CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harisbee

Apakah definasi Arak dalam Islam

[Copy link]
Post time 28-4-2010 12:33 PM | Show all posts
so kesimpulannya, arak di haramkan kerana sifat empiriknya yg akan menyebabkan otak tak betul gittew ...
alyana Post at 28-4-2010 11:31


Ya

so rules disini ethanol dan yg melebihi >1% lah qannn?

adakah ia bermaksud
1. benda2 lain yg menggunakan ethanol  dan lebih 1 atau 2% dalam makanan walaupun  bukan dalam rupa arak, juga diharamkan?
2. so adakah bermakna kalau guna ethanol kurang dari 1% maka jadi halal?
3. tapai,   mana ada contain ethanol?


Rules 1 - 2 % tu sekadar anggaran. Nanti ada pulak orang tanya kalau 0.9999% tu jenuh nak masuk makmal buat testing....

1. Ya diharamkan jika memabukkan
2. Bergantung kepada bahan dan sifatnya. Ada perbezaan pendapat (lihat post sebelum ni)
3. Tapai halal kerana tidak memabukkan. Sesiapa yang menjadi mabuk kerana makan tapai maka hukum khusus untuk dirinya sendiri menjadi haram.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 12:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-4-2010 12:37
statement ni pun bahaya. sbb ada org yg minum minuman energy yg mengandung sedikit alkohol tapi tak mabuk. so definisi ini perlu diterangkan dgn lebih detail dari segi sains. tdk cukup dgn mengatakan makanan/minuman yg memabukkan or tak memabukkan sbg alasan halal/haram.
tobby Post at 28-4-2010 12:31


Baca betul-betul:

   Yang penting, kalau mana2 makanan/minuman yang memabukkan sudah tentu tidak halal...

Kan saya dah sebut, kalau peratusan ethanol sangat kecil ada 2 pendapat.

Ataupun Tobby nak menghalalkan minuman yang memabukkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:35 PM | Show all posts
3. Tapai halal kerana tidak memabukkan. Sesiapa yang menjadi mabuk kerana makan tapai maka hukum khusus untuk dirinya sendiri menjadi haram.
mnm77 Post at 28-4-2010 12:33


yg ni lagi bahaya. menetapkan halal haram bergantung kpd daya tahan mabuk seseorg individu. mana boleh mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:39 PM | Show all posts
Yang penting, kalau mana2 makanan/minuman yang memabukkan sudah tentu tidak halal...
mnm77 Post at 28-4-2010 12:35


apakah definisis memabukkan?  bergantung kpd individu? or bergantung kpd pendpt ulama tentang peratusan alkohol yg dibenarkan dlm makanan? benda ni kena betul2 jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:40 PM | Show all posts
yg ni lagi bahaya. menetapkan halal haram bergantung kpd daya tahan mabuk seseorg individu. mana boleh mcm tu.
tobby Post at 28-4-2010 12:35



Habis tu, kalau orang tu tonggang beer tak mabuk, boleh ke tonggang?

Dan kalau seseorang tu makan tapai, tiba-tiba dia jadi mabuk macam orang minum beer, tidakkah itu menjadi mudarat?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 12:42 PM | Show all posts
apakah definisis memabukkan?  bergantung kpd individu? or bergantung kpd pendpt ulama tentang peratusan alkohol yg dibenarkan dlm makanan? benda ni kena betul2 jelas.
tobby Post at 28-4-2010 12:39


1. Hukum umum bergantung kepada bahan yang dikenalpasti sebagai memabukkan. Justeru bahan yang memabukkan sudah tentu membawa kemudaratan.
2. Hukum khusus bergantung kepada kemudaratan. Jika secara umumnya bahan itu tidak memabukkan, tetapi kepada orang-orang tertentu ia menjadi mabuk, ini kategori hukum khusus. Bukannya bahan itu yang haram secara umum.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 12:45 PM | Show all posts
Habis tu, kalau orang tu tonggang beer tak mabuk, boleh ke tonggang?
mnm77 Post at 28-4-2010 12:40


itulah point aku. so statement yg mengatakan sesiapa yang menjadi mabuk kerana makan tapai or minum air nira maka hukum khusus untuk dirinya sendiri menjadi haram adalah tak betul.  kena ingat, skrg ni dah ada syarikat yg jual beer halal di negara2 Arab, kat Msia belum ada lagi.  so bgmn umat islam nak menghadapi perkara ni?  maka perlulah definisi 'memabukkan' dijelaskan dgn sedetail2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 01:32 PM | Show all posts
itulah point aku. so statement yg mengatakan sesiapa yang menjadi mabuk kerana makan tapai or mi ...
tobby Post at 28-4-2010 12:45



So siapakah yg bertanggungjawab utk mendfinasikan secara terperinci, detail, spesifik dan saintifik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2010 02:48 PM | Show all posts
Di dlm beer(kategori minuman keras paling ringan) mengandungi 6% ethanol.
Tapai adalah terjadi dr proses penapaian dgn adanya yis/ragi. Tapai  yg lebih dr 6 hari akan mengandungi 6% ethanol di dalamnya. So ia boleh disamakan dgn Beer...dan ia bukan tapai lagi...tp todi. Betul kan????
Apakah proses pemerapan anggur,barli, gandum, beras utk dijadikan arak = proses penapaian????
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:10 PM | Show all posts
Di dlm beer(kategori minuman keras paling ringan) mengandungi 6% ethanol.
Tapai adalah terjadi dr p ...
harisbee Post at 28-4-2010 14:48



   Apa-apa makanan/karbohidrat  yg ada kandungan gula jika melalui proses penapaian /fermentasi/proses anerobik akan menghasilkan alkohol
seingat aku proses anerobik ni adalah tindakbalas yg berlaku  tanpa oksigen.

Chemical Equation

C6H12O6 → 2C2H5OH + 2CO2 + 2 ATP (Energy Released:118 kJ/mol
(Glukos)      (etanol)      (Carbon dioxide)
Untuk megetahui peratusan alkohol yg terhasil adalah bergantung kepada lamanya masa peoses itulah..

Tetapi sekiranya hukum mengatakan haram minum/makan alkohol tanpa detailkan peratusan kandungan ..maka tapai pun dah jatuh alkohol dan haramlahkan......
Kalau ada percentage ..kita kena kiralah hari ke berapa kandunga alkohol dalam tapai melebihi 2% ..aku rasa kalau rasa tapai tu dah macam menyengat tu dah tentu ada alkohol dah....nasib baik aku x suka tapai....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 03:17 PM | Show all posts
ketika tapai berada dlm peratusan 2% alkohol...ia masih tak layak digelar arak

tp sekiranya ia melepasi 6% cthnya...ia dah jadi arak sebab memabukkan majoriti manusia dr segi sains. Mungkin ada sekor dua yg tak mabuk2 walhal etanol 90% pun...tp by majoriti 6% etanol dah mabuk...so sebarang yg memabukkan adalah haram walaupun sedikit. Yg sedikit tu..tidak kah bermaksud yg mengandungin 6% etanol tu..bukan yg less than that..yg ada yg bergelar tapai..air nira..etc.
Dalam pada itu jugak...etanol yg diharamkan itu adalah yg melalui proses penapaian...kalu yg dibuat secara makmal..itu tidak haram....so buleh guna utk perfume etc...
sebab hadis ada dua tiga ketul je...so ijtihad ulama' pelbagai. Wallahuallam.

Persoalannya...berapa % ethanol yg cukup utk jadikan sesuatu bahan itu arak????
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-4-2010 15:27
kena ingat, skrg ni dah ada syarikat yg jual beer halal di negara2 Arab, kat Msia belum ada lagi.  so bgmn umat islam nak menghadapi perkara ni?  maka perlulah definisi 'memabukkan' dijelaskan dgn sedetail2nya.
tobby Post at 28-4-2010 12:45


Kan dah sebut, memabukkan tu yang menyebabkan hilang kewarasan akal. Minuman yang memabukkan itu nama umumnya arak.

Adapun yang dikatakan 'beer' atau 'arak' yang halal (tidak memabukkan) itu AMAT mengelirukan umat Islam. Itu gimmick sahaja, bukan-lah arak kalau tidak memabukkan. Boleh saudara Tobby cerita sikit apa kandungan 'beer halal' tu? Berapa banyak ethanol dalam tu?

Errr tapi kan..... kan... kan..... yang saya tau minuman root BEER tu halal
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:34 PM | Show all posts
Tetapi sekiranya hukum mengatakan haram minum/makan alkohol tanpa detailkan peratusan kandungan ..maka tapai pun dah jatuh alkohol dan haramlahkan......

ladyrock Post at 28-4-2010 15:10


Hukum mengatakan khamr = arak diharamkan. Sebabnya membawa kemudaratan mabuk. Tentang peratusan tu boleh dikaji dari segi saintifik, tak jadi masalah.

Tapai pula secara umumnya tidak memabukkan, jadi tidaklah masuk dalam kategori arak.

Kalau ada percentage ..kita kena kiralah hari ke berapa kandunga alkohol dalam tapai melebihi 2% ..aku rasa kalau rasa tapai tu dah macam menyengat tu dah tentu ada alkohol dah....nasib baik aku x suka tapai....


Ya mungkin dalam tapai boleh ada peratusan kecil alkohol. Jika betul, hal yang sebegini masih boleh diperdebatkan, sepertimana juga ada minuman-minuman ringan atau minuman yang bertenaga membekalkan alkohol dalam peratusan yang kecil yang tidak menyebabkan peminum menjadi mabuk. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh. Apa-pun, ia tidak boleh dikategorikan sebagai arak selagi tidak memabukkan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:39 PM | Show all posts
Kan dah sebut, memabukkan tu yang menyebabkan hilang kewarasan akal. Minuman yang memabukkan itu ...
mnm77 Post at 28-4-2010 15:26


Rootbeer mmg sedap.....

Minuman yg memabukkan banyak tapi tak semestinya arak...yg itu macam mana pulak......
Minum ubat batuk/selsema sikit pun dah macam khayal....

Tak pahamlah...

Kalau minum arak  tapi tak sampai mabuk haram ke tak?
Pada aku haram jugak....sebab kandungan alkohol dalam arak adalh tinggi walaupun x memabukkan..

MACAM MANA pulak wine yg diamsukkan ke dalam steak? Haram ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-4-2010 15:53
Minuman yg memabukkan banyak tapi tak semestinya arak...yg itu macam mana pulak......
Minum ubat batuk/selsema sikit pun dah macam khayal....

Tak pahamlah...

ladyrock Post at 28-4-2010 15:39


Secara umum, semua minuman yang boleh memabukkan dikira arak, sekalipun diminum dalam kuantiti yang sedikit belum sampai mabuk.

Sesetengah ubat memang ada ethanol. Sebab tu ada yang sesetengahnya mengkhayalkan. Tapi, ubat batuk dikira sebagai ubat untuk melegakan kerengsaan, bukan sebagai minuman. Kalau sesiapa yang ambil ubat batuk yang ada alkohol tu sebagai minuman, tu dah tak boleh tu. Kalau perlu ubat batuk, sebaiknya pilih yang tanpa alkohol.


Kalau minum arak  tapi tak sampai mabuk haram ke tak?
Pada aku haram jugak....


Setuju
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 06:49 PM | Show all posts
tapi ada yg amik ubat batuk memang sbb nak layan khayal.  yg ni dah tentu perbuatan yg diharamkan. so ubat batuk klu amik utk tujuan batuk memang boleh, tapi klu utk tujuan berkhayal dah tentu dipertikaikan.  bab menentukan peratusan ethanol dlm tapai tu memang amat mencabar sbb bukan senang nak measure.  sesuatu benda itu jatuh haram bukan sbb nama dia tapai ke, air nira ke, beer ke (sbb tu root beer halal)..  benda tu haram bukan krn namanya, tapi krn ianya memabukkan. dan utk menentukan ianya memabukkan perlulah diperincikan peratusannya secara saintifik. yg ni umat islam kena sepakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 03:36 PM | Show all posts
Benda mmg haram elok lah djauhkan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 04:02 PM | Show all posts
tapi ada yg amik ubat batuk memang sbb nak layan khayal.  yg ni dah tentu perbuatan yg diharamkan. s ...
tobby Post at 28-4-2010 18:49


Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.




http://gotabligh.com/?cat=9
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 05:14 PM | Show all posts
Reply 1# harisbee


    sekadar garapan.. hihihihi... ni pendapat peribadi... arak jatuh hukumnya haram... tidak haram sesuatu itu tanpa sebab.. tapi ade ulama juga yang kate, arak jatuh hukumnya haram jika MEMABUKKAN. ini kerana memudaratkan diri.tapi arak juga digunakan didalam makanan.. ade fatwa kate tak haram..  tapi kalo mabuk durian tuh, tak pnah lagi aku dengo diharamkan.. zaman rasullullah dulu pun tak pasti ade ke tak durian time tuh...

JGN marah.. harap anda melihat, mencari dan mendengar dari dalil yang sahih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 09:31 AM | Show all posts
... Dan atas sebab-sebab beginilah (was-was) umat Islam dianjurkan agar meninggalkan / menjauhi perkara-perkara yang meragukan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.182619 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list