CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BidadariAnggun

Suami Tiada Upah.. Tiada Nafkah.. Teruskan Fasakh?

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-2-2011 06:13 PM | Show all posts
He,he...mengamuk sungguh TT..  Tak pe TT, cuba bawak berbincang.  Ada yang dapat husband le ...
jazaa Post at 11-2-2011 18:05



suami aku x keje dah 6 tahun, aku besarkan font 6 tahun! kau nk suruh aku bincang, sabar, mohon petunjuk apa lagi? aku dah jemu dengar nasihat macam ni, jemu kau tau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 06:26 PM | Show all posts
ms mula2 suami aku x keje, bapak mertua aku pernah ty brp gaji aku. bila dia tau gaji aku br ...
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 18:10



sebelum kawin suami ko keja tak?...bagi aku ,penjelasan mak bapak anak beranak belah suami ko memang banggang,aku cakap dgn ikhlas ni ko jangan terasa..bapak suami ko ni orang utan ke?,,kalau cam ni gaya memang diorang jauh dengan agama...ko dah tanya pendapat kat keluarga ko dalam kes ko ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by ParinAmat at 16-2-2011 09:11
suami aku x keje dah 6 tahun, aku besarkan font 6 tahun! kau nk suruh aku bincang, sabar, moho ...
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 18:13


kih,kih,kih....kenapa nak tunggu sampai dah 6 thun baru nak buat semua ni?....

Tau tak byk kesalahan & kebodohan yang di adukan kat mahkamah syariah tu adalah berpunca dari pompuan jugak...?
Dah tau suami tu tak berapa cerdik dalam tanggungjwb, masa mula2 berkawin, tak berkira...duit api,air, sewa rumah, makan semua guna duit isteri, duit suami cuma bayar duit kereta je...bila dah dapat anak, kos masih isteri yang tanggung, suami tetap bayar duit kereta je...

Dah lepas 5 thun, kereta dah habis hutang, suami dok pikir nak tukar kereta lain, jadi duit suami masih lagi bayar kereta je...pastu baru lah nak complaint kata semua isteri yang tanggung, suami cuma bayar duit kereta je...Adusss...selepas 5 thun baru nampak ke?

Mcm TT jugak....kenapa baru sekarang nak komplain?  Dari tak de anak dah 3 orang dah...bila kebiasaan tak kerja tu dah sebati dalam diri, TT ingat senang ke nak ubah?...

Ada satu kes kawan saya, pi adu kat pejabat agama husband tak bagi duit, dah 8 thn kawin tak kuar duit belanja, Tok kadi tanya lah dia balik, masa baru2 kawin dulu suami bagi? dia jawab tak...habis, bila dah 8thn baru nak suruh bagi?...

Sori lah TT...ni rumahtangga TT, kami kat sini cuma blh bagi pendapat je...tapi bila kita bagi pendapat, cepat je TT nak lahar...aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 06:49 PM | Show all posts
adik pompuan dia mewakili mak dia penah cakap kat aku, dia kan somi awak, tanggungjawab awak l ...
BidadariAnggun Post at 11-2-2011 17:51


kalau aku, aku cakap kat adik perempuan dia,
kalau jahil, pi mengaji agama...

dan tanyakan balik,
sanggupkah adik perempuan dia dapat laki, semua bini kena tanggung???


An-Nisaa':
[4.34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:20 PM | Show all posts
For me, tindakan u betul, x kisahla orang nak cakap kenapa nak tunggu lama2 asalkan u bertindak. Selalunya perempuan ni berpikiran positif, bg peluang bg tempoh, bukannya baru2 kawin suami buat hal terus nak ngadu pejabat agama.

Orang kerja pejabat agama ramai lelaki, memang akal pendek pun, selalu sebelahkan lelaki. For me kalau lakii tak guna, tak nak kerja, banyak alasan walaupun dah b=diberi peluang x yah la nak tunggu, baik la cabut. SO for me, apa u buat adalah untuk kebaikkan u dan anak2, atleast lepas nii x la tanggung dosa duk gaduh ngan laki je, boleh tumpukan pada kerja dan anak2. Insya-Allah kalau ada jodoh jumpa yang lain yang lebih2 bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:22 PM | Show all posts
beb... aku nak cakap satu je.. kalau masih boleh redha, redhakan.. kalau dah x tahan, x boleh redha.. teruskan dgn fasakh.. itu cara2 nak mengajar dia utk menjadi manusia, bukan biawak..

aku paham sgt2 apa yg ko dah lalui.. so, tanya pd hati n akal sendiri apa tindakan selanjutnya yg sewajarnye ok.. apa2pun dahulukan kebajikan anak2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2011 09:19 PM | Show all posts
Satu lagi contoh, yang ni lagi teruk, duduk dengan mak bapak(sebelah pompuan)...tapi menantu lelaki tak kerja.  Bila isteri gi kerja, dia pun pakai smart mcm orang kerja gak, lepas hantar wife dia akan melepak dengan kawan2....anak2 maid yang jaga, lagi teruk wife tu di "kudakan" sbb terpaksa cari mkn, tanggung malu dengan parents, byar maid lagi...hish..kalau che'...lebih baik che' tak payah berlaki kalau mcm ni...nak buat mcmana?  anak dari 2 orang dah jadi 3 orang dah...bermakna dia happy dengan life yang mcm tu gak...
jazaa Post at 11-2-2011 12:41 PM


ada not really happy, but have to pretend happy......
my used-to-be-best-friend gini gaks le...senang citer, die keje ok gaks ler & tanggung semua, laki die goyang teloq je kat umah. Tp die tak sanggup nak berfasakh ke ape, sbb die kate die tak bleh hidup tanpa suami di sisi, die tak cukup kuat utk harungi kehidupan sorang2, walaupun kekadang die rase letih sangat2...ape lagi mak nak kate noks, sabar & redho je ler......

   
TT, me pernah kenal one guy - baik, alim (ngee)...die pernah kate luks, kalo kawin..i tak kisah jadi house-husband, u dah kerja bagus and my reaction?boleh.....boleh blah.....tak kawin pun takpa dgn lelaki yg tak tau tanggungjawab, harap ilmu je tinggi.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 11:10 PM | Show all posts
dlm family i takde org camtu... yg lelaki tetap kerja walopun dpt ciput... setau i laaa kan.

tapi sbb TT tanya pasal experience... masa i study dulu kat overseas, ada 1 kapel tu.. isteri buat PhD... suami dok rumah... tapi suaminya rajin... jaga anak 2 orang, layan makan minum/hantar g skolah...siap boleh babysit kan kengkawan study punya anak.. pasti ada small fee jugaklah... isterinya cuma dok fokus study ajer... masa raya, buat open house, kami yg bujang ni dtg makan jer, takyah tolong masak apa semua dah...

ada gak brader lain yg dah berkeluarga komen kat belakang2.. kata mesti brader househusband tu rasa semacam sbb lelaki kan ego... i dunno la dorang nampak happy, sebaik akak tu tamat PhD, balik Msia katanya suami tu kerja laa.. tapi takla akademik tinggi mcm isterinya tu.

i takde kenal lelaki yg 'biawak idup' gitu. cuma i rasa kalau TT idup terseksa mental dgn suami camtu.. go ahead la ... fasakh pun fasakh.. benda cerai mmg dibenci Allah tapi TT yg nak idup... seriously i fikir yg kita manusia ni kena fikiran lapang/tenang baru kita boleh idup dgn bermakna... kalau dalam minda dok fikir sakit hati, marah... memendam rasa, lama2 boleh sakit jiwa... kalau sakit jiwa, takpun tertekan sepanjang i dunno cemana u nak besarkan anak2 dgn elok, nak beribadat pd Allah. kita idup ada tujuan, tapi kalau tak sampai tujuan, bukankah sia2 saja?

nak elakkan bercerai tu mmg elok, tp tgklah kalau DAH CUBA, suami mmg TAK BOLEH berubah, tunggu apa lagi... nak kasi peluang pun tgk juga berapa kali/berapa lama... berbaloi atau tidaknya.

i yg OKU ni pun boleh cari makan sendiri... inikan lelaki cukup tulang 4 kerat, pancaindera sempurna... akal 9/10 semua tuh, apa tak rasa malu ke jadi lelaki perabis beras? Ya Allah... sedih tul mikir spesis gini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 11:41 PM | Show all posts
aku pelik la lately ramai plak anak dara dok tenggek kt FD bagi nasihat ala2 dosa besar tak cium syurga kalo 'runtuhkan mesjid bagai'
uiiii kawen dulu + rasa  camner hakak2 yg bermasalah ni meroyan dpt laki tak guna ni.... baru tau best/tak bestnya kawen dgn laki yg tak tau tanggung jawab

kt benang memana pun ala2 nasihat soh bertahan bagai. nak muntah
tapi sokati sume orglah nak tulis hape2 kan. bukan kene bayar pun

tak tau ker dari tanggong dosa gadoh laki bini, baik la tanggong biawak idop bukan somi puppet
kenkurang biawak tu haiwan, mmg tak reti buat keje umah... tak layak mintak keje
laki ni tulang kederat kuat. sila malu dgn biawak ye wahai somi2 yg tak sedar diri ni!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 03:31 AM | Show all posts
Reply 18# BidadariAnggun


   cerai jer la yang.... nak dok bagik makan lagik kat jantan camtuh wat per...   hati sakit, pala runsing, jiwa x tenteram, anak pon leh jahanam ada pak yg seruper gini...
   bukan u x der income sendiri nak cover expenses whole family...
   dah lebih drpd mampu pon khen...?
   so tunggu hapa lagik....???
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 03:06 PM | Show all posts
yg aku paham, TT ni mmg nekad nk fasakh tp dia jdk panik sbb laki dia dh start ingat tanggungjawab as somi...... btui tak TT?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 03:25 PM | Show all posts
runtuhkan masjid mmg bedosa.
kalo nak pertahankan masjid, tapi dalam nya penuh dgn seksa, derita, aniaya; tak berdosakah?

pada aku perkahwinan ni elok ditamatkan. Kalau diteruskan aku tak rasa suami ko bebas daripada dosa, sebab dia tak menjalankan tanggungjawabnya. Free2 dia dapat dosa setiap hari.
Jadi utk menyelamatkan lelaki tu, serta sekaligus membebaskan ko daripada seksaan, maka aku menyokong penuh usaha ke aras menamatkan ikatan tersebut.
Selamat memulakan hidup baru. Semoga berjumpa kebahagiaan pada masa akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 03:38 PM | Show all posts
runtuhkan masjid mmg bedosa.
kalo nak pertahankan masjid, tapi dalam nya penuh dgn seksa, derita, a ...
PEPPERMAN Post at 12-2-2011 15:25



runtuhkan masjid tpt beribadat ke ko maksudkan? masjid mmg tpt beribadat tp robohkan struktur masjid tuh dosa ka?or kita kategorikan as perbuatan x hormatkan agama? takde masjid pun umat Islam msh boleh berjemaah sembahyang walau di emergency lane highway Plus tuhhh kalu nk....... tpt x penting tp perlakuan ibadah tu yg di utamakan...

kalu runtuhkan masjid maksudnya bercerai, berdosa ka? Allah halalkan cerai tp ada remark "benci".... bukan haram hukum cerai tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 09:39 PM | Show all posts
lawan habis2an ...pastikan fasakh tu berjaya..xyah nak kesian biler konon2 dier start berubh ..blh le blah ...xd mknanya ..faskh ttp fasakh ..x perlu nk bg peluang lg ....famili dier pun x membantu ..mmg cmtu kot ..rase x malu makan pakai bini tanggung ...ko masih ada ms nk back off...jgn smpai dh berpuluh thn kawen br nk menyesl bgai tanggung biawak hidup..better byr gaji kt maid dr tanggung somi yg mcm king besar ....mesti dier jenis ckp besar n otak letak ke lutut ....bangang agknyer xtau aper mkna tgjwb .....pjbt agama msia nih mmg bangang..sumer nk menangkan org lelaki ..mcm hampasss ...jawab le korg kt akhirat besok .....ko kn berjuang tuk diri sndiri n anak2 ..watper nk tnggung somi x fhm tgjwb ..ntah2 solat pun x buat ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 08:34 AM | Show all posts
bukan taraf???  
pada aku kerja mcm tu jauh lebih mulia dari nganggur harap bini tang ...
Equalizer Post at 11-2-2011 15:03



suami aku nk kata anak org berada tak juga. cuma tak ada sense of responsibility sbb yg nyata aku blh nampak, mak bapak dia msh menumpang rumah kt tanah sedara mara, anak2 langsung mcm tak ada sungguh2 nk adakan rumah utk mak bapak dia. satu lg, dlm adik beradik suami aku, bkn dia je yg tak keje, adik lelaki sorang lagi pun tak keje, yang tu anak 5 org. aku tak close dgn family dia sbb aku pun x tau kenapa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 08:39 AM | Show all posts
nih stetmen ckp tak guna otak...sbb anak jantan dorang yg pangai cam musibat... maka anak o ...
Fantaghiro Post at 11-2-2011 18:00



adik dia ni surirumah, makan pakai semua suami tanggung. kalau dgr cerita dia mmg isteri yg taat & patuh pada suami, nk melawan cakap suami pun tak berani sampai tahap suami tak pergi sembahyang jumaat apalagi sembahyang 5 waktu pun dia tak berani nk tegur sbb takut suami tuduh dia derhaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 08:54 AM | Show all posts
BidadariAnggun,

Asal negeri mana laki awak ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2011 08:57 AM | Show all posts
sebelum kawin suami ko keja tak?...bagi aku ,penjelasan mak bapak anak beranak belah suami ko  ...
toncik Post at 11-2-2011 18:26



2 bulan sebelum nikah dia kena retrench, kira sibuk cari kerja juga masa tu. Lepas 2-3 kahwin dia dah kerja semula tp tak sampai setahun dia accident & cuti panjang 6 bulan. lepas dah ok, dia kerja semula sampai aku kena transfer KL dia resign, yg best dia resigned notice 24 hours padahal aku pun belum lagi dpt surat tranfser. lepas 2 bulan dia resigned baru kami pindah KL dan sejak tu la dia tak keje, bg alasan jaga anak. Mmg ms pindah KL awal2 dia jaga anak sbb tpt baru tak berapa familiar sgt tp terus sampai skrg tak kerja.

aku tak kisah kau nk cakap family dia mcm mana pun, kalau bulan puasa selamba je ada manusia tak berpuasa makan minum kat dapur dan mak dia boleh sengih2 buat tak tau je, aku tak boleh hidup dalam keluarga macam tu, serius. family aku sure support aku, semua terpulang kt aku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:24 PM | Show all posts
adik dia ni surirumah, makan pakai semua suami tanggung. kalau dgr cerita dia mmg isteri yg taat & patuh pada suami, nk melawan cakap suami pun tak berani sampai tahap suami tak pergi sembahyang jumaat apalagi sembahyang 5 waktu pun dia tak berani nk tegur sbb takut suami tuduh dia derhaka.
BidadariAnggun Post at 13-2-2011 08:39


betul la jahil...

At Tahrim:6
‘Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan peliharalah ahli keluargamu daripada api neraka (sebab dan perbuatan yang membawa ia dan ahli keluarganya ke lembah kehinaan)’


bermakna dia x memelihara suami dia dari api neraka.
takut2 nanti apabila kat akhirat, si laki turut heret bini ke neraka sebab bini x tegur/nasihatkan dia...
sebab apa kata org, silence is consent, diam bermakna redha...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 02:26 PM | Show all posts
suami aku nk kata anak org berada tak juga. cuma tak ada sense of responsibility sbb yg nyata aku blh nampak, mak bapak dia msh menumpang rumah kt tanah sedara mara, anak2 langsung mcm tak ada sungguh2 nk adakan rumah utk mak bapak dia. satu lg, dlm adik beradik suami aku, bkn dia je yg tak keje, adik lelaki sorang lagi pun tak keje, yang tu anak 5 org. aku tak close dgn family dia sbb aku pun x tau kenapa.
BidadariAnggun Post at 13-2-2011 08:34


imho, susah nak ubah perangan laki sebab dia dibentuk & dibesarkan dlm keluarga yg tak beratkan tanggungjawab & amanah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080787 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list