CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu

[Copy link]
Post time 12-8-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 12-8-2024 12:40 PM
Laporan hilang - 27/12/23
Mayat wanita ditemui - 31/12/23
Pengesahan mayat melalui DNA - 12/08/24

ooooo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 01:18 PM | Show all posts
Banyak kes2 berkaitan pelaburan yang konon2nye boleh bagi pulangan lumayan...
Mcmana la nak educate orang2 awam lagi, bukan kat Malaysia aje, satu dunia..
Cikgu ni pun berapa sangat lah dia nak melabur? paling kuat pun 100k, aku agak mungkin dalam 10-20k aje.. berbaloi ke membunuh?

Apa jenis orangla yang sanggup bunuh dan kerat2 mayat? mesti tengok cite dexter tak abis.. saikopat la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Innallillah..takziah buat famili. Syukur dah ketemu jasad walaupun tak sempurna, at least famili tak perlu tercari2 lagik.

Yang pelik, camna tak jumpa jari2 & jepala masa jumpa badan tu pasal tak jauh pun bila jumpa. Anjing2 pengesan tak boleh hidu ke bahagian lain tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:32 PM | Show all posts
Kejam nye. Dah la bunuh, kau kerat2 nye badan. Semoga pelaku dapat pembalasan dunia akhirat. Harap hidup pelaku tak tenang sampai mati. Selayak nye ke tali gantung, simpan pun tak guna.

Astaghfirullah Al Azeem

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Salam takziah buat keluarga. Kesian nye anak kecik2 lagi kehilangan ibu.



Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:35 PM | Show all posts
bekas teman lelaki yang kene reman tu jadi bekas lepas cikgu ni kawin ke lepas dia kena bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:36 PM | Show all posts
mizruncing replied at 12-8-2024 12:56 PM
baca kat atas tu katanya sbb pelaburan. maybe suspek scam duit mangsa kot. tu yg bunuh. mesti mcm  ...

kalau saspek yang scammer, ramai lagi lah yang perlu dibunuh.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2024 01:37 PM | Show all posts
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 01:38 PM | Show all posts
TERKINI: Cikgu Istiqomah dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Ogos 12, 2024 @ 12:12pm
[email protected]



ALOR GAJAH: Kenalan lelaki ketika sama-sama belajar di universiti, disyaki mendalangi pembunuhan cikgu, Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini pada 31 Disember lalu.

Lelaki terbabit juga bekas guru sebelum berhenti menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa yang bertugas di Sekolah Kota Masai 3 dekat Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang keluarganya sejak 26 Disember 2023.

Kereta milik mangsa yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dijumpai di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, kira-kira 2 petang pada 27 Disember tahun lalu.

Hasil siasatan polis secara berterusan sejak penemuan tanpa kepala pada 31 Disember lalu, membawa kepada penahanan sepasang suami isteri di Chemor, Perak sebelum ditahan reman pada 6 Ogos lalu.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata identiti mayat wanita ditemui tanpa kepala dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, di sini, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Beliau berkata, penemuan itu hasil siasatan dan ujian deoxyribonucleic asid (DNA) yang dijalankan Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ke atas ibu mangsa.

Katanya, mayat tidak lengkap anggota badan termasuk kedua-dua tangan dan kaki itu ditemui orang awam pada 31 Disember 2023.

"Hasil ujian yang dijalankan pada 2 Ogos lalu, mendapati DNA wanita terbabit adalah sepadan dengan sampel diambil daripada mayat tidak lengkap dan tanpa identiti itu," katanya.

Ashari berkata, bertindak atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli Daerah Alor Gajah menjalankan risikan.

Beliau berkata, susulan itu polis berjaya menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.

"Menerusi siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai," katanya.

Mengulas lanjut Ashari berkata, suspek lelaki adalah kenalan mangsa dan mereka turut berhubung berkaitan pelaburan mata wang Forex.

"Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke BSJ IPD Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norehan Omar di talian 010-4064003.

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.10 pagi sebelum dihadapkan ke hadapan Majistret Teoh Shu Yee.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
melekaifc replied at 12-8-2024 01:35 PM
bekas teman lelaki yang kene reman tu jadi bekas lepas cikgu ni kawin ke lepas dia kena bunuh?

soalan kontroversi ni

wife suspek tak kenal arwah, laki arwah kenal ke tak suspek..kalau tak kenal, hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 12-8-2024 01:38 PM
TERKINI: Cikgu Istiqomah dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
...

Kiranya, lepas mak arwah bagi sample, barulah dapat padanan DNA.

Lepas DNA dah sepadan, baru dapat jumpa the culprit, ex cikgu yg berhenti, buat Forex ni.

Syabas pada Polis.
Apa agaknya yg mendorong mak arwah untuk bagi sample, mesti tak sangka, arwah pergi mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 12-8-2024 01:41 PM
soalan kontroversi ni

wife suspek tak kenal arwah, laki arwah kenal ke tak suspek..kalau tak kena ...

Saya rasa kenal kot.
Sebab tu Polis dapat idea untuk siasat si Forex killer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 12-8-2024 02:10 PM
Saya rasa kenal kot.
Sebab tu Polis dapat idea untuk siasat si Forex killer ni?

boleh jadi jugak tapi bukan ke ada nampak cctv suspek drive kereta arwah tapi arwah tak keluar
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 12-8-2024 02:12 PM
boleh jadi jugak tapi bukan ke ada nampak cctv suspek drive kereta arwah tapi arwah tak keluar

Mungkin masa tu, ingat penculik?
Tak nampak muka dalam CCTV katanya.

Tapi, boleh jadi juga tak kenal.
Kalau tak kenal, mcm mana Polis dapat trace  si Forex killer ni ye. Hebat juga.
Yelah padanan DNA baru dapat masa 2 Ogos, dalam beberapa hari, dah tahan reman
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran, sentiasa update map pada spouse. Ada 1 apps tu, lupa pulak saya apa nama nya.

Sekarang ni, kami suami isteri guna What's app share location je kalau outstation. Kalau guna kerap, batri cepat habis
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Setan babi laknat dok suka suki amek nyawa anak org,ibu org, isteri org. Tuhari yebi yabadi dh kena scam belas ribu, mujur nyawa x tergadai. Golongan cerdik pndai, staf nurse, ckgu cikgi, byk yg benti keja demi nk mkn untung investment bulan2 goyang bulu puki. Ujung2 kena scam, nyawa sekali tergadai. Klu hg kedarah gaji gomen tu aman2 smpai pencen bergaji,. Cukup2 mkn xda lebih, tp hati tenang. Innalillah.....

Kisah ni wlopun lama, tp straightforward. Dh tgkp suspek tu apa lg 302 terus. Xmcm kes adik zayn tu xstraightforwrd. Smpai harini pengakuan isma berubah2. Mnusia psiko byk btol nowadays.aku seram mcm mana anak2 aku nk hidup di zmn jenayah besok hari. Kita bukan menongkat langit..one day kita akan mati
Anak2 pndai ke x nk hidup dlm kdaan selamat. Allahu. Jaga lah anak2 aku selamanya.

Siang2 dh hntr p tadika pun terdetik hati eh td aku pass anak aku kt tgn ckgu ke x. Tkot anak xmasuk pagar tadika, pastu bhya menanti. Mcm2 pkir dlm kepala
Tu hntr sndiri. Belum lg biar van yg amik anak tghri, lg rsau kang van tu bawa anak ke mana..xpun anak xnaik van tu tp silap naik van lain. Tkot ya rabbi
Nywa mcm nyawa ayam ye skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
setan dh bunuh kau kerat2 pastu buang dlm tong smpah ..motif??klu kau bunuh aje tak kerat tak ble
ka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2024 02:48 PM | Show all posts
Semoga terus ke tali gantung..takde nak ubah2 hukuman jadi 40 tahun penjara ke..alang2 bg 100 tahun penjaran...huii abis sabsidi rakyat malaysia nak bela bagi makan berpuluh tahun dlm penjara. Tak guna.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 12-8-2024 01:38 PM
TERKINI: Cikgu Istiqomah dibunuh oleh kenalan universiti, disyaki ada kaitan urusan pelaburan Forex
...

Hehe, muka abam polis, serius naw plak abam pulis, ingat kan muka si pemenggal kepala
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 03:31 PM | Show all posts
silance replied at 12-8-2024 03:38 AM
Kalau tak silap ini kes yang dekat-dekat sama masa dengan arwah Bella. Masa tu arwah masih status hi ...

Batul. Masa tu memula ramai org speku tu mayat Bella. Tapi lepas check, bukan. Spekuan lain plak kata warga asing. Skang terbukti orang kita. Kesian dikerat2 bogel, buang gitu je dlm longkang. Orang tu bersuami & anak kecik2 lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2024 03:31 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 12-8-2024 03:32 PM

geng forex

geng nak jadi jutawan segera.. salam takziah la... mmg set2 cegu kuat masuk mlm , drop ship, porek bitcoin bagai ke?

moga2 jadi pengajaran kat set2 mlm juge... kaki kelepet mcm leader2 ketum metal cam nini comot + mak, mark henry lot lidi, terbaru geng xpoxxx the  S sisters cegu misai kelempuk tu pun sama.. esok2 misai ke mana, badan ke mana

esok2 tau2 dah masuk berita kena simen dlm tong drum saje

ingat.. kome tu bukan sapa2, so takde high profile sangat.. polis nak settle kes pun makan tahun or bulan, nanti roh bergentayangan saje tanpa tujuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079388 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list