Tokoh2 Hindu dr kawasan2 lain dalam India skarang ni yg masuk ke Kashmir ialah Adi Shankara.
Adi Shankara melawat kuil Sarvajanyapitha atau Shrada Peeth di Kashmir lewat kurun ke-8 M atau awal kurun ke-9 M. Madhviya Shankaravijayam menyatakan bahawa kuil ini ada empat pintu untuk para pendita dari empat penjuru.
Acharya Adi Shankara, Kerala
Pintu arah selatan selalu bertutup jah x pernah bukak, maksudnya dah lama pendita dari kawasan selatan India x nah masuk kuil Sarvajnya Peeth. Adi Shankara bukak pintu bahagian selatan dengan mengalahkan debat semua pendita dari segenap penjuru pengajian dan aliran pemikiran macam dari aliran mimasa, vedanta, dan juga aliran2 falsafah Hindu lain.
Abhinavagupta yang hidop sekitar 950 - 1020 AD pula merupakan salah seorang ahli falsafah, orang alim, serta ahli mistik India yang terkenal. Dia juga dianggap sebagai ahli muzik penting, penyair, dramatis, pentafsir, ahli agama, dan juga ahli logik. Beliau ni memberikan pengaruh mendalam terhadap budaya Hindu n India.
Abhinavagupta dilahirkan di lembah Kashmir dalam keluarga pendita. Dia mempelajari ilmu2 aliran falsafah dan seni pada ketika itu dengan pengawasan 15 atau mungkin lebih guru. Sepanjang idop dia, dia dah menyelesaikan lebih 35 karya dan yang termasyhur sekalik adalah Tantraloka. Kitab ni adalah sebuah ensiklopedia yang menerangkan mengenai semua aspek falsafah dan amali Trika n Kaula. Harini falsafah amali Trika n Kula ni dikenali sebagai aliran Hindu Sivaism Kashmir. Lain2 sumbangan pentingnya adalah dalam bidang pembangunan falsafah meditasi dengan komentari terkenalnya Abhinavabharati dalam kitab Bharata Munnih.
Orang2 Islam n Hindu dalam Kashmir biasanya tinggal sebelah menyebelah x ada masalah macam kat mana2 kawasan pon. Orang2 Islam kat India banyaknya pengikut aliran sufi yang x begitu ketat sangan terhadap orang2 belum Islam. Dorang pon bagi hormat kepada tradisi para rishi Kashmir serta para pendita Brahmin Kashmir.
Hal ini menyebabkan berlakunya persenyawaan budaya Hindu n Islam bila orang2 Hindu n Islam pon sama2 beri hormat kepada wali2 tempatan serta buat upacara agama di bangunan agama yang sama.
Seorang ahli sufi terkenal dari Kashmir dikenali sebagai Bulbul Shah berjaya juga mengislamkan cara idop putera Kashgar Ladakh bernama Rinchan Shah. Beliau juga dikatakan menjadi orang terawal membangunkan budaya campuran Sufiana.
Bawah pemerintahan Rinchan Shah, orang Islam, Hindu, n Buddha secara amnya hidop aman sentosa. Lepas beberapa abad, pemerintahan Sufiana ini mula memberikan jalan kepada kesultanan Islam.
hahaha, stengah tempat ayat misti mau jaga jugak ... ada jugak kejadian2 buruk kat kahsmir tu, utamanya masa zaman Sikandar Lodi Pemusnah Vikaraha. yg ni mmg x leh dielakkan la sb dh mmg fakta. kita letak fakta.
Orang2 Islam n Hindu dalam Kashmir biasanya tinggal sebelah menyebelahx ada masalah macam kat mana2 kawasan pon. Orang2 Islam kat Indiabanyaknya pengikut aliran sufi yang x begitu ketat sangan terhadaporang2 belum Islam. Dorang pon bagi hormat kepada tradisi para rishiKashmir serta para pendita Brahmin Kashmir.
Hal ini menyebabkan berlakunya persenyawaan budaya Hindu n Islam bilaorang2 Hindu n Islam pon sama2 beri hormat kepada wali2 tempatan sertabuat upacara agama di bangunan agama yang sama.
genot Post at 6-2-2010 13:57
macam cara hidup di kedah zaman Raja Kedah Belum Islam lagi... walaupun rakyatnya sudah beragama Islam...
Awal abad ke-14 M, seorang general Mongol yang ganas nama Dulucha masuk menjajah lembah Kashmir melalui bahagian utara di Zojila Pass. Dia masuk dengan 60, 000 orang askar.
Macam Taimur yang masuk di Punjab n Delhi, Dulucha bawak pedang n api, hancurkan pekan2 n kampung2 yang dilalui serta menyembelih beribu2 penduduk. Serangan ganasnya itu menyebabkan keruntuhan sistem pemerintahan Hindu di Kashmir. Kemudian seorang lelaki yang dikenali sebagai raja Sahadeva dilantik menjadi raja boneka.
Masa pemerintahan Sahadeva, ada tiga orang iaitu Shah Mir dari Swat yang merupakan kawasan puak di sempadan Afghanistan, Rinchin dari Ladhak, n Lankara Chak dari kawasan dard dekat dengan Gilgit masuk ke Kashmir. Tiga orang ni kemudiannya memainkan peranan penting dalam senario politik di Kashmir. Mereka dikurniai pangkat jagir oleh raja.
Tiga tahun lamanya Rinchin menjadi pemerintah Kashmir, manakala Shah Mir menjadi pemerintah pertama dari dinasti Shah Mir. Lepas zamannya, anaknya pula bernama Jamshed menjadi pemerintah sebelom digulingkan adiknya sendiri Ali Sher Swati dalam masa beberapa bulan ajah.
Sesetengah pemerintah Kashmir macam Sultan Zainul'Abidin yang memerintah sekitar 1423-1474 M terbuka dengan semua penganut agama lain boleh sebanding dengan Akbar.
Gimanapon, ada jugak sultan yang x terbuka dengan penganut agama lain macam Sultan Sikandar Butshikan memerintah pada sekitar 1389-1413 M. Beliau ni dianggap paling x toleran antara semua. Ketegasan beliau banyak dinyatakan oleh ahli sejarah dalam kajian2 mereka.
Kitab Tarikh-e-Farishta merekodkan bahawa Sultan Sikandar menindas orang Brahmin (Hindu) dan x mahu ada orang lain selain Muslim saja dalam kawasan pemerintahannya di Kashmir. Beliau juga mengeluarkan perintah memusnahkan semua rupa2 yang diperbuat dari emas dan perak.
Kitab ini juga menyebut, ramailah para pendita Brahmin yang lari keluar dari Kashmir ketika itu bagi mengelakkan diislamkan, setengahnya meminum racun bunuh diri sebab x mahu tinggalkan agama mereka, stengahnya berhijrah ke negri2 lain dalam India skarang ni misalnya lari ke Kerala jauh di selatan India.
Lepas penghijrahan orang2 Brahmin, sultan Sikandar mengarahkan semua kuil2 dalam Kashmir diruntuhkan. Sebab beliau ni giat meruntuhkan semua kuil dan juga rupa2 dewata di Kashmir, beliau dikenali sebagai "Sikandar Pemusnah Vigraha.
nak kata ganas x jugak... dia raja yang alim n snagat hormat dekat para ulamak... kita boleh kata dia jenis yang tegas lar. dia x suka alat2 muzik yang melalaikan dalam kesultanan dia, masa dia mangkat pon dia soh org buat keranda yang terjulur kepala, kaki, n tangan dia bg rakyat insaf.
masa peperangan macam2 kemungkinan pon boleh terjadik.... hal2 macam tu biasa jah jadi dalam peperangan, bukan semestinya orang sesuatu agama jah yang lakukan... tapi Aurengzeb memang pernah bagi perlindungan kat sorang ulamak dari Sulawesi dolu masa beliau kena buang ke Sri Lanka atau India. aku x ingat sngat kisah ni, tp pernah dengar la.
ok, vido ni sesuai dengan tema Kashmir..... tapi ni cuma muzik aje, tajuk muzik ni Pari Mehel (Istana Pari2) sbenarnya ditujukan untuk Kashmir.... komposer dia nama rahul sharma, anak murid pandit shivakumara sharma, dorang ni asal-usul pendita Brahmin Kashmir jugak n pandai main alat muzik santur, bunyi mcm alat muzik org Asia Tengah n China Barat kan.
Awal abad ke-19 M, lembah Kashmir dari pentadbiran empayar Durrani dari Afghanistan, dan diperintah slama empat abad oleh kesultanan Moghul n oleh org2 Afghan, mereka ditakluki plak oleh askar2 Sikh.
Sebelum tu, sekitar 1780, lepas kematian Ranjit Singh Deo yang jadik raja di Jammu (terletak kat selatan Kashmir), ia ditawan oleh Ranjit Singh dari Lahore plak. Sejak dr tu smpai taun 1846, Kashmir kena bayar ufti kat kerajaan orang Sikh. Anak sedara Ranjit Sing Deo, nama Gulab Singh yg berkhidmat dalam istana Ranjit Singh kemudiannya melancarkan kempen perang menakluki Kashmir dari tahun 1819 serta dilantik menjadi gubenor di sana pada 1820. Melalui bantuan jeneral dia, nama Zorawar Singh, orang Sikh berjaya jugak menakluki Ladakh n Baltistan iaitu kawasan2 yg terletak di timor n timor laut wilayah Jammu.
Tahun 1845, peperangan pertama Anglo-Sikh meletus. Gulab Singh cuba bertahan sampai lar dalam peperangan Sobraon tahon 1846 apabila dia muncul sebagai orang tengah yang berguna n dipercayai oleh Sir Henry Lawrence. Dua perjanjian dimeterai dan yang pertamanya meletakkan negeri Lahore atau Punjab Barat sebagai jajahan British. Manakala perjanjian yang kedua iaitu kawasan negeri bergunung ganang terletak di timor lembangan Indus dan Ravi (lembah Kashmir) diserahkan kepada Gulab Singh.
Lepas tu Gulab Singh pon ninggal tahon 1857. Anak dia Ranbir Singh masukkan juga negeri2 Hunza, Gilgit n Nagar dalam kerajaan dia.
Negeri mahkota Kashmir n Jammu dimasukkan dalam parlimen antara 1820 n 1858. Persekutuan kedua2 negeri ini sebenarnya x begitu harmoni sebab kedua2nya ada asal-usul sendiri n x leh membangunkan identiti bersama selain pemerintahan yang bersifat autokratik hasil daripada perpecahan negeri2 dalam empayar.
Ia menggabungkan wilayah2 yang berbeza agama n etnik, yang di timur iaitu Ladakh secara etnik n budayanya berdasarkan budaya Tibet serta berpenduduk yang beragama Buddha. negeri Jammu di selatan plak dihuni oleh penduduk Hindu, Muslim, n Sikh. Kawasan tengah atau lembangan Kashmir dihuni oleh majoriti orang Muslim Sunnah, selain minoriti Hindu yang berkasta Brahmin n agak berpengaruh.
Timur laut negeri mahkota iaitu Baltistan secara etniknya berkaitan dengan Ladakh, tapi beragama Islam mazhab Shi'ah lak. Di utara iaitu kawasan Gilgit dihuni pengikut mazhab Shi'ah, dan pelbagai etnik di utaranya. Lepas pemberontakan India tahon 1857 n masa tu wilayah Kashmir menyebelahi British dan dalam tanggapan bahawa ia berada dalam pemerintahan terus empayar mahkota British.