|
Konsert Jelajah 2 Zaman Ella dan Faizal Tahir
[Copy link]
|
|
Jiwa rock
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
2010/04/22
![](http://www.bharian.com.my/articles/Jiwarock/pix_gal0)
Faizal Tahir, Ella bergabung tenaga dalam Konsert Jelajah 2 Zaman NR
DUNIA hiburan sebenarnya boleh diibaratkan seperti roda yang berpusing. Ada ketika kita berada di puncak, tiba masanya kita akan berada di bawah. Dan putaran itu akan berterusan sampai bila-bila. Tapi ada juga yang bernasib baik kerana walau apa pun yang berlaku, empayar mereka tetap utuh dan ampuh. Situasi seperti ini boleh dikaitkan dengan penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock, Ella.
Selepas tiga dekad berkecimpung dalam dunia nyanyian, sehingga kini masih belum ada penyanyi yang mampu menggantikan tempatnya berbanding penyanyi genre muzik lain yang saban tahun ada saja penyanyi klon yang muncul. Bukan tidak ada yang cuba menandingi penyanyi ini, tetapi malangnya mereka hanya mampu bertahan sekejap saja. Ada yang baru muncul dengan sebuah album rock tetapi tiba-tiba senyap begitu saja. Sukar untuk kekal lama. Sebagai penyanyi wanita yang mempelopori muzik rock iaitu sekitar era penghujung tahun 90-an, pemilik nama penuh Norzila Aminuddin ini sendiri mengakui bahawa dia sendiri masih belum nampak siapakah yang layak untuk menggantikannya sebagai penyanyi rock wanita.
“Saya akui sehingga kini saya sendiri masih belum nampak siapakah yang layak untuk menjadi pelapis saya. Untuk menjadi penyanyi rock, ia tidak boleh dipaksa atau diajar dan biarlah keinginan itu lahir dari jiwa mereka sendiri. Tak perlu terikut-ikut orang lain kerana saya juga membina imej sendiri untuk mencapai tahap seperti ini,” kata penyanyi berusia 43 tahun ini ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Jelajah 2 Zaman NR yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Konsert yang bakal menjelajah ke empat negara ini bakal menggandingkan Ella dengan penyanyi lelaki yang mempunyai genre muzik yang sama dengannya iaitu Faizal Tahir. Turut hadir, Pengurus Projek Konsert Jelajah 2 Zaman NR, Farid Shaoqi dan Penerbit Persembahan, Mas Omar dari Masa Entertainment dan Productions.
Begitupun, menurut Ella, untuk mengecapi semua ini, ia tidaklah semudah yang disangkakan. Katanya lebih 30 tahun berada dalam bidang ini, memang terlalu banyak duri dan ranjaunya. Namun, itu semua tidak pernah membuatkan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah ini terfikir untuk bersara.
“Tidak dinafikan, sepanjang bergelar anak seni, memang banyak pengalaman pahit manis, suka duka tetapi semuanya itu saya anggap sebagai satu pengalaman yang cukup berharga. Pun begitu, saya tidak pernah terfikir untuk bersara. Selagi peminat terus memberi sokongan saya akan terus menyanyi. Lagipun ini adalah periuk nasi saya,” katanya sambil menyanyikan sebaris dua intro lagu Standing In The Eyes of The World bagi menyokong kenyataannya itu.
Mengenali penyanyi ini, tidak dapat dinafikan lagu nyanyiannya cukup memikat telinga yang mendengarnya. Bermula era Ella & The Boys sehinggalah dia muncul secara solo, kebanyakannya berjaya mendaki carta lagu popular. Malah ia terus menjadi lagu malar segar terutama Dua Insan Bercinta, Tiada Tangis Lagi, Sembilu yang tetap diminati walaupun usia lagu itu mencecah sedekad.
Namun, untuk lagu baru Ella, sukar untuk mencari kenikmatan seperti lagunya yang terdahulu. Apakah lagu nyanyian Ella ini semakin hilang magisnya?
“Saya sendiri dapat merasakan perkara yang sama ketika menyanyikannya. Entah mengapa, saya sendiri gagal mendapatkan ‘feel’. Dan disebabkan itulah saya akan terus mencari dan mencari lagu yang setanding dengan lagu saya terdahulu,” ujarnya.
Biarpun sering menghasilkan album kompilasi dan hanya memuatkan beberapa buah lagu baru, Ella akhirnya memberikan khabar gembira kepada peminat setianya.
“Saya sekarang ini memang sedang sibuk untuk merakamkan album solo. Setakat ini album ini sudah 50 peratus siap dan dijalankan dengan kerjasama bersama tujuh komposer. Mungkin album ini akan siap sepenuhnya tahun depan. Biar mengambil masa yang agak lama asalkan hasilnya nanti memuaskan hati semua pihak,” tutur Ella yang masih kekal dengan sifat manjanya.
Mengulas persembahannya pada malam konsert itu nanti, Ella berkata seperti biasa dia akan cuba membuat kelainan supaya peminat tidak cepat bosan.
“Apa yang pasti, saya akan nyanyikan semua lagu popular saya untuk konsert itu nanti,” katanya.
Ella masih penyanyi unggul
SEMENTARA itu, Faizal mengakui dirinya teruja apabila berpeluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi rock wanita paling unggul ketika.
“Ini bukanlah kali pertama kami digandingkan bersama dalam satu persembahan.
Banyak kali juga tapi inilah yang paling besar sekali kerana ia membabitkan konsert jelajah di empat buah negeri. Sebagai seorang yang membesar dengan lagu nyanyiannya, tentunya peluang yang datang ini tidak harus saya lepaskan begitu saja.
“Ella bagi saya adalah antara penyanyi yang terunggul di negara kita dan sumbangannya dalam industri seni tidak wajar kita lupakan. Tanpa perlu menang banyak anugerah pun Ella masih mampu bertahan sehingga kini,” puji Faizal yang baru saja muncul dengan album solo kedua berjudul Adrenalin.
Mereka yang ingin menyaksikan konsert ini tidak perlu membeli tiket. Sebaliknya mereka dikehendaki membeli pakej Set Produk Eksklusif Konsert Jelajah 2 Zaman NR edisi Terhad yang membolehkan mereka menerima sekeping pas percuma bernilai RM100.
Konsert pertama akan diadakan di Auto-City, Juru, Seberang Perai Pulau Pinang pada 1 Mei ini, diikuti Danga City Mall, Johor Bahru (8 Mei), Mesra Mall, Kemaman, Terengganu (28 Mei) dan Kota Kinabalu, Sabah (5 Jun).
Selain Ella dan Faizal, penonton juga bakal disajikan dengan persembahan bakat baru, J Zellyn dan Zila. Manakala Along pula bertindak sebagai pengacara. |
|
|
|
|
|
|
|
cover HIP Berita harian hari ni, so tergerak nak beli paper |
|
|
|
|
|
|
|
terperasan dah tepek .... aku bukak thead baru
sorry morry! |
|
|
|
|
|
|
|
Ella, Faizal gegar Pulau Pinang
Metro
2010/05/01
GABUNGAN dua bintang rock, Ella dan Faizal Tahir menjayakan persembahan sempena Konsert Jelajah 2 Zaman NR2 yang bermula di Auto City, Juru Seberang Prai, Pulau Pinang, jam 8 malam ini.
Pastinya peminat ratu Rock Ella menantikan gabungan dua artis popular tanah air yang buat julung kalinya beraksi di atas satu pentas. Konsert anjuran MISB Resources Sdn Bhd itu yang diadakan sempena penjenamaan semula Nona Roguy (NR) turut bertujuan mempromosikan rangkaian produk NR serta penghargaan kepada pelanggan setia.
Pengurus Produksi daripada Masa Entertainment & Productions, Mas Ayie Mas Omar menjangkakan sambutan menggalakkan daripada peminat muzik tanah air. Pihak penganjur menjangkakan lebih 4,000 pengunjung hadir menyaksikan konsert berkenaan.
"Kami menjangkakan 4,000 pengunjung hadir menyaksikan konsert pertama di Pulau Pinang. Mereka yang ingin menyaksikan konsert berkenaan hanya perlu membeli pakej eksklusif barangan Nona Rogai (NR) yang dijual di kedai NR seluruh Malaysia atau setiap gerai yang dibuka khas di venue konsert. Setiap pakej bernilai RM100 yang mengandungi barangan herba NR dan dua pas menyaksikan konsert," katanya.
Selain konsert di Pulau Pinang, peminat daerah Selatan pastikan tidak melepaskan peluang menyaksikan siri konsert yang berlangsung di Danga City Mall, Johor Bahru (8 Mei), Mesra Mall, Kemaman, Terengganu (28 Mei) dan Kota Kinabalu, Sabah (5 Jun).
Selain Ella dan Faizal, penonton juga bakal disajikan dengan persembahan bakat baru, J Zellyn dan Zila. Sementara Along Cham (Raja Lawak) pula bertindak sebagai pengacara. Mereka yang ingin menyaksikan konsert dan mendapatkan pakej berkenaan boleh menghubungi John 012-3768082. |
|
|
|
|
|
|
|
I baru balik dari konsert Jelajah Ft n Ella...best sgt...nasib baik I dpt tempt VIP, dpt tgk clearrr ...
silentmood Post at 2-5-2010 01:30 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
wahhhh bestnya
ramai ker org yg datang tgk wak?
dia nyanyi lagu aper? |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh bestnya
ramai ker org yg datang tgk wak?
dia nyanyi lagu aper?
santubung Post at 2-5-2010 03:02 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
x brapa ramai sgt, coz ramai yg x dpt msuk...hall kecik je...cian derang...FT nyanyi lagu hot2 dia je...I tringin nk dgr dia bwk masihkah ada yg lain n sempurna, cmnih kena tggu knsert solo FT la kan..hehehe...FT nyanyi lagu Smpi Syurga, bencinta, Cuba, Mahakarya Cinta n Gemuruh... mmg best sgt, sbb dia funny, asyik buat kelakar je...siap gurau2 ngan Along raja lawak...my dad n mom yg x minat dia pon skrg dh minat...mana taknyer, FT pegi sblh daddy I n then amek trus brdiri atas krusi kosong kat sbelah tue...hehehe...Santubung kena pg tgk taw..best! 5Stars![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# silentmood
ader masa saya ikut (not in mood)
satu lagi .... kosmetik dia agak mahal RM100 - RM400
u all beli berapa kosmetik untuk masuk tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply silentmood
ader masa saya ikut (not in mood)
satu lagi .... kosmetik dia agak mahal RM10 ...
santubung Post at 2-5-2010 09:32 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
actually x beli apa2...dpt pass prcuma je...dpt 6pass, coz my daddy salah sorg yg approve tapak konsert tue, tp smlm pun I tgk2 jgk produk NR tue...mmg agak mahal...mybe sbb brg dia elok kot...{:1_125:} |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir wrote on Facebook...
Jutaan terima kasih kepada warga P.Pinang yang sangat, SANGAT sporting habis serta sudi menghadirkan diri di Konsert Jelajah 2 Zaman NR semlm. U guys totally ROCK! Awesomeness! I had such a great time. Letih2 pun bersemangat coz u guys were so sporting n awesome. Terima kasih yg x terhingga. Mmg x salah saya memilih Hard Rock Penang sbg lokasi pelancaran & showcase ADRENALIN!! Tq. A whole lotta ROCKIN' LOVE.. -FT-
"okey, sy sgt terasa...silalah jeles... " 'Just kidding!' |
|
|
|
|
|
|
|
dgr cite yg kat sabah dah batal
betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# ahhcomey
uit..yeke? xde dgr citer ponn...naper ek cancel? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# silentmood
bace kat FB FT
ade fan tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Syafini Ahmad Kamil : Thanx to FT coz perfOrm best sgt kt MESRA MALL (28/5/2010)...Sporting plak tu dgn fans..TQVM....... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
6 hours ago
Asrul Amin Zulkifli : Faizal Tahir n Ella. . . .anda cukup hebat! thanks, really made my nite!!! (p/s credit 2 iera, bg diskaun!)
7 hours ago
credit : FT fanpage |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs529.ash1/31067_393605643380_316504758380_4097015_3730336_n.jpg)
![](http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs569.snc3/31067_393605653380_316504758380_4097016_598414_n.jpg)
Mesra Mall, Kemaman
gambar hakmilik: NR BC Online Portal @ facebook |
|
|
|
|
|
|
| |
|