CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Belon Sayang-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2012 09:32 AM | Show all posts
sarizu posted on 1-8-2012 08:56 AM
cutenya lah...

nati izhar ngorat la maknya...aina dpt la ayah...

insyaallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 09:57 AM | Show all posts
aaaa i likeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 10:30 AM | Show all posts
qimi08 posted on 31-7-2012 01:15 PM
sedihnya cerita ni.....
sambung lagi .....
teringat cerita surat dlm botol dan chap goh meh baling ...

qimi, tahu tak nama abang yang jual ayam dalam pasar tu?  gerainya kiri sekali belakang orang jual daging & sebelahnya jual sayur kampung.  izhar nak beli ayam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 10:48 AM | Show all posts
produkherba posted on 1-8-2012 10:30 AM
qimi, tahu tak nama abang yang jual ayam dalam pasar tu?  gerainya kiri sekali belakang orang jual ...

Uwahhh gerai tu saya tahu tapi nama abg tu tak tahulah sbb dah lama x masuk pasar sungai besi
sbb suka beli ayam kat pasar segar atas tu je ...

Gerai nasi ambeng tu bln pose ni dia berniaga kat dpt gerai nasi lemak power batu pahat
mereka bersaudara rapat sepupu .........

Kali ni qimi dok beli roti jala kat dia je.... lepas tu beli karipap sardin kak min yg dia goreng waktu tu juga



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 10:49 AM | Show all posts
produkherba posted on 1-8-2012 08:46 AM
lama tak sembang dgn qimi.  gerai nasi ambeng tu thn ni sblh mana pula? herb blm jejak lg area des ...


cam biasa dengar je nama burn tomyam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 11:44 AM | Show all posts
qimi08 posted on 1-8-2012 10:49 AM
cam biasa dengar je nama burn tomyam ni

herb tgh mempromosikan bandar tasik selatan & pekan sg.  besi.  tempat yg sangat meriah dgn segala jenis makanan.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2012 12:20 PM | Show all posts
Pagi itu selepas bersahur di Burn Tomyam Izhar menuju ke Masjid Al-Muqarrabin untuk solat subuh, tenang rasa hati bila berjamaah di masjid.  Lagipn dapat dia menstabilkan cas-cas elektrik dalam badannya dan kuranglah rasa miong-miong disebabkan cas yang tidak stabil.  kalau orang lain peluk bini untuk meneutralkan cas, izhar hanya mampu berjamaah untuk melakukan perkara yang sama.  usai solat izhar termenung seketika bila melihatkan beberapa kanak-kanak yang turut mengikuti bapa masing-masing ke masjid.  dalam hati izhar berkira-kira andai dia berkahwin tentu seronok dapat membawa anak-anak sekali ke masjid.  masa berbuka juga pasti lebih meriah dengan kerenah anak-anak yang berebut makanan dan masa itu juga mesti si isteri sibuk melayan kerenah anak dan dirinya juga.  ewah, jauh sungguh angan izhar sedangkan kahwin pun belum.

angan izhar terhenti apabila mengenangkan keadaan dirinya yang tidak sempurna.  adakah mana-mana wanita yang sanggup diperisterikan oleh lelaki sepertinya?  nampaknya berangan ajalah aku ni sampai ke mati seloroh izhar memujuk hati sendiri.  seingat izhar, emak tak pernah membangkitkan isu kahwin ni.  kasihannya emak, kasih-sayang emak yang menggunung tinggi pada dirinya membuatkan emak menjauhkan keinginan untuk bermenantu dan bercucu.  di pihak dirinya pula izhar tidak berani untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana wanita tidak kiralah gadis atau janda, muda atau tua kerana mereka pasti mengharapkan izhar untuk mengakhirinya dengan ikatan yang halal.  seketika kemudian izhar melangkah meninggalkan masjid.

izhar duduk kembali di birai katil memerhatikan belon merah jambu yang meliuk lentuk ditiup angin dari tingkap yang terbuka luas.  entah kenapa setiap kali terpandangkan belon itu hadir satu perasaan senang dan dia ingin sekali mengenali pemiliknya, aina.  sebenarnya izhar pernah berangan-angan untuk memberikan nama nur aina jika dia mempunyai anak jadi bila pemilik belon merah jambu turut bernama aina izhar teringin sungguh menatap wajah si kecil itu.  di mana agaknya rumah aina, papa nak sangat jumpa aina. aduhai, apa kena la aku ni berpapa-papa kat anak orang.  ada yang kena pelangkung dengan abahnya nanti.   entah-ntah abahnya outstation aja.  tapi kalau outstation takkanlah sampai anak merayu begitu sekali, izhar bersoal-jawab dalam hati. mahunya abah aina ingat aku nak mengorat emaknya pula, fikir izhar lagi.  tapi kalau emaknya single mingle bukannya berdosa pun.  aku bukannya nak buat maksiat, nak ajak kahwin aja.  huh, kahwin? apsal la aku ni dari tadi merepek aja.  izhar tepuk dahi mengenangkan apa yang difikirkan dari tadi. sedangkan tujuan asalnya hanya nak ke pasar mencari apa yang patut untu dibuat berbuka petang nanti.

Sesekali mata Izhar melirik kepada belon merah jambu yang diletakkan di bahagian belakang keretanya.  Nak ketawa pun ada bila mengenangkan usahanya yang belum tentu mendatangkan hasil... mencari pemilik belon merah jambu.  Misi Ramadhan 2012 : mencari pemilik belon merah jambu.  Kalau jumpa nanti dipulangkan semula belon tu dan kalau maknya solo boleh la aku masuk jarum.  Ish... apasal aku ni tiba-tiba gatal semacam? Lantas Izhar menggelengkan kepalanya kerana dirasakan mengarut sungguh ideanya.  semasa turun lif tadipun nyonya sebelah lif dah bertanya nak ke mana pagi-pagi ni dengan belon.  nak kata pergi birthday parti bulan-bulan puasa ni pun tak kena lantas diberitahunya nak pulangkan belon kepada tuannya semula.  Izhar kemudiannya bergerak ke pasar sg.  besi seperti rancangan asal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 12:20 PM | Show all posts
puas memusing untuk mencari parking, akhirnya izhar terpaksa meletakkan kereta di kawasan tasik damai tapi itu lagi elok daripada keretanya lembang-lembing disagat kereta lain memandangkan kawasan pasar pekan sg.  besi agak sempit dan pastinya sesak.  langkahnya diatur ke pasar sambil melihat kerenah orang ramai yang sibuk berbelanja di kawasan pekan.  sampai di pasar izhar menuju ke arah gerai abang man si penjual ayam.  niat di hati nak buat ayam goreng berlada untuk berbuka dilawankan dengan sayur labu masak lemak. dessert? bubur kacang pastinya. izhar dah naik muak pula berbuka di kedai pakcik burn. pada emak di kampung telah dipesannya agar membuatkan sambal ikan bilis berkacang yang boleh dibuat lauk masa sahur. hujung minggu depan izhar akan balik untuk berbuka dengan emak itu rancangannya sejak dari mula puasa.

selesai membeli barang-barang yang diperlukan, izhar menuju ke kereta sambil matanya memerhatikan kerenah manusia yang sibuk tawar-menawar di gerai-gerai yang macam cendawan tumbuh di atas bahu-bahu jalan.  langkah izhar diperlahankan apabila di depannya ada seorang ibu dan anak kecil yang juga mungkin baru balik dari berbelanja di pasar.  sesekali telinga izhar terdengar si kecil yang riuh bercakap dengan ibunya bertanya itu dan ini.  izhar senyum sendiri, kalau anak isteri mungkin inilah senarionya yang akan dialami.  takpelah izhar dapat tumpang jalan sama belakang mereka pun dah kira bertuah sangat tapi tak bolehlah hampir sangat nanti diingat stalker dan lunyai pula dikerjakan si suami.

"mama, tu belon aina!" jeritan daripada kanak-kanak kecil tu mengembalikan izhar ke alam realiti.  aina?  pemilik belon merah jambu tanya izhar dalam hati.

"belum tentu belon aina sayang.  hari tu masa mama beli ada banyak yang rupanya macam belon aina.  tentu orang lain yang punya" pujuk wanita di sebelahnya.  kanak-kanak kecil itu lantas berlari mendekatkan dirinya ke tingkap kereta izhar sambil menjingkitkan kakinya untuk melihat belon tersbeut dengan lebih jelas lagi.  izhar hanya memerhatikan gelagat mereka dalam jarak yang tidak sampai 2 meter.

"betul la mama, aina punya.  masa mama beli tali di warna putih.  aina minta mak nab ikat tali pink kali tali putih.  sebab aina nak letak kad utk abah.  kakak mina yang tolong tulis surat tu" jelas kanak-kanak itu lagi tanpa memandang ke arah ibunya.  ibunya pula hanya memilih untuk mendiamkan diri dan wajahnya agak keruh tapi cuma untuk seketika.  

"assalamualaikum" izhar menghulurkan salam kepada wanita tersebut.

"waalaikumussalam" jawab wanita tersebut sambil melemparkan senyuman.  senyuman yang membuatkan izhar rasa nak terbang tinggi ke awan padahal senyuman wanita itu sebagai tanda hormat sahaja.

"ada apa encik?" soal wanita tersebut dan kemudiannya memerhatikan kerenah si anak yang amsih lagi berdiri di tepi tingkap.

"anak puan ke ni? siapa namanya?" soal izhar sambil matanya membuat dosa kering melihatkan wajah lembut di depannya.

"ya, aina namanya.  kereta encik?" soal wanita tersebut sambil mengisyaratkan dengan matanya sahaja.

"ya, kereta saya.  saya izhar.  cik?" izhar cuba mendapatkan nama wanita di depannya.  

"saya maimuna" jawab maimuna sambil tersenyum.  senyuman yang membuatkan hati izhar berbunga-bunga kembali.  asyik buat dosa kering aja fikir izhar.

"belon tu bukannya saya punya.  tiba-tiba tersangkut di balkoni rumah dua hari sudah.  maaf tanya, abahnya di mana?" izhar terus aja menyoal tanpa berlapik dengan harapan jawapan cik mai berpihak kepada dirinya.

"saya dah bercerai dengan suami.  aina tidak pernah berjumpa abahnya" jawab maimuna dengan senyuman yang hambar. yes! jerit izhar dalam hati, ternyata jawapan yang diterima berpihak kepada dirinya. peduli apa kalau cik mai dah ada boyfriend pun, pandai-pandai la aku menekelnya nanti.  ewah, semangat sungguh izhar dengan tekadnya.  maimuna pula berasa hairan apabila izhar seperti khayal seketika tetapi tidak pula ditegurnya. khayalan izhar terhenti apabila aina menegurnya

"pakcik, ni belon aina kan? boleh beri aina semula? aina nak hantar kat abah tapi sampai kat pakcik pula" pohon aina dengan suara perlahan menggambarkan rasa hatinya yang tidak kesampaian.  hmm... macam mana nak jawab ya.  adoi izhar fikir cepat kang ada yang terlepas.  izhar bertinggung di sebelah aina dan bahu aina dipegang lembut.

"boleh pakcik jadi papa aina?" tanya izhar lembut sambil menanti reaksi si kecil.  reaksi si ibu?  biarkan dulu, strategi : pikat anak dulu baru ibunya, bernas sungguh strategi yang diatur izhar.  bak kata orang dulu-dulu kalau nak memikat gadis pikat ibunya dulu.  

"mama?" aina mendongak memohon jawapan dari ibunya walaupun agak keliru dengan pertanyaan izhar.  maimuna hanya mendiamkan diri kerana dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku.  lagipun apa sahaja jawapan yang bakal diberi akan melibatkan hati dan perasaan anaknya.

"aina tak nak cuba hantar surat lagi kepada abah?" soal maimuna kembali bimbang melukakan hati si kecil walaupun maimuna tahu bekas suaminya langsung tiada keinginan untuk menjengah aina walaupun untuk seketika.  maimuna terharu dengan kesudian izhar untuk menjadi papa angkat aina tapi dalam masa yang sama fikirnya kalau izhar berkahwin tentu akan mendatangkan masalah di kemudian hari.  izhar masih lagi setia menunggu jawapan dari cik mainya.

"aina nak ke pakcik jadi papa angkat aina?" berhati-hati maimuna menanyakan anaknya.  izhar di sebelah sudah mula rasa nak melompat setinggi awan walaupun cik mai hanya menyatakan papa angkat.  takpe, mula-mula angkat lepas ni aku angkat la maknya sekali.  angan izhar terhenti apabila tubuhnya dipeluk si kecil. lantas pelukan di balas dan ubun-abun  aina dicium penuh kasih.  maimuna yang memandang terasa sebak melihatkan keinginan anaknya hanya mampu dipenuhi oleh lelaki asing yang tiada pertalian darah.

"terima kasih papa" lantas pipi izhar dicium kiri dan kanan.  izhar turut membalasnya dan aina didukung.

"mama, lepas ni kita balik dengan papa? aina nak berbuka dengan papa boleh?" pertanyaan yang polos dari si kecil membuatkan maimuna mula keresahan sedangkan "papa" mula senyum senang.  maimuna memandang izhar seolah meminta izhar menerangkan kepada anaknya. tapi izhar pula sebaliknya rasa nak suju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2012 12:25 PM | Show all posts
mahap la kena edit... teruk nak membacanya.
------------------------------------------------------
"mama, lepas ni kita balik dengan papa? aina nak berbuka dengan papa boleh?" pertanyaan yang polos dari si kecil membuatkan maimuna mula keresahan sedangkan "papa" mula senyum senang. maimuna memandang izhar seolah meminta izhar menerangkan kepada anaknya. tapi izhar pula sebaliknya rasa nak sujud syukur masa itu juga kerana angannya sudah satu perlapan tercapai.

"papa boleh aja buka dengan aina. aina nak makan kat mana?" izharmula masuk jarum kepada si kecil.

"aina nak makan kat rumah aja. mama kata nanti nak masak nasi lemak. mama masak sedap tau. papa mesti suka" balas aina bersungguh. maimuna mengelak dari memandang izhar dan masih berusaha memberikan jawapan terbaik.

"ya? papa pun suka makan nasi lemak" balas izhar sambil memandang cik mainya.

"sayang, kita balik dulu boleh? nanti mama fikir ya" jawab maimuna sambil tangannya dihulur untuk menyambut aina dari dukungan izhar tapi aina enggan.

"aina, ni handphone papa. aina balik dulu dengan mama. nanti papacall" izhar meletakkan hpnya dalam beg angry bird yang dibawa aina.

"kereta di mana? saya hantarkan ke kereta" tanya izhar memecahkan kebisuan di antara mereka. izhar melangkah mengekori langkah maimuna kekeretanya yang terletak selang tiga buah dari kereta izhar. sebaik sampai, aina diletakkan di safety seat dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

"saya balik dulu" ujar maimuna sepatah tidak mahu dikatakan tidak beradab.

"i'll call.  do you want to come maimuna?" tanya izhar penuh mengharap.

"tengok dulu macam mana" itu aja jawapan maimuna sebelum masuk ke dalam kereta.

sebaik kereta cik mai sayang... dah upgrade ke cik mai sayang, meninggalkan parking izhar menuju ke keretanya pula sambil tersenyum memanjang.
Last edited by produkherba on 1-8-2012 01:02 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 12:26 PM | Show all posts
Wah pantas tindakan Iz. err... dia bujang lagi ke?


tiba2 lady teringat plak cerita johan asari dgn umi aida. Lawak x hengat. Dlm citer tu umi ni janda kaya yg dah berumur. Ada anak dara besar sorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 12:27 PM | Show all posts
ngarang panjang2 ni payah gak rupanya... ada limit utk post rupanya.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 12:29 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 1-8-2012 12:26 PM
Wah pantas tindakan Iz. err... dia bujang lagi ke?

kalau iz tak bertindak pantas mahunya syaaban tahun depan baru dia dapat cik mai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 12:45 PM | Show all posts
Mmg ngok ngek porem ni... tak bleh nak reply post. Lady cuma bleh tekan post reply kat bwh ni. simley pun x leh tekan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:09 PM | Show all posts
Nape Izhar 'tak sempurna'? OKU ke?





NEXT!

Kih Kih Kih
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:17 PM | Show all posts
Kompom aina tipon "papa" izhar kan... pantas sungguh siap masukkan hp dlm beg aina....


NEXT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 01:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-8-2012 01:09 PM
Nape Izhar 'tak sempurna'? OKU ke?

ada la.... surprise utk peminat izhar.  tungguu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 01:22 PM | Show all posts
WAH  ada surprise.... ni yg best....



NEXT
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 01:28 PM | Show all posts
apa surprise nye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 02:48 PM | Show all posts
tghmerayap kat rumah nicki dari tadi.  rumah sendiri ntah bl nak siap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2012 03:17 PM | Show all posts
wajah aina yang sedang menyusu dipandangnya penuh kasih sambil kepala anaknya dibelai untuk ditidurkan.  sesekali pipi si kecil dicium, wangi baunya yang dipakaikan bedak bayi selepas dimandikan.  sebaik aina tidur, fikiran maimuna melayang kepada peristiwa di pekan pagi tadi.  ubun-ubun si kecil diciumnya berkali-kali menzahirkan perasaan walang dengan keinginan anaknya untuk mempunyai bapa sendiri.  pada usia 3 tahun, aina sudah mula meminta untuk berjumpa bapanya walaupun maimuna sendri tidak pernah memberikan sebarang harapan.  kesiannya anak mama, hanya kerana abah tak boleh terima fizikal mama anak mama tak merasa kasih sayang abah.  kalau izhar boleh menggembirakan aina, walaupun untuk seketika mengapa tidak fikirnya sebelum meninggalkan bilik aina.

seawal pukul 4 petang maimuna memulakan persiapan untuk menggembirakan hati si kecilnya dan mak nab juga telah diminta untuk menemaninya nanti.  mujurlah rumah mak nab tidak begitu jauh dan sanggup pula datang ke rumahnya pada hari cuti.  lada yang siap direbus ditoskan terlebih dahulu sebelum dikisar bersama sedikit belacan sebagai penambah perisa.  maimuna mula menumis sambal nasi lemak dalam kuali besi yang dihadiahkan emaknya sempena perkahwinannya dulu.  rasa sambal yang ditumis dalam kuali besi lebih enak berbanding jika ditumis dalam kuali stainless.  selesai menumis sambal maimuna menggoreng pula keropok ikan untuk dimakan bersama nasi lemak masa berbuka nanti.

tepat jam 7.00 malam, loceng rumah maimuna berbunyi menandakan tetamu yang dinantikan si kceil sudah datang.  aina sudahpun meluru ke pintu, cuba mengapai tombol pintu yang masih belum boleh dicapainya.  maimuna meningalkan mak nab yang sedang mencelur kangkung di dapur untuk membuka pintu.

"mama, cepatlah.  papa dah sampai" jerit aina bila melihatkan maimuna baru keluar dapur.  maimuna hanya menggeleng melihatkan kerenah aina sambil tangannya memulas tombol pintu rumah. kegembiraan jelas terbias di wajah si kecilnya apabila melihatkan "papanya" berdiri di depan gril.  aina sudah melompat-lompat kesukaan sementara menunggu maimuna membuak kunci pintu gril.  sebenarnya hati izhar pun dah melompat-lompat kesukaan melihatkan mak aina yang kekal bertudung di dalam rumah sendiri.  

"jemput masuk cik izhar.  aina bawa pakcik duduk kat sofa" arah maimuna kepada si kecilnya sebelum pintu gril dikunci semula. aina pantas menarik tangan izhar untuk duduk bersamanya di depan tv menonton cerita boboiboy.  maimuna berlalu ke dapur semula menyertai mak nab yang masih berada di dapur.  apabila maimuna membawa mangkuk berisi bubur kacang ke meja dilihatnya aina elok berkepit di celah ketiak izhar.  izhar pula beria-ia melayan kerenahnya.  ada rasa sayu bertandang di hati maimuna dan dalam masa yang sama gembira melihatkan keriangan si anak yang begitu dahagakan kasih-sayang seorang bapa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.855204 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list