|
AIM 17: Pencalonan sama rata, tiada dominasi
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar JEFFRI IRAN dan SYEFRY MONIZ
AZIZ BAKAR (tengah) bersama senarai calon-calon akhir Anugerah Industri Muzik Ke-17 pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
MELIHAT kepada senarai akhir calon-calon Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang telah diumumkan baru-baru ini ia cukup menarik untuk diperkatakan. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, edisi kali ini memperlihatkan pencalonan yang sama rata dan boleh dikatakan tiada sesiapa yang mendominasi senarai akhir itu.
Dalam erti kata lain, pencalonan itu seimbang dan pastinya AIM17 bakal menyaksikan saingan hebat antara penyanyi lama dan baru.
Pengerusi Persatuan Akademi Industi Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar berkata, pencalonan tahun ini merupakan yang terbanyak sepanjang 17 tahun AIM dianjurkan dengan 925 pencalonan diterima meningkat sebanyak 30 peratus daripada tahun lalu.
Biarpun jumlah itu besar, tetapi bilangan album yang dinilai tahun ini tetap sama dengan tahun lalu iaitu sebanyak 54 album baik dari segi fizikal mahupun digital.
Biarpun jumlah itu menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dan mampu mengukir senyuman kepada semua pihak, hakikatnya kata Aziz, kualiti album, lagu dan yang berkaitan masih lagi tidak menunjukkan peningkatan yang membanggakan.
Dalam soal itu jelasnya, ia sesuatu yang harus dipandang serius oleh semua karyawan seni khususnya komposer dan penulis lirik dalam menghasilkan lagu yang mampu dinikmati serta mendapat sambutan daripada semua golongan masyarakat.
"Mereka perlu bekerja keras untuk memberikan hiburan terbaik kepada pendengar dan saya percaya inilah cabaran yang perlu ditempuhi oleh mereka dalam zaman teknologi ini.
"Bukan mereka sahaja tetapi semua individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan dan menerbitkan satu-satu karya itu kerana zaman sudah berubah.
"Kalau ada sebuah lagu yang bagus dan dapat diterima dengan baik oleh masyarakat, ia sebenarnya dapat melonjakkan lagi industri hiburan tempatan selain menaikkan nama mereka," ujarnya pada sidang akhbar AIM17 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Namun begitu, Aziz secara peribadi menolak dakwaan yang mengatakan jumlah peningkatan pencalonan itu kerana AIM mula memberi ruang penyertaan kepada penghasilan single sejak tahun lalu.
Jelasnya, perkara berkenaan tidak dapat dinafikan kerana ia merupakan trend yang berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara-negara Barat.
Malah, dengan syarat baru itu, ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada semua karyawan seni untuk menghasilkan lagu dan mencalonkannya untuk AIM.
"Kalau single dihasilkan kualitinya bagus, tidak mengapa kerana sekarang memang semuanya adalah berdasarkan single. Sekarang, memang jarang untuk masyarakat membeli album fizikal yang memuatkan 10 buah lagu.
"Tetapi dalam masa yang sama, sesuatu harus dilakukan bagi meningkatkan lagi pendapatan industri muzik negara agar dapat memberi semangat kepada karyawan seni untuk terus menghasilkan karya yang terbaik," ujarnya lagi.
Antara yang disarankan Aziz ialah rancangan perniagaan yang membabitkan pembahagian keuntungan untuk lagu-lagu yang dimuat turun secara sah menerusi syarikat telekomunikasi.
Buat masa ini katanya, 50 peratus daripada jumlah tersebut menjadi hak mutlak syarikat telekomunikasi manakala selebihnya dibahagikan sama rata antara syarikat rakaman, komposer dan penulis lirik serta penyanyi.
Memikirkan syarikat telekomunikasi memperolehi keuntungan berlipat ganda daripada khidmat pesanan ringkas khususnya, tidak salah jika bilangan peratusan untuk karyawan seni dinaikkan kepada 70 peratus.
Dalam perkembangan lain, pasaran industri muzik tempatan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus tahun lalu iaitu RM101.8 juta berbanding RM76 juta untuk tahun 2008.
Daripada jumlah itu, jualan muzik digital iaitu muat turun nada dering dan lagu dari Internet meningkat sebanyak 50 peratus iaitu RM30.2 juta.
Jualan album fizikal yang merangkumi cakera padat, kaset, video cakera padat dan cakera video digital pula mencatatkan peningkatan sebanyak 28 peratus dengan jumlah RM71.6 juta.
Mengenai senarai pencalonan pula, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza kali ini tidak kurang hebatnya apabila sekali lagi tersenarai untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Ku Percaya Ada Cinta daripada album Tahajjud Cinta.
Buat pertama kalinya juga, Siti dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu berlandaskan tiket lagu Amarah yang dinyanyikannya bersama penyanyi seberang, Krisdayanti.
Lagu yang dimuatkan dalam album duet mereka, CTKD itu juga menerima pencalonan dalam kategori Album Pop Terbaik bersama-sama album solo Siti, Tahajjud Cinta dan bersaing hebat dengan tiga calon lain iaitu Dayang Live (Dayang Nurfaizah), Aku Stacy (Stacy) dan Kronologi Cinta (Vince Chong).
Selain itu, salah sebuah lagu dalam album CTKD iaitu Sebagai Teman juga tercalon dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi penggubahnya, Aubrey Suwito.
Penyanyi dan komposer muda yang semakin meningkat naik, Yunalis Zarai atau lebih popular dengan nama Yuna menunjukkan taringnya apabila menerima empat pencalonan kali ini termasuk Artis Baru Terbaik.
Lagu Dan Sebenarnya ternyata memberi tuah dan rezeki buat Yuna apabila lagu itu memberikannya dua pencalonan iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik.
Sebuah lagi karyanya, Deeper Conversation pula dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik bersama-sama tiga penyanyi dan kumpulan lain iaitu Hazami, Disagree dan Bunkface.
Faizal Tahir juga kembali mengganas kali ini menerusi album keduanya, Adrenalin yang tersenarai sebagai Album Rock Terbaik selain lagu Bencinta dicalonkan untuk Lagu Rock Terbaik dan nyanyian Faizal untuk lagu tersebut disenaraikan menerusi kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu.
AIM17 akan disiarkan secara langsung pada 2 Mei ini dari PWTC dan disiarkan secara langsung menerusi saluran ntv7 dan juga stesen radio rasmi, Hot FM.
reporter yang tulis FT cakap bahasa penjajah kat KSS ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
tapi ok la....ganas pun ganas la![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
'ganas' sungguh bahasa dia ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
tp ok la.... klu tak, harus le kita smua kt sini mengganas kutuk dia seganas2nya mcm hari tu! ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
janji dia xbash FT cm rtu dh..
gnas pn gnas le....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|