CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mia_Sara

Macam mana mia nak bantu bangunkan balik kontractor kecil yang sorang ni?

[Copy link]
Post time 20-6-2011 03:20 PM | Show all posts
Mia,

Kdg2 memang payah untuk bf Mia tu kalau dia selamani dah biasa bertongkatkan cable..Pasaltu le saya malas2 nak market2 kan course BI saya kat organisasi2 ni..Kdg2 ada gak kawan2 yg ada cable besar tapi saya yg malas nak follow up. Saya ada kawan setiausaha politik menteri lagi..ada le mula2 nak jumpa dia nak promotekan course BI saya ni kat kementerian dia tapi last2 saya give up sebab dia sibuk sangat. Pernah gak saya tanya kawan saya yg millionaire ada co oil n gas tapi outright je dia reject..at least cakap le berlapik 'Ko submit le proposal tapi aku x leh janji apa2..' kalau cam tu takde le terasa sangat.. Last2 sampai skrg saya malas nak tanya dia dah or kawan2 lain..

That is why saya ni concentrate kelas individu je..Samaada di Sunway atau di putrajaya...office di Sunway tapi saya ada sewa tpt di Putrajaya sebab org2 Putrajaya kata jauh nak ke Sunway.kenalah ikut demand ada di mana.. Kalau tunggu di Sunway je maka x seramai sekarang le students..

Tapi Alhamdulillah, walaupun saya x market kan course saya, saya ada juga dapat job di gomen tanpa perlukan cable seperti di FAMA, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Statisitik, UM, Drypers, Majlis Perbandaran Selayang, Persekutuan Org pekak..Tak yah kluar sesen pun untuk melobi..Dia org yg call tanya saya..Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2011 04:07 PM | Show all posts
Reply 21# cikgutuition

Salam.

Apa khabar cikgu, lama tak nampak?

Saya faham apa yg cikgu postkan tadi..conclusionnya mmg terletak pada semangat. Sebenarbya ikut cara mia mmg mia pun tak berapa berkenan bab cable2 ni..pada mia rezeki tu Tuhan yg bagi. Mia mmg strugle tp setakat ni mia tak pernah lagi mintak pakcik makcik mia beli or amek order dgn mia..sbbnya malas...dgn cara mcm ni akan lagi buat banyak songel.

Untuk bf mia, mia akan selalu nasihat kat dia..mia rasa adakala semangat wanita lagi kuat dari lelaki ni

Thank you cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by orange97 at 21-6-2011 12:42

Mia, org lelaki mmg mcm tu ego mmg tak bertmpat...(tp bukan semua, jgn marah ya lelaki2 sekalian )... kakak orange yg Dr tu ade ckap, mmg diaorg ni akan ade syndrome apa tah namanya... esp bila org yg dkat dgn dia lbih berjaya or lbih smgat dr dia... dia akan jd down.... wlupun niat kita sbnarnya baik - nak tolong dia... tp kdang2 dia tak paham or buat2 tak paham....truskan berdoa Mia, InsyaAllah trbuka hati bf utk berubah dan dpermudahkan segala urusan, Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 12:43 PM | Show all posts
lg satu, kalau ade masa2 trluang... kena cari la, kalu tunggu mmg tak jumpa wktu tu... ajak dia g majlis2 ilmu...
Mia mmg nak kwin dgn dia kan... so dia kna sdar, bila dah jd suami, dia WAJIB bg nafkah...
kalu Mia snggup nak contribute 30% pun dia dah spatutnya besyukur... tp ramai je kat sini yg snggup contribute up to 50% or more...tp tak de la smpai 100% plak kan.. tu dah terbalik...
semuanya berbalik pd diri sndiri jgak... dia yg kena berubah...bumi Allah ni luas... InsyaAllah ade rezeki kita...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:07 PM | Show all posts
kalau buat reno2 umah pon dh ok sebenarnya...mmgla dpt untung sket..tp kalau kalau untung 10k tu dh byk bg aku..mebi 10k sket pd org lain...

bab rasuah ni..alahaiiii...ntah la..kalau kt tmpt aku ni...kalau gred 41 mmg ok...kami leh stay kt unit pembelian bertahun2 dgn rekod bersih...tp staff bwh ni plak suka buat hal...yg gred 41 ni jujurla jd j/kuasa pemilihan utk tender2..tup2 company yg dpt yg x shortlist pon...

tp...sampai bila diorg ni nk lepas kan...so..skrg sedang direhatkan org2 mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:11 PM | Show all posts
skrg nk dpt job dr kerajaan pn dh payah ... dulu setiap projek ada pecahan...skrg 1 company jer dpt kaup..mmg kesian la supplier2 ni.... nk buat mcm mn ..dh arahan kementerian...

dulu 1 supp. leh supply utk 1 negeri..pastu kecik sket ...utk bbrp daerah jer...pastu utk pembelian yg x lebih 50k..pastu pembelian x lebih 20k...tup2 skrg ni...main tender...1 comopany jer terpilih....

serius aku x setuju cara ni...untung giler company tu ..dia bolot semua...huhuu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2011 08:29 PM | Show all posts
Reply 26# dealova04


Betul..maybe kementerian kena tgk balik sistem ni sbb keuntungan hanya satu pihak je...and usually kroni masing masing. I ingat lagi bf i hilang duit mcm tu je dgn kementerian pelajaran supply brg just kerana tiba tiba ckp unit pembelian hanya bagi kat main contractor...so yg sub sub ni semua habis la...ntahlah sy bukan bidang ni tp bila dgr citer sakit hati jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 09:44 AM | Show all posts
Kontraktor perlu berani
KUALA LUMPUR 22 Jun - Golongan kontraktor khususnya Melayu perlu berani menghadapi risiko dengan menceburi bidang atau pasaran baru supaya terus berdaya saing.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka tidak sepatutnya bergantung kepada sektor pembinaan semata-mata kerana banyak peluang baru boleh diterokai.
Menurut beliau, mereka juga perlu mempelbagaikan perniagaan dan bijak mengenal pasti peluang-peluang berkenaan.
"Semua sektor termasuk pembinaan ada potensi untuk berkembang. Bagi golongan kontraktor peluang mereka sepatutnya tidak hanya terbatas kepada sektor pembinaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ke-32 di sini malam ini.
Muhyiddin berkata, dunia perniagaan kini menjadi semakin mencabar, dinamik serta sentiasa berubah selaras dengan proses globalisasi.
Oleh itu kata beliau, kontraktor perlu bersedia untuk bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal secukupnya.
Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Eftra Marketing Sdn. Bhd. (EMSB) dengan PKMM yang menyaksikan pelantikan EMSB selaku pembekal bahan binaan terpilih kepada ahli yang berdaftar persatuan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2011 10:24 AM | Show all posts
Thanks orange

Tapi kat mana pulakla mia nak tau kat mana yang ada tender or job...kita bukan kawan dgn menter....sighhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:51 AM | Show all posts
banyak kontraktor mengharap kerajaan kasi projek... ada kabel, adalah projek... kontraktor yg dapat projek main kabel politik ni buat orang lain marah... mmm... yg paling parah - bila contact pencen/tukar portfolio/transfer agency ect.

Advantage kerajaan ni satu jer - PAYMENT TERJAMIN.

kat luar sana - lebih banyak peluang projek - tak payah kelas F segalanya.... paling penting kualiti dan high customer service.  TApi kena study b/ground customer lah.. takut kerja tak bayar - Advantage private company ni satu jer - dia layan DEPOSIT, PROGRESS PAYMENT ect.

Sekarang kerja govt tak banyak, sebab govt pun takder fund, kalau ada pun samada kabel politik dorang sapu, paling kacau kalau ada pilihanraya - memang confirm bajet tu dorang tarik utk belanja pilihanraya.

walaupun tak der kerja, mia kena pastikan self confidence bf mia alwiz tinggi... sebab bila kita alwiz in high energy - insyaAllah segala dugaan dan ujian tu boleh kita tapis.

Akak bukan datang dari contractor b/ground. 20 tahun in corporate world.. tapi bila tolong husband in the construction industry - i apply the same mktg strategy..

to get $600k project in a year - i have to to participate in $120mill tenders - how? easy...

we all out for the first 3 mths (jan-mac) - google, walk in, redah segala2nya - we came out with proposal/quotation/tender - adalah dalam 200 kertas kerja - aduh... sampai demam2, masuk ofis pukul 8 pagi keluar ofis the next 3-4 pagi, no public holiday - all done with one target - 10contrats worth 50k each  with total of 600k a year.

why 200proposal? - why value at $120mill? simply bcoz in mktg - we will get 5% from the "usaha".

Alhamdullilah as per now - we achieve more than the 5% target.

Its alwiz never too late to start anything.  Allah dah janji will grant us for every single usaha that we do.

When one door close, there alwiz another new door open for new opportunity - unfortunately we take a long time looking at the old door, hoping someone to  open it back -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 05:37 PM | Show all posts
Tapi kat mana pulakla mia nak tau kat mana yang ada tender or job...kita bukan kawan dgn menter....sighhhh...
Mia_Sara Post at 24-6-2011 10:24


Masuk tender bila TERnampak notis kat suratkabar tu.... buang masa ajer...

ikut cakap kak hazel tu... kena usaha lebih sikit...
jadi solution provider...

cari apa masaalah customer sekarang dan proposed penyelesaian nyer...
kalau govt agency... buatkan proposal...
kalau dorang setuju...  bawah 500k sekarang sebutharga jer...
kalau takde bajet.. tunggu laa next year...

continue buat macam nie... yg 20-30k tu cepat jer..
by next year nanti proposal yg dulu tu pun dah dapat bajet...
u pun dah tau apa sebutharga yg nak kuar...

tu laa namanya creating business...

jgn jadi punggok... tunggu bila bulan nak jatuh kat riba...

ps: tak payah menteri2 pun... tu sajer org takut2kan supaya org lain malas nak cuba... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 06:48 PM | Show all posts
Masuk lah bersaing kat public listed companies ..... amat banyak peluang yang ada .... cuma masalahnya ialah tak boleh buat factoring dengan public listed company. So kena ada financial yang kukuh.

Lagi satu, kontraktor ni kekadang 3 bulan langsung takda income. Hari2 keluar duit aja .... Bila main figure besar, kena tabur duit pun besar, makin lambat dapat semula return
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:01 PM | Show all posts
kat tepi workshop saya ada husband and wife baru setat niaga nasi lemak. Niaga nasi lemak bawak S class tu. bila berbual gan hubby dia baru tahu dulu kontraktor kelas B lagi tu.
Dulu mengharap pada kabel bila kabel tak de company tak leh nak survive.
Tapi saya respect couple tu, sanggup jual nasi lemak. Sedap lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 01:18 AM | Show all posts
Mia, saya nak bagi nasihat 'very friendly advice' kepada boipren awak tu.

KELUAR LAH DARIPADA BIDANG KONTRAKTOR KERAJAAN INI.

Selepas pilihanraya dan lepas kerajaan masukkan duit/budget baru, masa tu lah dia boleh join semula.

Ada eloknya dia BANTU MIA DALAM BIDANG JUALAN MAKANAN.

Dia ada modal kan? Ada cash? Kalau saya jadi dia, saya stop dulu buang masa dengan LO kerajaan nih, dan gunakan wang yang ada untuk invest kat bisnes makanan Mia. Mia jaga bab masakan, boipren uruskan jualan. Hasilnya? Cukup nak bayar BMW 5 Series sebanyak RM2500 sebulan (itu pun ada lebih lagi untungnya.....) ... macam saya cakap, awak pi belajar daripada orang yang dah memang jujtawan pernah buat bidang makanan nih. Awak dengar sendiri setiap ayat dia. Pasti awak akan faham apa yang perlu dilakukan secara betul.

Saya pernah buat kerja-kerja macam boipren awak. Saya faham kedudukan dia skarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 01:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_WonBin at 25-6-2011 01:48

Kalau dia ego tak mau niaga makanan, suruh laaa dia jadi kontraktor renovation rumah dan office orang. Start dengan kerja kecil2 dahulu.

Apa yang perlu.....setakat renovation rumah persendirian tu, tak perlukan apa-apa pun kecuali ilmu asas pembinaan & pandai bercakap dgn point logik...

Modal tak payah...minta deposit 20% ker 30% ker etc...dari tuan rumah...pas tu cari Tukang indon yang melambak sekarang ni...... Macam aku kat Damansara, aku pakai Indon Sungai Buloh. Gaji RM80 sehari jika mahir. Peralatan semua diorang dah ada. Nak suruh org melayu semanjung...jangan harap lerr...kalau melayu sabah ok ler juga,,tu pun unskill labour...

Nak jaga Tukang Batu/Kayu ni senang jer...gaji dia kena sharp...Kalau nak cari tukang, pastikan tukan tersebut mahir utk kerja simen dgn kerja kayu...Sbb ada sesetengah tukang tu dia mahir kerja batu tapi tak mahir kerja kayu, sebaliknya. So rate untuk tukang ni RM80-100 sehari....tak per bayar lebih kat mamat ni, yang lain kira kuli kang ler...dia yang cari..sbb tukang ni ada org nya sendiri...Rate utk kuli kang biasa RM50-00 hingga RM60-00. Mana-mana kang yang mintak RM70-00 ke atas tu, suruh dia belah jer. Renovation umah orang ni cepat siap, takda main drawing.

Masalah utama Org Indon dlm sektor pembinaan ni (tak kira mahir/tak mahir) dia org ni bengong sikit bab-bab Elektrikal dan penggunaan mesin. So sebagai Boss, kau org kena ajar bab-bab ni terutamanya penggunaan mesin. Bab elektrik, pass jer kat sub kon atau sesiapa budak yang ada kemahiran pemasangan elektrik. Kalau renovation ni tak banyak pakai wiring. Wayar kau beli sendiri kat Jalan Pasar kat Pudu.

Kalau, engage dengan kontraktor elektrik yg specialist/khusus, dia org ni demand sikit pasal harga..

Perkara utama kerja-kerja elektrik ada dua iaitu :-

1) Test pen - screwdriver yang digunakan utk mengesan s/ada ada elektrik atau tidak dlm litar/wayer

2) Jgn cantum wayer...kalau merah, mesti jumpa merah, hitam jumpa hitam, hijau jumpa hijau utk "single phase"..Bab 3 phase pun sama cuma dlm 3 phase ada 3 wayer elektrik + neutral + bumit (earth) Hijau....so jumlah incoming electric cable ada 5 semua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 05:36 PM | Show all posts
BF kau ni mcm aku dulu. Bila kerajaan tak bagi kerja, terus kering kontang poket. Akaun bank pun kering.

Hidup di Kuala Lumpur ni memang malang jika takda duit.

Aku pernah takda duit. Awek tinggalkan aku terus warning jgn cari dia lagi kalo tak dia report kat kawan2 dia yg katanya power. Kawan2 pun semua sakit takda duit tak boleh bantu. Nasib baik aku ada pengalaman deal dengan Indon, aku juga minat gila memasak. Masakan aku sedap semua orang puji. Indon2 pompuan ni pula laki dia boleh bikin rumah. Peluang aku dah 3 dalam 1. Aku bergaul dgn Indon aja. Mereka kerja untuk aku sampai aku dapat cash RM800 sehari. Indon ni lah saudara aku time susah. Setelah setengah tahun, aku dah bangkit.

Aku bangkit untuk balas dendam kpd orang yg khianat aku dulu (macm drama korporat pula). Aku sewa office kat atas shopping mall, bagi imej korporat. Secretary yg handle semua email aku dan dokumen aku. Aku rileks. Bisnes ada orang jaga. Tapi aku bukan jenis Melayu kaki borak dan lepak 24 . aku terus study benda baru, travel, kaji kejayaan orang kaya. Aki juga tak lupa akan orang2 yg khianat aku dulu. I am watching. Aku berbalik kpd RETAIL BIZ yang duit hari2 masuk. Dgn cash yg ada, aku jadi spekulator. Aku bijak pilih bisnes apa yg boleh gandakan RM50 ribu jadi 100 ribu. Makin lama makin seronok pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 05:54 PM | Show all posts
ok, aku dah buka rahsia ke mana selama ini aku menghilang drpd forum, dan musuh2 aku dah tau apa sebenarnya terjadi kat aku selama ini. Maybe diorang ingat aku dah bankrupt dan jadi gila masuk tanjung rambutan. Tapi ingat lah, dalam filem Tamil ker, dalam realiti ker, hero memang mula2 kena hentam dulu. lepas separuh masa baru bangkit. Jgn jadi mcm bola sepak team Kelantan. Dah 5 minit nak tamat dan menang, tiba2 Terengganu sumbat gol pula. Hidup ini mcm roda
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 06:52 PM | Show all posts
Mia, awak boleh memasak, boipren awak kontraktor. Awak ada semua sumber2 yang saya pernah guna untuk bangkit drpd 'zaman gelap' kecuali awak takda orang INDON untuk kerja. So, awak pi cari 2 orang Indon bantu kamu. Mia, walaupun saya dulu tengah susah takda duit, tapi tangan saya tak kotor dan badan tak penat sebab Indon yang kerja untuk saya. Awak masih sangkut kerana awak usaha sendiri. Sakit dan penat sesorang. Itu pasal awak tak boleh pergi jauh. Awak tersekat di gear 1, awak berkayuh ke jalan buntu. Sinar yang dicari tak jumpa. Hari terus gelap dan tawar. Awak boleh repeat semula jalan cerita saya. Saya dah beri awak banyak 'real life' punya jalan cerita. Good luck. Saya nak dengar improvement drpd kamu berdua.
Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:08 PM | Show all posts
Reply 38# cmf_WonBin


    Nasihat n panduan yg bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 10:04 PM | Show all posts
nice info from cmf_wonbin

i pon facing same problem, nak bantu my boyfriend.. need some advice from wonbin, sorry mia if i tumpang ur thread nak bertanyakan soalan for myself.. if tak boleh, nanti i bukak thread baru ye huhu..

nak tanya bro wonbin, my bf ni warga asing (arab), but dia mmg ada bisnes construction kat europe, ada company, cuma skang bisnes tidak memberangsangkan, time summer ada job, bila winter lepak umah.. since he is planning to marry me, dia ada bertanya peluang kerja binaan ubahsuai rumah etc kat msia.. sbg permulaan utk kecil-kecilan saja..

i sgt berminat dgn cerita u, good experience on how u survived etc..
overall my bf done the same thing kat sana, ubahsuai rumah and upah org2 sana, bawak transport utk hantar mereka ke tempat kerja, kdg untung, kdg kena tipu..  utk start kat msia, dia takde kenalan di sini utk mulakan bisnes and i pun takde pengalaman kerja2 binaan ni (kerja tetap bidang IT)..  any advice on how to start the business?

i nak tanya, do i have to register a company to start the work? kena sediakan modal ke, camane nak tau supplier brg2, how about pekerja2 indon tu perlu berdaftar ke, kena apply permit kerja atau bagaimana..

currently he is in europe. dia cuma bertanyakan apa kerja yg dia boleh lakukan, kalau dia pindah ke sini, dia takmau guna duit i.. i nak suggest dia buat bisnes lain, dia lagi prefer construction work becoz dia ada pengalaman.. thanks bro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061024 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list