|
Tukang Azan (bilal) telinga aku rasa Boring dah
[Copy link]
|
|
Azan tu bukannya macam lagu yang untuk menghiburkan dan menlarakan hati yang lagha tetapi azan ialah seruan memanggil muslimin untuk menunaikan solat fardhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tau lak nak Azan kena berlagu. Setau aku Azan cuma nak mengingat orang bila dah masuk waktu sembahyang je. Bukan satu realiti tv, di mana setiap 6 bulan, seorang bilal akan dikeluarkan mengikut undi paling rendah penduduk.
Dah elok orang tu tawar diri nak azan. Kalau tak da orang nak azan macam mana? Kompem terlepas solat. Orang buat benda baik, baik kita biarkan. Kalau buat benda tak baik, barulah kita tegur. Ni tak..terbalik dah.. orang buat benda tak baik, dibiarkan. Orang buat benda baik, ditegur. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan tanah je la gi azan....klau tuan tanah ni pompuan...suh la
laki sendiri...gi azan kat situ....jgn nak komplen bagai kat sini...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
first time la pulak aku dengar laungan azan dinilai dari segi kemerduan vokalnya...
aku tak pernah pulak terlintas untuk terfikir gitu sebab yg aku tau laungan azan tu untuk menandakan masuk waktu solat dan memanggil orang untuk sembahyang, bukannya menghiburkan halwa telinga...selalunya kalau terdengar azan berkumandang, benda pertama yg terlintas dalam kepala aku ialah 'waktu solat dah masuk' dan tak pernah sekali pon berbunyi 'amboih la, hape ke teruk beno bilal ni azan'....setau aku, yg tak tenteram bila dengar laungan azan (tak kira la merdu ke tak merdu) adalah makhluk tuhan yg satu lagi tu...kalau ye pon ko nak propose bilal kena gilir2, takyah la pakai reason yg selfish...nape ko tak cakap yg ko kesian kat bilal tu menggalas tanggungjawab sorang diri..?kalau gilir2 pon tetiba semua bilal tu tak menepati kehendak telinga ko, ko nak propose azan berganti2 pulak ke..?maksudnya ambik 2 baris sorang?cehh...
time bulan posa esok, laungan azan dari bilal yg sora tak sedap tu jugak ko tunggu time nak buka posa nanti..ye dak..?masa tu ko tenteram ke nak berbuka..? |
|
|
|
|
|
|
|
terasanya aku...dgn TT ni....
arwah abah aku dulu bilal kat surau kat umah aku tuh....
aku akui.....suara dia mmg la..x sedap sgt.....
tp, nak wat cemana.....bila masuk waktu solat....siap bertolak sapa nk azan....
alangkah ruginya......kalau org2 ni tahu...pahala melaungkan azan....
azan tu bukan takat bgtau dh masuk waktu....tp menyeru org tunaikan solat...
bayangkan org dtg berlumba. ..utk bersolat hasil seruan azan dia....berapa byk pahala dia dpt...
TT....ko dgr azan tu ko pegi tak masjid..... asik nk komplen ja..... |
|
|
|
|
|
|
|
ini baru boleh dikategori sebagai pelik...
1. merungut dan mengomel terhadap org yang ajak kita menuju kejayaan.
2. merungut dan mengomel kata org tak bagus, tapi dia tak buat. lihat surah saf ayat 2 dan 3.
3. apa matlamat azan? mengajak org solat atau nak bgtau org lain 'suara aku merdu'? baik masuk AF yg sah2 lagha tu.
4. sedar atau tidak anda sudah memperlekeh 'dakwah' yang org tu buat.
Ingat Allah. Moga Allah memberi kita hidayah dariNYA |
|
|
|
|
|
|
|
alangkah molek nya TT jadi tukang azan...
Azan tu nak menyeru orang solat . x kira merdu ka tidak yang penting waktu solat dah nak sampai ...
nak harapkan orang lain nak azan, belum tentu mau nya...
dah kira syukur ada yang sanggup untuk azan...
lagi haru setiap waktu nak masuk waktu solat tiada yang azan..
( takdak sorang tu nak repot pulisi ka nanti ) |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah
pasti ramai yg akan komen mcm di atas
tak mau komen panjang2 lebar
niat cuma kehendakan yg terbaik utk semua
kalau pemikiran korang fikir itu yg terbaik utk semua
maka terimalah ianya sebagai kemajuan bersama.
korang harus tahu dan mesti tahu bahawa
di Negara2 arab proses pengambilan
Bilal
Imam
dipilih daripada yg terbaik dan menepati ciri2NYA
tidak semua boleh menjadi Iman atau Bilal sesuka hati
mereka yg melakukanya MESTIlah bertauliah dan BERBAKAT.
Jaganlah anggap
semua org yg pandai berceramah pasal ugama terus di jadikan Imam
padahal ada yg datang dari Indonesia yg tak diketahui asal usul kena goreng je terus lantik jadi Imam
bergitu juga dgn Bilal ,jika ada je yg nak jadi bilal terus diterima tampa mengambil kira garis panduanya.
di negara china
setiap surau atau masjid
Bilal dipilih 100% mengikut garis panduan yg amat ketat
serta mesti melalui proses yg amat tinggi dan lulus ujian.
kerana ianya melibatkan masyarakat dan keagungan Islam.
contoh
Pembaca berita
boleh ke
pakai ambil je
suara katak pun boleh
asalkan berita disampaikan
gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak magrib dah ni
maaflah jika aku ni leser sikit
bukan apa cuma nak luahkan pendapat dan nak buat aduan
moga2 yg berkenaan boleh improve atau take action bagi
kebaikan kita bersama.
Ni pasal AZAN pada aku bila waktu solat diAzankan yg tukang Azan tu
suara dia tidaklah membangkitkan kemerduan atau mengetenteramkan jiwa
dan setiap kali masuk waktu solat dia jelah dah bertahun2 dia juga org yg sama nada yg sama
dan mood yg sama sampai memberontak jiwa dibuatnya bila mendengarnya.
Tolonglah tukar2lah Bilal tu biar kurang sikit dosa kering aku ni.
Azan yg merdu dapat mententeramkan keadaan dan jiwa .
dicadangkan supaya enam bulan sekali Bilal ditukar.
agar masyarakat Islam sekeliling dapat menikmati
pelbagai Hidangan suara Azan berkumandang.
cm_gagahperkasa Post at 13-5-2010 19:13 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
apply lah kat mesjid tu, ckp kat nazir, nak jadi bilal bulan ke-7,
sbb dah boring asyik dgr bilal yg sama je azan...aku rasa takde masalah utk diorg terima... |
|
|
|
|
|
|
|
berita dan azan tidak sama la kawan...
ko nak tunggu orang yang dah lulus/tamat kursus ka baru nak azan...
kalo dah waktu solat masuk tiada yang azan , ko pg azan kah x?
ko jer lah pg azan kat situ , mungkin lebih merdu dan banyak orang nak pg solat dan mudah mudahan penuh saf di surau/masjid tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mlsnklyn at 17-5-2010 15:42
mcm mental jer ko ni tt |
|
|
|
|
|
|
|
tukang azan dah ada elaun berbayar dah sekarang ni, so ambillah yg memenuhi kriteria sikit. skrg ni pun dgrnya berebut2 nak jadi bilal & imam sejak skim elaun diperkenalkan. sampai gaduh2 pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# tobby itu baru habuan dunia , dah gado sana sini ,kalo habuan akhirat dapat dilihat secara fizikal , aku rasa mau sunyi sepi pasar , dan jalan raya bila masuk waktu solat ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Berhati-hati kalau mencela panggilan azan (tak sedap, bilal tua, dsbgnya) tetapi diri sendiri tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah, takut termasuk golongan di bawah yang dirakam dalam quran dalam surah Al Maidah.
[58] Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
Fadhilat bagi muazzzin
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Kalaulah manusia mengetahui
tentang pahala yang terdapat pada azan dan saf yang pertama, kemudian perkara itu tidak akan diperolehi
kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya. (H.R Bukhari &
Muslim).
Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan
malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana
suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakan
solat bersamanya”. (H.R Al-Nasai). |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah mengurniakan hidayah kepada TT....
mohon ampunan dari Allah |
|
|
|
|
|
|
|
teruk TT kene belasah ye.. hahaha... tp aku paham TT.
n jgn plak kita fitnah TT mcm la kita tau dia x g masjid. ramai yg komen n letak 'warning' n fadhilat solat bagai. aku rasa TT tau semua tu. soklan TT pun simple je kan.....
jgn judge mcm tu.
aku jg tak rasa die perlu minta ampun sbb tak rasa dia berdosa apa...... dia bukan mengejek ataumencaci bilal tu....
azan adalah laungan peringatan akan masuknya waktu solat dan mengajak/menyeru org bersolat. kalu ia di azankan dgn merdu kan tu lebih bagus. bukan maksud aku x merdu tu x bagus n azan tu wajib merdu bukan begitu maksud aku....
tp sememangnya bagus kalu azan dilaungkan dengan tegas tp merdu, ikhlas kerna Allah dan jelas sebutannya.
semua tu perlukan ilmu dan perlu belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
aku jg tak rasa die perlu minta ampun sbb tak rasa dia berdosa apa...... dia bukan mengejek ataumencaci bilal tu....
maaf... kita manusia yang tak lari dari salah... kita tak maksum...
aku, kau dan kita semua kena istighfar dan mohon keampunan dari Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by NoX at 18-5-2010 10:40
besar pahala azan kan... bestnyer bilal yg TT maksudkan tu bertahun-tahun dia boikot semua pahala azan...x jeles ker? ![](static/image/smiley/default/victory.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|