|
Thanks, if you have more info from Tamil scholars please post here too share with everyone |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BotakChinPeng at 14-1-2012 19:16
Keling chola pakai cawat putih ramai-ramai datang menakluk tanah melayu ? Hahahahaha.
Lucu betul lamunan bangsa pengecut nih. Tamil chola harapkan bilangan saja ramai tapi masih tak mampu kalahkan kerajaan-kerajaan kecil di tanah melayu. Setelah berundur pulang mereka masih berjaya temberang dengan rakyat sendiri dengan mendirikan segala macam tugu memperingati kekalahan yang didakwa sebagai kemenangan.
Sepanjang sejarah hubungan melayu-india, kita hanya mengimport kaum lembut ini untuk dijadikan biarawan & hamba abdi saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal-Usul Orang Tamil kerajaan Cholan
Kurang maklumat berkenaan asal-usul wangsa ini. Zaman purba dinasti ini ada dalam sastera Tamil kuno dan juga batu bersurat mereka. Orang Tamil Chola zaman pertengahan juga mendakwa mereka berasal dari keturunan purba wangsa Cholan. Dalam sastera Sangam sekitar abad ke 150 SM, ada ditunjukkan bahawa raja2 awal dinasti ini sudah wujud dari abad ke-100 SM. Hal ini menunjukkan kewujudan entiti etnik Tamil yang purba dan lama. Pencatat syair klasik Tamil berjudul Thirukkular iaitu Parimelazhagar juga menyebut mengenai Chola sebagai nama raja awal dan purba negara Tamil.
Parimelazhagar menulis bahawa "kebajikan orang2 keturunan purba (seperti Cholan, Pandiyan, dan Cheran berterusan sampai bila2 walaupun bilangan mereka diperkurang." Nama lain merujuk Cholan adalah killi, valavan dan Shembivan. Killi berasal dari kata kerja Tamil bermaksud menggali atau mengarahkan orang menggali tanah membuat negeri. Nama ini kemudian menjadi bahagian jalinan dalam nama2 orang Chola lama seperti Nedunkilli, Nalankilli dan lain2. Ramai mereka sudah menggugurkan nama keluarga mereka. Valavan mungkin dikaitkan dengan valam (kesuburan) membawa maksud pemerintah negara subur. Sembiyan secara umum bermaksud anak cucu Shibi iaitu seorang adiwira yang mengorbankan dirinya kerana ingin menyelamatkan seekor merpati daripada seekor burung helang. Legenda ini ada dalam Shibi Jataka iaitu salah satu Jataka ajaran Buddha.
Dalam kamus bahasa Tamil, Chola bermaksud Soazhi atau Saei menunjukkan kerajaan yang baru diwujudkan sebaris dengan kerajaan lama iaitu Pandiyan. Sora atau Chozha kemudian menjadi Chola apabila diserap dalam bahasa Sanskrit dan disebut sebagai Choda dalam bahasa Telugu.
Bahagian sejarah Cholan awal, kurang sumber bertulis yang sahih ditemui. Ahli sejarah lewat 150 tahun lampau mendapatkan banyak maklumat tentang kerajaan ini melalui sastera Tamil purba seperti sastera zaman Sangam, tradisi petitih, teks keagamaan kuil2, dan inskripsi piring tembaga Tamil. Sumber utama untuk maklumat negara Cholan sudah tentu dari zaman Sangam. Ada juga sebutan ringkas tentang negara ini dan juga bandar2, pelabuhan, dan kegiatan perdagangannya dalam Periplus of of the Erythrean Sea. Ia sebuah buku karangan pedagang Iskandariah (Mesir) yang tak diketahui nama ditulis semasa zaman Domitian (81-96) dan mengenai sedikit maklumat tentang negara Cholan.
Selain itu, Ptolemy ada juga menulis tentang negara Cholan dan kota2 pelabuhannya. Teks hikayat Buddha seperti Mahawangsa juga ada menyebut kisah pertelingkahan orang asli Sri Langka dengan orang Tamil Cholan pada abad pertama sebelum Masihi. Orang Tamil Cholan juga disebut dalam batu bersurat dipahat pada Tiang2 Asoka (273-232 SM). Walaupun mereka bukan rakyat dan jajahan empayar Maurya namun mereka sangat ramah dan akrab sekali dengan orang dinasti Maurya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 90-an dulu ramai keling & mamak merayu tuan melayu agar lakukan sesuatu untuk menghalang sejumlah besar mat bangla dari mengahwini kaum wanita mereka.
Maka tuan melayu yng baik hati pun merumuskan satu peraturan mewajibkan lelaki asing bukan hartawan yang menikah dengan wanita tempatan segera pulang ke negara mereka.
Maka terselamatlah kaum india di malaysia daripada kepupusan gara-gara kaum lelaki mereka tak mampu bersaing dengan mat bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by BotakChinPeng at 13-5-2012 20:34
Mamak juga hampir sama miskin dengan keling. Yang berniaga pun hanya sekadar buka restoran & mengurup wang
~EDIT~
Ini satu topik menarik bertajuk :
SRIWIJAYA CAWANGAN KEDAH Penakluk Empayar Tamil Cholahttp://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=630574 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# genot
genot.
raja chola ni ke keturunan iskandar zulkanain? |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Chola ni pernah serang Srivijaya di Palembang tu kan...n lagi satu kisah serangan Chola yg dilakukan ke atas Kerajaan Beruas di Perak kalau x silap... |
|
|
|
|
|
|
|
உச்சிஷ்ட கணபதி மந்திரம் |
|
|
|
|
|
|
|
Lecturer aku la citer...actually towkey je Hindu tapi yang masak Muslim...kira x pe la kot ...
nobito Post at 12-1-2012 10:52
yang ni aku setuju...mmg ramai dah melayu x heran halal haram..tgk ngan mata sendiri baru tau..x kisah makan masakan restoren cina janji bukan daging bab1. pinggan mangkuk, sudu mungkin dah hidang bab1 x kisah. terlebih 1 Malaysia kot |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni aku setuju...mmg ramai dah melayu x heran halal haram..tgk ngan mata sendiri baru t ...
fariqx Post at 12-1-2012 23:43
Rancangan tu kisah pakcik Melayu makan kerang rebus kat restoran Cina..pastu kawan(Cina n India) dia tu tanya kenapa makan kerang rebus je? Pakcik Melayu tu cakap ni je yg halal dimakan |
|
|
|
|
|
|
|
thanks la bukak thread nih..mmg byk info2 menarik..
off topik skejap ye..
aku tak ingat la tapi ayah aku penah cita zaman penaklukan british dulu, india berjaya melambatkan british colonization kat negara dorang melalui cara berbogel sambil menconteng kapur dlm bentuk bulatan kat punggung memasing n menonggeng kat tepi laut ramai2.. askar2 british nampak dari atas kapal dorang berbaris meriam byk2 kat tepi laut india tu.. so dorang pun takut la nak serang india time tu.. aku tak tau la kesahihan cite nih.. somebody kalau tau leh share.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan Chola ni pernah serang Srivijaya di Palembang tu kan...n lagi satu kisah serangan Chola yg ...
nobito Post at 12-1-2012 22:45
Tak silapnya dalam Hikayat Melayu kan ada sebut pasal Beruas Gangga Negara ka yang kena serang dengan orang India (Cholan)? Padan lar kat Perak bentuk rupa orang dia ada ciri2 ketamilan sikit utamanya belah2 dekat pantai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# manuskrip_lama
Tak dapat dipastikan pula. Biasa orang India/Hindu akan jejak keturunan mereka ikut bangsa. Raja2 Tamil Cholan ada dakwa mereka keturunan kesatria Surya Wangsa. Surya Wangsa merujuk kepada orang2 purba di India lama yang menyembah matahari sebagai dewata pelindung keluarga mereka. Pemula wangsa ini adalah Maharishi Vivaswan (dewa Matahari) atau Manu. Nama lain dewa Matahari adalah Mitra sama macam nama dewa orang Parsi, Mitra mata Ahura Mazdak.
Raja pertama dari wangsa Surya ini namanya Iksvaku maksudnya Tebu, cucunda kepada Maharishi Vivaswan. Di Thailand dan Laos pun ada orang yang nama keluarga mereka Suriyawong (Suryawangsa). Menurut setengah lagenda mereka, Rama telah menghantar kapal diraja ke pergunungan Malaya di negara Dravida (India Selatan). Rama merupakan putera kepada raja Styavrata dan salah seorang cucunda kepada dewa Matahari. Apabila dia diangkat Tuhan menjadi anak dewa Matahari, dia dikenali sebagai Sraddhadewa. Ini boleh baca dalam kisah 10 penjelmaan dewa Vishnu dan terjemahan Bagawadgita.
Ada sedikit persamaan dengan Jepun pula apabila menyentuh bab asal-usul raja mereka dan dinasti Tamil Cholan adalah salah satu pecahannya sahaja
Mengenai orang Yunani di India Purba kalau hal Alexander Makadonia tu, mereka memang pernah menjarah sampai ke India purba sebelum zaman nabi Isa lagi. Memang ada orang Yunani yang pernah menganut ajaran Buddha atau ajaran Brahman (Hindu). Setengah mereka ada terserap dalam sistem kasta dan dharma Hindu. Ada kerajaan Indo-Yunani juga di kawasan Asia Tengah seperti kerajaan Bactria. Adat bakar colok di India dan China tu sebenarnya adat orang Yunani. Begitu juga adat pakai tasbih. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah kerajaan Cholan
Boleh difahami dalam empat zaman iaitu:
1. Zaman Awal
2. Zaman Antara-kerajaan
3. Zaman Pertengahan
4. Zaman Lewat2
Dalam buku teks sejarah Malaysia sekarang ni x tahu ada disebut tak tapi dulu2 memang ada disebut secara ringkas mengenai Cholanagaram. Kalau dalam sastera Melayu STPM pun ada disebut tentang kerajaan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Awal Tamil Cholan
Raja2 awal Cholan ada rekod mereka dalam sastera Sangam Tamil. Sejarawan bersetuju bahawa sastera ini tergolong dalam sastera2 abad awal. Kronologi dalam sastera ini masih lagi dalam kajian sejarawan jadi masih ada lompong2 sejarah yang diisikan. Sastera zaman Sangam merakamkan nama2 raja2, putera2, dan penyair yang memuji raja2 dan putera mahkota Tamil. Walaupun kaya dengan kesusateraan yang menggambarkan kehidupan dan pekerjaan orang Tamil purba tetapi ia tak boleh digunakan sepenuhnya untuk menghubungkan jaringan sejarah zaman awal Cholanagaram yang terputus sebab perlu juga bukti carigali sejarah dan lain2.
Sastera Sangam merakamkan juga lagenda2 raja Chola. Misalnya lagenda mengenai raja Kantaman yang hidup mungkin sezaman dengan rishi Agastya. Raja ini sangat kuat agama sehingga tercetusnya sungai Kaveri. Dua nama juga disebut oleh sastera Sangam dari dalam kalangan raja Cholan iaitu raja Karigala Cholan dan Koshenkannan. Tak dapat dicari pula hubungan antara anak2 raja dan juga susunan pengganti raja2 awal Cholanagaram melalui sastera ini. Ibukota paling awal Cholanagaram adalah di Urayur yang sekarang terletak dalam Thiruchirapalli di Tamil Nadu. Kaveripattnam juga pernah menjadi ibukota awal negara Cholan. Hikayat Mahawangsa ada menyebut bahawa etnik Tamil berminat dengan cabaran dan suka mengembara. Seorang putera raja dari negara Tamil Cholan dikenali sebagai Yellara pernah menakluki sebuah pulau sekitar tahun 235 SM. Hikayat ini juga menyebut tentang lawatan raja Gajabahu dari Cholanagaram melawat raja negeri Cheran iaitu Shenguttuvant sekitar tahun 108 M.
Zaman Antara-Kerajaan
Tak banyak maklumat dikumpulkan dalam zaman peralihan sekitar tiga abad dari penghujung zaman Sangam dan juga zaman apabila negara Tamil Cholan ditakluki oleh negara Tamil Pandiyan dan negara Tamil Pallava. Ada dinasti yang tak dikenali dikenali sebagai dinasti Kalabhra juga pernah menakluki negara Tamil Cholanagaram dan menggantikan kerajaan tersebut. Kalabhra memerintah selama tiga abad di situ. Kemudian Kalabhra dikalahkan oleh Pallava dan juga Pandiyan dalam abad ke-6 M. Abad ke-6 M ni sebelum Srivijaya dari Palembang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu juga. Semenanjung Tanah Melayu berada bawah empayar Chenla dari Kemboja. Lepas penaklukan2 itu, nasib orang2 Tamil Cholan tak dapat diketahui kecuali apabila raja Tamil Cholan iaitu, Vijayalaya naik semula dalam abad ke-9 M.
Epigraf dan sastera memberikan beberapa gambaran perubahan yang kemudian berlaku dalam susur galur raja2 Tamil Cholan berikutan jangkamasa penaklukan ke atas mereka yang panjang. Yang pastinya, kuasa kerajaan Tamil Cholan jatuh merudum apabila kerajaan Tamil Pandiyan dan Tamil Pallava naik di Utara dan di Selatan mereka. Akibatnya negara Tamil Cholan terpaksa meminta suaka (perlindungan) kerajaan2 yang kuat itu sebab mereka lebih berjaya.
Raja2 negara Cholan masih memerintah beberapa kawasan di kejiranan Uraiyur tapi dengan kuasa yang kecil sahaja selepas mereka kalah kepada Tamil Pandiyan dan Tamil Pallava. Walaupun begitu, raja2 Pandiyan dan raja2 Pallava menerima juga putera raja Cholan berkahwin dengan anak2 mereka mungkin disebabkan oleh reputasi baik mereka. Banyak juga batu bersurat orang Tamil Pallava menyebut peperangan mereka dengan pemerintah2 negara Tamil Cholan. Walaupun sudah kalah hilang kuasa dan juga pengaruh pun mereka susah untuk dihalau keluar dari kawasan Uraiyur. Raja Vijayalaya juga bangkit dari kawasan ini.
Dalam abad ke-7 M begitu negara Cholan mula berkembang semula di dalam wilayah Andhra Pradesh sekarang ini. Orang Cholan yang berbahasa Telugu ini menjejaki susur galur mereka melalui orang Tamil Chola Awal pada zaman Sangam. Namun tak diketahui pula apa hubungan mereka dengan orang Chola purba. Kemungkinan juga satu cabang orang Tamil Cholan berhijrah ke utara bagi mengelakkan pengaruh Tamil Pallava dan Tamil Pandiyan. Sami Buddha China, Xuanzang ada menghabiskan masa beberapa lama di Kanchipuram (639-640) menulis maklumat mengenai negara Cholan yang disebut sebagai Chulia merujuk kepada orang Tamil Cholan yang berbahasa Telugu atau Chodas. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 33# genot
owh.
mcm tu.
tp mmg btol ke kerajaan chola ni kerajaan tamil?
bukan ke dorg ni mcm org2 nustan?
ke mcm ne? |
|
|
|
|
|
|
|
Cholanagaram adalah kerajaan kesatria Tamil, bukan Hindustan (India Utara). Mereka orang Dravidia, sama bangsa dengan Rama (jelmaan dewa Vishnu) tapi mereka kebanyakannya menyembah dewa Siva (sama macam Jawa). |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman Cholan Pertengahan
Walaupun ada sedikit maklumat sahaja tentang Tamil Cholan dalam zaman awalnya dan zaman dinasti Vijayalayam, tapi banyak bahan maklumat didapati dari rekod dinasti Vijayalayam dan dinasti2 negara Cholan Tamil. Ada banyak batu bersurat dipahat oleh istana Cholan dan oleh raja2 saingannya iaitu dari negara Tamil Pandiya dan negara Chalukya di utara sedikit. Tamil Cholan sering mengukir anugerah tembaga apabila ada peristiwa besar2. Jadi sedikit sebanyak mudah untuk mendapatkan maklumat.
Abad ke-9 M
Dalam 850 M, dinasti Vijayalayam dari negara Tamil Cholan mengambil peluang bangkit dari pertelingkahan antara Tamil Pandiyan dan Tamil Pallava. Mereka menakluki Tanjore lalu mendirikan jajahan Cholan dan memulakan zaman pertengahan Tamil Cholan. Negara Cholan berada pada kemuncak kekuasaan dan pengaruh pada zaman ini. Melalui kepimpinan dan pandangan jauh raja2, seperti raja kedua zaman pertengahan iaitu Aditya I, mereka berjaya mengkucar-kacirkan negara Tamil Pallava, mengalahkan kerajaan Tamil Pandiyan di Mathurai dan menakluki bahagian besar negara Kannada. Mereka juga menjalankan tradisi perkahwinan sesama negara untuk hubungan diplomatik misalnya dengan orang Ganga pada tahun 885 M.
Putera Parantaka I menakluki Sri Lanka (Yillangai) pada 925 M.
Sundara Cholan (Parantaka Cholan II) menakluki semula negeri2 mereka dari negara Rashtrakuta dan meluaskan taklukan sampai Bhatkal di negara Kannada.
Abad ke-10 sampai 11 M
Rajaraja Cholan dan Vira Rajendra Cholan meluaskan penaklukan negara Tamil Cholan melepasi kawasan benua India. Pada saat ini negara Tamil Cholan bertukar menjadi empayar Tamil Cholan. Ia berlaku kerana kekuasaan mereka melebar ke Sri Langka di selatan dan ke utara sampai lembangan Godavari-Krishna. Kemudian bertambah luas lagi sampai ke pantai Konkan di Bhatkal dalam negeri Kannada, mereka juga menjajah pantai Malabar, Lakshadwipa, Maldives, dan kawasan yang luas dalam negara Tamil Cheran (Kerala). Kerajaan2 di Deccan dan pantai timur pun menjadi negeri yang membayar ufti kepada Tamil Cholan. Begitu juga kerajaan2 Chalukya yang membayar ufti dari 1000-1075 M kepada orang Tamil Cholan.
Vira Rajendra Cholan I menyempurnakan penaklukan atas Sri Langka dengan menangkap raja Singhala, iaitu raja Mahinda V lalu mengurungnya. Tambahan lagi baginda menakluki Rattapathi iaitu wilayah Rashtrakuta, negara Chalukya, Talakkat, dan Kolar dalam negeri Kannada. Koil Kolaramma di Kolar pun ada gambaran wajah baginda Vira Rajendra Cholan I. Baginda juga menghantar ekspedisi ketenteraan ke Pegu di Burma, kawasan Segenting Kra Siam sampai ke Laos, pantai Kemboja, Semenanjung Tanah Melayu, dan Sumatera. Kerajaan2 sekitar pantai timur India mengiktiraf kedaulatan negara Tamil Cholan. Tentera laut Tamil Cholan menakluki dan menjajah empayar Srivijaya di bahagian negeri2 Melayu di Asia Tenggara.
Negara Vengi atau Chalukya Barat di bawah perintah Satyasraya dan Somewara I cuba memberontak keluar dari pengaruh Cholan Tamil. Pemberontakan2 mereka tak berjaya mencetuskan perang besar sebab tentera Tamil Cholan lebih cepat dari mereka. Mungkin Tamil Cholan ada hantar pengintip juga. Walaupun pemerintah Cholan yang lemah sekalipun seperti Kulottunga I atau Vikrama Cholan pun mereka masih berjaya menguasai negara Chalukya di wilayah Karnataka. Negara2 dalam negeri Telugu di Andhra Pradesh seperti Vengi, Kakinada, Anantapur atau Gutti semua berjaya dikuasai.
Abad ke-11 M sampai ke-12 M
Dalam perang, negara2 kecil Kannada seperti Kadamba, Hoysala, Vaidumba, dan Kalachuri menghantar bekalan juga kepada askar Tamil Cholan. Hal ini menyebabkan empayar Chalukya jatuh. Wilayah atas di tengah Karnataka juga ditakluki dengan bantuan tentera2 negeri Hoysala bawah perintah Vishnuvardhana. Vishnuvardhana menghantar anaknya Narasimmha I bagi menjaga peperanagna di Dwarasamudra dalam 1149. Kemudian mereka memerintahkan negeri Kalachuri menakluki ibukota Chalukya selama 35 tahun dari 1150-1151. Negara Chalukya mula hancur kerana pemerintah tak cekap lepas 1126 M.
Tentera2 bawah perintah raja Kulottunga Cholan III juga membantu tentera negeri Hoysala memerangi Chalukya. Hoysala diperintah raja Veera Ballala II. Veera Ballala adalah menantu raja Cholan masa itu. Dari 1135-1140, Chalukya cuma wujud sebagai nama sahaja sudah tak ada negara lagi. Negara Tamil Cholan kemudian pula dihancurkan oleh empayar Tamil Pandiyan dan mula hilang sekitar tahun 1280.
Di Asia Tenggara abad ke-12 M, orang Tai-Kadai mula masuk ke Segenting Kra dari Utara Thailand selepas lama menjadi hamba tentera empayar Angkor (Kemboja). Mereka juga masuk ke Myanmar dan juga Timur India dari Selatan China. |
|
|
|
|
|
|
|
Cholanagaram Zaman Lewat2
Persekutuan melalui pernikahan dan politik antara bahagian negara Chalukya Timur (Karnataka) semasa pemerintahan raja Tamil Cholan, Rajaraja membawa kepada penaklukannya terhadap negeri Vengi. Puteri kepada Rajaraja Cholan berkahwin dengan putera negara Chalukya bernama Vimaladitya. Cucundanya juga berkahwin dengan putera negara Chalukya Timur bernama Rajaraja Narendran.
Putera kepada Virarajendra Cholan, dikenali sebagai Adhirajendran telah terbunuh dalam peperangan saudara tahun 1070. Jadi, anakanda kepada raja negara Chalukya Timur Rajaraja Narendran menaiki takhta Cholanagaram dan memulakan zaman lewat Cholan Tamil walaupun dia bukan Tamil Cholan.
Zaman ini menyaksikan raja2 yang berkemampuan dan cekap seperti Kulottunga Cholan I anak kepada Vikrama Cholan. Kemudian pengganti kepada Rajaraja Cholan II iaitu Rajadhiraja Cholan II serta Kulottunga Cholan III yang menakluki negara2 seperti negara Kalinga (Keling), Yilzham (Sri Langka), dan Kataha (Kedah). Kemudian Rajendra Cholan III memerintah mula 1218 tak begitu cekap seperti maharaja2 sebelumnya jadi mereka hilang kawalan terhadap negara Vengi di Barat Chalukya dan jajahan di Gangavadi ditakluki oleh orang negara Hoysala dalam tahun 1118.
Hal sebegini sementara sahaja sebab selepas itu raja Vikrama Cholan anak kepada Kulottunga Cholan I mengalahkan raja Someswara III dan merampas semula Gangavadi dari negara Hoysala yang merupakan anak negeri Chalukya Barat. Empayar kemaharajaan Cholan walaupun tak begitu kuat dari 850-1150 tapi masih ada jajahan2 bawah perintah Rajaraja Cholan II (1146-1175). Ia disaksikan oleh pembinaan kuil besar seperti Koil Airavateswara di Dhashuram dekat luar bandar Kumbakonam moden. Koil ini disenaraikan sebagai sebagian warisan dunia dihubungkan dengan kuil2 negara Cholan lain seperti Koil Sri Brihadeswarar di Tanjore, Koil Gangaikonda Cholapuram dibina oleh Kulottunga Cholan III yang berfungsi maju sampai 1215. Lepas itu kuasa Cholan menurun apabila diserang oleh Maravarman Sundara Pandiyan II, raja negara Tamil Pandiyan bermula 1215-1216. Sri Langka juga dirampas dan orang Tamil Cholan dihalau keluar apabila orang Singhala di Sri Langka mendapat kembali kuasa mereka.
Berhubungan dengan kejatuhan Tamil Cholan ini, Tamil Pandiyan pula menggantikannya sebagai kuasa India Selatan. Tetapi Pandiyan tak begitu kuat dalam ketenteraan dan pemerintahan berpusat jadi ada banyak dakwaan menuntut takhta dan perang saudara yang menyebabkan orang Singhala di Sri Langka dan orang Tamil Cholan masuk campur juga. Ia ada disebut dalam Hikayat Mahawangsa selain dipahat pada batu bersurat Pallavarayanpettai.
Ketenteraan Tamil Cholan semasa pemerintahan Rajaraja Cholan III dan Rajendra Cholan III agak lemah sedikit sebab banyak masalah dalam negeri. Seorang panglima dan pentadbir negeri Kadava bernama Kopperuchinga I pernah menculik Rajaraja Cholan III beberapa lamanya. Dekat abad ke-12 M, negeri Hoysala mula naik sinar dan menggantikan kerajaan Chalukya yang merupakan teraju negeri Kannada. Tapi mereka tidak juga terlepas dari gangguan negeri Seuna dan Kalachuri yang menjajah ibu kota Chalukya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|