|
Post Last Edit by samiramieya at 8-2-2012 12:16
“Thanks ya Erna dan kau kawan yang paling baik.Sentiasa bagi semangat untuk aku.Kau kawan aku selama-lamanya.Okey la..dah masuk waktu solat..byee assalamualaikum.” Selesai berborak dengan Erna,Anggun menunaikan solat maghrib.
Usai solat Anggun menyediakan makan malam untuk ahli keluarganya.Eira menolongnya memasak dan selepas semuanya selesai makan malam,masing-masing merehatkan diri didalam bilik.Anggun mencapai diari kesayangannya.Sudah berapa hari dia tidak menulis dalam diarinya kerana keletihan.Pen kesayangan pemberian daripada Erna semperna ulangtahun kelahiran yang ke 28 sudah berada didalam genggaman dan tidak sabar-sabar untuk menari-nari diatas kertas diarinya.
6 Januari ..8.30 mlm ..
Aku tak tahu adakah betul tindakan yang aku ambil nie ?? harap2 apa yang aku lakukan membuat orang lain bahagia.Walaupun aku x pasti kebahagian akan datang dalam rumah-tangga tanpa cinta.
Tapi kata orang, x semestinya cinta yang kita inginkan akan kita dapat so sebagai manusia kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya.Ingin melihat Ummi dan Babah bahagia aku sanggup lalukan apa saja.Walaupun terpaksa korban perasaan sendiri kerana tanpa mereka aku xde kat dunia nie.Aku pasti Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk UmatNya.
Cuma aku perlukan doa orang-orang yang aku sayangi untuk aku tabah mengharungi dugaan yang akan mendatang.Aku pasti aku boleh mengharunginya kerana Babah dan Ummi telah memberi pelajaran yang secukupnya kepada aku dan Eira.
Aku telah memberi kata putus untuk menerima pinangan daripada Uncle Jazman sekeluarga.Mungkin betul kata Erna yang nie adalah jodoh aku tapi aku masih was-was kerana takut tak dapat menjadi isteri solehah dan menantu yang diharap-harapkan oleh Auntie Aisya.Adakah Jazmir ikhlas menerima aku sebagai isterinya?Itu hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang Kau rancangkan untuk umatMu..
Thanks 4 my parents (Babah n Ummi..) my lovely sister (Eira..) n my sweet friend(Erna) I Love U All … U all the best in the world n in my heart …  
Selesai menulis diari Anggun terlelap …Dia tersedar ketika azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat subuh.Cepat-cepat dia bangun memunaikan kewajipan sebagai hambaNya.Usai solat, Anggun kedapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya sebelum bertolak ke kedai bunga milik emak sedara sebelah Uminya. |
|
|
|
|
|
|
|
nnt masukkan lagi entry yea
tapi cam susah aje nak sebut nama syed jazmir hariff tue |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by samiramieya at 8-2-2012 21:46
Part 2
Datin Aisya senyum meleret-leret apabila mendapat berita daripada Kakak Ummu kakak angkatnya. Menurut kakak Ummu , Anggun telah menyetujui untuk menerima pinangan daripadanya.Hatinya begitu gembira mendengar berita baik ini.Ini saat-saat yang dia nanti-nantikan. Semoga anak sulungnya itu juga turut menyetujui pinangan ini.Datin Aisya segera mendapatkan suami tercinta yang sedang berehat di laman rumahnya. Kelihatan Dato Jazman sedang leka membaca surat khabar.
“Abang …”Panggil Datin Aisya.Kelihatan mukanya berseri-seri.Dato Jazman memandang isterinya penuh tanda-tanya.Isteri tercinta pagi ini kelihatan lebih ceria daripada sebelumnya.Hatinya gembira apabila melihat kecerian pada wajah isteri tercinta.
“Kenapa Aisya ?”Dato Jazman melipatkan surat khabar yang berada ditangannya.Dia memandang tepat kearah muka ceria isteri tercinta yang berada berhadapan dengannya.Senyuman lebar terukir diwajah Datin Aisya.
Sambil memegang kedua-dua belah tangan suami tercinta dengan erat.
“Kak Ummu ada call tadi dan dia beritahu yang Anggun dah terima pinangan dari kita.” Dato Jazman tercengang mendengar perkhabaran itu.
“Yeke ? patut la isteri abang ceria sangat hari nie ? rupa-rupanya apa yang dihajati telah dimakbulkan.”
Dato Jazman segera memeluk isterinya.Walaupun umur mereka sudah mencecah separuh abab tetapi mereka masih romantik seperti orang tengah bercinta dan saling menyayangi. Itu membuat rumah-tangga mereka bahagia.
Datin Aisya mengangguk-angguk kepalanya.Dia membalas pelukkan isteri tercinta. Kelakuan mereka diperhati anak bongsu mereka yang berjalan mendapatkan mereka berdua di halaman rumah. Hanis merasa bangga mempunyai mama dan papa yang sentiasa romantic dan saling sayang-menyayangi diantara satu sama lain walaupun sudah meniti senja.Jazmirul tersenyum sendirian.
“Pa,Ma both of you look so romantic,is there something that you guy want to share with me? It’s just make me jealous.”
Mereka berdua ketawa mendengar kata-kata daripada Hanis anak perempuan tunggal mereka.
“Of course sayang,Kak Anggun dah terima pinangan daripada mama dan papa.I’m so happy.”
“Did Along know about it?”
Hanis sedikit keliru kerana dia tidak pernah tahu tentang pinangan keluarga untuk abangnya.Setahunya ,alongnya itu seorang yang dingin terhadap perempuan sejak pertunangannya terputus ditengah jalan.Sejak itu impian family berkecai dan tiada sesiapa pun lagi mengungkit kisah perkahwinan kerana takut along kesayangannya itu sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by samiramieya at 8-2-2012 21:44
“Actually his does’nt know about this yet but mama ngan papa akan usaha untuk along terima pinangan nie dengan hati yang terbuka.I hope you can help us to make it happen..dear.” Datin Aisya memandang anak bongsunya dengan penuh harapan agar keinginan mereka tercapai.
“Okey Ma..i try talk to along.Adik harap dengan pinangan nie along akan berubah.Adik pun nak tengok along happy dan ceria seperti dulu.Dah sampai masanya untuk along fikir pasal masa depannya.Adik harap kak Anggun dapat lembutkan hati along yang keras macam batu tu.Adik teringin sangat nak berjumpa dengan Kak Anggun kerana dia telah mencuri hati mama dan papa adik.”
Hanis menghirup air tea panas dihadapannya.Datin Aisya menyetujui kata-kata anak bongsu kesayangannya.Dato Jazman dan Datin Aisya saling berpandangan dan membalas senyuman.
Dia tahu sejak Jazmir putus tunang beberapa tahun lalu,kelakuan anak lelaki sulungnya berubah. Dari sikap yang peramah dengan perempuan bertukar menjadi dingin terhadap perempuan. Sejak dari itu hati Datin Aisya gelisah kerana takut anak sulungnya itu bertekad tidak mahu berumah-tangga.Jazmir banyak menumpukan kerja dipejabat dan menghabiskan masa bersama-sama client. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 masukkan lagi
nak tgk si jazmir mcm mana pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by samiramieya at 25-2-2012 19:29
Sejak itu hatinya Datin Aisya tidak senang dan selalu memikirkan tentang anak sulungnya. Sehingga dia bertemu dengan Anggun Dahlia Saffiya dan Anggun Dahlia Saffiya adalah orang yang dapat memberi kebahagian dan mengubah anaknya. Dia bersyukur dengan pertemuan yang tidak dijangka itu. Datin Aisya termenung jauh mengingatkan kembali apa yang berlaku terhadap anak sulung kesayangannya.
“Ma..Why ?” Hanis memegang erat tangan mama kesayangannya sambil mencium kedua-dua belah pipi gebu milik mamanya.
Dia tahu mamanya orang yang paling runsing memikirkan masa depan anak-anak terutamanya along yang sudah berubah sikap sejak pertunangannya terputus disebabkan kecurangan tunangan sendiri iaitu Syarifah Hezlin. Along terlalu mencintai Syarifah Hezlin sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.Syarifah Hezlin Syed Mohsin adalah anak sedara sebelah papanya.
Sejak kejadian itu ,Mama menjadi renggang dengan Pak Ngah sekeluarga iaitu Papa kepada Syarifah Hezlin. Mamanya sangat marah kepada anak sedaranya yang dulu mama orang yang paling menyayangi Syarifah Hezlin kerana pandai mengambil hati kedua orang tuanya. Hubungan keluarga kedua pihak menjadi renggang akibat kejadian itu. Hatinya pedih dan sangat marah kepada Syarifah Hezlin sehingga hubungan yang dulu sangat rapat ,kini menjadi sangat renggang.Dia pernah memaki-hamun Syarifah Hezlin kerana membuat alongnya menderita tetapi sekarang dia berharap pilihan mamanya kali ini tepat dan Anggun akan menjadi kakak,anak pompuan dan isteri yang baik untuk keluarga mereka.
Mama kembali ceria sejak pulang dari bercuti di Langkawi.Pelbagai cerita yang dia dengari daripada mamanya tentang pompuan yang bernama Saffiya.Teringin sekali melihat orang yang sentiasa meniti dibibir mamanya.Setiap kali nama kak Saffiya meniti dibibir, mamanya kelihatan begitu semangat dan ceria.Mamanya tidak seperti dulu yang sentiasa diam dan bermuram apabila nama along disebut dalam perbincangan diantara mereka kerana Mama yang paling sedih dengan apa yang terjadi.
Syarifah Jazmira Hanis pasti along orang yang paling terluka tetapi dia tahu along tabahkan hati didepan semua orang terutamanya mama kerana mama ada mengidap sakit jantung. Diwajah along tergambar hati yang teramat luka dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh tunang yang dia cintai sejak mereka bersama-sama belajar di Universiti Oxford London dalam jurusan Business Study. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi didepan semua orang,along berpura-pura tidak terluka dengan apa yang berlaku dan menganggap ini adalah ketentuan Allah.Jodoh semuanya ditangan Allah kata along apabila dia mencaci Syarifah Hezlin dan along selalu menasihatinya supaya jangan berdendam dengan Pak Ngah sekeluarga.Tapi sebagai adik yang terlalu rapat,dia tahu yang hati along sangat terluka sampaikan along tidak pernah lagi memikirkan tentang mendirikan berumah-tangga dan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada pekerjaan.Dia ada juga memperkenalkan along dengan kawan-kawan perempuannya tetapi ditolak keras oleh along kerana kata along biarlah Allah yang mempertemukan jodohnya.
“Nothing sayang,mama gembira sangat yang along akan berumah-tangga juga akhirnya.” Jelas terpancar kegembiraan diwajah Datin Aisya. Jazmira Hanis menatap wajah keceriaan mamanya dan terserlah keanggunannya.
Datuk Jazman hanya tersenyum mendengar perbincangan diantara isteri tercinta bersama-sama anak perempuan tunggal mereka.Dia tidak risaukan anak bongsunya tetapi terlalu risaukan anak sulungnya yang terlalu fikirkan kerja daripada kehidupannya sendiri.Dari jauh kelihatan anak sulungnya berjalan menuju kearah mereka dengan senyum terukir dibibir.
Biasanya hari minggu hari berkumpul bagi mereka semua.Datin Aisya meletakan syarat supaya semua orang tidak boleh kemana-mana pada hari minggu.Mereka semua kena berkumpul dan menghabiskan masa bersama-sama dengannya kerana hari lain semuanya sibuk dengan kerja masing-masing.
Jazmir mengambil tempat bersebelahan dengan Jazmira Hanis.Dia memerhati muka mamanya yang sedikit ceria pada pagi ini.Pelik rasanya kerana mamanya tidak pernah seceria ini sejak pertunangannya bersama Syarifah Hezlin terputus.Terakhir dia melihat semua orang gembira semasa majlis pertunangannya bersama-sama Syarifah Hezlin. ‘Apa kena dengan semua orang nie.’
“Adik…cerianya mama hari nie ? nape ya dik dan taknak kongsi dengan along ke?” Sambil tangannya menggosok kepala adik pompuan kesayangannya.Dia segera mencapai karipap yang berada dihadapannya dan memasuki kedalam mulut lalu mengunyah.Hanis senyum kambing memandang ke arah alongnya sambil mengangkat kedua-dua bahunya.
“I don’t know ?tanya sendiri mama.”Hanis menjelir lidahnya.Datin Aisya dan Datuk Jazman ketawa melihat gelagat putera dan puterinya kesayangan mereka.Datin Aisya dapat merasakan kegembiraan dan kecerian akan kembali dalam rumah mereka nanti.
“Pa..ma …tengok along nie?”Geramnya hati Hanis apabila alongnya mengusap kepalanya dengan laju kerana pertanyaan daripada alongnya tidak dijawab olehnya.Hanis menarik muka masam apabila tidak mendapat sokongan daripada mama dan papanya. Alongnya ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengusiknya.
“Along..kesian adik tu ..jangan ganggu dia lagi.”Pinta Datin Aisya apabila melihat muka anak dara kesayangannya masam mencuka.Hanis kembali tersenyum apabila mendengar mama memihak kepadanya.
“Hahaha..kedengaran suara alongnya ketawa.Biarkan dia ma…dah besar panjang masih manja lagi..Adik dah umo 25 tahun tahu so dah boleh kawen pun?”
“Elehhhh ..Along pun sama gak..dah tua pun masih duk bawa ketiak mama.Ingat-ingat laa along kalau along kawen pasti dah anak dua tiga.nie tak manja lagi.Kalau adik jadi girlfriend along pasti merana coz nak layan perangai along yang giler-gilerr tu?”Perli Hanis apabila melihat alongnya mengambil tempat disebelah mamanya dan memeluk mamanya erat.
“Bertuah pompuan tu kalau dia dapat along tahu?abang adik yang sorang nie kan baik hati,bertanggungjawab,sopan-santun malah hormat orang tua kan mama kan?”Jazmir menanyakan kepada Datin Aisya.Datin Aisya mengangguk-angguk kepalanya .
“Perasannyerrrrrr abang adik sorang nie ya?bukan bertuah sape yang dapat along tapi merana seumur hidup tahu ?perangai along yang kejap macam ombak tu larrr…kejap surut kejap pasang..kejap okey kejap ko…” |
|
|
|
|
|
|
|
alah sikitnya entry, bila Datin nak beritahu Jazmir pasal Anggun tue, x sabarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by samiramieya at 25-2-2012 19:33
Syarifah Jazmira Hanis cepat-cepat menyelamatkan diri apabila melihat along seperti ingin menerkamnya. Dia segera melarikan diri dan melabuhkan punggungnya bersebelahan Datuk Jazman sambil memeluk erat pinggang papanya.Dia menjuihkan mulut kearah alongnya.
“Sudah….macam budak-budak along ngan adik nie ! dua-dua dah boleh kawen pun tapi perangai mengalahkan budak-budak tadika.” Kedengaran suara Datin Aisya mencelah.Hanis menjelirkan lidahnya kearah Syed Jazmir Hariff.
“Along yang patut kawen dulu bukan adik la ..mama.” Mendarat bantal ke atas muka Hanis yang dilemparkan Syed Jazmir Hariff.
“Mama..tengok along nie?” Syarifah Jazmira Hanis menarik muka masam kerana geram dengan alongnya . Datuk Jazman hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.
“Along…dah la ganggu adik tu.Along…mama cakap sikit boleh tak?”Datin Aisya memandang tepat kearah anak lelaki kesayangannya.Syed Jazmir Hariff mengangguk-angguk kepalanya.
“Mama dengan papa dah lamar seseorang untuk along. Kitaorang harap along dapat terima pertunangan nie?”
“Tapi Ma…..Along tak nak dan along tak boleh terima orang yang along tak cinta.Tolong la Ma…jangan paksa along.”Rayu Jazmir.
“Along…adik rasa nie yang terbaik untuk kebahagian along.Adik dapat rasakan yang kak Saffiya adalah pilihan mama yang tepat. Adik nak along lupakan Kak Hezlin kerana dia bukan gadis yang baik dan lupakan kisah lama.Mulakan hidup baru.”Pinta Syarifah Jazmira Hanis
“Betul tu along..Papa sokong apa yang adik cakapkan tu..Saffiya seorang gadis yang baik dan papa dapat rasakan along akan bahagia dengan Saffiya. Papa dan mama nak sangat along dan Saffiya bersatu malah boleh mengeratkan lagi silaturahim yang sudah terjalin diantara kita dengan keluarga Saffiya.”Celah Datuk Jazman.
“Mama nak along bahagia dan lupakan Hezlin kerana dia along jadi macam nie kan?mama nak along mulakan hidup baru dan Anggun adalah orang yang tepat boleh membahagiakan along.”kata Datin Aisya sedikit sebak.Hanis bangun mendapatkan alongnya sambil memeluk erat abang tersayang.Airmatanya mengalir sedikit.Dia sebak mengenangkan kejadian yang menimpa abang tersayang.
“Along…papa nak tengok along bahagia dan dapat wanita yang baik.Papa tahu yang Saffiya boleh berikan kebahagian itu pada along.”Kata Datuk Jazman sambil menepuk bahu anak lelakinya.
Semua orang puji Saffiya dan tidak ada sedikit pun yang mengutuknya. Bolehkah pompuan yang bernama Saffiya memberi kebahagian yang diharapkan semua orang terhadap aku. Dulu Syarifah Hezlin juga begitu tetapi akhirnya belangnya terbongkar. Tetapi aku tidak menyalahkan Syarifah Hezlin kerana aku tidak banyak memberi tumpuan kepadanya.
Aku terlalu sibuk dengan kerja sampaikan terabai orang-orang disekelilingku. Aku takut kebahagian yang diharapkan oleh mama dan papa akan kecundang ditengah jalan kerana tidak ada cinta dan kasih-sayang.Fikir Syed Jazmir Hariff. Syed Jazmir Hariff terdiam seketika.Malas rasanya untuk membangkang kata-kata famili kerana merasa kesian kepada mereka terutama mama yang terlalu mengharap dia berumah-tangga dan keinginan memiliki cucu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau mama dan papa dah buat keputusan,apa yang along boleh lakukan?along serahkan semuanya tentang majlis tu dan along tak nak ambil tahu coz along terlalu sibuk sekarang nie.” Mereka semua saling berpandangan dan tersenyum gembira apabila mendengar kata-kata daripada Syed Jazmir Hariff.
Syed Jazmir Hariff malas hendak memikirkan tentang majlis pertunangan itu kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.Dulu semasa majlis pertunanganya dengan Syarifah Hezlin ,dia orang yang terlalu sibuk menguruskan majlis itu.
Tetapi akhirnya majlis itu terputus juga seperti pepatah melayu “Harapkan panas hingga ke petang ,rupa-rupanya hujan ditengah hari.”
Dia tidak mahu peristiwa itu kembali lagi.Dia sudah penat berpura-pura tabah didepan semua orang dan sedangkan hatinya betul-betul hancur berkecai seperti kaca yang jatuh berderai dilantai.Perempuan yang sangat dia cintai ,sanggup menghancurkan hatinya dan sejak peristiwa itu dia takut untuk mencintai dan dicintai.
Syed Jazmir Hariff meminta diri untuk menunaikan solat Asar apabila kedengaran azan berkumandang.Dia menadah tangan memohon ampun sebagai hambaNya yang keldil.
“Ya Allah..aku sebagai hambaMu yang keldil memohon ampun atas segala-gala dosa yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.Aku memohon Engkau tabahkan hatiku untuk mengharungi dugaan-dugaan dariMu.Ampuni segala dosa kedua orang tuaku dan adikku tersayang.Redhai kehidupan mereka semua…
Ya Allah..kalau pertunangan ini yang terbaik untukku ,Engkau bukakan hatiku untuk menerimanya dengan ikhlas kerana aku tidak mahu orang-orang yang aku sayangi kecewa lagi.Kalau Saffiya adalah pompuan yang Engkau takdirkan jodohku,Engkau bukakan hatiku untuk mencintainya.Engkau bukakan hatiku menerima dengan hati yang ikhlas dan Engkau tunjukkan jalannya.Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..Amin..” Syed Jazmir Hariff menyapu kedua-dua belah tangannya dimuka.
Usai solat asar , Syed Jazmir Hariff termenung dicoridor biliknya.Rumah banglo dua tingkat milik orang tuanya tersergam indah berlatar-belakangkan kehijauan pokok-pokok.Dari jauh kelihatan bangunan KLCC.
Pemandangan yang indah pada waktu malam dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa membuat hati sesiapa yang resah akan damai apabila menghayatinya.Kelihatan cahaya yang terang-benderang sangat indah ketika tibanya waktu malam.
Dia terkejut sambil mengurut dadanya apabila kedengaran ketukan pintu biliknya bertalu-talu dan dia segera berjalan kearah pintu untuk melihat siapa gerangannya yang telah menganggunya.Kelihatan wajah comel Hanis tersengih-sengih seperti kerang busuk berada didepan pintu.
“Ohhh…rupanya budak comot yang ganggu along ya?”Tangan Syed Jazmir Hariff dengan pantas mencubit pipi gebu milik adik kesayangannya.Syarifah Jazmira Hanis menarik muka masam sambil menepis tangan alongnya kerana pipinya merasa pedih atas cubitan abang kesayangannya.
“Sakit la along.” Syarifah Jazmira Hanis segera menolak badan alongnya dan segera menghempaskan badannya diatas tilam empuk milik alongnya.Syed Jazmir Hariff berjalan kembali kekoridor untuk menyedup udara yang segar dan ingin mendamaikan hatinya yang resah ketika ini.Syarifah Jazmira Hanis melihat muka resah along segera berjalan dan memeluk bahu abang kesayangannya dari belakang.Mereka berdua terlalu rapat sehinggakan kalau terjadi sesuatu diantara mereka pasti salah seorang akan terasa dan sedih.
Syarifah Jazmira Hanis tahu yang alongnya kini sedang resah memikirkan tentang majlis pertunangan yang diaturkan oleh mama dan papanya.Sebagai adik,dia harus menghiburkan hati alongnya.
“Along….”
Syed Jazmir Hariff menoleh kearah adiknya dan tersenyum kelat apabila namanya disebut.Dia menarik adiknya berada disampingnya dan memeluk bahu adik kesayangannya.Dia tahu yang Syarifah Jazmira Hanis terlalu risau memikirkan tentang dirinya sejak pertunangannya dengan Syarifah Hezlin putus beberapa tahun yang lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg yer...panjang2 ehh..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by samiramieya at 25-2-2012 19:40
“Adik ,tak usah risau dan along tak apa-apa.Kalau pertunangan ni terbaik untuk semua orang,along akan lakukannya.”
Syed Jazmir Hariff memandang kearah bangunan KLCC yang tersergam indah.Dia berharap hatinya seteguh bangunan KLCC.
“Adik bangga dengan along,adik nak ajak along pegi bercuti kat Pulau Langkawi dan dengan itu along boleh mengenali kak Saffiya dengan lebih dekat lagi.Adik pasti suatu saat nanti hati along akan suka dan cintakan kak Saffiya.”
“Tak boleh adik coz along banyak keja kat pejabat.Biarlah majlis pertunangan nie berlangsung tanpa along mengenalinya dan along pasti pilihan mama dan papa adalah terbaik.” Tenang suara Syed Jazmir Hariff berbicara walaupun hatinya tidak tenang.
“Tak nak….along kena juga pegi dan papa dah sign surat cuti along selama seminggu.Kita pegi esok dan adik nak kemas barang-barang along sekarang juga.”
Syed Jazmir Hariff tercengang mendengar kata-kata adiknya dan matanya melirik kearah Syarifah Jazmira Hanis yang sedang berjalan kearah almari bajunya.
‘Budak nie biar betul ?tak kan esok dah nak pegi kot?’bebelnya dalam hati.
“Adik …esok ke kita nak pegi ?kenapa cepat sangat?mama dan papa pegi juga ke?”
Kelihatan Syarifah Jazmira Hanis menggangguk-angguk kepalanya sambil tangannya mengeluarkan baju-baju alongnya dan memasukkan kedalam beg pakaian.
“Kita berdua aje..adik dah call tempah tiket flight so esok kita bertolak..Adik nak tenangkan hati along yang resah tu kat sana dan adik rasakan Pulau Langkawi yang paling sesuai dengan jiwa along.Adik nak along kenal kak Saffiya dengan lebih rapat sebelum perkahwinan nie terjadi.”
Syed Jazmir Hariff geram dengan adik kesayangannya itu kerana apa yang dia kehendaki pasti dia dapatkan tanpa berbincang dengan orang lain. Dia terpaksa menurut kehendak adik kesayangan kerana tidak mahu mendengar leteran daripada mamanya.
Selesai Syarifah Jazmira Hanis mengemas baju alongnya ,dia segera keluar dari bilik alongnya.Dia segera mendapatkan mama dan papanya dilaman rumah kerana ingin memberitahu yang alongnya setuju untuk ke Langkawi.
Dari jauh kelihatan papanya memeluk erat pinggang mamanya sambil melihat ikan-ikan emas berenang-renang sesama didalam kolam.Dia gembira mempunyai ibu-bapa yang begitu romantic dan saling menyayangi,walaupun sudah meningkat usia.Dia selalu ingin kebahagian seperti mama dan papanya,jika suatu masa dia berumah-tangga.
“Mama ngan papa nie,romantic giler ..Adik jealous tahu ?”
Kedengaran suara Datin Aisya ketawa.Syarifah Jazmira Hanis mengambil tempat diantara mama dan papanya.Dia tahu yang papa terlalu sayangkan mama sehingga papa sanggup menyerahkan syarikat kepada along kerana ingin menjaga mama yang disahkan mendapat penyakit jantung.Dia juga tahu yang along sanggup menerima pinangan ini demi mama.Mereka semua tidak mahu mama risau dan akan berusaha untuk membuat mama gembira.
“Adik dari mana dan mana along ?selalu masa nie along ngan adik ada-ada saja keja yang nak dibuat .Sampaikan takde masa nak berborak ngan mama dan papa?nak keluar jumpa kawan la ,nak shopping la ..”kata Datin Aisya.
Syarifah Jazmira Hanis tersengih-sengih mendengar mama memerli dirinya. Tangan segera mencapai makanan ikan emas yang berada didalam genggaman papanya dan melemparkan kedalam kolam.Kedengaran kocakan-kocakan air kolam apabila ikan-ikan emas berenang-renang apabila saling berebut-berebut makanan yang berada didasar air.
“Along kat dalam bilik.Adik nak bagitahu mama dan papa yang along dah setuju nak pegi Langkawi esok so fligt kitaorang ke Langkawi pukul 8 malam.” Datin Aisya tersenyum memandang anak bongsunya sambil memeluk erat.Dia gembira kerana anak sulungnya bersetuju untuk berjumpa dengan Saffiya ,gadis pilihan hatinya.
“Yeke adik ? nada Datin Aisya sedikit terkejut.
“Nak mama dan papa pegi hantar ke KLIA ke?thanks adik.”
Datuk Jazman Huzaimi menggeleng-geleng kepalanyatanda tiada sebarang agenda.Dia turut gembira mendengar berita ini.Impiannyauntuk menyatukan Anggun Dahlia Saffiya dengan Syed Jazmir Hariff akan terlaksana kerana dia benar-benar inginberbisan dengan Abang Munir dan kak Ummu.Syarifah Jazmira Hanis mengangguk-angguk kepalanya.
“Boleh juga kalau papa takde apa-apa agenda.Takpe ma, adik lakukan semua nie untuk kebahagian along dan adik nak lihat along seperti dulu yang sentiasa gembira.”
Datuk Jazman Huzaimi menggeleng-geleng kepalanya tanda tiada sebarang agenda.Dia turut gembira mendengar berita ini.Impiannya untuk menyatukan Anggun Dahlia Saffiya dengan Syed Jazmir Hariff akan terlaksana kerana dia benar-benar ingin berbesan dengan Abang Munir dan kak Ummu. Syarifah Jazmira Hanismengangguk-angguk kepalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 3
Anggun Dahlia Saffiya ke kedai bunga milik emak sedaranya seperti biasa.Sejak pembantu kedai bunga Mak Usu berhenti Anggun Dahlia Saffiya yang selalu datang menolong setiap hari kerana dia merasa kesian melihat Mak Usunya ke sana ke mari seorang diri dan terpaksa membuat kerja sendirian.
Dia menjalankan tugasnya seperti biasa mengemas bunga-bunga yang berselerakan diatas meja dan menyiram pokok-pokok bunga ros yang berada didalam baldi diluar kedai.Leka menyiram pokok-pokok bunga Anggun Dahlia Saffiya tidak sedar dia melanggar seseorang bersebelahan dengannya.
Anggun Dahlia Saffiya segera meminta maaf namun sedikit pun pemuda disebelahnya membuat endah tidak endah dan pemuda itu berlalu masuk ke dalam kedai bunganya. Anggun Dahlia Saffiya berjalan membontoti pemuda didepannya dengan perasaan sebal kerana melihat dari perwatakkannya pemuda itu seorang yang sombong dan berlagak.
“Selamat datang ke Elisya Florist dan apa-apa yang boleh saya bantu Encik?”
Anggun Dahlia Saffiya memberi senyum kepada pemuda dihadapan namun sedikit pun senyuman yang diberi mendapat balasan.Muka pemuda dihadapannya tampak serious.
‘Eeee…aku tahu kau hensem tapi kalau berlagak buat apa?tak nak aku dapat suami macam kau dan kalau dalam dunia nie hanya ada kau sorang aje lelaki,aku sanggup tak kawin pun takpa.Sombong mengalahkan menteri pulak dan menteri pun tak sombong macam kau.Simpang malaikat 44 la ,aku nak terima orang macam kau!’ omel Anggun Dahlia Saffiya sekadar dalam hati.Muka berkerut-kerut menahan geram dengan pemuda yang berdiri dihadapannya.
Melihat muka gadis didepannya berkerut-kerut,Syed Jazmir Hariff tersenyum dalam hati.Dia sengaja mengenakan gadis dihadapannya kerana hatinya ketika ini berdebar-debar dan berdegup-degup dengan kencang.Dia takut hatinya akan terpikat pada si gadis sedangkan dia akan ditunangkan dengan seseorang yang tidak dikenali.
“Tak perlu.. I tengok-tengok aje.Kat sini ada jual bunga ros tak? kalau ada I nak bunga ros merah 3 kuntum,ros putih 3 kuntum dan ros kuning 3 kuntum ,boleh ke?”
‘Apa mamat nie ? tadi bukan dia tengok ke bunga ros kat depan pintu dan sekarang boleh tanya aku pulak ? mamat nie senget ke apa?entah-entah tadi dia asyik tengok aku yang cantik nie kot sampaikan bunga berada depan mata pun tak nampak?kalau terpikat kat aku cakap aje,boleh dirunding la..’Anggun Dahlia Saffiya tersengih-sengih sendirian apabila mendengar kata-kata hatinya.
‘Ehhhh …minah nie aku tanya boleh senyum sorang-sorang pulak?’ bisik hati kecil Syed Jazmir Hariff. |
|
|
|
|
|
|
|
“Minah berangan oiii.. you nak jual bunga ke nak berangan ? Kalau nak jual bunga,buat cara nak jual bunga bukan tersenyum sorang-sorang.Kalau nak berangan tutup kedai balik rumah aje,boleh berangan puas-puas dan tak payah makan gaji buta.”Tegas Syed Jazmir Hariff menutup getaran dihatinya.Senyuman si gadis telah memikat hatinya.
‘Sedapnyerrrr mulut kutuk aku? Boleh pulak kata aku makan gaji buta dan kalau aku makan gaji buta pun kau kisah apa?bukan kau yang bayar gaji aku tahu?’
Sakitnya hati Anggun Dahlia Saffiya apabila mendengar kutukan daripada pemuda sombong dihadapannya. Terasa hendak cili-cili mulut pemuda dihadapanya dan sebagai pekerja berdedikasi dia harus sabar dengan kerenah customer-customer.
“Mamat senget oiii .. Saya rasa awak yang buta coz tadi bukan awak tengok ke saya menyiram bunga ros kat depan sana ataupun awak tak focus pada bunga tu tapi encik focus pada saya kan ? sebab tu encik tak nampak bunga ros yang banyak kat luar tu?” Anggun Dahlia Saffiya tersenyum perli dan mengangkat-angkat keningnya.Kelihatan muka pemuda didepannya tercengang-cengang.
‘Ambil kau !! nak sangat perkena aku ya?’Hati Anggun Dahlia Safiiya puas dapat mengenakan pemuda itu.
Syed Jazmir Hariff ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata gadis dihadapannya. Kelakar juga gadis itu.Perasan tidak habis-habis namun ada benarnya kata pompuan didepannya kerana dia tidak focus kat bunga ros tetapi dia terlalu lalai melihat wajah pompuan didepannya yang tidak jemu dipandang tetapi perangai Arggggg ..Allah saja yang tahu..Mulut macam longkang.Sempat lagi dia mengutuk pompuan didepannya.
‘ Aduhhhh…napa kau ketawa macam tu?buat aku jatuh cinta pulak.Padan muka aku tadi ego sangat ,takkan jatuh cinta kat mamat tu,walaupun ada sorang orang macam dia kat dunia nie dan sanggup membujang sampai ke tua konon.Sekarang dah jatuh cinta.. huhuhuh.. tak boleh aku akan ditunangkan dengan orang lain so aku tak boleh jatuh hati kat mamat senget nie.’
“Heloooo… "Syed Jazmir Hariff melambai-lambai tangannya didepan muka Anggun Dahlia Saffiya dan Anggun Dahlia Saffiya tersedar dari khayalan.
"Kan I dah kata kalau nak berangan balik rumah aje,I rasa-rasa bukan I yang focus tengok you tapi you yang terlalu focus tengok I kan ? tengok I sampai tak berkelip-kelip mata tu dan untuk pengetahuan you, I takkan terpikat kat you.” Bertambah-tambah sakit hati Anggun Dahlia Saffiya mendengar kata-kata pemuda didepannya itu.Anggun Dahlia Saffiya menjuihkan mulutnya.
“Eeeeeee ….perasannya awak nie? Sory ya , saya takkan jatuh cinta kat awak tahu ? mulut macam longkang dan berlagak giler . Kalau awak sorang tinggal kat dunia nie ,saya sanggup membujang sampai ke tua tahu?”Anggun Dahlia Saffiya meneruskan kerja yang terbengkalai dan makin dilayan makin hatinya sakit dengan kata-kata mamat senget didepannya.
“Mulut tu cakap aje dan I tahu kalau tinggal I sorang kat dunia nie pasti you orang pertama yang berebut-rebut nak jadi girlfriend I kan? You malu nak bagitahu kat I yang you dah jatuh cinta pandang pertama kat I kan?”Syed Jazmir Hariff sengaja mengusik gadis itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka Anggun Dahlia Saffiya kemerah-merahan menahan geram.Bertambah-tambah sakit hatinya mendengar kata-kata daripada mamat senget didepannya.Aku tahu la muka kau serupa pelakon korea Lee Min Hoo tapi agak-agak nak perasan pun ? Hati aku nie pun satu ,takde orang lain ke nak jatuh cinta pun?aku harap anak auntie Aisya boleh tandingi mamat senget nie dan kalau tak mampus aku..hihihi..Hati ni punya pasal la dan kenapa berdebar-debar pulak ? control Anggun..control.. Jangan buat malu kat depan mamat senget nie.Kenapa pulak nama anak auntie Aisya pulak yang aku sebut ? bukan dalam kes nie aku kena kahwin paksa ke ? aduhhhh ..hati kecil Anggun menjerit.
“Malas saya nak bergaduh dengan mamat perasan macam awak nie so awak nak beli ke tak ? kalau tak baik awak pegi aje dari sini ? kan bertambah pula dosa saya coz bergaduh dengan awak .”
“Adakah patut you layan customer macam nie? Kalau I jadi bos, I akan pecat
pekerja macam you tahu?suka-suka hati aje halau customer dan macam mana nak maju kalau asyik masam muka tu ?memang sah you sedang berangan coz tadi I dah bagitahu nak bunga apa kan?”
“Bagaimana saya nak layan customer pun awak peduli apa?bukan kedai awak , kalau sekali pun awak jadi bos saya dan saya pun tak hingin bekerja ngan awak.Kalau muka saya masam sekali pun,ada saya minta duit dari awak ke?”Anggun Dahlia Saffiya menjuihkan mulutnya dan berjalan keluar utuk mengambil bunga-bunga yang dipesan oleh pemuda tadi kerana malas hendak bertekak lagi.
Anggun Dahlia Saffiya mengubah bunga-bunga ros yang diminta oleh pemuda itu dengan segera kerana malas hendak melayan kerenah yang menjengkelkan.Makin dilayan makin hatinya sakit mendengar kata-kata daripada pemuda itu.Dia memberikan bunga-bunga ros yang sudah siap digubah kepada pemuda dihadapan kerana dia mahu pemuda itu segera beredar dari kedai bunganya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|