sebijik Ferrari RM1 juta. Masih ada cash RM79 juta.

Kat tengah2: Sub contractor dan pelbagai vendor, each dapat tender RM1 juta - 100 juta from Tan Sri K. Subcon pulak ada sampai 2-3 lapis subcon. Mereka ini enjoy pakai BMW 5 Series, kondo RM2 juta depam KLCC. Subcon paling bawah sekali dapat tender RM200 ribu atau bulanan RM8 ribu-10 ribu.

Kat paling bawah: Kerani Am, office boy, yang kerja dengan sub contractor. Gaji RM750-1000 sebulan.


Mahu kaya, duduklah kat hirarki paling atas !!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 06:42 PM | Show all posts
ckp mmg senang tapi nk laksanakan
umpama berjln atas bara api....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.283272 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list