CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tamakkuasa

SIAPA TAU APA PERBEZAAN LEPAS MAKAN KOLAGEN PUTIH,VIOLET DAN HIJAU

[Copy link]
Post time 22-3-2013 04:56 PM | Show all posts
leylapple posted on 22-3-2013 03:57 PM
entah2..ada org kata utk kulit..tapi aku makan rumpai laut nie mcm makan ulam2..cecah sambal belacan ...

hahaha..adakah sbb itu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 04:57 PM | Show all posts
induk posted on 22-3-2013 03:28 PM
kat chow kit pun dh ada jual rumpai laut ni yg warna kuning tu
hr tu tanya budak yg jual tu dia x ...

yg kuning more utk kecantikan...
yg purple more utk kesihatan...



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 04:58 PM | Show all posts
julia5094 posted on 22-3-2013 04:48 PM
Walaupun dok canang2 yang purple best..tapi bagiku yang gold lg best..best sebab hari2 boleh melawas ...

purple mmg bau hanyir kuat sgt...mula2 nk telan tu ayooo..nk pitam...hehehe..tp skrg dh ok...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2013 04:59 PM | Show all posts
leylapple posted on 22-3-2013 03:57 PM
entah2..ada org kata utk kulit..tapi aku makan rumpai laut nie mcm makan ulam2..cecah sambal belacan ...

cecah dengan sambal belacan...best tu...sambal belacan...

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 04:59 PM | Show all posts
aku tak serasi kot..tpk kaki sakit and sengal2 kt sendi.mgkin mnde ni sejuk..salu buat masker je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 05:01 PM | Show all posts
beskotmarrie posted on 22-3-2013 04:59 PM
aku tak serasi kot..tpk kaki sakit and sengal2 kt sendi.mgkin mnde ni sejuk..salu buat masker je..

cerita psl sakit ni..dulu masa mkn yg kuning takde langsung sakit2 ni..then bila mkn yg purple ada simptom2 tu..2 minggu gak la nk cure..huhu..skrg dh ok...alhamdulillah...

part paling sakit kat blkg atau lebih tepat tmpt kena cucuk epidural tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2013 07:53 PM | Show all posts
kak_khem posted on 22-3-2013 05:01 PM
cerita psl sakit ni..dulu masa mkn yg kuning takde langsung sakit2 ni..then bila mkn yg purple ada ...

Simptom yg sme mcm aku ke?? Perlu ke aku truskn coz now dh stop..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2013 10:18 AM | Show all posts
beskotmarrie posted on 22-3-2013 07:53 PM
Simptom yg sme mcm aku ke?? Perlu ke aku truskn coz now dh stop..

pegi tanya kat seller yang awak beli la...lepas tu baru cerita kat sini macam mana...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2013 03:02 PM | Show all posts
beskotmarrie posted on 22-3-2013 07:53 PM
Simptom yg sme mcm aku ke?? Perlu ke aku truskn coz now dh stop..

digalakkan makan terus coz si rumpai laut tu dia nak merepair tempat yg sakit...kalo dah tak tahan boleh la stop...tp berdasarkan pengalaman aku...lepas 2 minggu in sha allah akan ok...


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2013 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku kesan bg setiap org x sama. Mcm ubat yg doctor preskrip jugak, ada yg sesuai dgn org A tp x sesuai dgn org B.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2013 07:08 PM | Show all posts
tamakkuasa posted on 23-3-2013 10:18 AM
pegi tanya kat seller yang awak beli la...lepas tu baru cerita kat sini macam mana...

Maap ye TT mnyemak kt thread awk..sekadar tumpang tnye..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2013 12:16 AM | Show all posts
aku tgh makan yg warna ungu....baunya tak menahan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 11:47 AM | Show all posts
mak aku masak campur skali warna kuning & purple...
org pregnan boleh makan ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 02:30 PM | Show all posts
umisha posted on 24-3-2013 12:16 AM
aku tgh makan yg warna ungu....baunya tak menahan.

yer  ka   aku  x  try lg   hat  ungu  lg  dok ader   jer  dlm peti  ais   ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 03:33 PM | Show all posts
beskotmarrie posted on 23-3-2013 07:08 PM
Maap ye TT mnyemak kt thread awk..sekadar tumpang tnye..

la nak menyemak pe nye dah saya bukak tajuk nie tuk diperbincangkan...sila la berbincang...mana tau boleh dapat info2 yang bagus ke kan...

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 03:37 PM | Show all posts
kalam78 posted on 25-3-2013 02:30 PM
yer  ka   aku  x  try lg   hat  ungu  lg  dok ader   jer  dlm peti  ais   ..

smlm baru tlg rebus tuk mil....xde cmpur daun pandan....xde perisa/perasa lgsg...pure purpel seaweed je...rase masin2 sikit & ada rase mcm aiar gamat...mil ckp ok je dia boleh telan begitu aje....huhuhu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 03:39 PM | Show all posts
220796 posted on 25-3-2013 03:37 PM
smlm baru tlg rebus tuk mil....xde cmpur daun pandan....xde perisa/perasa lgsg...pure purpel seawe ...

bau   dia   pon  dah  x leh  tahan  ..  tu  dah  buh  daun  pandan  
klu  makan  harus   laaa sis  tutup  idung ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 03:40 PM | Show all posts
kalam78 posted on 25-3-2013 03:39 PM
bau   dia   pon  dah  x leh  tahan  ..  tu  dah  buh  daun  pandan  
klu  makan  harus   laaa sis ...

tp sy buh sunquick pekat2 ok je sis....ni tgh minum had yg purple sy tak rebus, rendam dgn air panas je.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 03:46 PM | Show all posts
kalam78 posted on 25-3-2013 03:39 PM
bau   dia   pon  dah  x leh  tahan  ..  tu  dah  buh  daun  pandan  
klu  makan  harus   laaa sis ...

wei aku petang nie aku nak merendam yg warna hijau punya dpt free segar baru turun dari semporna...gumbiranye..semlm anak aku makan ratah pagi nie tengok kulit dia mmg nampak putih bersih...adik2 aku semua tegur...lagi masing2 ligat nak merendam n try kot2 betul2 berkesan kat diri masing2 ke kan...
Last edited by poyohabis on 25-3-2013 03:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 03:49 PM | Show all posts
Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut (sumber dari:- http://thesecretmedicines.blogsp ... am-rumpai-laut.html)

http://3.bp.blogspot.com/-Nxae5u ... /s320/gelidium.jpeg

Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.  

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.



Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.  

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.116417 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list