|
buat apa nak tipu...nanti kena panah petir baru tau.
permisi Post at 21-5-2010 15:37 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Kalu tifu..............cepat kaya!!!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak neraka,menipulah...
nak syurga,jadilah usahawan jujur dan amanah....
Sabda nabi bermaksud “Usahawan yang jujur dan amanah akan bersama para
nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak”.(Riwayat Imam At-Tarmizi dan Ibnu Majah). |
|
|
|
|
|
|
|
nak neraka,menipulah...
nak syurga,jadilah usahawan jujur dan amanah....
Sabda nabi bermaksud ...
BulanTerbelah Post at 24-5-2010 17:37 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Masaalah nya peniaga nie mana pernah pergi ke syurga or neraka!!
Solat pung idak.....
Yang deme tahu.............nak $$$ banyak, ghumah besor, keter besor.......(bini kecik)
Idup senang.
Sebab itu GANJARAN bagi peniaga yg jujur adalah SYURGA.
Peniaga yg solat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# niceghost2005
kita JGN ikut cara usahawan yg maww neraka maaaa
ikut sahabat nabi....
ikut Quran,ikut hadis....
islam is the way of life..................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 20# yusrin
aku pun dah banyak kali kena beli buah kat pasar malam.....
hampeh!sabo je lah! |
|
|
|
|
|
|
|
ada mamat tue bisnes cara haram,katanya dah taubat...
dia ingat dgn bertaubat harta dan wang dr sumber jadi halal...
semua harta dr sumber haram,akan haram selamanya...
bacalah zaharuddin.net....
ini pertikaikan ustaz zaharudin sdgkan mamat tue blajo spm je.....
hampeh punya tauke! |
|
|
|
|
|
|
|
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Dalam penulisan minggu lepas, saya telah menyatakan perihal cara yang disaran untuk melupuskan harta haram sebagai tanda tawbat sebenar. Kali ini saya ingin menyentuh berkenaan keharusan harta haram ini di'derma'kan kepada selain faqir dan miskin. (sila rujuk http://www.zaharuddin.com/ untuk bacaan lalu)
Para ulama dari empat mazhab telah bersepakat berkenaan kewajiban melupuskan harta haram dengan mendermakannya. Bagaimanapun mereka berbeza ijtihad dalam menentukan samada hanya dua kumpulan tadi sahaja yang berhak untuk menerimanya atau harta itu juga boleh diserahkan kepada apa-apa tujuan kebaikan awam.
Khas untuk Faqir atau terbuka?
Imam ad-Dawudi (403 H) berkata bahawa urusan dalam hal ini adalah pilihan, dan tiada keutamaan kepada mana-mana pihak faqir miskin atau Baitul Mal. (Al-Mi'yar al-Arab, 4/146)
Manakala kebanyakan ulama Syafie berpendapat harta haram yang tidak diketahui tuannya perlu diberikan kepada pemerintah yang adil (Baitul Mal) untuk disimpan sehinggalah dapat diketahui tuan miliknya untuk dipulangkan kelak. Bagaimanapun jika tiada lagi kemampuan untuk diketahui tuan miliknya, harta itu akan menjadi milik Baitul Mal dan akan digunakan untuk kegunaan kebaikan awam. Hal ini telah ditegaskan oleh Imam Zakaria Al-Ansari As-Syafie. (Nihayatul Muhtaj, Ar-Ramli, 5/187 ; Syarh al-Minhaj, 3/495).
Ibn Taymiah pula menerangkan mazhab Hanbali, Abu Hanifah, Maliki dan kebanyakan salaf berpendapat bahawa harta seperti ini perlu diberikan kepada sesiapa yang lebih utama (untuk menguruskannya). (Majmu' al-Fatawa, 28/592). Pandangan ini juga dikongsi oleh Imam al-Ghazzali yang menyatakan ia boleh diserahkan kepada pemerintah agar ditentukan kegunaan terbaik dari harta itu seperti kegunaan pertahanan Negara dan sebagainya. Imam An-Nawawi pula menambah, jika pemerintah tidak yakin manakah yang lebih utama, maka diberikan kepada faqir miskin ( Ihya ‘Ulumiddin, 2/185 ; Al-Majmu', 9/429). Bagaimanapun, beberapa ulama terulung di kurun ini Syeikh Mustafa Az-Zarqa dan Syeikh Faisal Mawlawi tidak sependapat dengan pandangan tadi lalu menghadkan harta ini kepada faqir miskin sahaja. (Fatawa az-Zarqa)
Kesimpulannya, berdasarkan hadith Nabi SAW yang mengarahkan harta haram dari rasuah yang dibawa oleh Ibn Al-Latbiyah agar diserahkan kepada Baitul Mal, daging kambing yang diberi kepada Nabi tanpa izin dari tuan miliknya kepada tawanan perang (Abu Daud, 9 /180 ). Maka pandangan yang lebih tepat dalam hal ini adalah dengan tidak menghadkan pelupusan harta haram ini kepada faqir miskin sahaja tetapi boleh melupuskan harta itu dengan salah satu cara di berikut :-
1) Memberikan harta (yang tidak diketahui pemiliknya lagi) kepada faqir miskin untuk menampung keperluan asasi mereka.
2) Memberikannya kepada pemerintah melalui pusat zakat ataupun badan kebajikan yang dipercayai untuk membina masjid, rumah anak yatim, bantuan kepada mangsa bencana dan seumpamanya.
Timbul persoalan berbangkit dari hal ini seperti berikut :-
1) Bolehkah memberikan harta haram ini kepada dirinya (pemegang harta haram) sendiri atau keluarganya kerana mereka tergolong dalam golongan miskin dan faqir.? ; Majoriti mazhab Islam termasuk ulama salaf memberikan fatwa harus untuk individu yang benar-benar dalam keadaan ini menggunakannya iuntuk dirinya atas sebab miskin dan faqir. Ketika itu, harat yang kotor itu, tidak lagi menjadi kotor (Al-Ikhtiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 129 ; Ihya Ulumiddin, 2/145 ; Al-Majmu' , 9/428)
2) Menunaikan haji menggunakan harta haram dari hasil riba, curi dan sepertinya dalam keadaan ia tahu tentang pengharamannya. Dalam hal ini ulama dari mazhab Hanafi, Syafie dan salah satu pandangan dalam mazhab maliki dan Hanbali menyatakan bahawa harta adalah syarat untuk menunaikan haji tetapi bukan harta halal tidak dijadikan syarat sah sesuatu Haji itu. Menurut pandangan ini, apabila sesroang pergi menunaikan haji dengan wang sebegini, maka kewajiban hajinya telah tertunai cuma pahalanya dan kemabruran haji itu pastinya tiada serta mendapat dosa. Pandangan sebahagian ulama Maliki dan Hanbali pula menyatakan bukan sahaja pahala yang tidak diperolehi malah Haji juga tidak sah. Ini kerana Allah SWT menyebut : "Dan berbekallah kamu dan sebaik-baik bekal adalah taqwa" ( Al-BAqarah : 197 ) dan firman Allah " Sesungguhnya Allah menerima dari orang-orang yang bertawqa" ( Al-Maidah : 27 ) dan hadith Nabi " Sesungguhnya Allah itu maha baik dan tidak menerima kecuali yang baik-baik juga". Harta yang haram sudah tentu tidak datang dari hasil taqwa dan tidak juga baik. Sebuah hadith mengisahkan bahawa Nabi pernah ditanya oleh seorang lelaki yang berniaga arak dan berhasrat menggunakan untungnya untuk melakukan ketaatan, Maka Nabi SAW menyebut bahawa apa jua yang disedeqahkan adalah amat kecil disisi Allah dan Allah itu maha baik dan tidak menerima kecuali yang baik serta membacanya ayat dari surah al-Maidah : 100" (Sebab Nuzul Maidah : 100 ; Lubab al-Nuqul fi Asbab An-Nuzul, As-Suyuti, hlm 98)
Dengan fatwa para ulama ini, adalah lebih baik dipastikan agar yang lebih kuat adalah memastikan harat untuk ketaatan adalah dari hasil yang baik.
3) Mengunakan harta haram untuk membina surau dan masjid ; Ulama Hanafi, Mazhab Syafie berfatwa harus menggunakan duit haram yang tidak diketahui pemilik ini untuk membina masjid dan surau. (Al-Majmu' , 9/428 ; Hasiyah Radd Al-Muhtar, 2/92) ; Bagaimanapun, terdapat beberapa ulama mazhab Hanafi dan Ibn Qasim al-maliki tidak membenarkannya. Ini kerana sebuah hadith menyebut bahawa Arab Jahiliyah dahulu amat menjaga Ka'bah agar tidak terbina dari duit haram, ini disebutkan oleh Ibn Hisham bahawa pemerintah arab dahulu pernah berkata "Wahai quraisy, janganlah kamu masukkan dalam pembinaannya kecuali dari hasil kamu yang baik, janglah masukkan harta dari pelacuran dan riba" (Mukhtasar Ibn Kathir, 1/126 ; Sirah Ibn Hisham, 1/150).
Kita dapat melihat, seburuk orang Jahiliyah itu, mereka masih menjaga agar rumah Allah tidak dibina dari yang haram, maka kita sewajarnya lebih mampu menjauhinya. Imam Ibn Taymiah juga pernah tidak bersetuju sambil menyebut bahawa kewajiban adalah untuk menjaga rumah Allah dari segala jenis harat kotor ini agar tidak diletak di tempat sebegini mulia. (Majmu' al-Fatawa, 32/88). Justeru, pandangan yang lebih baik diambil dalam hal ini adalah menjauhi wang haram seperti ini dari digunakan untuk membina masjid, terutamanya binaan utamanya. Allah SWT melarang orang-orang kafir untuk memasuki masjid sebagaimana ayat " Wahai orang beriman, sesungguhnya orang musryik itu najis dan janglah mereka mendekati masjid al-Haram selepas dari tahun ini.." (At-Taubat : 28). Kerana itu, wang haram juga juga seoalh-olah kekotoran secara hukum (hukmiah) yang tidak sesuai digunakan untuk binaan seperti masjid. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan:
Assalamualaikum…
Di kawasan saya ahli kampung ingin membina sebuah surau. Akan tetapi kami kekurangan belanja. Dalam masa yang sama ada seorang kaya di kampung kami. Kami juga tahu bahawa hasil pendapatannya diperolehi dari sumber yang tak sah di sisi Islam (berkaitan riba).
Apakah dibolehkan bagi kami untuk meminta si kaya ini untuk menyumbangkan/mewakafkan sebahagian dari wangnya untuk wakaf pembinaan surau, padahal kami penduduk kampung tahu status halal haram pendapatannya.
Sekian.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Harta yang haram terbahagi kepada dua jenis;
i- Harta yang haram pada zatnya, seperti duit yang dirompak atau dicuri.
Harta jenis ini haram dimanfaatkan oleh mana-mana pihak, kerana ia wajib dikembalikan kepada tuannya. Kecuali jika tidak dapat dikembalikan kepada tuannya atau tidak diketahui tuannya, maka boleh disalurkan kepada perkara kebajikan, termasuklah pembinaan masjid.
ii- Harta yang haram disebabkan cara perolehannya, seperti wang yang diperolehi daripada riba, wang hasil jual beli yang haram, dan seumpamanya.
Harta jenis ini hanya haram bagi orang yang memperolehinya secara langsung. Jika ia sudah berpindah milik kepada orang lain dengan cara yang sah, maka ia tidak haram lagi kepada orang lain.
Contohnya, jika diberikan kepada orang lain, atau dinafkahkan kepada anak isteri, atau disedekahkan kepada fakir miskin, maka HALAL bagi orang kedua menggunakan harta ini. Dan termasuklah jika disalurkan untuk pembinaan masjid, ia adalah harus.
Kami nukilkan fatwa Syeikh Uthaimin -rahimahullah- tentang masjid yang dibina daripada harta yang haram. Fatwa beliau:
“Bersembahyang di masjid itu adalah harus, dan tidak ada halangan. Kerana, kemungkinan orang yang membinanya dengan harta haram, bertujuan untuk melepaskan dirinya daripada harta haram yang diperolehi daripada pendapatan yang haram. Dalam kes tersebut, pembinaan masjid itu adalah halal jika niatnya mahu melepaskan diri daripada harta haram”.
(Majmuk Fatawa Syeikh Uthaimin 12/304)
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net |
|
|
|
|
|
|
|
Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram.. by Zaharuddin Abd Rahman
Price: B$23.50
Buku ini merupakan buku edisi kedua yang telah dikemaskini maklumatnya. Ia menjelaskan kepada pembaca persoalan semasa berkaitan kewangan dan perbankan harian menurut perspektif Islam. Ia menjawab pelbagai persoalan berkenaan hukum berkaitan transaksi dan aktiviti kewangan semasa.
About The Author:
Zaharuddin Bin Abd Rahman berpengalaman luas dalam bidang Syariah, kewangan dan pembankan Islam. Beliau kini sedang menjalani kursus PhD di dalam bidang Syariah dan Perbankan Islam di University of Wales United Kingdom. Beliau juga adalah Penasihat Syariah kepada beberapa buah institusi kewangan tempatan.
Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank Berhad, Pengurus Kanan Pembangunan Produk di RHB Islamic Bank Berhad dan Eksekutif Syariah di Ingress Corporation Berhad.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya dan Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan.
Contents:
Bab 1 Mengapa perlu tahu tentang halal dan haram dalam kewangan
Bahagian Pertama: Dalil dan Nas
Bahagian Kedua: Zuhud dan Salah Faham
Bab 2 Pengenalan kepada Ilmu Fiqh Mu’amalat
Bahagian Pertama: Kaedah asas dalam Fiqh Mu’amalat
Bahagian Kedua: Kontrak-kontrak dalam Mu’amalat Islam
Bahagian Ketiga: Rukun dan syarat jual beli dalam Islam
Bab 3 Unsur dan elemen haram dalam kewangan
Bab 4 Riba dan hukumannya
Bahagian Pertama: Erti Riba
Bahagian Kedua: Jenis Riba
Bahagian Ketiga: Hukuman riba dalam Islam
Bahagian Keempat: Riba dan bentuknya dalam konteks semasa
1. Riba dalam pinjaman
2. Riba dalam akaun simpanan dan pelaburan
3. Riba dalam kad kredit
4. Riba dalam insurans konvensional
5. Riba dalam jual beli perhiasan emas dan perak
Bab 5 Gharar dan Judi
Bahagian Pertama: Pengertian gharar dan dalil pengharaman
Bahagian Kedua: Jenis gharar dan tempat berlakunya
Bahagian Ketiga: Gharar dan judi dalam bentuk semasa
Bab 6 Perbezaan Perbankan Islam dan Konvensional
Bahagian Pertama: Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum Syariah
Bahagian Kedua: Tugasan majlis penasihat Syariah
Bahagian Ketiga: Proses pengesahan halal perbankan Islam dan Takaful
Bahagian Keempat: Produk perbankan Islam
Bahagian Kelima: Contoh dan bentuk produk kewangan Islam
Bahagian Keenam: Produk Takaful (Insurans Islam)
Bab 7 Unsur haram dalam Perniagaan dan Kerjaya semasa
Bahagian Pertama: Kerjaya peguam dan pegawai pemasaran produk pinjaman riba
Bahagian Kedua: Menipu dalam pendapatan harta
Bahagian Ketiga: Fahami rasuah dan kesan buruknya
Bab 8 Isu-isu Perbankan dan Takaful
Bahagian Pertama: Isu modal bercampur
Bahagian Kedua: Adakah perbankan Islam mahal dan zalim?
Bahagian Ketiga: Penasihat Syariah dan pertembungan kepentingan
Bahagian Keempat: Terima logo halal atau Islam tanpa kaji
Bahagian Kelima: Ubah lafaz akad bagi halalkan riba
Bahagian Keenam: Pinjaman kakitangan
Bahagian Ketujuh: Caj perkhidmatan dalam pinjaman (qardhul hasan)
Bahagian Kelapan: Denda lambat bayar di bank Islam mirip konvensional?
Bahagian Kesembilan: Status pemilikan aset sebelum menjual
Bahagian Kesepuluh: Membeli aset yang dilelong
Bahagian Kesebelas: Rumah terbengkalai, bank Islam tuntut bayaran: Wajarkah?
Bahagian Keduabelas: Daruratkah jika bank Islam tolak permohonan?
Bab 9 Harta haram dan cara mengurusnya
Bahagian Pertama: Cara melupus
Bahagian Kedua: Sedekah dengan harta haram
Bahagian Ketiga: Menggunakan harta haram untuk membina masjid
Bahagian Keempat: Adakah harta haram dapat dibersihkan dengan zakat sahaja?
Bahagian Kelima: Cara melupus wang haram daripada pelaburan haram
Bab 10 Hutang menurut Islam
Bab 11 Isu Syariah dalam jualan langsung (Multi Level Marketing)
Bahagian Pertama: Pengertian MLM
Bahagian Kedua: Para ‘Ustaz’ dan MLM
Bahagian Ketiga: Beberapa keraguan Syariah dalam MLM
Bahagian Keempat: Syarat minimum Syariah bagi sesebuah MLM
Bahagian Kelima: Bentuk skim MLM alternatif dan menepati Syariah
Bahagian Keenam: Fatwa majlis ulama Indonesia berkenaan MLM
Bab 12 Beberapa Isu Kewangan dan Pelaburan Semasa
Bahagian Pertama: Pelaburan Swisscash
Bahagian Kedua: ABB Fund, Eaidex, Winlifund dan Arabic Fund: Kajian Kes
Bahagian Ketiga: Pelaburan mata wang Dinar Iraq
Bahagian Keempat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bahagian Kelima: Beberapa bentuk urusniaga saham dan hukum Syariah
Bahagian Keenam: Hukum urusniaga dengan syarikat Yahudi: Makan, beli, jual
Bahagian Ketujuh: Hukum gaji penjawat awam
Bahagian Kelapan: Rakan hidang makanan daripada hasil haram
Bahagian Kesembilan: Hukum forex trading dan leverage
Bahagian Kesepuluh: Menuntut kembali hutang yang dihalalkan
Bahagian Kesebelas: Hukum bekerja di institusi kewangan konvensional
baguih buku nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# niceghost2005
masa aku niaga pasar malam,10 % aja yg solat maghrib...walaupun surau dekat,ramai x solat....
apa nk wat..akhir zaman,,,,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu tifu..............cepat kaya!!!
niceghost2005 Post at 24-5-2010 17:34 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
spiritual pulak mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 30# BulanTerbelah
ini disebabkan manusia beranggapan bahawa dengan berkerja baru dapat duit, dengan berniaga baru dapat duit...
solat itu buang masa.... alangkah ruginya |
|
|
|
|
|
|
|
matlamat kebanyakan peniaga/usahawanni bkn nk cari duit tapi nk cepat kaya
so gitula jadinya
menipu sbb yakin dgn menipu leh cepat
cepat dpt bala .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# yusrin
itulah usahawan akhir zaman..
malah yang berdendang dgn hadis dalam board usahawan juga kaki kencing,kaki niaga cara haram...
aku pun pelik....
Manusia dua alam ..... |
|
|
|
|
|
|
|
yang dikatakan ustaz pun ada jugak pakai hadith palsu. tok guru tareqat lagi ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mancismana? at 26-5-2010 01:50
pergg...no 1 tauke dobi![](static/image/smiley/default/cry.gif)
mati2 aku ingat tauke gores dan menang![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# mancismana?
boleh tambah tauke gores dan menang............ |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Berniaga lah dgn ikhlas serta jujur.
Bekerja lah dgn ikhlas dan amanah serta bersungguh sungguh.
Di jaman akhir jaman ini..........seperti yg di katakan olih Nabi saw.
Lebey kurang maksud nya bahawa di antara HARAM dan HALAL sudah kabur.......
Oghang yg jujur serta amanah merasakan diri mereka berada di dalam tekanan.
Baik semasa makan gaji ataupun berniaga.
TETAPI insyaallah, bersabar lah.......
BANTUAN or PERTOLONGAN Allah amat dekat sekali.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg songlap rezeki haram,untung puluh2k,ratusk baru nak tobat....
Taubat owh taubat...dah bagi anak bini makan,beli kereta,beli rumah dgn wang haram....
sebelum berniaga,cari ilmu niaga ikut islam,bukan ilmu sampah ikut yahudi.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga forumer pertikaikan siapa ustaz zaharudin...
yg pertikaikan spm je...agama pun lulus cukup makan...
alahai Melayu layu.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
|