CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Detik detik Tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong, penghuni tujuh rumah diarah pindah

[Copy link]
Post time 17-12-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 17-12-2023 06:28 PM
ioi mall Puchong. Dekat Putrajaya tu ioi City Mall

Ooo okay.. maceh... i selalu lepak dekat ioi city mall.. tp ni lama tak pi.. terkejut plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau xde 2nd hse.nak duduk mana dorang ni..kalau sewa blh lah babai terus...semoga dipermudahkan urusan mrk


Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya beli mahal2 jd gini lak.

Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg
Pernah gi hiking tmn wawasan tu
Best tapi bila santai jd lambat la haha
I minat area puchong ni
Tapi belah puchong utama ke dekat2 tasik2 tu
Tanah tinggi ni mmg tak minat takutt
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan landslide dekat bukit wawasan tu.. depan ioi ni i rasa jadi kerap banjir lepas diorang tambak lombong belakang mall tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:11 PM | Show all posts
Kes tanah runtuh seperti di Taman Bukit Permai 2, Ampang dulu, kini berulang lagi!

Ulang tayang berita tahun lepas, lebih 150 cerun berisiko runtuh dikenal pasti di Selangor ya


150 Cerun Di Selangor Berisiko Tinggi Runtuh

Dikemaskini pada 11, Mar 2022




11 MAC : Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lebih 150 cerun yang berisiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh terutama sekitar Gombak, Ampang dan Hulu Langat.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Selangor Ir Izham Hashim berkata cerun terbabit yang dikenal pasti menjadi tidak stabil akibat air hujan melampau sehingga menjejaskan kawasan itu

Beliau berkata sebahagian besar cerun berisiko dikenal pasti selepas banjir di Selangor pada Disember lepas.

“Kita sudah minta Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysiamenjalankan pemantauan dengan lebih meluas dan dengan teknologi yang ada sekarang, kejadian tanah runtuh seperti ini dapat diminimumkan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang hari ini.

Mengulas kejadian tanah runtuh itu, Izham berkata kawasan tersebut tidak termasuk dalam senarai cerun yang berisiko.

“Kebiasaannya apabila berlaku kejadian tanah runtuh, akan ada petunjuk seperti keretakan dan runtuhan sedikit tetapi dalam kejadian di Taman Bukit Permai 2, tiada indikasi serta berlaku secara mengejut,” katanya.

Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Izham turut menolak kemungkinan kejadian bongkah batu yang terjatuh dari bukit berhampiran Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai pada 9 Mac lepas adalah petunjuk awal insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2.

Beliau juga berkata kejadian bongkah batu terjatuh berhampiran pangsapuri berlaku kira-kira empat kilometer dari lokasi insiden tanah runtuh semalam.- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2023 07:12 PM | Show all posts
Seperti banjir, tanah runtuh juga adalah acara tahunan negeri terpaling maju.

Hada banjir, hada tanah runtuh. Saling melengkapi gaytuh!


Tulerrrrrr! Tamak haloba namampos kawasan cerun tadahan air pun nak buat perumahan. Tunggu sahaja kemurkaan Tuhan dan mother nature kerana rakus namampos merosakkan bumi tarah bukit sampai habis licin tanah sekangkang kera pun nak buat bangunan bagai!



TANAH RUNTUH, BENCANA APABILA ALAM TERLALU DIUSIK

March 16, 2022 Laupa JunusAlam




Kejadian tanah runtuh baru baru ini sepatutnya mampu membuka mata ramai pihak mengenai pentingnya alam sekitar supay tidak terus diusik.

Tambahan pula kejadian tanah runtuh merosakkan harta benda dan mengorbankan nyawa.

Terbaharu satu kejadian tanah runtuh berlakuj di Taman Bukit Permai 2, Ampang Selangor beberapa hari lepas yang menjejaskan 15 rumah serta 10 kenderaan selain meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan.

Menurut pihak berkuasa, kawasan tersebut tidak termasuk dalam senarai lebih 150 cerun yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi runtuh di Selangor. selepas banjir besar melanda baru-baru ini.

Namun bagi pakar kajian tanah runtuh negara, Prof. Dr Roslan Zainal Abidin , faktor Kebolehakisan hujan dn kebolehruntuhan tanah bagi kawasan bercerun amatlah kritikal walaupun ada cerun yg hanya ada penutupan pokok dan rumput.

PROF ROSLAN ZAINAl ABIDIN
Dr Roslan Zainal Abidin yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (NASEC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari 2001 hingga 2010 berkata. keadaan hujan yang berterusan selama tiga hari pasti akan melemahkan tanah untuk bergerak.
Menurut Roslan lagi, hujan harian yang melebehi 20 mm diikuti dgn hujan berterusan melebehi 3 Hari berturut turut walau pun tiada kerja pembalakan mahu pun kerja kerja projek pembangunan sudah pasti akan berlaku nya Tanah runtuh

“Bagi faktor klebolehruntuhan tanah, kandungan pasir, kelodak Dan tanah liat di sesuatu kawasan merupakan ukuran tahap kebolehruntuhannya. Jika banyak kandungan pasir Dan kelodak maka berisiko tinggi la kawasan tersebut (untuk berlaku runtuhan)

“(Justeru) perlu lebih berjaga jaga pada musim monsun yangg melanda etiap Tahun. Data hujan dari Stesen hujan yang ada di seluruh negara diperlu dianalisis untuk mengetahui keamatan hujan, tenaga hujan dan kebolehakisannya.

Maka kata beliau, bagi kuantiti tanah runtuh iaakan bergantung kepada panjang cerun, kecuraman cerun, penutupan cerun dan bentuk permukaan cerun

Menurut beliau lagi, lagi panjang cerun, cerun yang lebih curam, tiada penutupan permukaan cerun akan mengakibatkan Kuantiti tanah Runtuh yg besar.

Bagi Ketua Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) Institut Kejuruteraan Integrasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ts. Dr. Nor Azizi Yusoff bencana tanah runtiuh bukanlah suatu perkara baharu bagi negara ini .

DR. NOR AZIZIZ YUSOFF
“Kejadian serupa juga pernah berlaku sebelum ini. Hujan tanpa henti sejak beberapa hari mungkin menjadi salah satu faktor utama perkara ini terjadi.

Secara teknikalnya, cerun tanah akan stabil apabila kandungan air dan tekanan dalam tanah berada pada tahap di bawah ‘Takat pembuburan’ atau liquid limit. Curahan hujan yang sangat tinggi menyebabkan kekuatan antara zarah-zarah tanah terurai dan seterusnya hilang kekuatan, “ujarnya.

Menurut beliau bagi cerun batuan pula, proses lulu hawa kebiasaaannya boleh mengganggu kestabilan cerun batuan. Pergerakan air dan juga tumbuh-tumbuhan juga mampu mengurangkan kekuatan cerun seperti ini. Aktiviti manusia juga boleh menjadi penyebab bencana sebegini.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi bencana ini. Antaranya faktor cuaca ekstreme yang sukar dijangka yang kerap melanda negara pada ketika ini. Ini bukan sahaja mendedahkan negara kepada bencana tanah runtuh, malah bencana lain seperti bencana banjir yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, faktor-faktor pembangunan, keperluan guna tanah, praktis lapangan serta keperluan ekonomi setempat turut menyumbang. Kes kegagalan struktur kejuruteraan di negara ini masih terkawal dan mempunyai standard yang agak tinggi.

Walau bagaimanapun, negara kita telah mempunyai amalan kejuruteraan yang agak bagi dan dapat mengekang tragedi lebih buruk dan tidak terkawal di negara ini. Pihak Jabatan Kerja Raya sendiri mempunyai unit khas bagi melihat risiko-risiko cerun dalam negara. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains juga telah mengambil banyak inisiatif bagi mengurangkan risiko bencana ini.

Di UTHM sendiri, sebuah pusat kecemerlangan iaitu RECESS telah diwujudkan lebih 10 tahun lalu sebagai tanda keseriusan pihak universiti dalam sama-sama cuba membantu negara dalam menangani bencana alam sebegini. Tidak ketinggalan, banyak juga universiti lain yang terlibat dalam bidang kejuruteraan awam yang turut sama menjayakan penyelidikan berterusan ke arah ini. Kajian-kajian serta inovasi-inovasi yang diwujudkan diharapkan dapat membantu negara berdepan dengan keperluan ini.

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan penyelidik RECESS dan UTHM juga berpeluang dalam mengkaji kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, Selangor dan sekitar Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini. Kami telah berada di lapangan dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), beberapa sukarelawan syarikat swasta serta masyarakat setempat.

Sangat menggusarkan, curahan hujan luar biasa di sesetengah tempat terjejas boleh mencecah sekitar 300 mm hujan baru-baru ini. Untuk rekod, Jelebu merupakan antara tempat paling kering di negara kita. Sebahagian dari cerun gagal kerana pendedahan hujan ini terlampau besar dan diluar kemampuan rekabentuk yang biasa diamalkan.

Fenomena alam yang kian sukar dijangka ini meruntun lebih banyak usaha dari semua pihak. Saya pasti, pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia sedang berusaha sebaiknya bertindak mengikut keperluan ini. Di universiti pula, lebih banyak kajian perlu digerakkan bagi sama-sama membantu menangani risiko ini.

Orang awam juga punya peranan yang tersendiri. Jika kita melihat terdapat kebocoran air berhampiran muka cerun, ia boleh dilaporkan kepada pihak yang berkenaan. Walaupun menjadi tanggungjawab PBT setempat atau pihak berwajib menjaga kebersihan longkang contohnya, komuniti boleh sama-sama membantu sekiranya melihat ada longkang-longkang di cerun yang tersumbat.

Penduduk yang lalu lalang di suatu lokasi cerun boleh memerhatikan keadaan cerun. Jika kita mendapati jajaran longkang berubah, ini antara petanda awal pergerakan cerun. Selain daripada itu, sekiranya kita melihat rekahan tanah pada atas cerun, ini juga petanda awal pergerakan cerun tersebut. Muka cerun yang tidak diliputi rumput atau kaedah kejuruteraan yang sesuai, sangat berisiko untuk runtuh sekiranya mendapat curahan hujan yang tinggi. Sekiranya pembinaan sedang dijalankan, menutup muka cerun dengan kanvas adalah antara kaedah termudah dan termurah bagi sama-sama mengurangkan risiko ini.

Akhir kata, walaupun kita tidak mampu mengawal ketidak tentuan cuaca dan lain-lain, orang awam dapat membantu menjadi mata dan telinga agensi terlibat dalam membuat tindakan sewajarnya. Laporkan pengamatan anda di kawasan kejiranan anda bagi mengelakkan tragedi sama berulang.

Sementara itu bagi Agensi Angkasa Negara (MySA) TEKNOLOGI SATELIT YANH DIMILIKI MEMBOLEHKAN agen berkenaan membangunkan sistem pengurusan cerun (e-slope) dengan kerjasama MPAJ.

MySA juga mengadakan kerjasama dengan Plus bagi menentukan zin bahaya tanah runtu di sepanakng laluan lebuh raya PLUS menggunakan teknologi remote sensong dan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Kandungan e slope

-Modul Pengurusan cerun

Fungsi : Menyediakan maklumat cerun bagi kerja kerja pemantauan dan persediaan awal tanah runtuh

Kandungan:

-Maklumat cerun dan geografi

-Tahap bahaya cerun
-Impak runtuhan

-Pandangan 3 dimensi

-Perubahan guna tanah

-Analisis penialain kerosakan



-modul pembangunan bukit dan tanah tinggi

Fungsi: Menyediakan input bagi kesesuaian pembangunan sesuatu kawasan

https://jurnal.my/2022/03/16/tan ... lam-terlalu-diusik/

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:07 PM | Show all posts
Boleh tak kat Malaysia ni ban sahaja pembinaan di cerun bukit. Jangan bagi terus. Nampak memanglah glamer kalau tak jadi apa2. Kekadang manusia ni harus dikekang oleh undang2 dari memusnahkan diri sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-12-2023 06:25 PM
Musim hujan ke malaysia skang ni uolz?



Setiap petang hehari hujan lebat membawak ke malam, kat belah2 puchong ni lah
Uols ada kat mane dh lame x kelik
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 17-12-2023 02:16 PM
yg u mention ni , rumah yg dlm tered ini ka???

No lah..
Rumah area Taman iols duduk ni
Dekat dgn Bukit juga MCM ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 17-12-2023 12:33 PM
Nak bina ni taman ni habih bukit ditarah kan. Sikit ajer lagi umah tepi tuh. Kalau hujan lagi may me ...

Puchong ni nampak padat betul kan. SG x berapa suka vibe kawasan puchong sbb tempatnya mcm sesak setiap hari. Jam teruk juga plus byk construction

Menjad masih duk situ ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-12-2023 08:42 PM
Puchong ni nampak padat betul kan. SG x berapa suka vibe kawasan puchong sbb tempatnya mcm sesak s ...

Dah lama pindah, last duduk kat area puchong prima dulu. Skrg aman2 duk kat Kampung.

Mula duk puchong tahun 2000 lagi. Rasa dah tak best da puchong, sesak, padat dah tak macam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 17-12-2023 08:18 PM
Setiap petang hehari hujan lebat membawak ke malam, kat belah2 puchong ni lah
Uols ada kat mane dh ...


Cuti2 sikit.. gi uk lawat adik ipar pehtu round eu (paris, brussels, amsterdam), pehtu balik mesia jap terus balik kg ganu, pehtu ke bali bawak anak cuti skolah.. esok baru balik mesia.. semoga tak hujanle this week plan nak bawak budak2 layan theme park.. kalo hujan gak lusa kena layan indoor park je lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Puchong kawasan lombong
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tebang lah lagi hutan. Tarah semua bukit sampai gondol.

Anyways, takziah kepada penduduk terlibat bencana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 17-12-2023 07:11 PM
Kes tanah runtuh seperti di Taman Bukit Permai 2, Ampang dulu, kini berulang lagi!

Ulang tayang ber ...

Nk beli rumah pon rasa dah x berbaloi. Plg seram kalau antara kawasan ni ada rumah condo / flat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 17-12-2023 08:42 PM
Puchong ni nampak padat betul kan. SG x berapa suka vibe kawasan puchong sbb tempatnya mcm sesak s ...

Sama la i pon x suka puchong. Dgn jln bersimpang siur
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:30 AM | Show all posts
green~tea replied at 17-12-2023 06:25 PM
Sian nya .. 7 bijik rumah dah kira burn la.. jual takleh, insuran tak cover....

Even taman2 sekita ...

insurans rumah mmg xcover bencana yer...aduh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 18-12-2023 08:30 AM
insurans rumah mmg xcover bencana yer...aduh

Tak cover... atas belah ehsan majlis bandaran je... mcm kawan i terkena dekat taman kelab ukay in May 2020... mpaj kasi dia duk hotel (under mpaj) 6 bulan... sambil mpaj baiki lereng runtuh tu & buat reinforced wall ke apa nama....


Kawan i nak jual dag takleh, sbb bank pun dah mark location tu, loan x lepas utk future buyer, atau loan sekadar 60% je.. mujur kawan i laki bini keje, deme pindah kajang je walau both kat klcc... TRAUMA nak duduk ukay...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 08:44 AM | Show all posts
green~tea replied at 18-12-2023 08:38 AM
Tak cover... atas belah ehsan majlis bandaran je... mcm kawan i terkena dekat taman kelab ukay in  ...

Aduh...naseb jugakla kalau beli rumah ni....tp tula kalau kereta ada je insurans bencana boleh diambil...tp saperla sangka p ioi boleh kena bencana...i olls sempat blk sampai rumah baru hujan lebat...kalo x mgkn kereta i olls antara yg tenggelam tu...huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.439357 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list