Poster Filem Thunderbolts AKA New Avengers
Sinopsis :
KECOH! Projek Rahsia CIA Terbongkar di Malaysia – Yelena Belova & Thunderbolts Lawan Adiwira Psiko?! ????
Apa jadi bila bekas ejen Black Widow, tentera upahan, dan penjenayah super berkumpul untuk selamatkan dunia? Nah, inilah kisah penuh kecoh dan gempak pasukan Thunderbolts!
Semuanya bermula di Malaysia, bila Yelena Belova diarahkan oleh pengarah CIA, Valentina de Fontaine, untuk musnahkan makmal rahsia. Tujuannya? Nak hapuskan bukti penglibatan dalam projek adiwira eksperimen “Sentry” oleh kumpulan O.X.E.
Tapi twist dia – bila Yelena, John Walker, Ava Starr dan Taskmaster dihantar ke fasiliti O.X.E., rupa-rupanya mereka dijadikan umpan untuk dimusnahkan bersama bukti! Dalam kekecohan, Ava bunuh Taskmaster dan mereka terlepas dari perangkap maut. Dalam bilik yang sama, mereka bebaskan seorang lelaki misteri bernama Bob.
Siapa Bob ni? Rupa-rupanya dia subjek eksperimen Sentry yang dianggap dah mati. Tapi bila dibawa ke Menara Avengers yang kini dinamakan “Watchtower” di New York, Bob tunjuk kuasa luar biasa – kebal, boleh terbang, tapi tak stabil. Valentina nak jadikan dia sebagai ikon baru macam Avengers – tapi semuanya bertukar jadi mimpi ngeri bila Bob hilang kawalan dan berubah jadi makhluk gelap bernama Void!!!!!