|
tuan rumah... boleh tak sy cut & paste tulisan diatas?? tk.... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah... boleh tak sy cut & paste tulisan diatas?? tk....
zamnie Post at 2-4-2010 11:01 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Insyaallah boleh... dengat niat untuk sebarkan kebaikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
SubhanAllah..
sesungguhnya manusia itu sering dilalaikan oleh dunia. manusia yang beriman akan ditanya tentang setiap perilaku dan masanya. bagi yang belum beriman semoga Allah memberi sinar nur pada mereka untuk meyakini keEsaan Allah Taala dan mengimani ape yang termaktub dalam al-Qur'an.
syukran jazilan pada TT. harap dapat sambung lagi kata2 dan nasihat buat kami semua disini..insyaAllah semoga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat Nya.
Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nilai satu pahala tetapi nilai pahala!
1. Pahala itu uncountable. Bagaimana boleh manusia menilai akan 'satu' pahala. Apakah pahala itu sesuatu yang berkeping-keping atau berbiji-bi ...
Amir Post at 1-4-2010 10:36 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Pahala uncountable bagi manusia, tapi countable bagi Allah swt. Kita tidak tahu keadaan sebenar nilai satu pahala sebab ia perkara ghaib yang tidak sampai akal manusia. Bagaimanapun dari segi untuk membezakan satu amalan dengan satu amalan digunakan 1 2 3 dan seterusnya untuk memudahkan pengertian manusia membeza antara satu dengan yang lain. Perbezaan nilai antara satu pahala dengan satu pahala yang lain sebenarnya untuk memberitahu kita amal jenis manakah yang lebih Allah swt suka, jika tinggi nilai pahala yang dijanjikan itu tandanya Allah swt suka jika manusia melakukannya. Sebagai contoh, jika solat sendirian dapat satu pahala, jika solat berjamaah dapat 27 pahala maka solat berjamaah itu lebih disukai oleh Allah 27 kali ganda dari solat sendirian.
Kita sepatutnya ambil berat tentang nilai-nilai pahala, tujuannya supaya kita tahu amal ini lebih Alllah swt suka dari kita buat ini. Apabila kita selalu membuat amal yang menyukakan Alllah swt, mudah mudahan kita mendapat redhonya, dan satu lagi amal yang disukai oleh Allah lebih besar bermanafaat dan kesannya kepada manusia. Umpama seorang ayah menjanjikan RM100 jika anaknya dapat no 2, RM300 jika dapat no 1. Ini menunjukan No 1 lebih bapanya suka dari no 2. Bagaimanapun no 3 tetap diterima dan tetap menyukakannya.
Jika kita selidik tentang nilai2 amal ada macam-macam jenis. Ada satu pahala, ada dua pahala, ada 700 pahala, ada 700,000 pahala, ada 49,000,000 pahala dan ada pahala yang disebut tidak terhitung dan ada yang tidak putus-putus, ada juga diumpamakan seperti seribu bulan dan macam-macam. Macam-macam Allah swt nak bagi kita sebenarnya, cuma kita sahaja mungkin buat endah tak endah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pahala uncountable bagi manusia, tapi countable bagi Allah swt. Kita tidak tahu keadaan sebenar nilai satu pahala sebab ia perkara ghaib yang tidak sampai akal manusia. Bagaimanapun dari segi untu ...
zamkumis Post at 2-4-2010 18:57 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
setuju sangat dengan pandangan ustaz TT, setiap perlakuan dan setiap pertuturan malahan apa yang disimpan dan terdetik di hati , maka Allah akan menilainye biar ia sekecil biji sawi. Tiada apa yang mustahil bagi Maha Pencipta, Allah telah memberi jalan @ panduan agar kita mendapat petunjuk, diberikan masa untuk mengenal diri, diberi waktu selagi mane kita sempat untuk bertaubat.
Allah maha mengetahui hatta semut hitam di batu yang hitam pada malam yang kelam...Subhanallah |
|
|
|
|
|
|
|
pernah gak dgr tazkirah soh timbng2 pahala agak2 dh byk mana, cukup ke.Ada gak dalil mengenainya diutarakn. timbang Dan sukat agak2 blh slmt tak lg |
|
|
|
|
|
|
|
aku takut & insaf.....
tp aku sering lalai...
cemane yek nk bljr seimbangkan tnpa ada 1 hari pun aku lalai dan alpa...
ya Allah seronoknya kalau dpt seimbang dunia dgn akhirat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pahala uncountable bagi manusia, tapi countable bagi Allah swt. Kita tidak tahu keadaan sebenar nilai satu pahala sebab ia perkara ghaib yang tidak sampai akal manusia. Bagaimanapun dari segi untu ...
zamkumis Post at 2-4-2010 18:57 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bagaimana nak mengajak manusia jadi insaf dan apabila manusia itu telah insaf,apa yang kena dia buat. Itu persoalannya.
Kamu tak ceritakan atau gambarkan banyaknya pahala agar manusia yang mengaku beriman mengejar kepadanya. Cuma kamu cerita tentang nilai satu pahala. Walhalnya Nabi ada gambarkan nilai pahala agar manusia cuba memperolehinya.
Solat berjamaah bukan 27 pahala pengertiannya tapi lebih kepada keberkatan. Umumnya semua tahu bahawa solat itu besar pahalanya tapi tak digambarkan. Walaupun besar pahalanya,tidak jugak manusia pergi mengambilnya. Mengapa?
Jadi,kamu cakaplah berapa besar sekali pun pahala yang akan didapati namum jika puncanya tidak diperbaiki,pahala besar cuma tinggal pahala besar jugak. Kejarnya tak ada.
Saya bagi contoh:
Nabi kata, orang yang menyembahyangkan jenazah mendapat sebagian pahala saje dan jika turut menghantar/mengiringi jenazah ke kubur akan mendapat 2 bahagian pahala. Rasulullah ditanya tentang kadar 2 bagian pahala itu. Jawab nabi:"Yang terkecil dari 2 bagian itu sebesar gunung Uhud."
Nabi kata,ucapan kalimah tauhid memberatkan timbangan. Pahalanya ialah apa yang ada di Langit dan apa yang ada di Bumi dan apa yang ada di antara keduanya sekali. Besarnya pahala!
Jika anda manusia yang insaf dan keinsafan anda boleh dicontohi oleh pembaca,itu yang lebih baik. Dan dedahkan kepada pembaca apa yang membuatkan anda itu insaf. Jika itulah kamu bicarakan,saya sedia menjadi tetamu kamu yang setia dan terus membaca apa yang kamu dedahkan.
Jika benarlah kamu telah insaf,saya berpendapat bahawa sekarang kamu sedang mengsucikan diri kamu daripada segala yang dilarang oleh Allah. Ini bertepatan,seperti mana perintah Allah kepada Nabi Musa supaya mendatangi Firaun dan mengajak dia mengsucikan dirinya.
Jadi,ajaklah manusia agar mereka dapat mengsucikan diri mereka daripada bercakap tentang nilai satu pahala. Itu lebih afdhal.![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 3-4-2010 07:50
setuju sangat dengan pandangan ustaz TT, setiap perlakuan dan setiap pertuturan malahan apa yang disimpan dan terdetik di hati , maka Allah akan menilainye biar ia sekecil biji sawi. Tiada apa y ...
jajan Post at 2-4-2010 19:11 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Malaikat Raqib dan Atib akan mencatit setiap gerak manusia, dia akhirat buku catatan amalan itu akan diserahkan semula kepada tuan empunya, bagaimanapun amalan bagi hati dikira sendiri oleh Allah swt, tidak tercatat dalam buku amalan. Hati kita adalah tempat tilikan Allah swt, Allah swt tidak memandang paras rupa, tetapi Allah memandang kepada Hati. Jesteru keikhlasan adalah penentuan bagi nilai amalan zahir atau amal hati, diantara kita dan hati kita, Allah diantara keduanya. Hati manusia dijadikan dari tanah yang diambil dari Surga Firdaus. Oleh kerana hati adalah tempat tilikan Allah swt maka amat perlulah ia sentiasa bersih berseri dan dihiasi dengan keindahan sifat-sifat yang terpuji dan niat-niat yang baik dan besar. Jangan kita biarkan banyak sampah sarap dan kotoran dalam hati kita. Jika dalam rumah kita dihiasi indah, tetapi terdapat setompok najis dilantai rumah, kita akan malu jika datang tetamu lalu melihatnya. Satu sedekah sebiji buah tamar, dibuat dengan ikhlas kerana Allah pahalanya seperti sedekah buah tamar sebesar gunung Uhud. Mendidik hati agar menjadi ikhlas perlu kepada Istiqomah dalam melakukan amal(tekun), barulah datang istiqomah dalam ikhlas. Satu amal yang sedikit jika dibuat berterusan disukai oleh Allah swt. Marilah kita menjaga kesucian hati kita, kerana hati itu tempat tilikan Allah swt dan supay Allah swt suka memandang hati kita. Malu kepada Allah swt adalah tanda Iman. "Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya". |
|
|
|
|
|
|
|
***Kedua, Iman dan amal. Iman dan amal dua perkara berlainan yang perlu diusahakan. Amal terbahagi kepada beberapa cabang diantaranya Ibadah, muamalah dan akhlak, terbagi kepada dua, pertama wajib kedua sunat. Yang wajib sudah mesti dibuat(paksa diri), yang sunat adalah keuntungan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah swt.
Iman pula keyakinan atau Aqidah(percaya kepada yang ghaib(rukun iman)), terbahagi kepada 5. Pertama tidak ada keyakinan langsung, kedua Taklik, ketiga Ilmu Yakin, keempat Ainul yakin dan kelima Haqkul yakin. Iman Pertama memang tidak masuk kiraan sebenarnya sebab tidak ada yakin langsung. Iman taqlik pula juga tidak diterima sebab iman jenis ikut-ikutan, orang yang taqlik sebenarnya tidak tahu hujung pangkal apa sebenarnya. Ilmu yakin ialah ilmu yang didengar atau dari pembacaan atau dari maklumat, Iman peringkat ini sudah diterima. Ainul yakin pula yakin seperti melihat dengan mata kepala dan Haqqul yakin adalah iman yang yakin tidak bergoncang walaupun sedikit(sebenar-benarnya yakin tidak ada ragu walau sedikit pun). Haqqul yakin adalah iman di peringkat yang tertinggi. Inilah usaha Iman dan Amal yang perlu kita usahakan sementara kesempatan masih ada.
*** pembetulan dari yang atas. Harap maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
seluruh isi alam pun tak mampu nak membeli 1 nilai pahala di sanann anti..
minta us.zamkumis sambung lagi artikel ni..sungguh menarik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|