SOLAT JUMAAT DI HARI SABTU??!!
PELIK TAPI BENAR!!! TEMAN BERDOA SUPAYA BENDA NIE TAK BERLAKU KAT MALAYSIA.
Tapi, memang dah berlaku kat dalam dunia ni pun..kat Azerbaijan, negara yang majoritinya beragama Islam berfahaman Syiah dan merupakan negara Islam pertama yang mengamalkan sifat sekularisme dalam sejarah Negara-Negara Islam. Baca selanjutnya >>DI SINI<<
Di Azerbaijan, Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan telah memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.
Mengikut berita di Harian Metro Online, Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.
Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu. Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
Menganggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.
Tapi biler Teman carik, arahan ni dah keluar sejak 4 Mac 2012 yang lalu, >>KAT SINI<< . (yang ini bahasa Azerbaijan, Teman tak paham ape pun..)
Antara arahan tersebut ;
"State Committee of Religious Affairs" of Azerbaijan ordered mosques to hold Jumu'ah (Friday) Prayer in Saturday! They have said the reason of this decision is that Friday in Azerbaijan is a working day and isn't holiday, So holding Jumu'ah Prayer causes problems."
|