CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

gempa bumi 7.0 richter di Haiti; UPDATE mangsa bley capai 200,000

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2010 07:50 AM | Show all posts
Bandar karnival Haiti hampir lenyap

DUA wanita menjual buah-buahan dan sayur-sayuran kelmarin di depan
sebuah rumah yang ranap akibat gempa bumi di Haiti pada Selasa lalu.

JACMEL - Bandar Jacmel yang terkenal di Haiti ini amat popular dengan festival apabila ramai penduduk bersuka ria memakai topeng berhias sambil menari di jalan raya dan suasana meriah dipenuhi pelbagai lagu gembira sebelum gempa bumi berlaku pada minggu lalu.

Namun, gempa bumi terburuk di pulau Caribbean itu Selasa lalu mengubah bandar Jacmel, 32 kilometer dari bandar raya Port-au-Prince yang kini dipenuhi dengan banyak runtuhan bangunan dan bau mayat.
Bandar itu dihuni oleh 40,000 penduduk.

"Segala-galanya diambil daripada saya kecuali nyawa saya sendiri," kata Gabriel Mollet, 31, yang kini tiada pekerjaan.
Dia mengharapkan kedatangan pelancong asing dapat mengubah nasib masyarakat kembali kepada kehidupan normal.
"Kami belum menemui mangsa yang selamat daripada runtuhan.

"Apa yang boleh kami lakukan ialah kami cuba membantu penduduk yang selamat kerana kami tiada jentera untuk melakukan kerja-kerja berat," kata seorang anggota bomba Colombia, Jenny Ramirez.

Gempa minggu lalu mengakibatkan hospital di bandar itu musnah sekali gus menyebabkan sepasukan kecil doktor dan jururawat merawat pesakit dari sebuah klinik manakala lebih 100 penduduk masih terlantar di beberapa khemah.

Seorang pengarah sebuah rumah kebajikan kanak-kanak, Danny Pye berkata, anggaran awal menunjukkan 3,000 penduduk maut dan banyak mayat terbiar.

Tiga perempat rumah di pinggir Jacmel musnah tetapi jalan utama menghubungkan Port-au-Prince yang memakan masa tiga jam perjalanan kini dihalang runtuhan sekali gus menyukarkan usaha penghantaran bantuan. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 10:39 AM | Show all posts
Korban gempa cecah 200,000

PORT-AU-PRINCE: Haiti menganggarkan kira-kira 200,000 maut dan 1.5 juta kehilangan rumah selepas gempa bumi dahsyat melanda negara ini hingga ada yang terselamat sekali pun kemudian meninggal dunia di jalan raya manakala doktor merayu bantuan segera dihantar dan pencuri pula bergaduh sesama sendiri.

Dunia menjanjikan lebih banyak sumbangan wang, makanan, ubat-ubatan dan bantuan anggota polis. Kira-kira 2,000 anggota Marin Amerika Syarikat tiba di kawasan perairan berdekatan. Bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga tiba untuk memberikan bantuan.

Enam hari selepas gempa melanda, pasukan menyelamat masih lagi mencari mangsa terselamat dalam keruntuhan bangunan dan kediaman.

Namun, setiap jam yang berlalu, keperluan asasi untuk beratus ribu mangsa juga semakin meningkat.

Pakar bedah merayu untuk bekalan ubat bius, pisau bedah dan gergaji bagi memotong lengan dan kaki yang hancur. Beribu-ribu mangsa terselamat memenuhi bas dengan sesesak mungkin untuk keluar dari bandar berkenaan. Di tepi jalan, mangsa mengemis untuk barangan keperluan.

"Apakah kami disisihkan? Di mana ada bekalan makanan? jerit seorang mangsa, Jean Michel Jeantet.

Program Makanan Sedunia (WFP) berkata, ia menjangka dapat memperhebatkan operasinya daripada memberi makanan kepada 67,000 orang Ahad lalu kepada 97,000 orang Isnin depan.

Agensi bantuan itu masih memerlukan 100 juta makanan untuk 30 hari akan datang dan merayu lebih banyak sumbangan.

" Saya tahu bantuan tidak dapat datang dengan segera," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di New York selepas kembali dari Haiti.

Lebih 1,000 pesakit menunggu untuk dibedah di hospital, kata Partners in Health Di luar pekarangan lapangan terbang yang dikendali oleh Amerika Syarikat, seorang lelaki maut ketika helikopter tentera udara membawa pesakit ke kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vinson.

Di pusat bandar, beribu-ribu mayat yang ditinggalkan diangkut sementara mayat lain diheret oleh penduduk ke simpang jalan, dengan harapan lori sampah atau kumpulan bantuan akan mengambilnya.

Keganasan menambahkan lagi mangsa. Polis antirusuhan melepaskan tembakan - sebahagian besarnya di udara - untuk memecahkan pergelutan beberapa ratus orang yang berebut botol arak di sebuah kedai terbakar.

Seorang remaja terkena tembakan di paha. "Kawan, selamatkan saya! selamatkan saya!," laungnya, dalam keadaan berlumuran darah dan satu kakinya hancur. Sebuah kenderaan bantuan perubatan kebetulan berlalu di situ dan berhenti membantunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 07:35 AM | Show all posts
Sedekad untuk bangunkan semula Haiti

MONTREAL 26 Jan. - Perdana Menteri Haiti, Jean-Max Bellerive semalam merayu kepada negara-negara penderma supaya membantu usaha untuk membangunkan semula negaranya yang musnah akibat gempa bumi.

Hampir dua minggu selepas bencana yang mengakibatkan lebih 150,000 orang terkorban dan sejuta lagi hilang tempat tinggal, kuasa-kuasa antarabangsa yang bersidang di ibu negara Kanada ini diberitahu tempoh sekurang-kurangnya sedekad diperlukan untuk membangunkan semula negara Caribbean itu.

Bellerive yang turut berada di Montreal berkata, dunia perlu mengatur strategi jangka panjang bagi membangunkan semula negara termiskin di benua Amerika itu, selepas memenuhi keperluan terdekat untuk bekalan makanan, air, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan.

"Saya hanya mahu mengatakan rakyat Haiti akan perlu dibantu untuk menghadapi usaha pembangunan semula yang amat besar ini," kata beliau kepada para pegawai dunia termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2010 10:42 AM | Show all posts
Angka korban akibat gempa di Haiti 200,000 orang

PORT-AU-PRINCE: Angka kematian akibat gempa kuat di Haiti lebih tiga minggu lalu mencecah 200,000 orang, demikian disahkan Perdana Menteri, Jean-Max Bellerive, semalam.

Angka korban itu diumumkan ketika penduduk masih terus berhimpun bagi memprotes kelemahan pihak berkuasa dalam menangani penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa.

Bellerive berkata, gempa kuat 7.0 magnitud yang melanda pulau kecil di Caribbean itu nyata 'menyebabkan kemusnahan yang besar' serta paling tragik.

“Lebih 200,000 penduduk kini dikenal pasti terbunuh akibat gempa ini," katanya dalam satu temubual dengan AFP.

Beliau berkata, bencana itu juga menyebabkan lebih 300,000 penduduk lagi cedera manakala 250,000 rumah musnah.

Bellerive berkata, beliau sudah mencadangkan agar diwujudkan 'kerajaan kecemasan' di Haiti bagi memastikan usaha menangani bencana, khususnya mangsa yang terbabit lebih fokus.

Selain operasi penghantaran bantuan yang besar, kelemahan yang nyata ialah kurangnya aspek penyelarasan terutama dari segi pembahagian makanan dan air untuk berjuta lagi rakyat yang menderita.

“Kerajaan Haiti tidak memberi apa-apa bantuan kepada kami, mereka tidak memberi kami makanan seperti kami inginkan," kata

Sandrac Baptiste yang menyertai demontstrasi bantahan, semalam. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2013 07:16 AM | Show all posts
going to haiti soon, my husband work in recontruction port au prince...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.513754 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list