CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

Nora Danish gigih bayar 'hutang' solat fardu, menangis sebab penat

[Copy link]
Post time 31-1-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia 43 tp mcm 33 ek. Kemain awet muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 07:58 PM | Show all posts
hebat nya perubahan nowa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 07:59 PM | Show all posts
semoga rasa keinsafan nowa terjentik dalam hati i juwa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 08:04 PM | Show all posts
alesandra replied at 31-1-2025 01:03 PM
terpaling insaf ..terpaling qada solat.ada sorang scholar arab neh kata solat neh wajib qada 2 sbb ...

betul
ni pandangan ramai ulama
yg wajib fidyah selagi kita tak mampu hanya lar puasa yg tertinggal
bkn solat, takda dlm kitab or hadis mana2
and solat sunat dua rakaat sebelum fardhu pun ok dah

aritu dia pergi tengok konsert tokti
takda pulak dia update
pergi ambang new year takda pulak berkelubung

dekni kalo tak jaga2 senang tergelincir blk
istiqomah tu perlu, tapi take it slow, ni terpaling segala mmg payah
org yg reti tawaduk takda muka make-up setebal 10inci setiap kali keluar rumah
sebab nak jaga pandangan yg ajnabi terhadap kita

aritu sibuk dok video si ustad tu, padahal org tu dah ada anak
entah ada bini ker tak
nak berusrah tu go ahead jer, tak payah mengeletis
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 08:08 PM | Show all posts
hihahiha replied at 31-1-2025 07:20 PM
Solat wajib, wajib diqada. Solat wajib yg kita tinggal sebelum ni perlu diutamakan berbanding sola ...

mohon share pula dari mana dpt yg solat fardhu yg dah tertinggal tu perlu kita qada
sedangkan yg terlepas waktu pun tak perlu kita qada
it takes away the fact perlu solat awal waktu dan menjaga yg 5 fardhu

jgn share benda yg tiada sandaran dalil dan hadis yg soheh sis
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 31-1-2025 02:04 PM
Sebenarnya netizen mmg tak suka artis share menda2 baik sbb nnt takde modal nak mengata

arti ...

Btol gak apa sis ckp
Kita ni slalu sgt baca bnda buruk2
Bila baca positive ni instead of rasa insaf/bgusnya kita cerca lak
Gaytewwww iollz reflek diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 31-1-2025 08:08 PM
mohon share pula dari mana dpt yg solat fardhu yg dah tertinggal tu perlu kita qada
sedangkan yg t ...

Geng paling utagha, aku tak layan. Sebab geng ni ckp la apa pun diorang nak benda paling Mudah je dlm agama sbb tu suka-suka je buat tafsiran & fatwa sendiri. Diorang ni sama je mcm geng Saudi. Buat konsert boleh, buat majlis maulid bidaah. Pala bana dia.

Kau belajar kitab ulamak yg tebal-tebal tu baru la jumpa dalil. Kalau nak summary drpd kitab tebal tu, belajar kitab kuning yg pondok-pondok dok ajar. Jgn Malas & Jgn nak ckp org yg qada solat ni buat benda haram. Kalau tak, kau tanggung pilihan org yg taknak qada solat dgn sengaja ni disebabkan mulut/tangan sendiri. Suka-suka je ckp tak perlu qada solat. Kalau mcm tu, Ramai la org pilih tak solat. Nnt rasa dh insaf, bertaubat jela kan kalau ikut ajaran korang ni. Menggalakkan org tak solat je
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 31-1-2025 08:04 PM
betul
ni pandangan ramai ulama
yg wajib fidyah selagi kita tak mampu hanya lar puasa yg tertinggal ...

Ustaz mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 08:42 PM | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 31-1-2025 08:04 PM
betul
ni pandangan ramai ulama
yg wajib fidyah selagi kita tak mampu hanya lar puasa yg tertinggal ...

bab2 ibadat ni kita antara Allah je la.konon boleh bagi cth.ada ke org inspire by  retis beribadah?bagi aku taksejak dia belum pakai tudung lagi mmg gigih tunjuk dia terpaling khatam quran la.terpaling terawih.tapi lps ramadhan menyeksi tak hingat dunia.benda2 mcm tu boleh menimbulkan fitnah.dan aku setuju ...hati kita neh boleh berbolak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:16 PM | Show all posts
hihahiha replied at 31-1-2025 08:22 PM
Geng paling utagha, aku tak layan. Sebab geng ni ckp la apa pun diorang nak benda paling Mudah je  ...

amboi
sombongnya, pasal ni pun dah nak berperang
mintak dalil soheh pun dah nak melenting
sabaqqq
mintak dari yg soheh jer sis bkn suh gali sampai ke duoband india pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:18 PM | Show all posts

lupa dah nama ustaz tu kaka
hafiz apa ker nama
dah lama tak nmpk ustaz tu
agaknya dah kena piat telinga dgn bini
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:21 PM | Show all posts
alesandra replied at 31-1-2025 08:42 PM
bab2 ibadat ni kita antara Allah je la.konon boleh bagi cth.ada ke org inspire by  retis beribadah ...

mcm influenzer kat indon sana
nari berkelubung
balik usrah/ngaji
noohhh terkangkang kiap tertonggeng dok tunjuk pillates dgn crop top
seimbang agaknya dunia akhirat gitu sis


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 31-1-2025 09:18 PM
lupa dah nama ustaz tu kaka
hafiz apa ker nama
dah lama tak nmpk ustaz tu

Oh..ingat Wadi Anuar..haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:28 PM | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 31-1-2025 08:08 PM
mohon share pula dari mana dpt yg solat fardhu yg dah tertinggal tu perlu kita qada
sedangkan yg t ...

boleh baca tulisan mufti:
Pendapat Ulama Berkenaan Qadha Solat Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja
Dalam menjawab persoalan ini, kami kemukakan kepada beberapa noktah penting:
Pertama: Pendapat yang mewajibkan qadha solat:
Berikut kami nyatakan beberapa tokoh ulama yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka wajib ke atasnya untuk qadha solat tersebut.
Inilah pendapat jumhur ulama. Antaranya, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad dan kebanyakkan para ulama dalam kalangan ahli tafsir, ahli hadis, ahli fiqh, ahli usul dan lain-lain.
Berikut kami nyatakan secara terperinci beberapa tokoh ulama dan hujah-hujah bagi yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka wajib ke atasnya untuk qadha solat tersebut.
Tokoh besar dari kalangan ulama salaf iaitu Imam Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: Apabila seorang lelaki itu meninggalkan solat dengan sengaja sehingga telah tamat waktunya, maka ke atasnya qadha. Kami tidak mengetahui sebarang khilaf dalam hal ini. Sesiapa yang mengkafirkannya disebabkan dia meninggalkan solat dengan sengaja, maka perlu memintanya untuk bertaubat. Dan apabila dia bertaubat dan menunaikan qadha dianggap sebagai dia telah kembali kepada Islam. Dan sesiapa yang tidak menganggap perbuatan meninggalkan solat itu suatu kekufuran, maka orang yang meninggalkan solat dianggap sebagai pelaku maksiat, dan wajib ke atasnya untuk melakukan qadha. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali (5/136).
Imam Ibn Rushd Rahimahullah menyatakan: Para ulama sepakat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat disebabkan terlupa atau tertidur, maka wajib ke atasnya qadha. Dan mereka berbeza pendapat berkenaan isu qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja ataupun disebabkan pengsan.
Kata beliau lagi: Sesiapa yang meninggalkan solat sehingga keluar waktunya, maka jumhur ulama menganggapnya sebagai berdosa serta wajib qadha ke atas dirinya. Manakala sebahagian ahli zahir (mazhab zahiri) berpendapat bahawa tidak wajib qadha ke atasnya dan dia dianggap sebagai berdosa. Salah seorang yang berpendapat sedemikian adalah Abu Muhammad Ibn Hazm.
Imam Ibn Rushd Rahimahullah turut menyatakan sebab-sebab perbezaan pendapat di antara dua kumpulan tersebut. Kata beliau Rahimahullah: Sebab-sebab perselisihan pendapat di antara mereka adalah pada dua perkara:
Pertama: Keharusan menggunakan al-Qiyas di dalam syara’.
Kedua: Sekiranya diharuskan penggunaan qiyas, adakah boleh untuk diqiyaskan di antara seseorang yang meninggalkan solat secara sengaja dengan seseorang yang meninggalkannya disebabkan terlupa.
Kata Ibn Rushd lagi: Maka sesiapa yang melihat apabila seseorang yang terlupa itupun diwajibkan qadha ke atasnya sedangkan dalam banyak perkara mereka diberikan keuzuran, maka seseorang yang sengaja adalah lebih utama untuk diwajibkan ke atasnya untuk melakukan qadha kerana tidak ada keuzuran buat dirinya. Maka kumpulan ini mewajibkan qadha kepada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Manakala sesiapa yang berpendapat bahawa orang yang terlupa dan orang yang sengaja itu sifatnya berlawanan dan tidak boleh untuk diqiyaskan di antara satu sama lain kerana hukum hakam mereka berbeza. Maka golongan ini tidak membenarkan qiyas orang yang sengaja kepada orang yang terlupa. Rujuk Bidayah al-Mujtahid, Ibn Rushd (1/192-193).
Kata al-Imam al-Qurthubi Rahimahullah: Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka jumhur fuqaha mengatakan wajib ke atasnya untuk melakukan qadha sekalipun dia dianggap sebagai pelaku maksiat kecuali diperselisihi oleh Daud dan pendapatnya itu turut dipersetujui oleh Abu Abd al-Rahman al-Asy’ari al-Syafi’e sebagaimana yang telah diceritakan darinya oleh Ibn al-Qassar.
Kemudian Imam al-Qurthubi memberikan beberapa hujah untuk menguatkan lagi pendapat jumhur. Kata beliau: Telah sabit perintah kepada orang yang tidur dan terlupa untuk melakukan qadha, dalam keadaan kedua-duanya tidak dianggap berdosa, maka orang yang sengaja meninggalkan solat adalah lebih utama (untuk melakukan qadha).
Di antara hujah lain bagi jumhur fuqaha adalah berdasarkan sebuah hadis:
مَنْ نَامَ عَنْ صَلَاةٍ أَوْ نَسِيَهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas solat ataupun dia terlupa untuk solat.”
Lalu kata al-Qurthubi: Yang dimaksudkan dengan lupa adalah meninggalkan. Ini kerana, Allah SWT berfirman:
نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ
Maksudnya: Mereka meninggalkan Allah maka Allah meninggalkan mereka.
Surah al-Taubah (67)
Perkataan نَسِي di dalam ayat tersebut bukan bermaksud lupa kerana Allah SWT sama sekali tidak bersifat pelupa. Akan tetapi yang dimaksudkan di situ adalah Allah SWT meninggalkan mereka.
Kami katakan di sini, bahawa perkataan نَسِي yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut juga membawa erti meninggalkan. Sama ada solat itu ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja, maka wajib qadha ke atas sesiapa yang meninggalkannya.
Imam al-Qurthubi juga menyebutkan beberapa hujah lain seperti katanya yang berikut: Sesungguhnya hutang-hutang bagi anak Adam, sekiranya ia berkaitan dengan waktu, maka tidak gugur kewajipan untuk melangsaikannya apabila telah sampai tempohnya. Demikian hutang-hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk tidak gugur dalam melangsaikannya melainkan dengan izin daripada-Nya sendiri.
Demikian juga al-Qurthubi mengatakan: Kita telah sepakat bahawa sekiranya ditinggalkan berpuasa dalam sehari pada bulan Ramadan dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atas orang yang meninggalkannya itu untuk melakukan qadha. Begitulah juga halnya dengan solat. Lihat al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (11/119-120).
Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Telah ijma para ulama bahawasanya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib untuknya qadha. Dan ia diperselisihi oleh Abu Muhammad Ali Bin Hazm. Beliau berkata: Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja tidak mampu untuk mengqadhakannya selama-lamanya, dan tidak sah melakukannya. Beliau berkata, bahkan orang tersebut memperbanyakkan amalan kebaikan dan solat-solat sunat supaya dapat memberatkan timbangannya pada hari kiamat dan dia beristighfar kepada Allah serta bertaubat.
Dan pendapat yang beliau katakan ini bersama-sama dengan bercanggahnya ia dengan ijma ulama adalah suatu yang batil dari sudut dalil. Bahkan dia memanjangkan perbahasan dalam beristidlal dengannya dalam keadaan tidak ada sebarang dalil pada asalnya.
Imam al-Nawawi menyatakan satu hujah bagi pandangan yang mewajibkan qadha iaitu berdalilkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.anh bahawa Nabi S.A.W:
أَمَرَ الْمُجَامِعَ فِي نَهَارِ رَمَضَانَ أَنْ يَصُومَ يَوْمًا مَعَ الْكَفَّارَةِ أَيْ بَدَلَ الْيَوْمِ الَّذِي أَفْسَدَهُ بِالْجِمَاعِ عَمْدًا
Maksudnya: “Nabi S.A.W memerintahkan orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan supaya dia berpuasa sehari bersama dengan kaffarah iaitu mengganti hari yang dia rosakkan dengan bersetubuh secara sengaja.”
Maka apabila diwajibkan qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan kerana terlupa maka bagi orang yang sengaja adalah lebih utama. Lihat Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/71).
Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah juga turut mengulas hadis yang berkenaan, iaitu hadis riwayat Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kaffarah untuknya melainkan hal tersebut.”
Riwayat al-Bukhari (597)
Kata al-Hafiz Ibn Hajar: Golongan yang berpendapat bahawa seseorang yang meninggalkan solat tidak perlu mengqadhakannya berpegang dengan dalil ucapan yang terdapat di dalam hadis ini. Ini kerana, ternafinya syarat membawa kelaziman kepada ternafinya perkara yang disyaratkan. Maka menjadi kelaziman bahawa sesiapa yang tidak terlupa, dia tidak perlu solat.
Manakala golongan yang berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja perlu untuk qadha berhujah bahawa ia diambil daripada mafhum al-khitab (mafhum di dalam hadis). Maka ia menjadi suatu tanbih (peringatan) dengan sesuatu yang rendah kepada sesuatu yang lebih tinggi. Ini kerana, apabila diwajibkan kepada orang yang terlupa untuk melakukan qadha sedangkan dosa terangkat darinya, maka adalah lebih utama untuk orang yang meninggalkannya dengan sengaja melakukan qadha.
Kata beliau lagi: Wajibnya qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdasarkan khitab (ucapan) yang awal. Ini kerana, dia diperintahkan untuk melakukan solat serta ia menjadi suatu tanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila ia ditinggalkan, ia menjadi satu hutang di atas dirinya dan hutang sama sekali tidak akan gugur kecuali setelah ia dilangsaikan. Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani (2/71).

Hujah Pendapat Yang Mewajibkannya
Berdasarkan hadis di atas antara hujah yang mewajibkannya ialah:
  • Qias yang orang sengaja dengan yang lupa. Jika sekiranya wajib qadha kepada orang yang lupa dimana syara’ menguzurkannya maka yang sengaja lebih aula dan utama.
  • Kewajipan tersebut pada bab al-taghliz (memberatkan).
  • Hukum berkenaan wajib qadha bagi yang lupa dan tidur adalah bersifat hukum ghalib kerana orang yang beriman tidak akan tinggal solat. Justeru bukanlah darurat atau semestinya mentansiskan atas setiap hal. Ini kerana memadai bagi syara’ mentansiskan sebahagian sahaja dan diqiaskan yang lain.
  • Hadis berkenaan dengan qadha bagi yang lupa dan yang tidur dikehendaki dengannya adalah menerangkan hukum waqie yang berlaku dan bukan dikehendaki dengan nafi hukum selain daripadanya.
  • Rasulullah SAW dalam hadis yang sahih menyebut tentang hutang Allah wajib diqadha ini berdasarkan berkenaan dengan wajib qadha haji bagi si mati.
Sabda Rasulullah SAW:
لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ أَكُنْتَ قَاضِيَهُ. قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَاقْضِ اللهَ، فَهُوَ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ
Maksudnya: “Kalaulah atas saudara perempuan kamu hutang adakah kamu membayarnya? Jawabnya: “Ia”. Sabda Baginda SAW: “Maka tunailah hutang Allah kerana ia lebih berhak dibayar.”
Riwayat al-Bukhari (6699)
Tarjih
Setelah diteliti kami lebih cenderung kepada pendapat yang mewajibkannya qadha solat bagi orang yang sengaja meninggalkannya. Ini kerana banyak hujahan yang dikemukakan, antaranya ialah ijma’[2].
  • Dinukilkan daripada Ibn Qudamah berkata:
لا نعلم بين المسلمين خلافاً في أن تارك الصلاة يجب عليه قضاؤها
Maksudnya: “Kami tidak mengetahui dalam kalangan umat Islam sebarang khilaf[3] bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hendaklah qadha.” Lihat al-Mughni (2/158)
  • Imam al-Nawawi juga berkata: “Telah ijma’[4] bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib qadha.”
  • Hujah dari segi bahasa: Dalam Lisan al-Arab oleh Ibn Manzur menyebut: “Maksud nisyan (lupa) terbahagi kepada dua pertama dengan makna lupa dan yang kedua dengan makna sengaja meninggalkannya.” Justeru bahasa sendiri juga menunjukkan bahawa wajib qadha berdasarkan kepada makna yang kedua.
  • Hujahan berkenaan dengan mafhum al-Mukhalafah, maka ia adalah lemah di sisi ulama usul. Dikatakan hanya boleh berhujah dengan mafhum al-Mukhalafah jika menepati enam syarat. Sedangkan jika ternafi satu sahaja maka mereka membatalkan beramal dengan mafhum al-Mukhalafah. Atas asas inilah mereka sepakat untuk tidak beramal dengan mafhum al-Mukhalafahdalam hadis ini. ini kerana tiga syarat telah terbatal iaitu:
  • Janganlah yang bersifat maskut (didiamkan) itu lebih aula hukum daripada yang mantuq (yang dinyatakan). Contohnya: Memukul ibu bapa adalah harus berbanding dengan haram menyatakan uff.
  • Janganlah yang bersifat maskut (didiamkan) itu ditinggalkan kerana jahil dengannya. Contoh: Seorang berkata: Nafqah wajib bagi usul dan furu’, sedangkan dia jahil berkenaan hukum nafqah ke atas cabangan seperti adik beradik. Justeru tidak boleh beramal dengan mafhum seperti itu.
  • Janganlah yang mantuq keluar daripada hukum ghalib. Contoh: Anak tiri jika bukan dibawah jagaannya harus nikahnya melainkan mafhum bukan berkehendak begitu.
Bagi mereka yang meninggalkan solat di samping mengqadhanya hendaklah membanyakkan amalan yang soleh seperti doa, sedekah, istighfar dan taubat.

Kenyataan Mufti Wilayah
Kami melihat isu ini dan juga menekuninya dan mendapati bahawa pendapat jumhur ulama adalah lebih kuat dan lebih tepat serta arjah. Ini kerana pendapat tersebut:
  • Lebih ahwat atau dari sudut ihtiyatnya lebih baik.
  • Meraikan pengangan mazhab Syafie di negara kita.
  • Jika seseorang yang terlupa pun wajib qadha solat maka adalah lebih utama bagi orang yang sengaja untuk mengqadhakan solatnya. Ini dinamakan sebagai Qias Aula.
  • Sebahagian ulama menukilkan sebagai ijma’[5] seperti Imam al-Nawawi, Imam Ibn Qudamah dan lain-lain. Justeru hujahan ijma’ adalah mempunyai kekuatan yang tersendiri.
  • Penggunaan kaedah mafhum al-Mukhalafah sepatutnya tidak bercanggah dengan semua syarat-syaratnya. Ini memberi maksud meninggalkan solat secara sengaja lebih aula daripada mantuq dengannya iaitu meninggal solat dengan sebab lupa. Kerana itu qadha adalah wajib bagi yang meninggalkan solat dengan uzur seperti tidur atau lupa yang diangkat qalam dan gugur taklif, maka wajib ke atas yang meninggalkan solat tanpa uzur mim bab al-aula (lebih utama).
Justeru situasi khilaf seperti ini sudah berlaku semenjak zaman salaf lagi sehingga kini. Ia berkisar kepada sudut pandangan pendalilan atau wajh al-Istidlal dalam kalangan fuqaha’ dan ulama usul.
Kami mengingsafi perselisihan yang berlaku antara para ulama ummah ini. Justeru itu kami cuba mengambil sikap untuk mengharmonikan perselisihan yang berlaku. Kami nukilkan di sini daripada kitab Siyar A'laam al-Nubala:
Al-Imam Al Izz Ibn Abd al-Salam Rahimahullah berkata:
Tidak pernah aku melihat pada kitab-kitab ilmu di dalam Islam ini yang seumpama dengan Al-Muhalla karya Ibn Hazm serta kitab Al-Mughni karya Ibn Qudamah.”
Imam al-Zahabi berkata: “Benar kata-kata Syeikh Izzuddin. Yang ketiganya adalah Sunan al-Kubrakarya Al-Baihaqi dan yang keempatnya adalah al-Tamhid karya Ibn Abd al-Barr.”
فمن حصل هذه الدواوين وكان من أذكياء المفتين وأدمن المطالعة فيها فهو العالم حقا
Maksudnya: “Maka sesiapa yang mendapati karya-karya ini dan dia merupakan antara mufti yang paling bijak serta dia berterusan dalam menelaah kitab-kitab ini maka dialah sebenar-benar orang alim.”
Lihat: Siyar A'laam al-Nubala (18/193).
Alangkah indahnya mauqif dan sifat ulama terdahulu dalam memahami nas dan menyanjungi dalam ruang lingkup kefahaman ilmu masing-masing maka saling hormat menghormati pendapat yang berlawanan tanpa melukakan maruah sementelahan dengan bahasa yang amat tidak sesuai.
Semoga dengan jawapan ini akan memberikan sebuah kelegaan dalam berinteraksi dengan dalil dan nas serta kefahaman yang diasaskan oleh kaedah usuliyyah dan fiqhiyyah.

NB: pendapat yang tak wajib qadha pun ada dinyatakan. boleh baca https://muftiwp.gov.my/ms/artike ... olat-dengan-sengaja
so depends lah nak ikut pendapat yang mana.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek ni belom tamat lg ea canang dh bertobat. Agak2 syurga bilik mana yg dpt masok nt tu. Vvip punya ke. Sudah2 la nenek. Cuba diam2 kt rumah. Taubat pun canang 1 dunia sgt2 jakun
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:28 PM | Show all posts
noor2 replied at 31-1-2025 09:25 PM
Oh..ingat Wadi Anuar..haha

bukannn
tak terkenal pun
dia punya mengeletis, dia dok zoom in out ustaz tu kaka setiap kali
eii kita yg nengoknya rasa malu
segala kata2 dari ustaz tu dia dok sharing mcm dpt wahyu gitu dia
buat mcm betty, slow jer dia berubah, mmg dia bkn retis
but dia femes jugak jual sambal2 dia tu
nmpk tenang dan smooth penghijrahan dia lebih menyeluruh
sebab kita nmpk anak dia pun pandai mengaji bagai

nd baca forum, so nasihat jer dia melalui forum nanti dia berubah lar tu
kearah yg lebih baiikk, dah takda zoom muka ustaz bagai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 31-1-2025 09:28 PM
bukannn
tak terkenal pun
dia punya mengeletis, dia dok zoom in out ustaz tu kaka setiap kali ...

Wahhhh hensem ke...dudakah...atau bujang...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga lepas ni tak perlulah tunjuk brg berjenama yang kena boikot. Tak perlu nak jadi mcm bff. Terang-terangan sgt. Mula tu seronok betul follow. Last2 takpelah awakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Saskia replied at 31-1-2025 09:28 PM
boleh baca tulisan mufti:
Pendapat Ulama Berkenaan Qadha Solat Yang Ditinggalkan Dengan SengajaDal ...

qobul atas ilmunya

Masalah Qadha Solat

Malam tadi Al-Faqir direzekikan ikut pengajian Minhaj bersama Ustaz Abdurrahim Al-Muhajir, faqih Temboro. Dalam bab solat dibahas tentang solat yang terlewatkan hingga keluar waktu hendaklah diqadha’ dengan segera. Kemudian ustaz menyebut 4 pendapat tentang qada solat yg akan saya kongsikan di bawah :

1. Pendapat muktamad dalam mazhab Syafie, bersegera qada’ solat hukumnya :
-SUNNAH jika tertinggal kerana uzur seperti tertidur, lupa dan lain-lain.
- WAJIB jika tertinggal tanpa uzur seperti sengaja lewatkan solat sampai keluar waktu, maka hendaklah menggunakan seluruh masanya selain menunaikan yg wajib untuk qada’ solat yang tertinggal dengan segera.

2. Pendapat lemah (1) : SUNNAH qada’ solat dengan segera secara mutlak baik meninggalkan solat dengan uzur ataupun tanpa uzur.

Atas pendapat ini boleh digunakan untuk orang yang mempunyai qada’ yang banyak tapi tak mampu gunakan seluruh masanya untuk qada’ di samping boleh mengerjakan solat sunnah.

3. Pendapat lemah (2) : WAJIB qada’ solat secara mutlak baik ada uzur atau tanpa uzur.

4. Pendapat mazhab Hanbali dan cucu Imam Syafie : Solat yang ditinggalkan tanpa uzur tak perlu diqada’. Hanya wajib qada’ solat yang ditinggalkan dengan uzur. Ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam :

من نسي صلاة أو نام عليها فكفارتها أن يصلي عليها إذا ذكرها
“Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur dari mengerjakan solat maka kafarahnya hendaklah ia (mengqada’) solat ke atasnya apabila dia ingat”.
Dalam hadith ini menerangkan bahawa hanya solat yang ditinggalkan dengan uzur sahaja yang perlu diqada’. Oleh itu solat yang ditinggalkan dengan sengaja dan tanpa uzur tidak ada kafarah qada’ untuknya. Hikmah pendapat ini adalah untuk memberatkan ancaman balasan bagi orang yang meninggalkan solat tanpa uzur.

Adapun pendapat yang muktamad adalah wajib diqada’ solat yang ditinggalkan dengan uzur ataupun tanpa uzur. Mazhab Syafie menggunakan qiyas aula iaitu solat yang ditinggalkan kerana uzur saja wajib diqada’ apalagi solat yang ditinggalkan tanpa uzur, lebih wajib untuk diqada’.

Wallahu A’lam. Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 09:51 PM | Show all posts
noor2 replied at 31-1-2025 09:29 PM
Wahhhh hensem ke...dudakah...atau bujang...

biasa jer kaka
ustaz yg dia mula2 belajar tadabbur aritu
every snippet dia share kat igs dia
ni nanti nak pergi umrah ned ikut kot
sebab nmpk dia join usrah - alhamdulilah dah cerai baru Allah jemput kesana

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062233 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list