CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Along_XX

KAMI PEMINAT HAFIZ - VILLA 63 - Keep on voting NC @ MM! Request AN @ all radio!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 14-7-2010 11:41 AM | Show all posts
harap2 lagu baru la long......tapi lagu raya yg lama2 kalo dinyanyi semula ok jgk.....org lebih  ...
delima Post at 14-7-2010 11:37


tu la.....harap2 lagu raya baru tapi lagu baru ni susah org nak terima.....lagu raya hafiz last year tu lepas raya dah x ingat dah rentaknya......ntah mana ntah aku letak mp3 lagu tu.....nak kene cari balik......huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 11:43 AM | Show all posts
salam KPH kebabom!!
thanx along coz watkan villa yg ke 63
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:49 AM | Show all posts
tu la.....harap2 lagu raya baru tapi lagu baru ni susah org nak terima.....lagu raya hafiz last  ...
Along_XX Post at 14-7-2010 11:41

kannnn?.....lagu baru biasanyer susah org nak terima.......aku pun suka dgr lagu2 yg lama jgk.....baru terasa suasana raya bila dgr lagu2 Allahyarham P.Ramlee, Sanisah Huri, Fazidah Joned, Allahyarham Sudirman, S, Jibeng, Rafeah Buang... berkumandang di radio......sedih pun ader jgk.....huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:49 AM | Show all posts
salam sekali lagi KPH
thanks long buatkan villa yg ke 63
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:50 AM | Show all posts
ooo ye ke?....thanks 4 the info.....
btw.....die nyanyi secara solo, berduet ke ramai2?..... ...
delima Post at 14-7-2010 11:41


harus ditanya delima
konsep apis kan kongsi2....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:51 AM | Show all posts
salam KPH kebabom!!
thanx along coz watkan villa yg ke 63
amalina Post at 14-7-2010 11:43


w'salam dan selamat pagi ina.......
takde kelas ke?....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2010 11:53 AM | Show all posts
salam KPH kebabom!!
thanx along coz watkan villa yg ke 63
amalina Post at 14-7-2010 11:43


salam amalina.......sempat lagi tu.....dah siap lom assignment?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 11:55 AM | Show all posts
kannnn?.....lagu baru biasanyer susah org nak terima.......aku pun suka dgr lagu2 yg lama jgk..... ...
delima Post at 14-7-2010 11:49


tu la......tapi kalo nyanyi lagu lama ni org akan compare dgn penyanyi asal.....unless dia nyanyikan dgn lebih baik lagik....huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2010 11:57 AM | Show all posts
harus ditanya delima
konsep apis kan kongsi2....
ameeza2000 Post at 14-7-2010 11:50


kannnnnnnnnnnn???
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:59 AM | Show all posts
w'salam dan selamat pagi ina.......
takde kelas ke?....
delima Post at 14-7-2010 11:51 AM


pagi delima..........
err ade kelas kol 4 nanti...ade kat kolej ni....
wat asgment smbil lepak n berforum........
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:01 PM | Show all posts
harus ditanya delima
konsep apis kan kongsi2....
ameeza2000 Post at 14-7-2010 11:50


betul tu acik.....konsep sharing is caring tu mcm dah jadi satu syarat pulak.....kalo ader apiz kawan2 yg lain wajib ader.....tapi tidak sebaliknyer.....photoshoot pun kongsi2.....kalo nak jadi cover majallah pun kena kongsi2....jgn haraplah nak tgk muka die srg je.....huhu.....



nota kaki: asalkan jangan GF kongsi2 sudehhh!!!......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:01 PM | Show all posts
salam amalina.......sempat lagi tu.....dah siap lom assignment?
Along_XX Post at 14-7-2010 11:53 AM


wasalam along..............
err xsiap lg...tengah siapkan.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:05 PM | Show all posts
betul tu acik.....konsep sharing is caring tu mcm dah jadi satu syarat pulak.....kalo ader apiz  ...
delima Post at 14-7-2010 12:01


kannnn.....pinjam suara utk citer katun pun..apis buat, kwn dia mesti buat juga...



adehhh.....tp YB Selayang ada 4 bini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:11 PM | Show all posts
------------------

nota kaki: asalkan jangan GF kongsi2 sudehhh!!!......
delima Post at 14-7-2010 12:01 PM



habis madu 4 ni??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:14 PM | Show all posts
habis madu 4 ni??
amalina Post at 14-7-2010 12:11



kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:17 PM | Show all posts
habis madu 4 ni??
amalina Post at 14-7-2010 12:11


smua dah kena cerai talak 3.......wakakakakakkaka......











larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 12:20 PM | Show all posts
salam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:22 PM | Show all posts
smua dah kena cerai talak 3.......wakakakakakkaka......











larikkkkkk ...
delima Post at 14-7-2010 12:17



adehhhhhhhhhhhhhhhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:22 PM | Show all posts
salam..
puyoh Post at 14-7-2010 12:20


salam puyoh laling...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by delima at 14-7-2010 12:26

since apiz dah nak kluarkan single ketiga......mungkin kita smua bole baca artikel ini sekadar utk renungan.......


---------------------------------------------------------------------------------------

INTERAKSI: Lagu kita kurang melodi

2010/07/14 [hmetro.com.my]

ISU kering idea menghasilkan lagu ‘hit meletup’ dalam industri muzik tanah air memerlukan penyelesaian segera. Faktor itu bukan saja merencatkan perkembangan bakat baru, malah tidak banyak lagu pop menarik bernilai komersial dapat diputarkan stesen radio.
Keadaan ini sering dijadikan alasan stesen radio untuk memutarkan lagu artis luar terutama dari Indonesia yang dikatakan lebih mudah menarik perhatian pendengar kerana lebih menarik dan mudah menangkap telinga.

Paling ketara, aspek melodi ‘kurang menangkap’ gagal memikat pendengar yang semakin bijak menilai sesebuah lagu itu sedap atau sebaliknya.

Untuk itu, topik perbincangan julung kali bertajuk Woksyop Hot FM Kita Punya di Auditorium Bentley Music, Mutiara Damansara, menarik 10 ikon tanah air merungkai persoalan itu.

Woksyop antara lain mendedahkan cara golongan peminat dan pemuzik amatur untuk menceburi bidang muzik secara serius. Sesi penerangan dan soal jawab menerima reaksi positif seramai 150 peserta.

Sesi menampilkan gitaris, Edrie Hashim, pemain dram, Arthur Kam, pengurus artis, Che Mok serta Norman KRU, pengurus syarikat rakaman, Edris Adrian, artis indie, Taja Meet Uncle Hussain (MUH), guru vokal, Cikgu Shafi dan penyanyi, Faizal Tahir membincangkan kemelut berkenaan.


Wartawan Rap, ESME JOHARI WAHAB Wahab menemuramah Ketua Rangkaian Radio Media Prima, Ahmad Izham Omar untuk mengulas isu lebih lanjut. Ahmad Izham yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, sebelum ini menerajui syarikat rakaman Positive Tone yang melahirkan kumpulan yang tampil dengan kelainan hingga dianggap mendahului zaman.

Walaupun menerajui stesen televisyen, Ahmad Izham tidak dapat lari dengan minatnya untuk melahirkan album penyanyi tanah air melalui syarikat rakaman Monkey Bone khusus untuk bakat program realiti Media Prima Berhad.

Dalam Woksyop Hot FM Kita Punya Sabtu lalu, Ahmad Izham bersama komposer Audi Mok, membincangkan topik ‘Muzik dan Bagaimana Mencipta Lagu Hit’.

RAP: Apa dimaksudkan dengan tema woksyop Hot FM bakal merubah senario muzik tempatan?

IZHAM:
Woksyop antara langkah pertama dilakukan mendekatkan pendengar dengan industri muzik. Banyak seminar muzik diadakan pada 90-an, tetapi kini tidak serancak dulu. Kami rasa perlu ada usaha mencari bakat baru mencipta melodi menarik dan terus mendapat tempat di hati pendengar.

Ia antara lain memberi inspirasi kepada golongan pemuzik amatur atau sesiapa berbakat yang berminat secara serius menceburi bidang muzik.

RAP: Apakah dua manfaat besar mengikuti woksyop Hot FM Kita Punya itu?

IZHAM:
Pertama, memberi pendedahan dan menerangkan keperluan semasa industri. Mereka diberi gambaran lebih baik misalnya, bagaimana mencipta lagu hit mudah dan mampu melonjak sebaik didengar kali pertama.

Kedua, memberi pendidikan dan menimba pengalaman bersama ramai individu berpengalaman bidang itu. Antaranya pengurusan artis, tip mencipta lagu dalam pasaran semasa dan kisah kejayaan artis.

RAP: Apakah anda bersetuju kalau dikatakan lagu kita kurang menarik? Apakah industri kita ketandusan komposer bakat baru?

IZHAM:
Sebenarnya lagu kita kurang melodi. Ada antaranya berjela-jela dan bosan didengar selepas hanya beberapa saat mengikutinya. Jika dulu, kita ada ‘orang lama’ yang hebat seperti Datuk Aziz Bakar atau Mike Bernie yang sentiasa membimbing hingga menghasilkan banyak melodi menarik, sekarang terlalu sedikit.

Jadi woksyop ini bertujuan memberi gambaran lebih jelas. Itu termasuk mencari bakat bersesuaian dan peka dengan kehendak pendengar semasa. Paling penting, cetusan dan inspirasi baru hadir dalam diri mereka.

RAP: Apakah artis indie membuka dimensi baru terhadap penciptaan lagu?

IZHAM:
Kumpulan indie ada stail dan idea mengikut keadaan semasa. Contohnya Bunkface, Hujan atau artis solo seperti Yuna, mereka menulis lagu sendiri. Mereka tahu apa disukai peminat remaja atau muda dengan tarikan tersendiri dan terbukti berjaya melonjak mereka ke tahap membanggakan.

Mereka mampu pergi lebih jauh kerana ada kelainan dan unik melalui lagu dihasilkan. Zee Avi dikenali membawa mesej universal.

RAP: Bagi seseorang berminat mencipta lagu, adakah perlu mendengar 100 peratus syarikat rakaman?

IZHAM:
Paling penting, bakat perlu ada. Jangan dengar cakap orang mencipta lagu. Jangan dengar syarikat rakaman. Mereka mesti buat lagu ikut gerak hati. Jika boleh jangan beri adik-beradik, saudara-mara atau orang terdekat mendengar lagu dulu.

Ini kerana mereka mungkin mengatakan lagu anda paling sedap. Hakikatnya, lagu dicipta perlu didengar orang tidak mengenali anda.

RAP: Bagaimana menyemarakkan industri muzik kita?

IZHAM:
Saya harap banyak peningkatan pembaikan atau ‘incremental improvement’. Lagu yang baik perkara subjektif. Jika boleh biar ada nilai dan disukai ramai dan paling banyak diputarkan yang bermakna ia disukai.

Jika boleh, lagu biar mesra radio. Bagi saya, lagu tidak semestinya terlalu akademik atau terlalu intelektual kerana pendengar terdiri pelbagai golongan. Mereka tidak dengar jika tidak faham, tidak sedap dan kompleks.

RAP: Berapa lama era muzik bertahan? Ceritakan sedikit evolusi?

IZHAM:
Muzik berubah ikut peredaran masa. Paling lama 10 tahun, jika 60-an popular melalui The Beatles, era 70-an dengan funky atau hard rock blues, 80-an menampilkan tekno-disko dan grunge menyusul 90-an. Ada lebih berat seperti heavy metal atau thrash, tetapi untuk kelompok tertentu.

Zaman sekarang, mentaliti kita masih ada stigma 15 tahun lalu. Ini membuatkan kita tidak berani mencuba sesuatu melodi baru. Ia penyebab melodi kita kurang menyerlah.

RAP: Jika ada melodi baru, jenis bagaimana? Apa tahap rujukan baru boleh dijadikan contoh?

IZHAM:
Buat masa ini, Lady Gaga bijak menggunakan melodi mudah dan menarik jutaan pendengar. Melodi sekali dengar, terus meniti di bibir. Kita mahu jenis itu, letak terus mendapat tumpuan pendengar. Kita tidak mahu ‘intro’ satu minit. Itu tidak relevan zaman sekarang dan lagu perlu dua atau tiga minit paling panjang. kebanyakan lagu Beatles dalam tempoh itu saja.

RAP: Apakah penciptaan lagu bahasa Inggeris selain bahasa Malaysia diperlukan?

IZHAM:
Sudah tentu. Jika boleh, dua bahasa lebih bagus. Jika boleh, lagu menarik perhatian luar. Ambil contoh artis Australia dan Sweden, lagu mereka menambat pendengar antarabangsa. Kita perlu serba-boleh dalam dunia muzik mencabar sekarang. Buat masa ini, saya harap lebih banyak melodi dihasilkan. Jika boleh, lapan saat pertama dapat menangkap halwa telinga pendengar, itu cukup baik buat permulaan!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065069 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list