CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: happydot

Camner korg nak markup harga?

[Copy link]
Post time 11-3-2010 01:51 PM | Show all posts
Persoalan Perniagaan dan Zakat            PDF             Print             E-mail

Soalan 01

   1. Saya baru bermula untuk berniaga, soalan saya berapa peratuskah kadar keuntungan kasar dan keuntungan bersih yang dibenarkan dalam Islam?
   2. Adakah wajib seseorang itu membayar zakat pendapatan? Sekiranya wajib bagaimana cara pengiraannya? Dan seandainya telah ditolak dari perbelanjaan tanggungan hanya berbaki kurang dari RM 500.00 adakah ia wajib membayar zakat?
   3. Dalam satu perniagaan perkongsian, saya telah berkongsi dengan kongsi bukan Islam, rakan saya mengendalikan bahagian jualan. Keuntungan syarikat dikongsi bersama persoalannya rakan kongsi saya mengambil keuntungan sehingga melebihi 100% keuntungan bagi dia tiada masalah sebab dia bukan Islam, Apakah pandangan Islam tentang ini? Bagaimana dengan keuntungan yang saya perolehi tadi, adakah ianya haram? Bagaimana untuk saya mengatasi masalah ini?

Jawapan :

   1. Tidak ada had keuntungan dalam sesuatu perniagaan walaubagaimanapun pihak penjual dan pembeli perlu ada tolak ansur dan redha meredhai antara satu sama lain dan tidak pula wujud sebarang unsur penindasan antara keduanya.
   2. Sila rujuk kepada laman web Pusat Zakat Selangor di http://www.zakatsel.com.my
   3. Seperti jawapan nombor satu di atas.


Kredit : http://soaljawab.jais.gov.my/ind ... id=73&Itemid=88
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2010 07:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by happydot at 11-3-2010 20:00
klu untung 100% je mcm mana plak ngn kos2 lain mcm ngn pengangkutan, pekerja dsb...mmg ada panduan dlm islam mengenai mengira keuntungan ni tp aku sdr pun tak pnah baca...cuma sepanjang aku berniaga n ...
lafamilia Post at 11-3-2010 09:47

Hmm, rasanya if mention 'untung', mestila maksudnya dah tolak semua kos. Saya pun pernah baca ttg benda ni tapi kurang arif lak utk huraikan.
Terima kasih banyak2 pd rakan forumer yg banyak membantu dlm hal ni. Utk beginner cam saya, mmg byk benda nak kena belajar. Kadang cam remeh je, tapi penting utk diketahui.

Hikmah dr kejadian ni, saya dah berbaik ngan rakan2 peniaga yg lain. Best gak campur ngan diorg, at least, byk perkara yg diorg inform pd saya... even pasal peluang niaga kat tpt lain. Hehehe. If kes harga ni tak berlaku, sampai skg la le sya juz senyum2 je tapi tak bertegur sapa ngan diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 11:56 PM | Show all posts
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la
blasahjela Post at 10-3-2010 22:48


blasahjela mmg ada penah baca/dengar ker ttg nih atau ko pepandai jer guna pendapat sendiri then blasah je guna nama "islam" utk sedapkan citer..?? kalau pendapat sendiri, jgn lak kaitkan dgn agama.. pastu gunakan "islam" then bwk citer yg tak betul, silap2 kang ada yg ikut ajaran sesat yg ko bwk.. then tak pasal2 ko pulak kene blasah menjawab kat akhirat karang..

anyway aku pernah baca riwayat.. pd masa zaman nabi ada kes harga barang naik, then ada sahabat jumpa baginda mintak nabi tetapkan harga barangan tapi nabi refuse.. nih hadisnya & huraiannya..

"Harga telah naik pada zaman Nabi s.a.w, maka para sahabat berkata kepada Nabi, “ Ya Rasulullah, tolong hadkan (bagi penjual) bagi kemudahan kami.” Nabi menolak lalu membalas “Allah yang maha member rezeki, dan yang menahannya, aku tidak mahu bertemu Allah dalam keadaan ada di antara kamuyang mendakwa kezaliman telah berlaku ke atasnya sama ada dalam urusan darah atau harta.”

(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

SEBAB WUJUD HADIS



Diriwayatkan daripada Ibnu Majjah :


Pada zaman Nabi, telah berlaku peningkatan harga barang yang menyebabkan orang ramai datang mengadu kepada Rasulullah dengan kata mereka : “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya harga barang telah naik di pasaran, oleh sebab itu, tetapkanlah harga barang untuk kami (sama ada turunkan atau kawal supaya tidak terus naik).” Mendengar pengaduan itu, Rasulullah bersabda sebagaimana hadis tersebut.


HURAIAN


Rasulullah tidak mahu terlibat menetapkan harga kerana Baginda bimbang akan berlaku kezaliman sama ada terhadap peniaga atau pengguna. Tatkala orang ramai datang kepada Baginda, Baginda menjawab, Baginda tidak mampu untuk menetapkan dan menurunkan harga barangan tersebut supaya tidak naik. Antara faktor lain, Rasulullah tidak mahu campur tangan secara langsung terhadap pengawalan harga yang dipinta oleh para sahabat kerana dalam hal yang berkaitan dengan kehidupan dunia khusunya ekonomi, umat Islam lebih mengetahui berbanding baginda.


Sebagai contoh, Satu ketika Rasulullah s.a.w melihat para sahabat bersusah payah memanjat pokok tamar untuk melakukan pendebungaan bunga tamar jantan dan betina supaya buahnya bermutu. Nabi menyarankan kepada para sahabat supaya tidak bersusah payah berbuat begitu. Lalu, tahun yang tidak dibuat pendebungaan itu, buahnya kurang bermutu, lantas nabi bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya kamu lebih mengetahui urusan keduniaan kamu.”


Tindakan Nabi tidak mengawal harga pasaran serta tidak melakukan campur tangan secara langsung berkaitan dengan pengawalan harga membuka ruang kepada umatnya yang lebih mengetahui faktor, sebab musabab serta kaedah terkini untuk menangani permasalahan mereka.



Harap betulkan saya kalau pendapat saya kurang tepat.. Wallahu'alam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 11:42 AM | Show all posts
Saya berniaga kecil2an, cam kat pasar malam, 3x seminggu. Barangan aksesori wanita & kanak2. Saja nak tau, pd siapa yg involve dlm perniagaan pasar malam, cam ner nak mark up harga utk jualan?
Saya  ...
happydot Post at 9-3-2010 21:39


Salam,

Memang perangai berniaga macam niee.....bila org letak harga murah diaorang marah.....takut harga rosak..
Tapi bila customer minta harga murah kat diorang.....diaorang jual jugakk....

" Itu taktik nak bersaing laaa....gerai lain kita suruh jual mahal..standart price katanya...tapi gerai lain tu jual murahh jugakk....."

So pandai pandai laa noooo

Cara cara nak mark up harga:

1-Bagi barang yang mudah rosak tu memang kita akan markup 300% dari harga asal...sebab payah nak jaga....usung sana..sini dah rosakk
2-Barang susah rosak to ..kita mark up 100% jer...sebab senang nak jaga....


itu pendapat aku laaa..

Any komen ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 03:48 PM | Show all posts
Cara cara nak mark up harga:

1-Bagi barang yang mudah rosak tu memang kita akan markup 300% dari harga asal...sebab payah nak jaga....usung sana..sini dah rosakk
2-Barang susah rosak to ..kita mark up 100% jer...sebab senang nak jaga....


itu pendapat aku laaa..

Any komen ?
cabai1 Post at 12-3-2010 11:42

errr...no komen...

just nak tanya...ko berniaga apa...?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 06:15 PM | Show all posts
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la
blasahjela Post at 10-3-2010 22:48


sebelum akhirat.. jawab laa kat dunia dulu..
dah ramai tanya...

mana dapat hukum nie.. bagi laa dalil nyer.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2010 11:52 PM | Show all posts
tq kpd mod coz bagi den credit bebanyak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 06:43 PM | Show all posts
um...ustad sy cakap leh letak harga tinggi...tp kene agak2 ah...mksd die sesuatu yang berlebih lebihan tu haram....tidur ok tp tidur lebih lebihan haram...untung tinggi ok tinggi berlebih lebihan tu sendiri mau ingat la.....
wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2010 09:36 PM | Show all posts
um...ustad sy cakap leh letak harga tinggi...tp kene agak2 ah...mksd die sesuatu yang berlebih lebihan tu haram....tidur ok tp tidur lebih lebihan haram...untung tinggi ok tinggi berlebih lebihan tu s ...
chenta_dewi Post at 13-3-2010 18:43


ada ke hukum subjektif camnie?...
saper yg decide... berlebih lebihan ke tak?...

kalau benda yg physical tu ok laaa...
sesuatu yg bleh memudharatkan kesihatan tu kira dah lebih laa tu...

tapi harga camaner yg kata berlebih2an tu....
bukan ke Nabi pun tak berani nak tetapkan harga kerana takut berlaku kezaliman
dan mendapat murka Allah..  ( cuba baca post #23 )

cuba mintak ustad tu terangkan dengan specific..
jangan ambil ringan keluarkan hukum tanpa dalil sahih..
jangan samakan logic sendiri dengan hukum Allah.

ustad mcm nie laa yg banyak buat org ramai keliru....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2010 09:57 PM | Show all posts
aku pun tgh confuse ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 10:20 AM | Show all posts
aku pun same..konpius...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 11:17 AM | Show all posts
13# tanya

uihh...syoknye leh mark up brganda2..
ada yg marah lak if turunkn rege..
mcm me brniaga pakaian ...xlak mcmtu..pasal peniaga semua jual dgn rege gila2..
sampai rasa kesian kat diri sendiri..bayangkn..sehelai baju dpt rm1-rm2 je..
rm1-rm2 tu beza dr cost baju tu..x kira lg minyak tul..penat lelah..duit mkn...pelik tul

mcm me sendiri pun paligh kuat up sekali ganda je..n ada yg x sampai pun sekali ganda..
pasal tramai peniaga jual murah2..so ctmer selalu marah klu kita jual mahal dr depa sellau jumpa..
tp kat sini byk yg mark up berkali ganda..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 12:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by amirul_nazri at 15-3-2010 13:06

customer2 skang pun dah bijak buat comparison tau...asal rasa harga lebih mahal pastue tak nak mai lagi dah ...main2 rasa jer

pendapat sorg newbie
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 01:09 PM | Show all posts
Topik ini sensitif untuk aku komen kerana melibatkan aspek agama dan prinsip individu.

Cuma ada baiknya aku pakai sudut berbeza.

Peniaga tu tentu nak untung. Sekali keluar pi jual, mau balik dengan untung RM200-500.
Itu pasal markup besar. Takkan nak untung RM100 satu malam. Nanti nak makan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 02:21 PM | Show all posts
''Pricing is a tricky business.
You're certainly entitled to make a fair profit on your product,
and even a substantial one if you create value for your customers.
But remember, something is ultimately worth only what someone is willing to pay for it."
- Scott Allen
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 02:28 PM | Show all posts
dalam islam bole mark up 100% je lebih dari tu jawab la kat akhirat karang ..so terpulang la
blasahjela Post at 10-3-2010 22:48

betul la...kalau untung lebih 100% dah dikira riba...yang jadi musykilnye macam mana kalau kita beli barang dari luar negara..kena bayar air ticket dan kos penghantaran barang .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2010 02:38 PM | Show all posts
13# tanya

uihh...syoknye leh mark up brganda2..
ada yg marah lak if turunkn rege..
mcm me brniaga pakaian ...xlak mcmtu..pasal peniaga semua jual dgn rege gila2..
sampai rasa kesian kat diri s ...
puteri_q Post at 15-3-2010 11:17

if cam ni pun susah gak.. saya standard mmg akan markup minimum sekali ganda (utk brg yg kecik & org biasanya akan ambik byk) & paling tinggi so far 5-6x ganda dr harga kos(utk item yg org biasa beli 1-2 item je pd sesuatu masa). If benda tu untung takat rm1-2 je, if brg tu jenis kecik & biasa org beli byk, maybe ok gak. Tapi cam baju tu, bukannya org beli hari2, cam teruk gak if takat untung rm1-2 per item. Nnt 'gaji' utk diri sendiri pun takde, camne nak sustain business esp if nak kembangkan sayap? Untung lak? Bagi sya, if berniaga at loss, baik tak usah berniaga, baik keja makan gaji je. Tu pendapat saya la.
Agaknya tat's y peniaga lain kat tpt saya, tak bagi saya jual murah dr diorg... utk maintain harga. Logik gak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 02:55 PM | Show all posts
betul la...kalau untung lebih 100% dah dikira riba...yang jadi musykilnye macam mana kalau kita beli barang dari luar negara..kena bayar air ticket dan kos penghantaran barang .....
cikglemer Post at 15-3-2010 14:28


anggaplah sebagai sedekah dan sebahagian dari amal jariah kepada masyarakat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 04:56 PM | Show all posts
errr...no komen...

just nak tanya...ko berniaga apa...?
zaidi_MZZ Post at 12-3-2010 15:48


aku berniaga macam macam....dari mainan budak @ sampai ke makan minum.....

Event ( motor race cuprit , konsert hot FM big jam   apa apa lagi laaa)  = aku buat air and makanan laa...

pasar mlm & ekspo = aku jual mainan , bantal , assesorie wanita.....apa apa yg boleh dijual aku jual......

Futsal I metro = makan , minum, mainan.....dll .....

pendek kata....aku akan jual apa yg boleh buat duitttt..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 06:17 PM | Show all posts
Stok ni kalau beli 100, maybe cuma 80 yang boleh jual. Baki 20 lagi kira hangus.

Zaman belasan tahun dulu aku ada kedai telefon. Housing RM2 modal, jual RM10. Takkan nak jual RM2.50 ??

Kemudian bila masuk umur awal 20an aku terlibat dgn supply barang kat kerajaan dan swasta, markup cuma 15%-20% sebab kita tak simpan stock. Dalam accounting kita pakai konsep JIT/just in time.

Masa umur 26 aku start deal dengan Motorola untuk sistem komunikasi, ini markup memang tinggi sebab highly specialized. Gaji engineer pon RM8 ribu sebulan. Mana boleh pakai konsep 30% margin. Harga pengalaman dan ilmu tak cukup untuk margin 30%, tak campur dgn lain2 komisen.

Aku juga deal dgn maincon seperti Ahmad Zaki. Markup cuma 10%-12% aja kerana perang harga tapi kita dapat credit from manufacturer.

Jadi kesimpulannya ialah kena tengok lah situasi. Tak sama. There is no such fixed margin kecuali jika berniaga naik unta bawa barang dagangan mcm Nabi pergi ke Syam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.075016 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list