Yang pinoy tu Kuh Ledesma ...
Dulu Sudirman memang kawan dengan Kuh sebab Kuh selalu datang Malaysia perform. At that time, Nita srawak kebetulan besfren dengan Nitamui & Kuh. Tapi lepas Salem-RAH tu, Sudirman pun dah kamceng dengan Anita Mui & Kuh Ledesma ... through Anita Srawak. Leslie Cheung concert in Singapore pun siap acknowledge Sudirman in his concert and joked that he better do his best cos Sudirman is in the front row.
Masa Sudirman meninggal pun, Nita Mui siap cakap dia mourn for Sudirman .... i remember taim tu Nita mui tengah buat Ice Queen japan tour ..... even dalam VHS Ice Queen tour ada that part when she sang and dedicated One Thousand Million Smiles to Sudirman but didnt finish singing it cos she cried .....
Sudirman was so revered, loved and highly respected among Asian superstars.
Mak sebak masa menaip ni ....
Dokumentari khas Siti ini akan disiarkan di History Channel (Astro 555) pada 11 Januari 2012.... ramai2 kita tonton, tp pkl brptu aku x taula plk, yg akuni entah dpt tgk ke hidak, housemate compom tgk citer lain...
Sejam je rancangan nya kuar DVD tak ekk?
cam P.ramlee tu sejam setengah ada kuar DVD..
mahathir ada DVD gak.. sbb mmg panjang kan.. siap part1 and 2 lg..
yg Sudirman xingat brape jam... yg ni xde dvd rasenya..
xtau kalu ang tak perasan ada... hehehe
JIKA mengimbau kembali kenangan 16 tahun lalu, tiada apa yang istimewanya gadis bernama Siti Nurhaliza Tarudin. Dia hanya gadis kampung yang dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Kehidupan semasa kecilnya banyak dihabiskan dengan membantu keluarga menjual kuih karipap sardin dan keria.
Namun, perubahan kehidupan anak keempat daripada lapan beradik itu mula berubah sekelip mata selepas melibatkan diri dalam dunia seni suara bermula pada tahun 1995.
Kini, dia dikenali sebagai Datuk Siti, 32, dan kejayaan yang dikecapi dalam bidang seni dan perniagaan produk Simply Siti sememangnya cukup membanggakan warga Malaysia. Tidak cukup dengan itu, dia juga mempunyai aura yang mampu membuatkan orang sekelilingnya menyanyangi dan menyanjunginya.
Bukan sengaja ingin membuka kisah lampau Siti tetapi ini semua adalah rentetan perjalanan hidup Siti daripada gadis kampung menjadi penyanyi berprolifik tinggi yang bakal disiarkan dalam saluran History (Astro 555). Menariknya, dokumentari itu bakal ditayangkan pada 11 Januari 2012 pada pukul 10 malam sempena sambutan hari jadi Siti yang ke-33.
DATUK Siti Nurhaliza memberitahu keluarganya tidak mempunyai kamera sewaktu zaman dia membesar. Justeru semua sejarah hidupnya berjalan tanpa rakaman memori secara visual.
Hakikatnya, dokumentari yang bertajuk Siti Nurhaliza itu juga bakal menyingkap rahsia dan sisi Siti yang tidak pernah diketahui peminatnya selama ini. Malah, Siti sendiri tidak menentukan atau mengedit dokumentari terbitan Red Communication Sdn. Bhd. tersebut agar ia telus ditonton masyarakat Malaysia.
Siti sendiri melahirkan rasa bangga dan tidak sangka diberi pengiktirafan untuk memaparkan kisah hidupnya dalam saluran History. Dia sedia maklum selama ini hanya orang yang bukan calang-calang sahaja berjaya memahatkan sejarah kehidupannya dalam saluran History. Antaranya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan penghibur tersohor, Allahyarham Sudirman Arshad.
"Kalau diikutkan ramai lagi artis senior yang lebih layak tetapi Siti dipilih. Siti bersyukur dan berbesar hati kerana perjalanan hidup dipaparkan dalam saluran History. Siti harap perjalanan hidup sepanjang 16 tahun dalam dunia seni ini dapat memberi manfaat khususnya kepada golongan muda," katanya ketika ditemui pada sidang media Biografi Siti Nurhaliza di The Courtyard Garden, Damansara Heights, Kuala Lumpur semalam.
Dokumentari selama sejam itu akan memaparkan bagaimana sukarnya Siti tatkala mula melangkah ke dunia seni dengan melalui pelbagai ranjau dan duri namun semuanya dapat dihadapi olehnya sehingga menjadi insan seni tersohor negara.
Hakikatnya Siti berjaya membuktikan anak gadis kampung seperti dia mampu menjadi bintang yang amat berharga sekiranya bakat yang dianugerahkan itu digunakan pada jalan yang betul.
Diterbitkan oleh penerbit filem Pisau Cukur, Lina Tan, antara individu yang ditemu bual untuk berkongsi rahsia dan kisah hidup Siti ialah pengurus yang juga kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, Jennifer Tompson (penerbit Anugerah Industri Muzik (AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan, penerbit), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek Siti) dan Michael Ong (pereka fesyen Siti). Antara yang menarik, personaliti televisyen terkemuka, Najib Ali juga ditemubual untuk mendedahkan mengenai Siti yang pernah menyertai uji bakat untuk program Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun. (Xnah tau pun? )
Bongkar rahsia
DARI kiri: Lina Tan, Datuk Siti Nurhaliza dan Chris Humphrey.
Jika sebelum ini peminat Siti hanya melihat senyuman di sebalik wajah manisnya dan kejayaan yang dimiliki namun peminat juga dapat melihat sikap Siti yang lain di dalam dokumentari tersebut.
"Bagi yang dekat dengan Siti sahaja yang tahu bagaimana Siti menghadapi situasi sewaktu tertekan. Misalnya, juru solek Nurul Shukor yang sudah bekerjasama dengan Siti selama 10 tahun. Dia tahu bagaimana Siti juga ada kalanya memberontak dan marah ketika stres," ungkapnya yang bersikap terbuka berkongsi kehidupan peribadinya bersama peminat.
Berkongsi cerita, Siti juga mengaku tidak mempunyai foto ketika kecil kerana keluarganya tidak memiliki kamera. Jadi, ia agak menyukarkan pihak penerbit untuk mendapatkan gambarnya ketika kecil.
Mujur, teman-teman dan jiran Siti di kampung mempunyai koleksi gambar Siti dan pihak penerbitan berjaya memperoleh untuk dimuatkan dalam dokumentari Siti.
Siti juga mengaku agak emosional dan tidak dapat membendung air mata tatkala mengimbau kembali kenangan bersama arwah ayahnya, Tarudin Ismail.
"Siti cuba menahan sedih tetapi apabila mengimbau kembali kenangan bersama arwah ketika ditemu bual pihak penerbit, air mata Siti tidak dapat ditahan," katanya yang turut memberitahu suaminya, Datuk Khalid tidak akan ditemu bual di dalam dokumentari tersebut atas sebab dia tidak mahu.
SITI akan berganding dengan Johan Raja Lawak untuk sebuah program berbentuk permainan.
Kata Siti, suaminya hanya memberi dorongan untuk dia melibatkan diri dalam dokumentari tersebut.
Selain sibuk dengan projek terbaharu rakaman kisah mengenai sejarah hidupnya untuk saluran History, Siti juga akan menjadi hos rancangan permainan terkini.
Dalam rancangan itu Siti dijangka bergandingan dengan Johan (Raja Lawak) dan menjayakan beberapa permainan yang turut melibatkan para artis lain.
"Insya-Allah selepas rancangan bual bicara iaitu Siti, terkini pihak syarikat produksi Global Station mahu menghasilkan sebuah rancangan permainan pula," jelasnya.
klu la ada video CT mnyanyi waktu kecil kan best...suara plg kecil yg dpt direkod mybe msa dia umur 14 tahun msa menyanyi kt Asia Bagus...tp sape yg ada video tuhh..
Okay first, Iol perasan rantai Chanel sheol , pastu biasa kita dgr siti cakap English with Malay accent kan? Yg ni syfuel rasa ada certain parts yg Malay with English accent lak.
Di Astro Ria :
Cerita Artis Malaysia bersama Siti Nurhaliza - 7 Januari, 5Petang.
Konsert Satu Siti Part 1 - 8 Januari, 5Petang.
Konsert Satu Siti Part 2 - 9 Januari, 5Petang.
Temubual Istimewa bersama Siti Nurhaliza - 10 Januari, 5.30Petang.
Di History Channel :
Tayangan Perdana Biografi Dato Siti Nurhaliza - 11 Januari, 10Malam.
Bagaimana Siti Memberontak Dalam Dokumentari “Siti Nurhaliza”
Bila sebut sahaja nama Siti Nurhaliza apakah yang wujud dalam bayangan anda? Wajah manisnya yang telah menawan hati setiap pelusuk isi rumah di Malaysia, Indonesia dan Singapura? Atau deretan trofi yang terkumpul sehingga tidak cukup almari? Atau vokal emasnya yang mendodoi lena setiap malam kita? Atau paparan kisah sepanjang dia bergelar anak seni sejak 16 tahun lalu?
Hanya luaran yang mengisi minda kita seperti apa yang kita sering tonton di televisyen dan baca di akhbar dan majalah. Tidak ramai yang mengetahui apakah yang terselindung di sebalik nama Siti Nurhaliza itu sendiri.
Justeru, sempena ulangtahun kelahiran yang ke 33 penyanyi bercop nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, saluran History mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari khas yang berjudul “Siti Nurhaliza” untuk tayangan Asia.
Dokumentari sepanjang satu jam itu akan membawa penonton meraikan kehidupan penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis ini bermula sebagai penyanyi yang menjuarai Bintang HMI 1995 sehinggalah bergelar usahawanita yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri, SimplySiti.
Tidak mengganggap peluang itu sebagai kemuncak kerjayanya, Siti berharap dokumentari ini akan mencetuskan inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan muda yang menanam cita-cita untuk berjaya sepertinya satu hari nanti.
“Ia satu penghargaan kerana Siti antara yang muda dan diberikan peluang untuk merakamkan perjalanan hidup saya untuk tontonan masyarakat. Saya melihat ia dari sudut seorang anak kampung yang mempunyai cita-cita untuk berjaya sebagai penyanyi dan perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Fokusnya lebih kepada saya menjadi inspirasi kepada semua dengan melihat kejayaan yang saya perolehi hari ini. Motivasi yang baik itu harapnya dapat diterima oleh penonton kelak,” kata Siti yang kini memiliki album Inggeris sendiri “All You Love”.
Siti merupakan artis muda yang masih hidup diberikan peluang tersebut. Sebelum ini saluran History pernah menerbitkan dokumentari mengenai Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Penghibur Nombor Satu Asia, Datuk Sudirman Hj Arshad.
Menerusi dokumentari itu, masyarakat yang selama ini hanya didedahkan pada aspek luaran penyanyi itu akan meneroka di sebalik tabir kehidupannya sepanjang bergelar penyanyi.
“Pelbagai cabaran telah Siti lalui namun apa yang dipaparkan di televisyen, akhbar dan majalah hanyalah luaran Siti sahaja. Bagaimana Siti berdepan dengan cabaran tersebut hanya diketahui oleh mereka yang dekat dengan Siti. Kali ini mereka yang akan berkongsi cerita tersebut seperti contohnya jurusolek Siti, Nurul Shukor yang telah bersama Siti lebih 10 tahun dan pastinya kakak ipar dan pengurus Siti, Rozi Abdul Razak,” tambah Siti lagi.
Menurut Siti, hanya jurusoleknya itu yang tahu bagaimana cara dia berdepan dengan pelbagai masalah dan Nurul telah dianggap sebagai salah seorang orang kepercayaannya.
“Bagaimana saya memberontak dan meluahkan kemarahan saya bila pelbagai cerita tidak betul yang keluar tentang saya. Bagaimana saya berdepan dengan tekanan tersebut. Hanya sesetengah orang saja yang tahu bagaimana kami menyimpan setiap perkara yang tidak pernah dipertontonkan kepada masyarakat,” ujar Siti yang cukup teruja mahu menyaksikan apa kata orang mengenainya.
“Sebelum ini pun pernah ada program sebegini yang melibatkan kehidupan Siti, namun gaya penceritaan dan hasil setiap program pastinya berbeza. Macam tadi bila tengok balik klip-klip persembahan Siti di Indonesia dan bersama 2 By 2 memang tidak Siti jangkakan mereka akan masukkan klip sebegitu,” jelas Siti lagi.
Tambah penerbit, Lina Tan, dia akui sukar untuk menyunting 12 jam rakaman footage yang ada untuk dijadikan dokumentari sepanjang satu jam.
“Kita bermula sejak awal tahun, dari proses pengumpulan bahan lagi. Bila kita dah temuramah ramai orang yang terlibat ada lebih 12 jam footage yang ada. Memang sukar untuk menyunting dokumentari tersebut. Yang menariknya bila kita selesai menemuramah, kita semakin kenal siapa Siti sebenarnya. Dia popular bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia dan Singapura. Kita juga sedar yang sukar untuk menjadi bintang di sini dan apakah kehidupan sebenar yang mereka lalui.” ulas Lina selaku penerbit dokumentari tersebut.
Antara yang diwawancara termasuk komposer Adnan Abu Hassan, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali, wartawan hiburan kanan, Zainal Alam Kadir, Jennifer Thompson dan Michael Ong.
Dokumentari “Siti Nurhaliza” akan ditayangkan pada 11 Januari 2012 pukul 10 malam di saluran History (Astro 555). Ia akan diulangtayang pada 12 Januari (8 malam), 14 Januari (6 petang) dan 15 Januari pada pukul 9 malam.
Dekat dah nk tayang benda alah ni...
sambil2 berharap buku biografi dan box set CD tu jadi kenyataa ...
ang Post at 2-1-2012 20:55
dalam masa terdekat mmg xla keluar la...tapi tgh diusahakan.. sumber (FB KZ)
Rozi Abdul Razak
Menonton kembali Konsert Satu di Astro Ria (Bhgn Pertama)-Boss jauh di mata, tapi beliau tahu program ttgnya byk di Astro Ria. Moga ada rezeki tahun ini utk melakukan hal yg sama. Boss mesti tanya; fotobiografi siap bila? Bagi 3 bulan lagi, moga April di ulangtahun ke 17 dlm industri di pasaran ia berada. (Doakan sbb sy mesin bgerak, bukan sotong ada 8 jari, tp sy cuba).Like · · 13 minutes ago via BlackBerry ·
Sebenarnya tak letak harapan tggi sgt.. sbb dah selalu janji2 diaorg tak tertunai kan..
kalu tertunai pn lambat.. so kalu ada, rezeki.. kalu xde.. paham2 la kan..
kalu ikutkan plan asl nk keluarkan time ulang thn siti yg ke 15..
pastu katanya busy.. xsempat nk buat.. so dlm 2 thn.. kita tengok apa hasilnya nanti...
busy apa la si Rozi tuk ekk.. kalah siti busynya... hehehe...
dalam masa terdekat mmg xla keluar la...tapi tgh diusahakan.. sumber (FB KZ)
Rozi Abdul Razak
Menonton kembali Konsert Satu di Astro Ria (Bhgn Pertama)-Boss jauh di mata, tapi beliau tahu program ttgnya byk di Astro Ria. Moga ada rezeki tahun ini utk melakukan hal yg sama. Boss mesti tanya; foto biografi siap bila? Bagi 3 bulan lagi, moga April di ulangtahun ke 17 dlm industri di pasaran ia berada. (Doakan sbb sy mesin bgerak, bukan sotong ada 8 jari, tp sy cuba).Like · · 13 minutes ago via BlackBerry ·
afifahmis Post at 8-1-2012 06:17 PM
1. Konsert
2. Biografi
Yayyyyy!!! Lebih teruja dengan konsert sebenonye...