|
[Tempatan]
Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah. #21, Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah. #22, Didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup
[Copy link]
|
|
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
https://www.sinarharian.com.my/a ... -dibawa-ke-mahkamah
Oleh
NOOR AZLIDA ALIMIN
12 September 2024 09:13am
Muhammed Yusoff Rawther (dua dari kanan) dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
KUALA LUMPUR - Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.
Muhammed Yusoff yang memakai baju T berwarna hitam dalam keadaan bergari dibawa oleh pihak polis pada jam 9 pagi.
Pada Rabu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan, lelaki itu akan dituduh selepas ditahan di Jalan Bukit Kiara, di sini bagi membantu siasatan kes terbabit.
Sementara itu, peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Muhammed Yusoff yang direman selama enam hari sejak Sabtu lalu, akan didakwa berhubung penemuan senjata dan bahan terlarang terbabit.
Katanya, anak guam telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa senjata dan 305 gram disyaki dadah jenis ganja, bukan miliknya dan tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.
Peguam itu juga memberitahu, ujian saringan air kencing anak guamnya juga didapati negatif.
Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini, menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.
Pada 14 Julai 2021, dia memfailkan saman mendakwa telah diserang Presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
Dakwanya lagi, beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... njara-seumur-hidup/
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
12 September 2024, 10:18 am
Yusof diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!
KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammed Yusoff, 31, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret S.Arunjothi.
Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Muhammed Yusof didapati mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pukul 10.15 pagi pada 6 September lalu.
Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhammed Yusoff.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 November ini bagi sebutan kes dan laporan kimia.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataannya berkata, lelaki tersebut yang ditahan di Jalan Bukit Kiara, di sini telah direman selama enam hari sejak Sabtu lalu.
Katanya, pemeriksaan pihak polis menjumpai dua pucuk pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di dalam kenderaan suspek.
Tambah beliau, orang ramai diminta menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Semalam peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan berhubung penahanan anak guamnya, pada Jumaat lalu.
Peguam itu mengatakan Yusoff yang kini ditahan reman sejak Jumaat lalu menyatakan dengan jelas bahawa pistol dan dadah tersebut bukan miliknya.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh Setiausaha Sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.
Sementara itu Anwar memfailkan tuntutan balas pada September 2021 dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu ‘palsu dan direka’.
Dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balas itu, Anwar mendakwa bahawa serangan seksual yang didakwa tidak mungkin berlaku kerana pada tarikh berkenaan, beliau melayani keluarga dan rakan di kediamannya di Bukit Segambut. – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru betul jantan.... x macam sepul |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun x tau pmx ada kes sx lg kalu x psl rauter kna tangkap..igt dah tuo ni insof la haaa..lambert la plak tu thn dpn bru bicara ..lamo benor tu.
aku tgok kdrama la kan..ada bukti kes trus tangkap terus dakwa..dan2 tu juga jatuh hukum..hahahaha..jd x byk la kes trtangguh..ini smpai brtahun bru jtuh hukum..ada tu 7 thn nyahh..
ohh medani |
|
|
|
|
|
|
|
Ni case "you suka?" tu kan?
Bau ikan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 11-9-2024 03:57 PM
2 pucuk pistol tu tak campur pistol air kan?
You mean pistol air tu Yusof rawther punya biological "pistol" ker?
Ko punya comment sejak dua menjak ni sangat double meaning.
Risau aku......
Moga Allah pelihara lelaki2 diluar sana. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau libatkn diri dgn kes cmni
psgla 24jam cctv dlm uma, luar uma, dlm kete
pakai go pro 24jam keliling pinggang bagai
sentiasa dekat dgn plug 3pin utk charge bateri kamera |
|
|
|
|
|
|
|
dah keluar gambar ucop jumpa nusibat, kalau phake sila bagitau
|
|
|
|
|
|
|
|
Swmoga terjawab soalan acik2 "Nape saiful bukhari tak melawan?" |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa merdeka..menari sapu bagai..jgn la salah guna kuasa nak aniaya org..tak baik woo.. |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 12-9-2024 10:25 PM
dah keluar gambar ucop jumpa nusibat, kalau phake sila bagitau
Apa kesimpulannya?
Sanusi punya ganja? Sanusi punya pistol? |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii mcm2 nyahhh, kalo tak betul aku bersimpati dgn rawther, nama sedap maksz suka |
|
|
|
|
|
|
|
Rawther ni aku rasa klu potong2 rambut bagi kemas semua handsome ni; tinggi dah ada, nampak jantan dr fattah amin yg lembikk ittew
|
|
|
|
|
|
|
|
Script macam dah boleh agak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 12-9-2024 10:28 PM
Apa kesimpulannya?
Sanusi punya ganja? Sanusi punya pistol?
motip jumpa nusibat pastu dan2 'dianiaya' lol |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 13-9-2024 11:27 AM
motip jumpa nusibat pastu dan2 'dianiaya' lol
Acaner tu
Sanusi yang bagi idea letak pistol dan ganja ke
Cer cite cer cite |
|
|
|
|
|
|
|
dia jual ganja dekat nusi ke nusi supply ganja ke ? iols pn kurg paham apa kaitan dgan nusi
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 13-9-2024 12:19 PM
dia jual ganja dekat nusi ke nusi supply ganja ke ? iols pn kurg paham apa kaitan dgan nusi
yg penting beberapa hari sblm kena reman ni la yg dia jumpa nusi, ramai betul connections dlm politik eh. pastu semalam kat muktamar pas walaun sebulat suara menerima usul gesa bangnon letak jawatan, timing dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|