CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Bismillah 20, Bismillah 9, Bismillah 6 dan Bismillah 5....

[Copy link]
Post time 12-5-2010 05:26 PM | Show all posts
setiap apa yg Allah jadikan di atas muka bumi ini, ada manfaat dan tujuannya.
begitu juga lah dgn air.
tahukah kita, peranan sebenar air yg kita minum hari2?...Atau kita takmo amik pusing langsung pasalnya, yg penting tekak kita bila haus akan hilang bila menelan unsur unik yg Allah ciptakan ini...

ini antara lain, apa yg kita kena faham dgn fungsi jenis2 air, mudah2an memanfaat bg mahu mengambil ikhtibar:

1. Air adalah agen pembersih dari aliran gelombang yg merugikan.
2. Air ialah perakam terbaik kerana air menurut perintah (doa).
3. Air sebagai pencerap dan ianya boleh membentuk mengikut niat.
4. Air mengerti, menyimpan dan menyalurkan maklumat.
5. Air menangkap getaran rasa dalam apa jua bahasa, tulisan,
    gambar dan bunyi²an.

CIRI-CIRI AIR YANG POWER

1. Ia nya mesti lah bersifat semulajadi (air hidup / alkali).
2. Apabila diukur, tidak melepasi ukuran 12hz (frekuensi),
    20db (bunyi) dan 780nm (spektrum cahaya nampak).
3. Oksigen nya terlarut dan kadar elektron yang tinggi.
4. Mineral yang ringan dan frekuensi yang rendah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 05:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
saya ingin juga menambah. Kalau bab bab air penawar, atau air apa saja yang dibacakan doa ,zikir dan ayat ayat suci al quran untuk dijadikan kaedah perubatan itu hanyalah satu dati usaha dan ikhtiar kita, yang menyembuhkan itu adalah Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 05:29 PM | Show all posts
contoh kata kita amik air RO.

Air R.O (Reversed Osmosis) dan air yg menjalani proses Infra-Red. Air R.O ialah Air Suling. Air yg hanya cecair semata², air yg telah mati, air yg dibuang segala sifat² semulajadi air drp nya, air tapisan yg sangat bersih tetapi hanya sesuai utk pesakit yg menjalani Dialisis bkn utk org sihat.

Air dari penapis air yg mempunyai FIR (Far Infra-Red). Dipandang dari sudut kesihatan lahiriah (fizikal / jasmani), air ini mmg sangat bersih dan menyihatkan, air yg menjalani proses FIR atau Pancaran Cahaya UV atau Pengayunan Elektromagnetik yang berlebihan, akan menghasilkan air yang berfrekuensi tinggi.

Pada tahap pertama, air yang berfrekuensi tinggi ini akan menampakkan penambah baikkan kepada kualiti air seperti perubahan pada nilai pH, penghalusan molekul serta peningkatan bacaan ORP dan sebagainya.

Kesan jangka pendek pula di lihat ialah seperti cepat menghilangkan keletihan, mengurangkan simptom penyakit dan memberi kelegaan yg pantas. Pada zahirnya nampak terlalu baik utk kesihatan tetapi bagaimana pula kesannya utk jangka masa yg panjang?

Air yg berfrekuensi tinggi seperti ini memang sangat baik utk kesihatan Fizikal sahaja, tetapi bagaimana pula di pandang dari sudut kesihatan Spirit, Emosi & Mental?

Bukankah fitrah kejadian manusia itu merangkumi Spirit, Emosi, Mental dan Fizikal? Air yg baik ialah mencakupi kesemuanya, bukan hanya tertumpu pada Fizikal sahaja.

Disini mungkin akan berlakunya kecelaruan & ketidak seimbangan dalam proses penyembuhan manusia secara fitrah untuk jangka masa yg panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 05:30 PM | Show all posts
Ada kesan ke kalau minum air yg berfrekuensi tinggi?

Seluruh sikap, tabiat, perbuatan, hasrat, fikiran akan mudah terkesan atau terbawa² atau ter ikut² atau mudah tertarik kepada benda² dan perkara² yang berfrekuensi tinggi juga (benda yg sama frekuensi nya). Biar kami contohkan apakah perkara² yang di kaitkan dengan frekuensi tinggi?

Perkara² yang berfrekuensi tinggi (Ultrasonik / Infra-Red)

1. Hasad, benci, marah, panas
2. Fitnah, riak, takbur, bising
3. Jin, hantu, syaitan, iblis, sihir
4. Virus, kuman, fungus, bakteria
5. Busuk, tahi, habuk, sampah
6. Melebihi 12hz, melebihi 20db, melebihi 780nm

Perkara² yang berfrekuensi rendah (Infrasonik)

1. Tenang, kasih syg, relaks, sejuk
2. Jujur, amanah, sifat² mahmudah
3. Lembut hati, tawadho', rendah diri
4. Bersih, cantik, wangi, sunyi
5. Bacaan ayat² suci Al-Quran
6. TIDAK melepasi 12hz, 20db & 780nm
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 05:34 PM | Show all posts
Bagaimana mungkin Al-Quran akan masuk ke dalam air-air yg telah mati dan air yg berfrekuensi tinggi? Sedangkan Al-Quran itu berfrekuensi rendah. Secara mudah dan logik nya, frekuensi air kena matching dgn frekuensi Al-Quran (rendah) dan pastinya air yg di tilawahkan itu ialah air hidup bukannya pada air yg mati.

TKasih Jilul Huffaz atas bantuan.
Moga Allah memberkati saudara semua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 05:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum,
saya ingin juga menambah. Kalau bab bab air penawar, atau air apa saja yang dibac ...
AinunMardhiah Post at 12-5-2010 17:28


Waalaikumussslam.
Takpe teruskan. I suka ngan perbincangan ilmiah sebegini.
Moga Ain dirahmati Allah petang nie..

Teringat plak i pada Surah Al-Baqarah : 164

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada)pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di lautdengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikianjuga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allahhidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Iabiakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga(pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah)terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (padasemuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan AllahkekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang(mahu) menggunakan akal fikiran."

Setiap apa yg terjadi atas muka bumi ini, kita akan terus mengagumi Allah Azza Wajalla yg mencipta sesuatu tanpa sia-sia.
Wala Haula Wala Quwwatailla Billah!

Allahu Akbar!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2010 06:30 PM | Show all posts
Bagaimana mungkin Al-Quran akan masuk ke dalam air-air yg telah mati dan air yg berfrekuensi tinggi? ...
pandaniw Post at 12-5-2010 17:34



    pandaniw ku sayang,
siapalah saya untuk mengetahui bahawa Al Quran itu berfrekuensi rendah. Bagi saya Al Quran itu sendiri adalh penawar, dan didalamnya terdapat ayat ayat penyembuh. Seperti, Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad (Allah juga yang tahu maknanya - tolong betulkan kalau tersilap)

Kalau tidak dibacakan pada mana mana air dan dibaca terus pada pesakit(dengan kaedah ruqyah) seperti yang terkena sihir pun pesakit itu dengan izin Allah akan sembuh. InsyaAllah.Air mati atau air hidup itu hanya salah satu bahan utama yang diperlukan dalam kaedah rawatan (perubatan islam).Dan sebaik baik air adalah air zam zam, air yassin, air hujan malam jumaat, mineral water dan air masak. Air masak tu kan air mati tapi masih juga disebut dan logiknya sudah tentu dengan izin Allah air tersebut kalau didoakan pun boelh menyembuhkan.

Tadi kan pandaniw ku sayang ...ada menyebut air itu adalah perakam yang baik, mengikut perintah, air itu pencerap boleh dibentuk mengikut niat, air itu faham, menyimpan dan menyalur maklumat, air itu menerap getaran rasa dalam apa jua bahasa tulisan gambar dan bunyi2an.Jadi saya rasa tidak ada yang mustahil kenapa tidak ayat ayat Al Quran ini boleh membentuk molekul molekul yang sudah rosak binasa dan bercelaru pada air yang sudah mati tadi sedangkan air itu 'very intelligent'?Ini semua kerja Allah.Jika Allah menghendaki sesuatu hanyalah berkata padanya, Kun fa ya Kun .. maka terjadilah ia.. wallahu'alam

Maaf kalau saya salah ok. Yang baik itu dari Allah jua yang khilaf itu dari diri saya sendiri juga.Maaf yer pandaniw ku sayang, niat hanya untuk mengeluarkan apa yang kita masing masing tahu kan? kalau saya ada kurang bolehlah pandaniw ajarkan ok? kita tegur mengur, InsyaAllah mudah2an kita tak tersasar pada sesuatu yang tak baik bagi kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 06:42 PM | Show all posts
Reply 27# AinunMardhiah

syukran..syukran..
wa tob3an ma akaltii..
wabarakillah bikhairil jaza'...

Ma3ssalamah wafi amaanillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 07:06 PM | Show all posts
Ada dalam sebuah hadist mengatakan jika ayat ini(satu ayat dari Al-Quran) dibacakan pada sebuah gungng oleh lelaki yang yakin nescaya hancur leburlahlah gunung tersebut, saya tak hafal hadist ini. Nanti saya jumpa saya tulis kat sini. Ini menunjukan Yakin itulah yang menjadi asas atau roh dalam bacaan doa. Bagaimanapun jika kita mahu membuat kajian sains mengikut hukum alam peraturan tuhan tidak ada salahnya. Sebagaimana yang mengatakan air boleh merakam dan molekul boleh berubah dan sebagainya, kajian ini tidaklah salah.

Dari apa yang saya faham air yang terbaik ialah:
1. Air Zam-Zam
2. Air hujan
3. Air mata air
4. Air embun
5. Air sungai yang dalam dan deras
5. Air mineral, salji dan seterusnya..

Dalam bab air ni ada banyak rahsia yang belum dapat dibongkar. Eloklah jika nak dibuat kajian.

Sebab saya yang mengatakan air mineral dan air mati sama sahaja ialah dari segi untuk buat ubat jika dibacakan doa, asalkan ianya air jernih dan bersih. Sebagai contoh Panadol Soluble jika dimakan mengikut kaedah yang betul sakit kepada hilang dalam 3-10 minit tetapi jika tak kena dengan kaedah yang betul sakit kepala tak hilang, ia bukan salah Panadol tapi salah kaedahnya.

Kaedah yang betul hendaklah mencampurkan panadol dengan air suam baru jadi serta kena alas perut yang kosong selepas itu dalam jarak 30 minit. Jika lepas makan panadol pastu terus mkn nasi panadol tak berfungsi, begitu juga jika larutkan panadol dengan air sejuk dari peti ais pun tak ilang sakit kepala, juga dengan air kopi, teh, susu dan sebagainya. Kaedah yang betul hanyalah dengan air suam atau air mati yang tak sejuk baru berfungsi..

Dalam bab doa pada air pula konsepnya ialah sangka kita, jika kita sangka tak jadi maka tak jadilah, jika yakin insyaallah menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 07:27 PM | Show all posts
Ada dalam sebuah hadist mengatakan jika ayat ini(satu ayat dari Al-Quran) dibacakan pada sebuah gung ...
bijakbudget Post at 12-5-2010 19:06



    Surah Al hasyr ayat 21 - 14
Lauanzalna ....


Terjemahan ayatnya :

21.Kalau sekiranya kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

22. Dia-lah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

23. Dia-lah Allah Yaang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dia, Raja, yang Maha suci, Yang Maha sejahtera, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang memiliki segala keagungan, Maha suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24. Dia-lah Allah Yang menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama Nama Yang Paling baik. Bertsabih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 07:40 PM | Show all posts
Ada dalam sebuah hadist mengatakan jika ayat ini(satu ayat dari Al-Quran) dibacakan pada sebuah gung ...
bijakbudget Post at 12-5-2010 19:06



    bijakbudget, sebaiknya kita carilah air yang kita senang dapat kan? janganlah dok tunggu air embun nak kumpul banyak tu , apa pun ni website yang mungkin dapat menambah ilmu pengetahuan kita tentang air. wallahu'alam

http://www.hadousa.com/comparisons.html
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 10:17 AM | Show all posts
Reply 31# AinunMardhiah

Pakcik Tamar Jalis kata atuk dia guna air embun utk kuatkan anggota badan.
Tred ni byk bincang pasal air berbanding Bismillah tu sendiri. Agaknya tu baru mukaddimah. Apa2 pun thanks pd yg berkongsi info pasal air
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by AinunMardhiah at 13-5-2010 13:11
Reply  AinunMardhiah

Pakcik Tamar Jalis kata atuk dia guna air embun utk kuatkan anggota badan.  ...
HOTlips Post at 13-5-2010 10:17


hehe, betul jugak kan? ini kan therad Bismillah, apa pun i pernah dengar for those yang beramal dengan bismillah especially bismillah tujuh hendaklah ia beramal dengan bismillah 5 juga ,ada tak siapa siapa tau tentang perkara ni? I pun tak sempat nak tanya kenapa ... yang i tau Bismillah 7 dan Bismillah 5 adalah baik dibacakan untuk penawar untuk bisa samada bisa gigitan binatang yang beracun, bisa sendi , bisa tulang dan sebagainya ..

btw HOTlips, tentang air embun tu i tak taulah untuk menguatkan badan. To me air hujan dan air embun seakan sama kan? cma sekarang ni air hujan air embun dan mana mana air yang jatuh ke Bumi dah polluted .. pencemaran alam betul ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 08:58 AM | Show all posts
Ustaz iols suruh baca bismillah ni semua sebelum makan takut ada sesiapa nak santau ke apa..X leh nak bayangkan makan benda2 kotor bagaihmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 07:56 PM | Show all posts
Reply  pandaniw


ya, betul. ada beza antara air yg hidup dgn air yg telah dimasak.
air hidup n ...
fedorae Post at 12-5-2010 01:01


saper kata? kalau sekadar dengar2 tak perlu. ada orang claim psl water memory nih. saintis dh buat test. terbukti karut
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 08:01 PM | Show all posts
Ada kesan ke kalau minum air yg berfrekuensi tinggi?

Seluruh sikap, tabiat, perbuatan, hasrat, fi ...
pandaniw Post at 12-5-2010 17:30


apa benda ko mengarut frekuensi tinggi rendah nih. tahu tak maksud frekuensi tuh hapa? apakah bakteria frekuensi tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 02:19 PM | Show all posts
apa benda ko mengarut frekuensi tinggi rendah nih. tahu tak maksud frekuensi tuh hapa? apakah bakteria frekuensi tinggi.
lazuardi_senja Post at 14-5-2010 20:01


Anda sepatutnya dtg dalil menafikan hujah yg aku bagi. Bukan tiba2 posting teruih tanya frekuensi tu apa.
mana hujah anda utk menafikan bila org lain menulis. Sila kemukan hujjah yg lebih ilmiah, supaya aku tak menganggap
membuang masa shj untuk menjawab persoalan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 02:29 PM | Show all posts
saper kata? kalau sekadar dengar2 tak perlu. ada orang claim psl water memory nih. saintis dh bu ...
lazuardi_senja Post at 14-5-2010 19:56



Aku jawab bagi pihak sahabat ini.

Saintis mana yg buat test tu?..Sila dtgkan manuskripnya, aku nak tgk...
Adakah hidup anda hanya bergantung dgn pendapat saintis shj. Adakah anda tidak
percaya dgn kehaibatan al-Quran bagaimana pergerakan air yg berpusing ikut lwn jam bila ia
dibacakan ruqyah. Tahukan anda molekul itu terdiri drpd apa? dan bagaimana ia bertindak balas bila
dibaca al-Quran ke atasnya? Bukankah elektron-proton dpt menyimpan dan memerangkap ayat2 al-quran itu dan disimpan
di dalamnya dinamakan memory? Tahukah anda ada perkara2 ghaib yg tdk boleh ditafsir oleh saintis?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 04:04 PM | Show all posts
saper kata? kalau sekadar dengar2 tak perlu. ada orang claim psl water memory nih. saintis dh bu ...
lazuardi_senja Post at 14-5-2010 19:56


kow kena berkawan ngan org yg terlibat ngan bidang perawatan islam, ini baru kow faham.
kalu kow hanya sekadar dgr2 dan hanya kutip dari internet rugi lah hidup kow, bro.
nak tanya, saintis kow boleh kesan kewujudan makhluk jin tak?

takmo jadi org mcm kow..rugi woooo..rugi...ceh, nape aku layan mamat nih!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 04:10 PM | Show all posts
Reply 38# pandaniw


   
thank you bro.
tu lah pasal, aku nak suruh dia check suruh saintis dia buat kajian ttg kewujudan makhluk jin,
kesian, hidup dia hanya bergantung ngan alam syahadah aje.....tu belum aku suruh cerita ttg kewujudan roh kat badan dia, malaikat, syurga & neraka lagik....
mau terkincit mjwbnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.108344 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list