|
lepas tu kitorg yg xbrape tau ni pun actually lagi tau dari cikgu yg mengajar..cne la..
cikgu x rajin membaca ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, nasib ai x memohon jadik cikgu... payah gak kalo lawan cikgu, depa x tahu smua pon tp depa kena 'macam' tahu smua gak depan anak murid. patutnya cikgu kena sama2 selidik la ngan murid2... kalo anak murid cakap betol n kena dgn penyelidikan leh wat maklumat tambahan gak... kan ke bagos untuk murid2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkembangan Roma
- Jajahan taklok Roma luas jadinya.
- kuasa Roma meliputi England sebelah barat laut n telok Farsi sebelah tenggara.
- tanah jajahan luas, jadi perlu ada division wilayah.
- satu wilayah ada sorang gobenor dgn pegawai2 tolong dia.
- semua gabenor ada dalam pengawasan maharaja, jugak dapat perintah maharaja.
Jajahan sebelah timor n barat
- ni merupakan pembahagian jajahan Roma
- Konstantinopoulis jadik ibu negara sebelah empayar Roma timor.
- Roma jadik ibu negara sebelah empayar Roma barat.
- pembahagian tanah jajahan terjadi lepas kemangkatan maharaja Theodosios pd 395 M.
- ibu negara tanah jajahan Roma barat dipindahkan dr Roma ke Ravenna di tengah2 kawasan paya.
Serangan orang gasar
Puak2 gasar yg menyerang Roma kebanyakannya adalah dr puak Jermanik.
1. Visigoth
2. Ostrogoth (Austria)
3. Vandal (Andalus)
4. Frank (Jerman skarang)
5. Hun
Serangan Visigoth
- orang visigoth mengalahkan tentera Roma dekat Adrianopoulis pd 378 M.
- raja orang visigoth, alaricous memusnahkan Thrace sampai ke pintu masok Konstantinopoulis.
- kendian org Roma wat perjanjian ngan visigoth bahawa mereka mendapat balik Thrace di asia kecil dengan membenarkan askar visigoth seramai 40, 000 orang bertempat di tanah jajahan Roma itu.
- perjanjian ni berat sebelah sebab orang visigoth ada kuasa besar dalam tanah jajahan Roma tu.
- tahon 401 M, Alaricous cuba serang Italia tp dia kalah.
- tahon 410 M, Alaricous serang Roma cara selang seli rundingan n kepungan.
- bandar Roma berjaya ditawan 3 hari sebelom Alaricous cuba nak masok ke tanah jajahan Roma di Afrika Utara.
- sebelom berjaya masok Afrika, Alaricous ninggal.
Serangan Vandalus
- menyerang jajahan Roma di Afrika utara selepas berperang dgn tanah jajahan2 tersebut.
- menyerang Roma tahon 455 M, n berjaya rampas kota tu selama 2 minggu.
Kemasukan Ostragoth
- selepas kemunduran bangsa Hun, orang ostraguth lak jadik berkuasa.
- mula2 dorang masok ke tanah jajahan Roma sebagai sekutu.
- salah sorang raja ostraguth bernama Theodorous the Great pernah memerintah Roma dr 489-526 M.
Serangan Hun
- datang dr lembah sungai Danube.
- tahon 451 M, bawah perintah raja Attila, puak Hun menyerang n merompak negeri2 dalam pantauan Roma di Italia.
Serangan Frank
- puak Frank memula tinggal di hilir sungai Rhine.
- asalnya bersekutu ngan Roma, tp kemudian serang Roma lak.
- bawah raja Klovis, orang Frank jadik kuat.
- dalam peperangan soissons, orang Frank berjaya kalahkan sorang panglima Roma n tawan kota Paris. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajaran Kristos
Yesous Hristos
- katanya memulakan agama Kristos dilahirkan dalam kawasan Yahudah di Beitullaham.
- keturunan David.
- idop dalam pemerintahan raja Roma bernama Tiberious.
- beliau idop berpindah randah lepas keluar dari Nazareth, di Galilea, Galilea waktu tu dperintah gabenor Herod.
- umor Yesous 30 tahon, dia g bersyarah agama kat org ramai n tunjuk milagrosous (mukjizat) menyembuhkan org sakit.
- kawan karib dia butrous (peter), ya'akob yukhana (james john), n tiga orang lagik abostoulous (apostles).
- dorang ni ikot Yesous mengembara n belajar mcm2 benda dr Yesous.
Ajaran Hristos
- dia ajar manusia untuk mengesakan tuhan yg satu n berdoa supaya kehendak Bapa-Nya akan terjadi di dunia.
- ajaran lain dia mcm merendah diri n berakhlak baik.
- yg terkenal sekalik drpd ajaran dia, 'sikap baik ngan seteru, doakan kebahagian org yg mencarut atas orang, buat kebaktian kpd orang yg membenci, menyeksa, n memendang rendah kpd orang lain.
Kematian atas Salib
- ajaran dia x disukai sangat orang2 setempat di dalam kawasan Yahudah sb stengahnya bertentangan ngan perundangan syariah dorang.
- Yesous dituduh menghina Tuhan orang2 Israel n dihukum salib.
Pengaruh ajaran Hristos dalam jajahan Roma
- kawasan jajahan takluk Roma kebanyakannya x beragama tetap.
- ada menyembah beberapa jenis dewa mula2nya kemudian dorang pon menyembah kpd maharaja sbg dewa jugak.
- kemudian amalan2 ni mula pupus n orang2 Roma mencari2 jalan kerohanian.
- ajaran Hristos yg ketika itu disyarahkan dalam kawasan jajahan Roma diterima oleh rakyat dalam empayar Roma.
- mulanya maharaja Roma x bermusuh dengan pengikut Hristos.
- tapi lama2 ajaran tersebut mendapat pengaruh besar n mengancam Roma.
- maka orang2 Krist dalam jajahan Roma mula diseksa.
- maharaja Nero n Diokletion antara yg terkenal menyeksa n menentang mereka.
- harta benda dorang dirampas kerajaan, kitab2 agama dimusnahkan, tiada perlindungan undang2 kpd mereka.
- ramai yg mati juga.
- sebab dorang diseksa kerana dorang xmo menyembah ke maharaja sbg dewa.
- zaman maharaja Gallirious, kejadian pembunuhan n penyeksaan dihentikan.
- tahun 317 M, satu 'perisytiharan' dibuat membenarkan pengikot2 Hristos menyembah dewa (tuhan) mereka sniri tidak diganggu lagik.
- zaman maharaja Konstantinous, dari 322-337 M, dia membenarkan kebebasan beribadat dalam empayar n menjadikan ajaran Hristos sebagai ajaran rasmi negara.
- kemudiannya agama ini menjadi agama utama dunia, n satu kuasa yg menyatukan seluruh Europa ketika zaman pertengahan.
Perkembangan ajaran Kristos n permulaan gereja2
- dua kurun lepas masehi, gereja dibangunkan secara senyap2.
- asalnya dorang tiada organisasi2 pon.
- orang2 krist akan berkumpol sama2 untuk sembahyang.
- kdang2 utusan atau rasul2 agama Krist akan menziarahi komuniti mereka atau hantar surat kiriman (epistles).
- kitab injil (gospels) ditulis kemudiannya.
- uskup2 yg dilantik dorang pon akan berjumpa di kota2 besar dalam jajahan dorang.
- dr sini kemudian dimulakan majlis2 perhimpunan sedunia menjelang kurun ke-4 M.
Perpecahan Gereja
- bila jajahan Roma berpecah jadi empayar timor n barat, maka gereja pon sm berpecah.
- kawasan sebelah timor atau bizantium mengikut gereja ortodoks, manakala sebelah barat mengikot gereja katolikos.
Perbezaan gereja barat n timor
- gereja sebelah timor guna liturgi greek, barat guna liturgi latin.
- istiadat pembaptisan sikit berbeza.
- communion n mass pon beza.
- gereja sebelah timor punya ketua2 gereja dipanggil baba, sebelah barat dipanggil pope.
- baba di gereja ortodoks x dianggap sbg ketua seluruh gereja ortodoks, tp pope adalah ketua seluruh gereja katolikos. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam
- dalam kitab2 tawarikh omputeh, mcm biasa, agama ini disebut bermula dengan nabi Muhammad (saw) n hampir semua orang feeling2 Isele pon percaya sebab kebebasan memilih di tangan masing2 selain bergantung hanya kat kitab teks pendidikan isele darjah 3
- kitab sirah2 Islam turun temurun sblom orang puteh belajar sirah kita menyebut, bahawasanya ajaran Islam sudah berjalan sejak Adam (as) sampai ke Muhammad (saw).
- tiap2 kali manusia tergelincir dalam kesesatan, Dia akan menunjukkan Kasih-Nya dengan mengirimkan nabi n rasul kpd kaum2 tertentu mengikut abad n fitrah.
- nabi terakhir dalam Islam adalah nabi Muhammad (saw), baginda bukan pemula ajaran Islam, yg memulakannya adalah Allah SWT.
- semasa zaman2 dominasi Barat atas dunia, penganut Islam dipanggil sebagai Mohammedan sama la macam penganut Christ dipanggil sbg Christians sempena gelaran tuhan dia, n lebih kurang penganut Yahudi yg dipanggil sebagai Judaism sempena pengamalan agama nenek moyang dia asal dr Yahudza Ben Ya'akob, puak yg terutama dalam kaum bani Israel n dalam 12 puak.
Sirah ringkas Nabi Muhammad (saw)
- ringkas aja lar, baginda lahir sekitar tahon 570 M dalam masa umat Arab mengalami perpecahan kesan mensyirikkan-Nya.
- bapa baginda Abdullah anak Abdol Motalleb n baginda anak sedara Abu Talib, melayu isele yg mulia smua pon tahu kalu bc buku teks Pendidikan Islam bawah sub-tajuk Sirah masa darjah 3 kat skolah rendah.
- baginda pernah menyertai kafilah berniaga dr Mekah ke Syria mengiringi Abu Talib bapak sedara dia.
- baginda menikah dengan Khadijah Khoweiled kemudiannya, masa itu umor baginda dua pulohan sahaja, isterinya umor sekitar empat pulohan n ini isteri baginda paling baginda sayangi.
- baginda terima wahyu surah pertama, melayu isele yg mulia lebih dr nabi (saw) bangsa arab yg tongong pon tahu nya.
- len2 tu peristiwa2 lah dalam kehidupan baginda n para pengikot Allah SWT macam hijrah pertama, hijrah kedua, dakwah senyap2, dakwah terang2an dan lain2.
Ajaran Islam dr wahyu Allah (SWT)
- wahyu maksudnya baginda mendengar arahan dr Allah SWT yg disampaikan oleh malaikat Jibrail (as).
- Jibril (as) ini duta Allah SWT kpd manusia.
Rukun Islam
- dari Umar (ra), rasul Allah (saw) bersabda bahawasanya: "terbina Islam itu atas lima, bersaksi sesungguhnya tiada ilah selain Allah (SWT) dan sesunggohnya muhammad (saw) itu pesuroh Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan berhajji, dan puasa dalam bulan Ramadhan sebulan, 30 hari. (kitab al'imaan 2 bab 1, al'Bukhari, UIMM, KSA)
- dari Abi Huraira (ra) berkata, sabda rasul Allah (saw): "satu hari keluar lah rasul berhadapan orang ramai, maka datang seorang laki2 yg tidak nampak macam orang yg mengembara kerana rapi pakaiannya, tp tidak dikenali orang2 di situ.
makanya lelaki itu berkata kpd nabi (saw): "apa itu iman?"
sabda nabi (saw): "iman tu sesunggohnya beriman kpd Allah dan malaikat2Nya dan beriman dengan pertemuan dengan-Nya dan rasul-Nya, dan beriman dengan kebangkitan semula selepas kematian."
kata lelaki lagi: "apa itu Islam?"
balas nabi (saw): "Islam itu sesunggohnya mengabdikan diri kpd Allah dan tidak mensyirikkan-Nya, dan mendirikan solat2, dan menunaikan zakat yg difardhukan, dan saum (berpuasa) sempena Ramadhan."
kata lelaki lagi: "apa itu ihsan?"
balas nabi (saw): "sesunggohnya ihsan itu mengabdikan diri kepada Allah SWT seakan2 engkau melihat-Nya maka sesunggohnya Dia sedang melihat engkau."
kata lelaki itu selanjutnya: "bilakah Sa'at itu?
sabda nabi (saw): "yang bertanya itu lagi tahu dari yg ditanya, walau bagaimanapon aku akan memberitahu syarat2 berlakunya, apabila telah melahirkan seorang ibu tuannya, apabila gembala unta hitam mula berlumba2 membina bangunan tinggi, antara lima perkara yang hanya Allah SWT sahaja mengetahuinya."
kemudian nabi (saw) membacakan: : "sesunggohnya di sisi Allah pengetahuan mengenai Sa'at2," ayatnya.
lelaki tersebut sehabis ayat tersebut terus pergi dr situ dan rasul Allah (saw) meminta para sahabat baginda memanggilnya tetapi tiada sapa2 pon yg nampaknya selepas itu. sabda rasul Allah (saw), "itulah Jibril, telah datang dia mengajarkan manusia agama mereka."
(kitaab al'imaan 2 bab 34 sahih al'Bukhari, UIMM, KSA)
Rukun Iman
dirumuskan dr kitab suci al'Quran
1. iman kpd Allah SWT
2. iman kpd nabi2 n rasul, 25 nabi2 n rasul wajib diketahui orang awam, dr Adam (as) sampai Mohammad (saw) n lima yg uloul 3adzmi.
3. iman kpd malaikat2 cr tafsil n ajmal, orang awam tahu 10 nama malaikat dr yg tafsil juga fungsi2 mereka ada
Jibril, Mikaal, Israafeil, 'Izraael, Monkar n Naker, Ridhwan n Maalek, Raqeb n 'Ated.
yang diketahui cr ajmal ada lima lagi iaitu zabaniah, 7amalaatul'3arsy, rahmat, kiraaman kaatibin, harut n marut, n hafazah.
3. iman kpd kitab2 org awam wajib tahu, suhuf ibrahim, torah musa, zabur/mizmour daud, injil 3isa, quran.
4. iman pada hari pembalasan n pengadilan lepas kebangkitan
5. iman kpd qada' n qadar (ketentuan Allah baik atau burok masih dalam genggaman-Nya) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 22-3-2010 20:50
Perkembangan ringkas daulah Islamiah
- kebanyakan nabi n rasul Allah sebenarnya adalah khalifah n raja yg dilantik oleh Allah tp bergantung pula kpd mereka sama ada ingin memilih hidup sebagai raja atau hanya yang sederhana, nabi Muhammad (saw) memilih kehidupan yg sederhana sahaja tp bukan bermaksud baginda bukan raja.
- begitu juga nabi2 n rasul2 Allah yang lain n antara nabi2 yg kehidupannya sbg cara raja2 adalah nabi Daud (as), juga nabi Sulaiman (as) yg mewarisinya dr bapanya nabi Daud (as).
- baginda nabi (saw) wafat sekitar tahon 632 M.
- sebelom kewafatan baginda, baginda telah berjaya menyatukan seluruh jazirah Arab.
- sebelom diutuskan baginda (saw) oleh Allah SWT, puak2 Arab terbahagi kepada mcm2 jenis puak yg asyik berperang sesama sniri juga tidak bersatu padu.
- pemersatu orang2 tersebut adalah ajaran Islam.
- daulah Islamiah pertama dalam abad akhir zaman adalah Madinah al'Munawwara dengan nabi (saw) sbg ketua negara, dalam perbendaharaan bahasa Melayu kan ada sebut 'baginda' merujuk nabi, bukan dia yg membawa maksud baginda adalah 'raja yg berpegang dgn ajaran-Nya' walaupon kpd Tuhan dirujuk dengan 'Dia' tp dgn huruf 'D' besar.
Khulafaa'urraashidin (Khalifah2 empat)
Abu Bakar as'Siddiq
- khalifah pertama menerima bai'ah umat Islam adalah Abu Bakar as'Siddiq.
- beliau memimpin ekspedisi tentera ke Syria bagi membuka Syria kpd cahaya Islam.
Omar al'Khattab (634-644 M)
- khalifah kedua ini membuka Syria, tanah Parsi, kawasan Palestine, kota Konstantinopel, n Mesir.
- selepas pembukaan negri2 ini, maka mereka beralih ke Afrika Utara pula.
- pembukaan merebak sampai ke Andalusia di selatan Sepanyol, n jika tentera Islam tidak dikalahkan dalam peperangan Tours pada 732 M di Perancis, maka cahaya Islam pastilah merebak ke seluruh Europa Barat.
- kejayaan Omar membuka tanah Parsi telah meluaskan kawasan yg disinari cahaya Islam sampai ke Oxus n Hindu Kush.
- selain itu, Omar juga menghantar tentera ke Thana berhampiran Bombay pd tahon 637 M serta tempat2 lain dalam wilayah Sindh.
- menjelang 712 M, kawasan2 seperti Sindh, Multan dan hilir lurah sungai Indus berjaya dibuka.
- beberapa bahagian lain seperti Kush, Katiawar, n beberapa bahagian dalam Malwa juga berjaya dibuka.
- cahaya Islam meliputi satu kerajaan yang terhampar dr pergunungan Pyrennes sampai ke Hindu Kush menyentuh tiga benua iaitu Afrika, Europa, n Asia.
Bahagian2 kerajaan
- kawasan yang luas amat susah ditadbir oleh hanya seorang khalifah sahaja.
- maka muncul beberapa kerajaan merdeka pd pertengahan kurun ke-8 M.
- maka ada tiga kekhalifahan iaitu khalifah Baghdad, khalifah Qurtuba (Cordova), n khalifah Qahera (Cairo).
- khalifah Baghdad menjaga wilayah2 sebelah Timor, khalifah Qurtuba menjaga wilayah sebelah Spanyol, n khalifah Qahira menjaga wilayah2 dalam Afrika.
Kesan perkembangan kembali sinar Islam
- naik n bersinarnya ajaran Islam dalam lima kurun selepas kewafatan nabi (saw) mengikut stengah ahli2 rowayat merupakan suatu perkara yang ajaib dalam perkembangan sejarah dunia.
- kebudayaan Islam dr padang pasir Hejaz bergaul dengan kebudayaan kawasan2 lain seperti Syria, Yunani, Roma, Parsi, n Indu (India).
- selepas percampuran kebudayaan ini, kebudayaan di ketiga2 pusat kekhalifahan menjadi maju.
- hal ini menguatkan persefahaman antara timor n barat pd ketika itu.
Sebab2 kejayaan umat Arab
- kekuatan kita bergantong kpd ajaran Islam!
- persaudaraan n persamaan berdasarkan kpd khutbah terakhir baginda rasul (saw) di bukit Arafah dlm lembah Uranah pd 9 zulhijjah.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
- Islam merupakan kewajiban, bila 'membuka' sesuatu kawasan bukan hanya untuk sebab keduniaan, tetapi untuk keselamatan abadi bersama di Akhirat kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Keemasan kekhalifahan Islam
Tamadun Islam umat Arab
- lima kurun awal selepas wafat baginda rasul (saw), para sahabat n penganut Islam lain telah memajukan kebudayaan n tamadun yg telah lebih maju drpd kebudayaan n tamadun di Europa semasa itu.
- tamadun2 ini merupakan tamadun2 hibrid yang dibentur oleh ajaran Islam seperti tamadun Parsi, tamadun Yunani, tamadun China n tamadun India.
- umat Islam Arab menunjukkan kesabaran dalam menunaikan perintah agaman tamadun asing sekaligus menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan tanpa mengira warna kulit, agama, n bangsa.
- wujud macam2 jenis cabang ilmu pengetahuan.
- walaupon tamadun bersifat hibrid, tetapi ia berjaya menyesuaikan diri dengan percubaan2 manusia dalam bidang politaik n kerajaan, perniagaan, ilmu seni bina, n kesenian2 lain.
- sesetengah lapangan fikiran Islam jugak turut terpengaruh dengan tamadun luar, walaupon umat Islam cb melindungi identiti di tengah2 pengaruh asing.
Tamadun merebak
- tamadun Islam merebak ke tempat lain khususnya di Europa melalui jalan perdagangan n perniagaan.
- ada juga alim ulama' Europa n Yahudi yg melawat pusat2 pembelajaran Islam seperti di Qurtuba n Baghdad.
- mereka mendapatkan sedikit ilmu di situ n membawa pulang pula ke tempat mereka n diajarkan kpd sedara sedari di Europa.
Sumbangan Islam kpd tamadun dunia
Politaik
- umat Islam Arab menjalankan pentadbiran kerajaan dengan cara bersatu n kerajaan begitu menjadi contoh kpd kerajaan2 di Europa pd zaman pertengahan.
- cara memungut cukai yg baik.
- memperbaiki jalan raya yg telah dibina orang Romawi, memotong terusan, membina pancutan air, n memperkenalkan sistem pos yg cekap.
Ekonomi
- umat Islam Arab boleh dikatakan maju juga dalam perniagaan.
- mereka menggunakan pelbagai jenis logam membuat gelas, pinggan, mangkok, juga membuat kertas.
- mereka menulis makalah berkenaan perladangan, n memperkenalkan teknik pertanian baru.
- menanam tebu juga anggur.
- agak cekap dalam bidang berkebun n tahu mencatut tumbuhan bg menghasilkan mcm2 jenis buah.
- selain itu juga berkebolehan dalam bidang menenun jahit.
Ilmu
- mempunyai pengetahuan dalam bidang astrologi, ilmu kaji bumi, ilmu perubatan, juga menyumbang kpd kemajuan Europa moden.
Falsafah
- ilmu falsafah yg membentuk jalan pemikiran turut mendapat perhatian.
- sumbangan yg diberikan tidak begitu besar tp masih memberikan kesan.
- umat Islam tidak digalakkan bertikam lidah, tikam lidah membawa kekufuran meniru tingkah laku seperti orang Yunani
- Ibnu Rushd menghuraikan n memberikan komentar mengenai falsafah Aristotle.
- Ibnu Khaldun juga merupakan seorang ahli riwayat n ahli sejarah yg mengembara mengelilingi dunia.
Sastera
- mempunyai sya'ir2 yg indah dalam macam2 bidang seperti peperangan, percintaan romantis, kematian, dan macam2 lagik ditulis penyair2 zaman itu.
- al'Firdousi (925-1020 M) merupakan antara penyair keperwiraan yg terbaik.
- Buku tulisan Rustoum bertajuk "Shahnameh" ditulis oleh umat Islam Parsi.
- juga kitab karangan Omar Khayyam iaitu Ruba'iyyat ditulis pada zaman ini.
- juga penulisan seperti "Kisah 1001 Malam."
Seni
- dalam ilmu seni bina, mereka mendirikan masjid2 macam masjid Qurtuba.
- membuat istana besar2 macam al'Hamra di Ghranata (Granada) n di alcaser di Sevilla.
Pendidikan
- menggalakkan pendidikan dengan membangunkan universiti di Baghdad, Qahera, n Qurtuba.
- institusi2 ini menarik perhatian pelajar2 seluruh Europa n ramai pelajar2 Europa Utara beragama Krist turut belajar di Qurtuba.
- universti macam universiti Paris n Oxford juga mendapat ilham universiti kat spanyol itu.
demikian cahaya Islam bersinar dalam masa kegelapan melanda kawasan2 Europa dlm turun naik tamadun manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah... topik yang paling besh dlm donia. spm dlu khatam sebuku teks tu (yg lama, kaler apa tah). |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah... topik yang paling besh dlm donia. spm dlu khatam sebuku teks tu (yg lama, kaler apa tah).
Weller Post at 23-3-2010 15:41
kenh.... jarang jumpa orang minat bc kitab sejarah sb banyak sangat benda dalam itu, tu sb banyak yg lagi suka buka blog2 yg x ada asas... salute kat you |
|
|
|
|
|
|
|
Daulah Othmaniah (Muslim Asia Tengah)
asal usul I
- nama othmaniah diambil n dibangsakan bani Othman dr nenek moyang pertama iaitu sultan Othman ben Sauji ben Ortughrul ben Suleiman Shah ben Kia Alp ketua kepada puak Kabi di Asia Tengah.
- semasa puak Tatar masuk menyerang dunia Islam, menakluk, membakar, membunuh, n memusnahkan ilmu pengetahuan, Suleiman Shah iaitu moyang kepada sultan Othman berasa bahawa kawasan pentadbirannya di Mahan beeada dalam bahaya.
- dia bekerjasama dengan anggota suku besarnya untuk lekas2 pindah ke negeri lain yg lebih selamat n aman dalam tanah Anatolia di Asia Kecil.
- Suleiman Shah n anak2 buah kemudian meninggalkan Mahan menuju ke Anatolia keluar dr kampung yg kemudian akan dilanda hancur habis sb x ada orang dh dalam kampung itu bila Tatar masuk.
- anak buah Suleiman Shah yg mengikut dia itu ada dalam 1, 000 ekor kuda, n penghijrahan berlaku dalam abad ke-7 H.
- x lama kemudian mereka berhenti di Akhlat sebelom terpaksa keluar ke Azerbaijan sebab Tatar lalu dekat negeri itu.
- dapatlah berita semasa Suleiman Shah berada di Azerbaijan bahawa Tatar x jadi serang Mahan, negeri mereka n dia pon berasa hendak balik ke kampong semula n membangunkannya balik.
- dalam perjalanan balik, mereka berhenti di benteng Ja'abar dalam wilayah Orgha sbelum menyeberang sungai Ephrat.
- masa nak menyeberang sungai, Suleiman Shah tenggelam dalam sungai sb air sungai naik mendadak n orang x dapat bantu dia.
- jenazah dia dikebumikan di benteng Ja'abar. |
|
|
|
|
|
|
|
asal usul Othmaniah II
- Suleiman Shah ada lima orang anak:
1) Sankurtakin
2) Kun
3) Toghdai
4) Ortughrul
5) Dandan
- anak sulongnya kembali semula ke Mahan di Asia Tengah manakala anak keempat n kelima iaitu Ortughrul n Dandan pula meneruskan perjalanan ke Anatolia.
- dua adik beradik itu kemudian memeilih tanah Erzerum buat negeri n Ortughrul dilantik jadik ketua kabilah.
- Sankurtakin n yg lain2 balik ke Mahan langsung dh x dengar cerita lagi dh lepas itu.
- Ortughrul menghantar anak dia, Sauji mengadap sultan Alauddin Kaiquibas iaitu Sultan Seljuq Rom minta izin untuk duduk tinggal mengembala ternakan n bercucuk tanam di situ.
- masa berjalan nak balik bagitau ayah dia kebenaran, Sauji jatuh meninggal.
- berita gembira patut dibawa balik, berita sedih yg sampai dengan kematian Sauji.
- dalam berjalan hendak ke tanah yg dipilih itu, Ortughrul terserempak dengan dua angkatan peperangan tengah bertebas2 n jumlah angkatan tentera x seimbang.
- Ortughrul berasa hendak masuk campor n dia suroh anak buah dia serbu masok dalam medan tempor membantu pihak yg lemah.
- masa tengah lawan, baru mereka tahu, musuh yg dihadapi mereka adalah musuh tradisi mereka, iaitu mongol.
- pihak yg mereka bantu itu rupanya adalah tentera sultan Alauddin Seljuq yg cuba bertahan dr serangan Mongol.
- keadaan pon berubah dengan bantuan Ortughrul, tentera sultan Alauddin pula berjaya menghalau keluar Mongol. |
|
|
|
|
|
|
|
asal usul Othmaniah III
- Sultan Alauddin Seljuq berasa gembira dengan berita baik yg diterima n negri dia selamat.
- dia mengundang Ortughrul ke istana dan memberi persalinan, tanah, n wilayah pentadbiran kpd Ortughrul.
- kalo jadi perang2, Ortughrul n anak buah dia akan setia membantu sultan Alauddin.
- tiap2 kali menang, Sultan akan kurniakan wilayah2, harta benda, n askar bawah seliaan Ortughrul digelar "Moqaddama Sultan" maksudnya tentera yg sentiasa berada di baris hadapan.
- tahon 678 H (1288 M), Ortughrul pon meninggal.
- cucu sulongnya, bernama Othman ben Sauji, dilantik mengganti Ortughrul. |
|
|
|
|
|
|
|
Othman I
- menggantikan datuknya n mendapat gelaran Bey dari Sultan.
- wilayah dia boleh pakai matawang sniri dengan kebenaran Sultan, wilayah luas n autonomi serta nama dia boleh disebut dalam solat juma'at sbg pelindung negri, hanya dia x pakai mahkota raja sahaja.
- kemudian dalam tahon 699 H (1300 M), tentera Tatar masuk buat kacau n Ortughrul berusaha kuat menghalang wilayahnya n wilayah Sultan Alauddin dr ditakluk.
- tp x berapa lama pulak sekitar 700 H, Sultan Alauddin Seljuq meninggal n dia x ada pewaris yg layak.
- makanya Ortughrul lah yg mengambil pentadbiran Sultan memakai gelaran Padi Shah Aal Othman (raja besar dinasti Othman).
- negeri Izki sheher menjadi ibu negara.
- tentera diperkuat, negara dimajukan, n pertahanan diperkukoh.
- dia kirim surat kpd raja2 negeri kecil sekitar Asia Tengah yg belum menganut Islam lagi waktu itu bahawa dia memegang wilayah besar n raja baru negara.
- dia beritau dalam surat tiga perkara:
1. menerima Islam
2. jizyah kalo x terima Islam
3. perang kalo x mau dua2 pon
- lepas terima surat, ada negeri2 yg menerima Islam n terus bergabung dengan negara Othman n stengah yg lain setuju saja bayar jizyah.
- yg degil x mo menerima salah satu dr dua syarat pula meminta bantuan kpd Tatar.
- Sultan Othman sudah bersedia n dia memang dh ada angkatan askar besar waktu itu.
- panglima tentera dia adalah anak dia bernama Ogur Khan melawan Tatar sampai Tatar hancur sebelum sampai dalam kawasan mereka.
- Kemudian, mereka masuk dalam Bursa n kepong kota itu pd 717 H (1317 M).
- lepas masuk kota Bursa, baru dorang menakluki smua benteng2 n kubu2 yg ada di sekeliling.
- daulah Islamiah ini mendapat nama dari nama Othman I. |
|
|
|
|
|
|
|
Ogur Khan I
- Othman I mangkat pd 726 H (1326 M).
- Ogur Khan pula mengganti.
- Ibu negara di Izki Sheher dipindahkan ke Brossa.
- adiknya, Alauddin dilantik jadi Sadr-e-Azam (Perdana Montri).
- tentera disusun atur balik n diberi nama Jikicheri (askar baru), popular dengan panggilan Inkishariah.
- setahun di takhta, dia menakluki Izmir (Nikomedia).
- 713 H (1330 M), dia takluki pulak Niqiah (Nicea), kota kedua terbesar lepas Konstantinople (Istanbul).
- seluruh pantai Marmora jatuh dalam pengawasan Othmaniah.
- lepas itu mula pula peperangan dengan kemaharajaan Greek Bizantium.
- tahon 756 H (1356 M), tentera Othmaniah bawah panglima Suleiman ben Ogur Khan menyeberang n menakluki Galipoli.
- hal itu adalah permulaan tentera Othmaniah melintas pantai Europa dr Asia Kecil.
- lepas itu Galipoli jadi kubu pertahanan Othmaniah.
- Suleiman ben Ogur Khan meninggal jatuh kuda masa berburu tahun 759 H (1358 M).
- Ogur Khan sedih, n meninggal kemudian sb sedih sangat setahon kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
Murad I
- Murad ben Ogur Khan dilantik gantikan takhta lepas kematian Ogur Khan.
- dia pon pernah jadik panglima perang.
- awal dilantik, dia menakluki Ankara.
- tahon 763 H (1361 M), dia menakluki Adrianapolis (Ederne) tanpa banyak rintangan.
- kota Ederne penting dr segi politaik n peperangan.
- pusat pemerintahan diubah ke Ederne.
- kemudian dia takluki pula Philopholis, kota ini penghubung daulah Othmaniah ke Bizantium n Serbia.
- Bizantium terpaksa terima hakikat kewujudan daulah Othmaniah.
- maharaja Bizantium terpaksa mengikat persahabatan n hubungan diplomasi dengan daulah Othmaniah.
- mereka juga hanya boleh minta bantuan daulah Othmaniah.
- negara2 Europa Timor (bukit) lain mcm Hungary, Serbia, Bulgaria, n Montenegro lambat jugak takluk, mana2 ada lobang dorang akan berlawan dgn Othmaniah.
- negara2 Kristian Balkan pon berasa cemas lah (Islamophobia).
- mereka minta bantuan Pope Urbanus V supaya boleh lah kiranya jadi orang tengah menghubungkan Europa Timor dengan Europa Barat sana bg membendung perkembangan daulah Othmaniah n menghalau umat Islam dr pantai Europa.
- jika tidak bertindak, maka bahayalah orang Krist akan kena sembelih dengan orang kafir penyembah berhala (Islam).
- permintaan raja2 dalam kerajaan2 Balkan itu mendapat perhatian Pope Urbanus V.
- dia pon kirim surat kpd smua raja2 penganut Katolikos sebelah Europa Barat.
- raja2 Krist Katolikos sebelah Europa Barat pon mendapat surat n sedia 'berjihad' lawan 'kafir' Islam n memelihara keagungan agama Kristos.
- raja Serbia, Quroc V x sabar2 la menunggu angkatan perang Europa Barat untuk bantu mereka.
- dia musyawarah dengan raja Bosnia n Falakh, dengan sokongan beberapa ribu pahlawan negara Magyar akan sama2 serang Ederne.
- berita tersebut sampai ke daulah Othmaniah n tentera Othmaniah dh tunggu di laut Mariza.
- waktu malam gelap2 mata x nampak, tentera Othmaniah serang tentera bersekutu dr Balkan itu.
- angkatan perang dorang kucar kacir.
- dorang kena lari pd 765 H (1363 M) n kalah.
- daulah Othmaniah mula mendapat pengaruh di pergunungan Balkan n Pope Urbanus V sedih dengar kekalahan ahli gerejanya kpd orang kafir.
- perang Mariza ni antara peperangan yg menentukan kesinambungan daulah Othmaniah n kelangsungan ajaran Islam di Europa sampai 600 tahon.
- jika daulah Othmaniah x bersiap sedia, maka mereka akan hancur, sejarah Islamiah di Europa akan tiada juga tiada negara penampan melindungi kawasan Asia Barat kalau orang2 Balkan itu menang n datang pula bantuan dr Europa Barat sb dorang x akan berenti sampai daulah Othmaniah sahaja, mereka akan terus masuk Asia Kecil, kemudian masuk ke Beitulmaqdis bg melunaskan dendam perang Salib yg dimulakan mereka dahulu.
- maharaja Bizantium juga risau melihat perkembangan daulah Othmaniah.
- tahon 1396 M, beliau ke Roma di Italia mengadap Pope n meminta belas ihsan Pope supaya masuk campur mengenangkan nasib pengikut2 Kristos yg akan menghadapi bahaya dimurtadkan orang kafir (Islam) jika daulah Othmaniah tidak dihalang.
- maharaja Bizantium dilaporkan mencium tangan, ujung jubah n lutut Pope, n kemudian menyembah kepada beliau.
- maharaja Bizantium juga melakukan upacara semayang mengikot cara semayang puak katolikos.
- hal ini sampai ke telinga rakyat Bizantium di Konstantinople, sebab gereja Ortodoks di Timur tidak pernah tunduk kpd kuasa gereja Katolikos di Italia sana.
- usaha maharaja gagal, rakyat juga sakit hati dengan beliau sebab dia merendahkan dirinya kepada pope aliran lain n daulah Othmaniah juga berasa marah dengannya.
- sultan Murad x henti setakat meluaskan pengaruh di Europa Timor sahaja.
- dia pon menguasai Samakov, Sofia, Monazir, Nice Serys, Saloniki.
- raja2 di Serbia n Bulgaria membayar jizyah kpd daulah Othmaniah.
- raja2 kawasan Asia Kecil juga ditundukkan misalnya raja wilayah Karmian n Karman dr pecahan kerajaan bani Seljuq.
- raja2 dinasti Lazarus dr Serbia n Sisman bersekutu lagi dengan Bulgaria perangi Othmaniah.
- mereka turut mendapat bantuan Bosnia, Falakh (Albania), n Hezergovina selain ditambah dengan askar2 dr Magyar n Poland.
- banyak sekutu dalam perang menyebabkan mereka over-confident mereka akan menang dgn Othmaniah.
- sultan Murad waktu itu dh tua, tp dia jadi panglima perang.
- tahon 719 H (1389 M), Othmaniah menang perang.
- pihak Krist Europa pula, ramai askar mati n cedera.
- Sultan Murad periksa smua askar2 pihak lawan yg dh mati, sb takot ada yg masih hidop n cedera supaya boleh dibawa rawat.
- kemudian tiba2 sorang askar Serbia berdiri dr bawah mayat2 askar n tikam rusuk Sultan Murad.
- beliau meninggal akibat tikaman askar tersebut tahon 791 H (1389), rahmat Allah atas roh beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Beyazid
- Sultan Murad I diganti oleh Beyazid ben Murad.
- dengan gelaran Yildrum (Thunderbolt) sb dia cepat mcm kilat dalam perang.
- dia tetap menruskan polisi penaklukan ayahnya, tp dia mengiktiraf raja Stephenus Lazarus sbg raja Serbia dengan istiadat agama Kristos, hanya dengan syarat mereka bayar jizyah kpd daulah Othmaniah juga pinjamkan askar kpd daulah Othmaniah dalam bilangan2 yg tertentu n Lazarus ini pon akur lah.
- tahon 1391 M, Beyazid menakluki kubu Philadelphia iaitu kubu terakhir dalam kota2 orang Romawi dalam Asia Kecil.
- dlm Asia Kecil itu, dia menakluki Eiden, Sarukhan, Muntasa, n raja2 dalam kawasan itu x tahan lagi, mereka lari minta suaka dengan Castamonio di utara.
- dia juga menakluki n menggabungkan kerajaan Qurman dalam daulah Islamiah pd tahon 1392 M.
- tahon 1393-1394 M, dia menakluki kota Samsun, Qaisariya, Siwas, n Tukaat, akhir sekali Castamonio juga ditakluki.
- akhirnya semua kerajaan2 bani Seljuq-Romawi diserap masuk dalam daulah Othmaniah.
- amir2 yg ada lari minta suaka dengan Timurlane.
- kerajaan Trabzon di utara, n Amir di barat daya saja yg dikuasai oleh Riders pulau Rhodes, daulah Othmaniah x masuk lagi.
- kerajaan2 Kristos Europa pon cuba bersatu padu melawan kafir Othmaniah balik.
- Raja Sigmund dr Magyar (Hungary) sekali lagi meminta campur tangan dan pengaruh Pope untuk membangunkan semangat Salib semua kerajaan2 Europa sama ada di Barat atau Timor (Bukit) bg memelihara kesucian agama drpd serangan 'kafir.'
- Pope ketika itu Bonifacio kemudian menyeru smua kerajaan Europa melancarkan perang Salib terhadap Othmaniah.
- beliau akan menganugerahkan pengampunan (indulgence) kpd rakyat n sapa2 yg ikot perang Salib.
- seluroh Europa bangun, rider, raja, orang2 bangsawan smua kumpol di Magyar (Hungary).
- orang England, Perancis, Scotland, Genoa, Transylvania, Jerman, Vlaanderen (Belanda), Moldovia, Rhode Island, Bosnia, n Albania pon ikot.
- angkatan perang besar2an ni sekali harung nak menuju ke Beitulmaqdis n skaligus nak menakluki Syria lepas hancurkan Othmaniah.
- di Nicopouli, dorang bertembung ngan askar Othmaniah n perang besar.
- Beyazid menang n ramai bangsawan Kristos Europa tertawan pd Zulhijjah 789 H bersamaan 1396 M.
- raja Sigmund dr Magyar (Hungary) pernah berlagak kata bahawa kalau langit jatuh pon dia akan tahan ngan perisai dia tp masa dalam perang dia pulak naik gerun n lari sama2 riders dia ke Rhodes.
- sampai kat laut itam, dia lompat dalam kapal orang Kristos n lari, perbuatan dia itu jadi buah mulot smua tawanan Europa di Othmaniah. |
|
|
|
|
|
|
|
Serangan Timurlane di Othmaniah
- zaman ini masih zaman sultan Beyazid, Timurlane nak menghancurkan daulah Othmaniah biar dia saja berkuasa.
- Timurlane dapat alasan nak kacau Asia Kecil bila amir Iraq, Ahmad Jelayar minta suaka pd sultan Beyazid ms negeri dia kena serang dengan Tatar.
- Timurlane antar surat mintak org minta suaka dr Iraq itu, tp sultan Beyazid xmo bg.
- maka Timurlane pon mulakan serangan atas wilayah2 Othmaniah.
- orang Europa Timor smua pon sronok mendengar berita ini, maharaja Baizantium pon berasa lega sb harapan Othmaniah akan hancur.
- mereka smua utus surat bergembira kpd Timurlane n ucap tahniah.
- ada raja2 di Asia Kecil minta perlindungan Beyazid n ada yg bergabung dengan Timurlane sb mahu kuasa penuh atas wilayah mereka balik.
Beyazid n Timurlane
- sultan Beyazid n Timurlane sama degil, keras kepala, kejam.
- mula2 cuma balas surat provoke saja tp kemudian perang gak sb sultan Beyazid bengang kat Timurlane.
- dia x pikir lagi keseimbangan peperangan, waktu itu tentera Othmaniah ada 120, 000 saja, banding dengan tentera Tatar ada 800, 000 orang.
- perang meletus dalam musim panas, ramai askar sultan Beyazid meninggal sb haus.
- baru mula pertempuran di Ankara, tentera2 bahagian Beyazid tiba2 masuk sebelah askar Tatar.
- dorang belot sebab dorang nampak bekas negeri2 lama dorang n raja2 dorang dimakzulkan oleh sultan Beyazid.
- askar sultan Beyazid kalah, sultan Beyazid dgn dua anaknya Musa n Ortughrul ditawan Tatar pd 804 H sama dgn 1402 H.
- Beyazid dimasukkan dalam keranda besi n diangkut g mana2 pon sampai meninggal tahon 1403 M.
- daulah Othmaniah hampir nak hancur.
- Mustafa anak Beyazid dilaporkan meninggal dalam peperangan, Musa pon tertawan.
- yg tinggal cuma anak2 yg lain iaitu Suleiman, Isa, n Muhammad.
- Suleiman balik ke Ederne jadik sultan di sana.
- Isa g ke Brossa jd khalifah wakil kpd Sultan Beyazid n cakap dia waris sah sultan Beyazid.
- Muhammad plak dengan sisa2 askar g ke Amasia di timor laut asia kecil.
- kat sana dia aturkan kekuatan smual lawan balik dgn abang2 dia.
- bila Musa bebas dr tawanan, masalah lagi rumit bila dorang mula berebut.
Lepas menjarah
- Timurlane balik smula ke Asia Tengah di Samarqand.
- bawak ghanimah besar jugak.
- negeri2 kena jarah habes ancur tinggal abu.
- raja2 Kristos di Europa Barat pon brasa sronok sangat dgn perkembangan buruk Othmaniah.
- mereka pon gembira lepas Beyazid mati.
- raja2 England, Castilia (Spanyol), Perancis, n maharaja Baizantium hantar surat tahniah kpd Timurlane.
- Othmaniah kafir sudah x kacau mereka lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|