PENGANJURAN Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL 24) yang mengambil tempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Januari depan bakal menyaksikan gandingan pengacara sama seperti tahun sebelumnya iaitu Ally Iskandar, Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Bagaikan ulang tayang AJL23, mungkin sesetengah peminat mula berasa bosan dengan penampilan pengacara yang sama selain hilang nilai suspen pada AJL kali ini.
Kemunculan Faizal dan Cheryl mungkin tidak menjadi isu kerana mereka sejak azalinya mengemudikan program Muzik Muzik, tetapi ramai yang mempersoalkan kenapa Ally lagi?
Adakah Ally anak emas TV3 atau adakah TV3 sudah ketandusan pengacara lantaran wajah Ally sudah menghiasi banyak program saluran itu.
Menjelaskan isu itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan punya jawapan tersendiri agar khalayak tidak terkeliru atau tersalah anggap dengan pemilihan Ally sebagai hos.
"Saya percaya ramai yang inginkan Ally jadi pengacara AJL termasuk AJL24. Kalau mahu ambil orang lain menggantikan tempatnya, kita kena lihat pula pada kesesuaian dan kelapangan masa orang lain.
"Umum mengetahui, AJL sudah menjadi penanda aras serta produk istimewa kepada TV3 sekali gus acara ini memerlukan konsistensi setelah dijalankan lebih dua dekad lalu.
"Lantaran itu, saya dan pihak penerbitan AJL mempercayai kredibiliti Ally yang boleh berinteraksi dengan baik lalu mengetahui apa jua yang hendak disampaikan kepada audiens," jelasnya ketika